Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Tadi aku dah cerita pasal Nurul Izzah tak tahu lokasi program sendiri, sekarang aku nak cerita pasal dia tak tahu lokasi kebakaran di Lembah Pantai pulak…
Ceritanya begini….
Semalam ada kebakaran kecil di Lembah Pantai. Bila dapat tahu pasal perkara ni, Dato’ Raja Nong Chik segera minta wakilnya datang melawat mangsa untuk hulurkan bantuan. Dato’ Raja Nong Chik juga minta DBKL untuk segerakan pembaikian.
Dpt makluman kebakaran kecil dapur @Blok B,PPR Kerinci.Peg saya hadir utk dpt butiran mangsa.Terima kasih anggota Bomba atas kecekapan anda!
Bila Nurul Izzah baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik dan tahu pasal kebakaran ni, dia pun jadi tak tentu arah. Bayangkan kawan-kawan, nak tahu pasal kebakaran di Lembah Pantai pun kena baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Apa jenis wakil rakyat macam ni?
Bila dapat tahu Dato’ Raja Nong Chik dah hantar wakil, dia pun tak nak kalah, hantar juga wakil dia…
Nurul Izzah Anwar
Malangnya hantar wakil pun tempat salah… Kebakaran di Blok B PPR Kerinchi, wakil dia pergi Blok D PPR Kerinchi. Lepas tu Nurul Izzah dengan bangganya dabik dada konon dah hantar wakil, padahal dia tak sedar, wakil pergi tempat salah!!!
Itulah Nurul, orang lantik jadi wakil rakyat, tak nak buat kerja betul-betul. Dato’ Raja Nong Chik hantar wakil aku tak hairan, sebab dia Menteri, jadi banyak perkara yang perlu diuruskan, bukan setakat Lembah Pantai semata-mata.
Tapi kau tu Ahli Parlimen Lembah Pantai sepenuh masa. Sepatutnya 24 jam kau ada di Lembah Pantai. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kau yang dapat tahu dulu, bukan dapat tahu dari Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kaulah yang dulu sampai, bukannya sekadar hantar wakil.
Itulah kau, lebih suka makan angin dari berkhidmat untuk penduduk Lembah Pantai. Tahun ni je berapa negara kau dah pergi untuk makan angin sambil burukkan nama Malaysia di mata dunia? Aku rasa si Nurul ni lebih arif tentang tempat-tempat di London, Australia, Turki, Singapura dan Indonesia berbanding dengan tempat-tempat di Lembah Pantai.
Eh Nurul, orang Lembah Pantai undi kau bukan untuk tengok kau pergi makan angin! Orang Lembah Pantai undi engkau sebab nak dapat perkhidmatan! Kalau setakat nak glamour dapat gelaran Ahli Parlimen, tapi kerja tak nak buat, tak payah masuk bertandinglah lain kali!! Kalau setakat nak jadi macam biskut Chipsmore, kejap ada kejap takda, jangan buang masa penduduk Lembah Pantai merayu undi mereka!!
ORANG LEMBAH PANTAI DAH MUAK!!!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
p/s: Kalau belum baca lagi, jangan lupa baca NURUL IZZAH SESAT DI LEMBAH PANTAI PART I.
kikiki...anak beranaka melawak..
ReplyDeletekalau fikir balik, MP PR ni apa kerja dia???
jawatan bukan menteri pun...
tak kan kawasan parlimen sendiri pun pakai wakil...
gua rs kalau nurul izzah ni p kursus ostart BADrul vagina jam 3 pagi gerenti dia lagi peka kot ngan kawasan dia nnti huhuhu...
ReplyDeleteCara bro kupas isu si Nurul ni memang power. Memang terduduk tak boleh bangun dibuatnya. Teruskan usaha bro, kalau boleh biar suruh dia bertanding kat Turki lagi bagus. Buat semak bumi Malaysia je.
ReplyDeleteakuantiPAKATAN.