Wednesday, May 29, 2013

TAHNIAH ZAHID HAMIDI!! KASI TARUK SAMA PENGACAU KEAMANAN!!


Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Padan muka pada geng-geng pengacau keamanan dari Pakatan. Selama ni mereka bermaharajalela melanggar undang-undang negara, buat perhimpunan haram di sana sini. Bising sampai tengah malam, jalan jam sampai orang nak balik rumah pun tak boleh.

Tahniah pada Zahid Hamidi kerana tidak lagi memberi muka kepada pihak yang mencabar kedaulatan undang-undang negara. Teruskan mendakwa penganjur perhimpunan-perhimpunan haram.

Tapi bila dah kena dakwa, pandai pulak geng-geng Pakatan ni merengek kononnya mereka ditindas. Kononnya hak mereka untuk mengadakan perhimpunan aman telah dicabul.

Ya ke kena tindas? Ya ke kena cabul?

Dalam undang-undang, awal-awal lagi dah dinyatakan sebarang perhimpunan perlu dimaklumkan kepada polis 10 hari sebelum ianya diadakan. Perhimpunan-perhimpunan yang Pakatan buat bukannya perhimpunan kecil-kecilan. Semuanya perhimpunan besar, pakai stadium. Bukannya hari ni buat keputusan, esok terus berhimpun. Kena ambil masa juga nak anjurkan. Habis tu, nak buat perhimpunan besar boleh, nak hantar surat maklumkan pada polis tak boleh?

Setelah polis mengambil tindakan berlandaskan undang-undang, apa kesannya? Boleh baca sendiri laporan portal pro pembangkang, Malaysiakini.

Perhimpunan Blackout 505 Akan Diteruskan

Menurut Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani, empat negeri akan mengadakan perhimpunan 505 pada bulan Jun bermula dengan Perlis pada 10 Jun, di Sungai Petani, Kedah pada 11 Jun; di Kota Baru, Kelantan pada 12 Jun dan di Batu Pahat, Johor pada 14 Jun.

Beliau menambah bahawa penganjur akan mendapatkan kebenaran daripada pihak polis untuk semua perhimpunan akan datang.

TUUUU DIAAAAA!!

Lepas dah kena dakwa, pandai pulak nak mohon kebenaran dari polis!!

Ini menunjukkan pihak pembangkang dah jadi kaduk naik junjung. Selama ni Kerajaan asyik berlembut sahaja sampaikan mereka memandang enteng undang-undang negara, ikut suka hati mak bapak dia je nak langgar.

Sekarang, bila dah terantuk baru tengadah. Pembangkang sedar, zaman mereka boleh buat apa saja dah berlalu.

UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG!!

TAHNIAH ZAHID HAMIDI!!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

RAJA NONG CHIK BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KAKI PEMFITNAH, NURUL IZZAH!

Nurul5

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Raja Nong Chik buat laporan polis terhadap fitnah Nurul Izzah? Padan muka kau Nurul!! 

Sebelum ni kau kata nak kempen yang bersih, bebas dari fitnah dan serangan peribadi tapi kau yang jadi jaguh fitnah orang. Dalam ceramah, dalam Facebook, dalam Twitter, tak habis-habis kau fitnah Raja Nong Chik. Bukan setakat fitnah Raja Nong Chik, malah ahli keluarga beliau pun turut difitnah oleh Nurul dan kuncu-kuncunya!

Sekarang buku dah bertemu dengan ruas. 

Raja Nong Chik telah membuat laporan meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap fitnah Nurul Izzah.

Pembelian Tanah Di Bukit Kiara: Raja Nong Chik Buat Laporan Polis Terhadap Nurul Izzah
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara.
Beliau berkata ia bagi membolehkan pihak polis menyiasat kenyataan yang dilemparkan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Raja Nong Chik mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah.
"Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen (pilihan raya) dan saman terhadap beliau (Nurul Izzah)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai pada kira-kira 3 petang ini.
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca pasal fitnah Nurul Izzah mengenai penjualan tanah Bukit Kiara di sini:


Aku rasa selama ni Pak-pak Menteri dan pihak Kerajaan terlalu berlembut terhadap para pembangkang yang tak segan-silu menghamburkan fitnah dalam pelbagai bentuk. Selama ni Kerajaan asyik berdiam sahaja menerima fitnah tanpa bertindak-balas. 

Tak boleh terus begitu. Kalau ada fitnah, buatlah laporan polis. Kalau perlu saman, kita saman!! Dapatkan gantirugi juta-juta sebagai pampasan! Kalau dah kena 3,4 kali, mesti pihak pembangkang akan lebih berhati-hati sebelum menabur fitnah.

