Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
Sekarang ni kan pihak pembangkang tengah kecoh kononnya Dato’
Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, bagi
kontrak pada syarikat anaknya sendiri, Istijuara Sdn Bhd.
Walaupun kontrak itu dari Kementerian Belia dan Sukan dan
diberi semasa Dato’ Raja Nong Chik belum menjadi Menteri, ada orang tanya, mungkinkah
Dato’ Raja Nong Chik menggunakan pengaruhnya dalam UMNO untuk mempengaruhi KBS
memberi kontrak tersebut kepada syarikat anaknya?
Kontrak tersebut diberi oleh KBS kepada Istijuara pada tahun
2006. Pada masa itu, ada sesiapa tak yang kenal Dato’ Raja Nong Chik? Aku rasa
ramai yang tak kenal. Hatta, orang dalam UMNO sendiri pun ramai yang tak kenal
siapa Dato’ Raja Nong Chik.
Mengapa? Sebab Dato’ Raja Nong Chik tak pegang
jawatan-jawatan besar dalam UMNO pada masa itu. Pada tahun 2006, Dato’ Raja
Nong Chik cuma jadi Ketua Cawangan.
Kawan-kawan tahu tak ada berapa Cawangan UMNO di seluruh negara?
Ada lebih 20,000 Cawangan! Maksudnya, Dato’ Raja Nong Chik cuma
salah seorang dari lebih 20,000 Ketua Cawangan UMNO di seluruh negara.
Kalau setakat Ketua Cawangan UMNO, hantar surat sokongan
minta kerja kosong pun aku yakin KBS tak layan, inikan pula nak mohon kontrak
Kerajaan!
Tapi itu sebenarnya bukan fakta utama isu ini.
APA FAKTA UTAMANYA?
FAKTA UTAMANYA IALAH, PADA TAHUN 2006, KETIKA SYARIKAT
ISTIJUARA SDN BHD MENERIMA KONTRAK KBS TERSEBUT, SYARIKAT TERSEBUT TIDAK
DIMILIKI OLEH DATO’ RAJA NONG CHIK.
Syarikat tersebut hanya dibeli oleh Dato’ Raja Nong Chik
pada tahun 2007 sebelum beliau
menjadi Menteri pada tahun 2009.
SEKIRANYA DATO’ RAJA NONG CHIK MEMPUNYAI PENGARUH KE ATAS
KBS, BUKANKAH LEBIH LOGIK UNTUK BELIAU MEMINTA KBS TERUS MEMBERI KONTRAK ITU
KEPADA SYARIKAT MILIK BELIAU?
MENGAPA KONTRAK ITU SYARIKAT ISTIJUARA YANG DAPAT, SEDANGKAN
IANYA BUKAN MILIK DATO’ RAJA NONG CHIK?
Kesimpulannya, Dato’ Raja Nong Chik memang tak dapat
mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Nampak sangat Pakatan dah takda modal, benda macam ni pun
nak dijadikan bahan fitnah.
Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
p/s: Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kronologi isu
Istijuara, boleh baca di sini.
MANTAP BRO,DEDAHKAN LG BIAR NURUL MEROYAN
ReplyDeleteMemang kita akan terus dedahkan... Sokongan Pemuda Melayu Kedah pun memang diharapkan.
Delete