Sunday, May 13, 2012

NURUL IZZAH: HAK BERSUARA & BERHIMPUN HANYA UNTUK KUTUK KERAJAAN SAHAJA.


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Susulan insiden Ambiga trauma melihat burger tempoh hari, maka berduyun-duyunlah pemimpin pembangkang melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan penjaja-penjaja tersebut sambil menyatakan sokongan mereka terhadap Ambiga.

Antara yang menyatakan sokongan ialah Nurul Izzah. Apa kata Nurul?

'Occupy Burger Stall' is BN's weapon of choice to intimidate @Ambiga_s. End this now! 

“Menduduki Gerai Burger” ialah senjata pilihan BN untuk menakut-nakutkan Ambiga. Hentikannya sekarang!!

Wow…. Kesian Ambiga.. Adakah melihat gerai burger selama sejam pun dah cukup untuk menjadikan dia trauma sehinggakan dimasukkan ke wad sakit jiwa?



Kalau tengok gerai burger selama sejam pun dah macam tu, macam mana pula perasaan orang ramai dan pegawai polis yang melihat keganasan selama sehari semasa perhimpunan Bersih dulu?

Tentulah berganda-ganda traumanya!!

Aku juga nak tanya Nurul, sebelum ini kaulah yang kononnya beria-ia memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun, tapi mengapa bila orang lain buat kau larang, tapi bila kau buat semuanya OK?



Kawan-kawan ingat tak bila ada golongan pro-pembangkang berdemonstrasi di UPSI sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda universiti? Akhirnya polis terpaksa campur tangan untuk menyuraikan demonstrasi berkenaan.

Apa komen Nurul ketika itu?

Beliau menegaskan tindakan diambil polis untuk menyuraikan demonstrasi sebagai tidak demokratik dan bersifat “negara polis”.

“Ini memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia tentang kerakusan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.”

“Ini juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini,” katanya.

Oooh, kalau perhimpunan ganas seperti di UPSI dan Bersih, itu sebenarnya kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun? Tapi kalau dok buka gerai burger itu sebenarnya tindakan kejam yang sepatutnya dihentikan?

Nampak sangat si Nurul ni hipokrit. Dia buat takpa, orang lain buat, tak boleh!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

No comments:

Post a Comment