Aku harap lepas ni banyak lagi Pak Menteri dan agensi Kerajaan yang difitnah terus membuat aduan polis dan menyaman pembangkang. Yang paling aku nak tengok menyaman pembangkang ialah SPR. Sepanjang PRU berbakul-bakul fitnah dihamburkan terhadap SPR. Tetapi kerana maklumbalas lambat, orang ingat fitnah tu semuanya benar.

Jangan buat macam tu lagi! Bila kena fitnah, terus saman!! Nak tunggu lama-lama buat apa? 

Saman, jangan tak saman!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sunday, May 19, 2013

DAP RASIS TERPAKSA JILAT LUDAH SENDIRI

Chua Lai Fatt menjadi mangsa hinaan di Facebook dan serata Internet kerana dilabel oleh Ong Kian Ming sebagai pengundi hantu.
Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Dalam PRU yang lepas kita dah lihat banyak perlakuan rasis oleh penyokong Pakatan Rakyat. Mana-mana rakyat Malaysia yang berkulit gelap sedikit terus dituduh sebagai penghuni hantu. Ada yang dimaki dan ada yang dibelasah tanpa belas kasihan kerana prejudis perkauman Pakatan Rakyat.

Aku tak hairan kerana sebelum PRU lagi memang sentimen telah dimarakkan oleh pemimpin Pakatan kononnya ada konspirasi nak menggunakan pendatang asing sebagai pengundi hantu. Antara yang giat memainkan sentimen pengundi hantu ialah orang kuat DAP, Ong Kian Ming.

Sebelum PRU, Ong Kian Ming telah menyebarkan gambar dan IC Chua Lai Fatt sebagai bukti kononnya SPR telah memberikan IC kepada pendatang asing untuk memberi kemenangan kepada BN. Maka kecohlah pencacai PKR meroyan bahawa SPR telah KANTOI menipu!!

Tetapi sekarang siapa yang KANTOI?

Ahli Parlimen DAP Mohon Maaf Kepada Pengundi


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dituduh sebagai pendatang asing oleh ahli parlimen pembangkang merupakan seorang pengundi berdaftar di Malaysia.
Ong Kian Ming, kepala rasis DAP
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kini mahu bertemu dengan Chua Lai Fatt secara peribadi dan memohon maaf kepada Chua dan keluarganya berhubung dakwaan yang dilemparkan itu.
Chua, berketurunan India namun diambil menjadi anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang serta memberikan nama kepadanya.
Ketika dihubungi The Star, Chua bagaimanapun enggan ditemubual.
"Saya tidak mahu menjadi tumpuan pihak media," katanya.
Dr Ong telah menggunakan nama Chua yang merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan bahawa Suruhnjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4, Mei, sehari sebelum pilihan raya umum berlangsung.
Beliau telah membuat permohonan maaf dalam akhbar Cina berhubung dakwaan tersebut.
Akhbar Cina memetik beliau memohon maaf atas kesilapannya menuduh Chua sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13.
"Saya akhirnya dapat mengenalpasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat.
"Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya," kata wakil DAP itu sambil menambah dia mahu memanjangkan permohonan maafnya itu kepada pengundi dan keluarganya.
Sekarang baru nak minta maaf? Pasal apa kau tak selidik dulu sebelum buat tuduhan liar? 

Aku tahu pasal apa. Pasal sebelum ni Pakatan nak menang PRU, jadi tak kisahlah kalau tabur fitnah, janji rakyat Malaysia marah kat BN kerana percaya fitnah kau. Bila PRU dah habis, baru nak minta maaf, takda gunanya. 

Sekarang dah jelas kepada rakyat pekung Pakatan dan DAP. Taktiknya tak lain tak bukan tabur FITNAH, FITNAH, FITNAH!!

Macam ni ke pemimpin yang rakyat nak percaya?

Apa kecoh-kecoh ni DAP?


Sunday, May 12, 2013

LEPAS PRU PUN PAKATAN TERUS NAK FITNAH RAJA NONG CHIK?


Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Aku cukup hairan dengan perangai orang Pakatan, dah lepas PRU pun masih tetap nak fitnah Raja Nong Chik.

Terkini, gambar Raja Nong Chik sebak semasa pelancaran projek pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi digunakan untuk sebar fitnah kononnya gambar itu ialah gambar Raja Nong Chik menangis sebab kalah PRU di Lembah Pantai.

Minta maaf, tukang fitnah Pakatan. Gambar ni aku pakai masa buat blog posting pada 12 DISEMBER 2012, lamaaaaaaaaaaaa sebelum PRU bermula. Tajuk posting itu ialah 

RAJA NONG CHIK SEBAK, IMPIAN PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI TERCAPAI!


Kalau tak percaya sila buka link dan lihat sendiri gambar pada posting tersebut.



KANTOI lagi pencacai Pakatan buat fitnah!! Macam ni je ke mentaliti penyokong Pakatan? Benda remeh macam ni pun boleh buat bahan fitnah?

