Bukan senang nak jadi Menteri ni kan?
Dah lah tanggungjawabnya maha berat, tapi yang paling tak
tahan sekali ialah fitnah yang diterima, bukan sahaja terhadap diri sendiri,
tapi turut melibatkan ahli keluarga!
Menteri yang terkini kena fitnah ialah Dato’ Raja Nong
Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Apa fitnahnya? Kononnya Dato’ Raja Nong Chik salahguna
kuasa untuk beri kontrak Kementerian Belia dan Sukan kepada syarikat anaknya, Istijuara
Sdn Bhd.
Sebenarnya aku bila dengar fitnah ni pun dah jadi hairan. Dato' Raja Nong Chik ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Dia bukannya pegang Kementerian Belia dan Sukan, jadi macam mana dia boleh bagi kontrak kat anak dia?
Takpalah, mari kita kaji kronologi isu ni untuk buktikan bahawa ianya langsung tidak berasas.
Sebenarnya aku bila dengar fitnah ni pun dah jadi hairan. Dato' Raja Nong Chik ialah Menteri
Takpalah, mari kita kaji kronologi isu ni untuk buktikan bahawa ianya langsung tidak berasas.
Apa penjelasan kepada fitnah ni?
- Istijuara Sdn Bhd dapat Surat Niat (letter of Intent) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor dari KBS pada tahun 2006. Pada masa itu, Dato' Raja Nong Chik takda sebarang pegangan saham dalam Istijuara Sdn Bhd. Ini bermakna Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak tu atas daya usaha mereka sendiri.
- Dato’ Raja Nong Chik beli Istijuara Sdn Bhd pada tahun 2007 dan letakkan bawah nama anaknya. Pada masa itu, Dato’ Raja Nong Chik belum jadi Menteri lagi. Sebagai ahli perniagaan, takda salahnya dia nak beli saham mana-mana syarikat.
- Dato’ Raja Nong Chik jadi Menteri pada tahun 2009.
- Pada tahun 2010, kompleks IKBN Bandar Penawar siap. Bila dah siap, baru Surat Tawaran (Letter of Award) dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd. Mengapa kena tunggu siap baru keluar Surat Tawaran? Sebabnya Kerajaan nak pastikan spesifikasi peralatan adalah up to date. Kalau dia bagi Surat Tawaran (Letter of Award) pada tahun 2006 bersekali dengan Surat Niat (Letter of Intent) maka spesifikasinya tentulah spesifikasi tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun 2010! Bayangkanlah, kompleks serba canggih guna peralatan kuno dan out of date!
Kesimpulannya?
- Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak takda kena-mengena dengan Dato’ Raja Nong Chik sebab dia bukan pemegang saham pada masa itu.
- Dato’ Raja Nong Chik beli Istijuara Sdn Bhd dan letakkan bawah nama anaknya sebelum dia jadi Menteri, dan selepas Istijuara dapat kontrak IKBN.
- Tempoh di antara Surat Niat (Letter of Intent) dan Surat Tawaran (Letter of Award) adalah kerana menunggu kompleks siap bagi memastikan spesifikasi peralatan up to date. Ini adalah Standard Operating Procedure (SOP) perolehan Kerajaan.
Jadi, apa yang pembangkang nak kecoh-kecoh kononnya ada
salahguna kuasa? Nampak jelas semua proses mengikut prosedur dan lunas
undang-undang.
Sengaja je diorang seronok tabur fitnah!!!
p/s: Kalau nak tengok dokumen-dokumen berkaitan, boleh
tengok di sini.
Jika benar Raja Nong Chik bukan menteri pada ketika itu adakah dia juga bukan ahli UMNO ketika itu juga? (yang mempunyai pengaruh)
ReplyDeleteAnuar, pada tahun 2006, syarikat Istijuara bukan syarikat milik Raja Nong Chik. Jadi, buat apa Raja Nong Chik nak pengaruh KBS bagi kontrak kat syarikat orang lain?
DeleteKalau Raja Nong Chik ada pengaruh ke atas KBS, lebih baik Raja Nong Chik minta KBS bagi kontrak kat syarikat dia terus!!
Salah tak jika ada Exco, ADUN dan MP PR dapat kontrak sebelum mereka memegang jawatan dalam kerajaan PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Selepas pembangkang menang di 4 buah negeri ini kekayaan mereka juga bertambah dalam tempoh 4 tahun! Macamana mereka boleh kaya dan dapat kontrak sedangkan sebelum ini mereka hanya orang biasa-biasa sahaja. tentu mereka juga kroni kerajaan negeri yang memerintah. So what the problem?, contohnya adakah Anwar Ibrahim, Azmin, Khalid Berahim dan dotdotdot tak dapat sebarang projek berjuta kot di Selangor? hehehe...
ReplyDeleteApa lagi undang-undang ada, saman saja bro..
ReplyDeleterundingan terus tu ....hmmmm . Nak telus minta Jabatan Audit Negara masuk buat pengauditan proses tender ini....adil dan telus kan..? lagi pun KBS banyak isu dalam Laporan Audit Negara 2007... :)
ReplyDeletekata kuncinya ialah RUNDINGAN TERUSSSSSSSS~~~
ReplyDeleteyang itu perlu penjelasan tu
Isu rundingan terus kena tanya KBS sebab KBS yang keluarkan tawaran. tawaran pun bukan diberi kepada Dato' Raja Nong Chik atau anaknya, jadi takda kena mengena dengan mereka. Tengok balik ya, surat tawaran keluar 2006, raja Nong Chik beli Istijuara tahun 2007.
ReplyDelete