Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
Amboi, seronok sakan aku tengok geng-geng pembangkang
baru-baru ni. Mana taknya, diorang teruja kononnya dapat bukti Dato’ Raja Nong
Chik amalkan budaya kroni!!
Antara yang seronok mainkan isu ni adalah Harakah dan
Suara Keadilan.
Eh, apa maksudnya budaya kroni?
Maksudnya begini.. Dato’ Raja Nong Chik kononnya bagi
kontrak Kementerian Belia dan Sukan kat syarikat anaknya, Istijuara Sdn Bhd!!
Eh, dahsyat tu!!
Tunggu jap. Dato’ Raja Nong Chik kan Menteri Wilayah
Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, apa kena mengena dengan Kementerian
Belia dan Sukan?
Itulah.. Bila aku baca fitnah tu pun aku dah rasa nak
tergelak. Tambah lagi nak tergelak bila dapat tahu sebenarnya Istijuara Sdn Bhd
dapat tawaran kontrak KBS tu pada tahun 2006. Pada masa tu Dato’ Raja Nong Chik
belum jadi Menteri pun!!
Sudahlah Kementerian yang dikaitkan takda kena mengena
dengan Dato’ Raja Nong Chik, tarikh kejadian pun jauh tersasar!! Nampak sangat
pembangkang sengaja buat fitnah tanpa asas yang kukuh. Kalau nak tahu lebih
lanjut, boleh baca di sini.
Sekarang cuba kita bandingkan kes ni dengan kes Nik Aziz.
Pada tahun 2009, Abdul
Ariffahmi Ab. Rahman, menantu Nik Aziz dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Perbadanan ni bawah kawalan siapa? Sudah tentulah Nik
Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan!
Eh,
ini jelas ada ‘conflict of interest’! Mana boleh kau bagi jawatan besar macam
ni pada menantu sendiri!! Habislah semua kontrak besar dikawal oleh keluarga
kau je.
Yang
ni ada tak Harakah dan Suara Keadilan buat kecoh? Takda pun… Padahal yang ni
memang jelas nampak amalan kroni!
Macam
mana pula dengan pelantikan anak Nik Aziz, Nik Mohd. Abduh, sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI)
dan Pengarah Binaraya PKINK Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan
Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)?
MPKB ni bawah kuasa Nik Aziz. Macam mana
dia boleh selamba lantik anak sendiri sebagai Ahli Majlis? Bayangkanlah kalau
Dato’ Raja Nong Chik lantik anak sendiri jadi Ahli Lembaga Penasihat DBKL,
confirm pembangkang akan melolong macam anjing menyalak bukit, “KRONIIIIIII!!!
KRONIIIIII!!! KRONIIII!!!”.
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan (PKINK) pun syarikat bawah Nik Aziz juga. Selamba je Nik Aziz letak
anak dia jadi Pengarah syarikat.
Harakah dan Suara Keadilan pun dok
senyap je, seolah-olah perlantikan ni perkara biasa. Mungkin ini perkara biasa
bagi PAS, PKR dan DAP, tapi luar biasa bagi orang ramai!!
Nik Aziz selamba je salahguna kuasa,
tapi geng Pakatan buat tak tahu je. Tapi bila ada kes yang kononnya libatkan
Dato’ Raja Nong Chik, pantas diorang melalak, padahal apa yang disebarkan cuma
fitnah semata-mata!!
Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
Gila kau! Tiket syurga diorang dalam tangan pok nik tu.Kau jangan memain.Tapi,tiket diorang je lah.
ReplyDeleteTiket kita,ada pada Allah. =)
Hahahahaha.
*pstt: Apa yang diorang melalak dulu,sebiji2 kena kat deme balik.Camtu je tuhan balas.LOL!