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Saturday, May 11, 2013

BN KANTOI CUBA BAWA MASUK PETI UNDI TAMBAHAN DI LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Kalau kawan-kawan nak tahu, sebenarnya sebelum mengundi lagi Nurul Izzah dah buat perancangan untuk membantah sekiranya dia tak menang.

Mula-mula dia buat tuduhan kononnya 5,000 pengundi di Lembah Pantai adalah pengundi hantu. Dia siap bawa kes ni ke mahkamah nak batalkan hak mereka untuk mengundi. Tapi Nurul KANTOI. Pengundi-pengundi yang dituduh oleh Nurul Izzah sebenarnya adalah penduduk asal Lembah Pantai yang dulunya duduk di kawasan setinggan. Lepas tu bila diteliti lagi, rupa-rupanya penduduk kawasan elit Bangsar pun dituduh sebagai pengundi hantu. Yang paling kelakar, Prem Kumar yang dah bertahun-tahun jadi Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru pun dituduh sebagai pengundi hantu! Nampak sangat, senarai pengundi hantu Nurul Izzah cuma senarai tangkap muat yang dibuat-buat.

Kemudian, pada malam pengumuman pemenang, kuncu-kuncu Nurul Izzah buat cerita kononnya ada kereta yang ditahan kerana cuba membawa masuk peti undi tambahan. Betul ke?


Sebelum aku jawab, aku terangkan sikit pasal proses pengiraan undi. Semua undi dikira di saluran mengundi. Perasan tak masa mengundi ada wakil dari setiap parti yang duduk semak senarai setiap pengundi yang masuk? Haaaa, lepas habis undian, SPR akan kira undi on the spot dengan diperhatikan oleh semua wakil parti. Bila semua pihak puas hati, mereka akan tandatangan Borang 14 yang mengesahkan jumlah undi. Jumlah undi inilah yang akan dimaklumkan ke tempat pengumuman keputusan. Memang semua peti undi di bawa ke pusat tetapi UNDI TIDAK DIKIRA DI SITU. Jadi bawa peti undi ke pusat penjumlahan memang prosedur SPR tetapi TIDAK MEMBAWA APA-APA KESAN kepada jumlah undi.

Berbalik kepada fitnah penipuan SPR di Lembah Pantai:

Jawapan:

1. Gambar no 1 diambil pada waktu malam. Gambar no 2 diambil pada waktu siang. Kalau betul kereta kena tahan waktu malam, mengapa tunggu siang baru nak ambil gambar? 

2. Tengok betul-betul gambar no 2. TIDAK ADA logo SPR di beg tersebut. Semua beg undi mesti ada logo SPR. Kalau takda logo SPR maknanya beg tu beg palsu.

3. Tengok lagi sekali beg di gambar no 2. Di situ ditulis no 120. Kalau ikut cerita yang PKR jaja, P120 bermaksud kawasan Parlimen Lembah Pantai. Minta maaf, ini KANTOI paling besar! P120 ialah kawasan Parlimen Bukit Bintang. Kawasan Parlimen Lembah Pantai ialah P121. Kalau tak percaya boleh semak sendiri senarai kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

KodKawasan Parlimen
P.114Kepong
P.115Batu
P.116Wangsa Maju
P.117Segambut
P.118Setiawangsa
P.119Titiwangsa
P.120Bukit Bintang
P.121Lembah Pantai
P.122Seputeh
P.123Cheras
P.124Bandar Tun Razak

Jadi jelas sekali gambar yang disiarkan ni cuma fitnah semata-mata. KANTOI KANTOI KANTOI helah Pakatan nak memburukkan nama SPR di Lembah Pantai!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Friday, May 10, 2013

MUHASABAH PRU LEMBAH PANTAI



Sekarang ni semua orang dah tahu Nurul Izzah menang di Lembah Pantai. Persoalannya sekarang, mengapa dan bagaimana?

Raja Nong Chik dah berkhidmat untuk penduduk Lembah Pantai lebih dari 30 tahun sejak dari zaman beliau Pemuda UMNO lagi. Sejak memegang jawatan Menteri, makin banyak sumbangan beliau untuk Lembah Pantai. Rumah-rumah PPR dicat baru, Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia ditubuhkan untuk bantu penyelenggaraan rumah-rumah kos rendah dan sederhana, penjaja tepi jalan di Jalan Pantai Permai dipindahkan ke Bazaria Pantai bagi melicinkan perjalanan lalu lintas, Jalan Maarof diperbesarkan untuk mengurangkan kesesakan dan macam-macam lagi yang diusahakan oleh Raja Nong Chik.
Tetapi mengapa semua usaha ini tidak dipandang oleh pengundi?

