Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Semalam ada ceramah TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar
Ibrahim) di Lembah Pantai…
Part yang tibai Anwar tu aku rasa tak payah ceritalah,
sebab semua orang dah tahu.
Tapi part yang mengejutkan adalah kehadiran bekas orang
kuat Nurul, M Parthiban. Punyalah takut orang PKR bila tahu Parthiban akan
berucap di ceramah TIBAI, ada orang hantar sms ugutan bunuh kepada Parthiban,
mengancam beliau sekiranya dia meneruskan niat untuk memberi ceramah.
Siapa M. Parthiban ni sampai Nurul begitu gerun tentang pendedahan beliau?
Dia adalah Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah
Pantai. Semua aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan PKR Lembah Pantai diuruskan
oleh Parthiban.
Bukan calang-calang orang si Parthiban ni. Dia dah
menjadi ahli PKR selama 12 tahun, kira dah otai la tu. Tetapi lepas menang PRU,
dia keluar PKR.
Eh, hairan juga kan? Biasanya lepas kalah orang akan
keluar parti, yang ni dah menang pun nak keluar parti juga? Mesti ada sebab yang kukuh dia meninggalkan Nurul dan PKR.
Apa punca Parthiban meninggalkan Nurul dan PKR?
Bekas Ketua Biro Kebajikan dan
Masyarakat PKR Lembah Pantai itu berkata apa yang digambarkan oleh PKR mengenai
Nurul Izzah kononnya bekerja di atas dasar telus dan bersih adalah pembohongan
semata-mata.
"Saya tidak sanggup bekerja lagi dengan
manusia yang bermuka-muka sepertinya dan telah meletakkan jawatan. Beliau tidak
pernah menjalankan kewajipan sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai.”
"Beliau memang tidak gemar bertemu masyarakat
apatah lagi melawat orang uzur, sakit atau ditimpa kematian di Lembah Pantai.
Perkataan yang selalu digunakannya adalah I'm rushing, I'm rushing. Anda boleh
bertanyakan kepada wartawan jika tidak mempercayai kata-kata saya," tegas
M. Parthiban di hadapan lebih 2000 hadirin.
"Saya telah menjalankan tugas sebagai
pengarah kebajikan dan kemasayarakatan di seluruh Lembah Pantai untuknya.
Segala masalah penduduk telah saya unjurkan kepada beliau melalui email.”
"Yang mendukacitakan, apabila beliau (Nurul
Izzah) berjumpa wartawan, mulalah dia berlakon untuk mendapatkan populariti
seolah-olah turun padang dan mendapatkan semua maklumat dari penduduk. Sebenarnya,
Nurul Izzah hanya tahu menyelit di celah-celah aktiviti yang diusahakan oleh
saya.”
"Saya boleh cabar dan bertanya kepadanya
kerana beliau memang tidak tahu di mana Lorong Asrama, di mana lokasi-lokasi
lain di sini," kata M. Parthiban.
Aku memang tak hairan bila mendengar
pendedahan Parthiban ni kerana dari awal lagi kita memang dah tahu, si Nurul ni
memang tak pernah buat kerja. Dia cuma tahu BSF je.
Eh, apa dia BSF tu?
BSF ialah BANGKANG, SPIN, FITNAH.
Memang itu je lah kerjanya..
Dia lebih arif dengan jalan-jalan di
England, Amerika Syarikat, Australia, Turki, Singapura dan Indonesia dari
kawasan Lembah Pantai. Maklumlah, dia kan kerap makan angin di luar negeri
sambil memburuk-burukkan negara. Malahan Nurul datang ke Lembah Pantai pun
pernah sesat beberapa kali.
Tak percaya? Boleh baca di sini:
dan
Macam ni ke pemimpin yang penduduk
Lembah Pantai nak?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Aku juga dah baca 2 cerita pasal anak B.A.B.I sesat... He heh hehhhh... Besttt... Dia ni kot yang dikatakan Ahli Parlimen Hantu.
ReplyDelete