Friday, May 25, 2012

SAMSENG PKR MENGGANAS DI LEMBAH PANTAI


Apa kecoh-kecoh ni Anwar dan Nurul?

Nampak gayanya, budaya keganasan jalanan dah menular dalam PKR. Tak cukup dengan keganasan semasa perhimpunan Bersih, kini ceramah UMNO turut menjadi sasaran!!

Kelmarin Nurul Izzah dan pasangannya Tian Chua, bawa Anwar untuk berceramah di Pantai Permai. Ceramah ini diadakan bersebelahan dengan ceramah Ummi Hafilda. Tengah syok-syok layan ceramah Ummi Hafilda, tiba-tiba dengar budak menjerit, "Adoi!!" 

Sekali toleh sebelah, tengok ada budak sebelah dah tumbang. Darah membuak keluar kat kepala. Sekali tengok rupa-rupanya batu terbang menghujani khemah UMNO. Kelam-kabut semua orang! Mana taknya, orang datang nak dengar ceramah, bukan datang nak kena baling batu!

Rupa-rupanya ada samseng PKR baling batu kat khemah ceramah Ummi Hafilda! 

Pada masa yang sama, untuk cover line, mereka turut baling batu kat khemah ceramah Anwar! Macam dah ada signal awal, Anwar terus menjerit, "Pemuda UMNO sial!! Pemuda UMNO celaka!!" Nampak sangat Anwar nak cetuskan satu lagi kekacauan seperti di perhimpunan Bersih.

Mengapa samseng PKR baling batu kat khemah UMNO?

Tak lain tak bukan, nak cetuskan kekacauan. Begitulah taktik mereka semasa perhimpunan Bersih. Mereka cuba provoke polis dengan makian dan balingan botol. Di Lembah Pantai, mereka cuba provoke dengan balingan batu pula! Kalau Pemuda UMNO bertindak balas kepada provokasi itu, sudah pastinya Anwar dan Nurul Izzah akan cuba berlakon sebagai mangsa, padahal kejadian itu dicetuskan mereka sendiri!

Tengok adik ni, kepala berdarah kena batu, sampai kena 7 jahitan!



Baca pula kenyataan saksi-saksi di tempat kejadian.



Sekarang jelas, siapa yang cetuskan kekacauan. 

Eh Anwar dan Nurul, tolong jangan amalkan budaya keganasan di Lembah Pantai. Janganlah kerana kepentingan politik, kau sanggup semai bibit-bibit perpecahan di kalangan Melayu!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar dan Nurul?

p/s: Insiden ini turut diulas di blog Joe Pisang.

1 comment:

  1. apa pak syeikh ambik pusing, yg penting kehadiran dia mesti ada nilai politik ....... lebih baik media coverage yg hebat.... nampak spt keadaan di situ tgh nazak bg dia nie. cite ganas di lp nie adalah sekelumit drp apa yg dia org blh buat..... lu langsi lu mati !!! hehehe

    gaya ganas dah mula start.... tak tahan dgn bahang p/raya kot..... nak menang babe!!! buat dan taroh apa sj asal menang. lagi pun nie parlimen anak dia. dunia dia blh mohong, ini pulak lp.... no big deal le babe!!!

    ReplyDelete