Apa kecoh-kecoh ni Khalid?
Tahniah aku ucapkan kepada penduduk Kelana Jaya yang
berjaya menyingkap satu lagi penyelewengan Kerajaan Pakatan Selangor!
Penyelewengan apa yang dimaksudkan? Sudah tentunya cubaan
merampas padang PKNS Kelana Jaya dari rakyat Selangor!!
PKNS beria-ia mahu membangunkan kawasan tersebut menjadi
sebuah kompleks perniagaan, pejabat dan kediaman berkepadatan tinggi dan
menghapuskan padang yang selama ini menjadi tumpuan penduduk kawasan Kelana
Jaya untuk beriadah. Sudahlah kawasan rekreasi sedia ada dirampas, kesesakan
lalulintas dan pencemaran akan turut memuncak sekiranya pembangunan tersebut
dibenarkan.
Apa alasan yang diguna oleh Khalid Ibrahim dan
kroni-kroninya di Kerajaan Pakatan Selangor untuk menghalalkan rampasan tanah
ini?
Kononnya Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) telah
lama mewartakan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan komersial dan bukannya
kawasan rekreasi. Sebagai menyokong dakwaan mereka, Majlis Bandaraya Petaling
Jaya (MBPJ) telah mengemukakan salinan RTPJ berkenaan yang menunjukkan bahawa
kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan komersial.
Malangnya penduduk lebih bijak dari Khalid. Mereka telah
menyemak salinan asal RTPJ tersebut dan mendapati bahawa selama ini padang PKNS
memang telah diwartakan sebagai kawasan rekreasi!! Salinan RTPJ yang
dikemukakan oleh MBPJ adalah salinan palsu yang telah dipinda!!
Kantoi lagi Kerajaan Pakatan Selangor! Begini rupanya
perangai mereka. Sanggup memalsu dan meminda dokumen asal semata-mata untuk mengenyangkan
kroni!
Lepas dah kantoi, Khalid cuba pula untuk menggunakan cara
lain bagi merampas padang PKNS. Apa helah Khalid kali ini? Aku petik ulasan Khalid
dari akhbar Sinar Harian.
“Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan Jawatankuasa
Bebas untuk menentukan sama ada pembangunan di padang PKNS Kelana Jaya perlu
diteruskan atau tidak.”
Eh, apa perlunya diwujudkan Jawatankuasa Bebas?
Pembangunan yang dicadangkan tu dah jelas melanggar undang-undang! Penduduk pun
dah lama bantah cadangan rampasan tanah ni! Apa lagi yang hendak diputuskan?
Batalkan sahaja hasrat kau mahu merampas padang PKNS Kelana Jaya, Khalid!!
Ini tak lain tak bukan, helah untuk menghalalkan rampasan
tanah tersebut. Aku yakin, kalau diwujudkan Jawatankuasa Bebas tersebut, ianya
akan memutuskan bahawa pembangunan perlu diteruskan kononnya demi kepentingan
umum.
Penduduk Kelana Jaya, jangan dok rileks lagi!! Tentang
habis-habisan helah Khalid untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas ini!
SELAMATKAN PADANG RAKYAT KELANA JAYA!
Apa kecoh-kecoh ni Khalid?
No comments:
Post a Comment