Hari ini aku nak buat
kelainan sikit. Aku nak share blog-blog Pakatan Haprak pulak…
Eh, Apa Kecoh2 dah
tukar haluan ke?
Taaak…
Cuma kita nak
tunjukkan betapa Blog No 1 Pakatan Haprak, Amenoworld, pun setuju bahawa Anwar
dan Azmin adalah pencetus kekecohan dan huru-hara di Dataran Mereka semasa
perhimpunan Bersih…
Sila baca entry dari
Amenoworld ini…
Benarlah kata orang kebenaran tidak boleh diselindungkan.
Bersih neh under sapa?
Ambiga dan kali neh kita ada A.Samad Said. Dengar citer a.samad
said terduduk di satu sudut dengan wajah yang sayu dan bagitau dia kepenatan
ketika berdemo. Betul ke itu hal sebenarnya?
Kalaupun ada orang yang layak memberikan arahan untuk langgar
penghadang, orang itu hanya ambiga atau a.samad said ataupun kedua2 insan neh.
Tiada orang lain berhak. Apatah lagi ambiga dah keluarkan arahan kita takan
langgar sekatan polis.
Angah kbsb, better ko delete kembali memori wassap kita tadi. Aku
dah menyesal sekarang. Menyesal habis.
Nak salahkan sb yang rempuh dataran merdeka? Betul ka sb yang
pergi memandai2 rempuh? Lue salahkan dulu sapa yang bagi arahan. Patutla
member2 gua dah bagi hint.. kalau taktau jangan cakap der.. gua pun pelik gak.
Tatau apa?
Perhimpunan neh sepatutnya perhimpunan aman. Tapi ada orang otak
senget menjadikan ia huru hara. Ambiga, kali neh saya bersetuju marilah kita
bersama2 mempertimbangkan semula dengan siapa kita bersama.
Lihat bawah. Kebenaran di hadapan anda.
Ini ialah perhimpunan aman. Dsai tak sepatutnya
bagi isyarat suruh rempuh halangan. Lepas tue bila rakyat kena serang dia kat
mana? Bila rakyat kena balon, dia kat mana? Dsai bagi isyarat, barulah rakyat
naik semangat slogankan suruh masuk di waktu chegu bard bagi ucapan bahawa kita
tak boleh melepasi sekatan sebab polis tak bagi kebenaran. Apa benda tue?
Demm.
Nak hentam aku? Aku dah agak tegar dsai bersepah. Tapi aku tegar
fakta. Aku tak peduli dengan sentimen korang. Aku hanya mahu peduli dengan
sentimen rakyat.
1. Dsai bagi arahan = isyarat.
2. Azmin ali menyampaikan isyarat dsai. Ada facebooker cakap azmin
ali yang bagi kebenaran tapi kalau lue tengok video di atas neh jelaskan yang
azmin hanya membenarkan apa yang dsai arahkan. Arahan tidak keluar dari mulut
azmin sendiri.
3. Lepas tue rakyat dok rempuh. Itupun sebab dah dapat greenlight.
Yang rempuh tue kita tatau nak cakap apa. Mungkin dia lupa bahawa boss bersih
ialah ambiga dan a.samad said bukan dsai.
4. Lepas kena rempuh, baru polis bertindak balas.
5. Jadi seterusnya apa yang berlaku, lue sendiri yang cari pasal.
6. Dengan neh gua surrender dengan segala bagai pendedahan sebab
rasa malu. Ada macam2 info bab dataran yang gua dapat. Tapi gua nak masukkan
dalam bakol sampah. Erase. Delete. G mampos. Walaupun gua tahu sb memang
bersepah tapi gua reti malu bila tengok video kat atas neh. Gua dah taknak amek
port pasal isu dataran merdeka lagi dah. Bab sogo dan masjid jamek je gua nak
cover.
7. Kalau polis pukul lue di dataran merdeka, itu masalah orang
yang bagi arahan.
8. Lepas tue sentimen tersebut mungkin meleret2 di bawa sampai ke
sogo.
9. Nasib baik sampai masjid jamek kami kembali bertenang.
10. Dalam pada itu tak kurang berita2 bahawa kematian peserta2
bersih dihebahkan dari mulut ke mulut untuk menaikkan semangat rakyat.
11. Mula2 gua fikir neh kerja sb.
12. Tapi rasanya better gua berfikir semula dan kumpul segala
bukti yang ada sebelum buat analisis ia disebarkan oleh sb. Boleh jadi ia
bukanlah sebagaimana yang gua sangka.
Dan, nasihat gua kepada diri gua sendiri, gua kena fikir masak2.
Gua kali neh benar2 terkejut. Sampai taktau nak gambarkan sejauh mana gua
terkejut. Bai.
Lupa, gua juga nak sesiapa bertanggungjawab bersihkan kembali nama unit amal
yang teruk kena kecam. Lue yang pandai2 bagi isyarat apahal unit amal pula kena
kecam? Lue jangan nak lepas tangan. Tenkiu.
Ameno : Bagi arahan suruh rempuh halangan = beri keizinan untuk peserta
melakukan provokasi.
Mai la jenguk-jengok kat blog SyedAbuSayyaf...video sempoi punya dok ada...
ReplyDeletehttp://syed-abu-sayyaf.blogspot.com/2012/05/nyonya-biadap-bersih-di-bershitkan.html