Isu nasional menjadi tumpuan pengundi, terutamanya golongan kelas pertengahan, kelas atasan dan kaum Cina. Bagi mereka, tidak kira siapa pun calon BN di Lembah Pantai, walau apapun sumbangan beliau, mereka telah membulatkan tekad untuk mengundi PKR. Sumbangan Raja Nong Chik lebih dihargai oleh golongan berpendapatan rendah yang menikmati hasil jasa beliau.

Ini boleh dilihat dengan jelas apabila Raja Nong Chik kalah di semua peti undi kawasan elit dan Cina, sebaliknya menang di kawasan berpendapatan rendah. Memang dari awal-awal lagi perlawanan ini telah dilabel sebagai elit & Cina vs pendapatan rendah.

Harus diingat juga, sebahagian besar pengundi Lembah Pantai terdiri dari pengundi luar kawasan. Mereka tidak pernah merasai nikmat usaha-usaha Raja Nong Chik di Lembah Pantai, jadi mereka tidak tahu apa yang Raja Nong Chik buat di Lembah Pantai. Malah bagi mereka yang hanya disuap oleh propaganda pembangkang menerusi Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket; Nurul Izzah sering mendabik dada dialah sebenarnya wira Lembah Pantai yang telah melakukan pelbagai pembangunan di sini. Maka mereka ini percaya bulat-bulat semua yang disuap kepada mereka.

Melalui media pembangkang juga Nurul Izzah telah melakukan pelbagai serangan peribadi terhadap Raja Nong Chik. Kononnya Raja Nong Chik beri kontrak pada anak sendiri, Raja Nong Chik ada offshore company untuk buat pelaburan haram, Raja Nong Chik beli rumah RM15 juta hasil penyelewengan masa jadi Menteri dan betul-betul sehari sebelum pengundian Nurul telah buat fitnah kononnya Raja Nong Chik telah menyeleweng tanah milik DBKL untuk diberi kepada syarikat Kiara Mas. Sebelum kempen bermula Nurul Izzah lah orang pertama kata mahukan kempen yang bersih, tetapi dia jugalah orang pertama yang membuat pelbagai serangan berunsur fitnah selepas itu. Dan semua fitnah ini dipercayai bulat-bulat oleh ramai pengundi walaupun semua isu berkenaan telah dijawab.

Pengundi Melayu juga tidak menunjukkan kesedaran untuk mengundi berbanding dengan pengundi Cina. Di KL, pengundi Cina hanya 43.2% dari jumlah keseluruhan penduduk tapi mereka merupakan 52.15% dari jumlah pengundi di KL. Ini bermakna walaupun sebagai penduduk mereka merupakan minoriti, sebagai pengundi mereka merupakan MAJORITI di KL! Mengapa ini berlaku? Sebab orang Cina memandang serius hak untuk mengundi dan sedar kepentingan mendaftar sebagai pengundi. Orang Melayu memandang lewa hak untuk mengundi jadi mereka tak kisah pun untuk mendaftar sebagai pengundi. Melayu di KL jadi majoriti penduduk, lebih 50% tapi sebagai pengundi mereka jadi MINORITI, hanya 35% sahaja dari jumlah pengundi.

Pengundi Cina juga ramai yang sanggup turun dari jauh semata-mata untuk mengundi. Yang bekerja di Singapura ramai turun mengundi di Lembah Pantai. Yang bekerja di Australia, Amerika dan England pun sanggup berbelanja berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata untuk turun mengundi. Tapi orang Melayu? Ada masalah sikit, terus tak nak pergi mengundi!

Aku petik dari blog OutSyedTheBox:

Then I also noticed that there were very, very few Malay voters (in Sek Keb Bukit Bandaraya in Lembah Pantai). After voting I received calls from a friend of mine who said the same thing. Chinese voter turnout was huge in Kelana Jaya and Shah Alam. The Malay voters were not as many. Then my friend said he was getting calls from Johor saying the same thing. Where were the Malay voters?

Two of my Malay staff who were supposed to vote did not do so for flimsy reasons ('kereta tak datang ambil' and 'ramai sangat tunggu queue'). 

Kemudian saya juga mendapati bahawa terdapat sangat, sangat sedikit pengundi Melayu (di Sek Keb Bukit Bandaraya di Lembah Pantai). Selepas mengundi saya menerima panggilan daripada seorang rakan saya yang mengatakan perkara yang sama. Kehadiran pengundi Cina adalah besar di Kelana Jaya dan Shah Alam. Pengundi Melayu tidak begitu banyak. Kemudian rakan saya berkata beliau mendapat panggilan dari Johor mengatakan perkara yang sama. Di manakah pengundi Melayu?

Dua kakitangan Melayu saya yang sepatutnya mengundi tidak berbuat demikian atas sebab-sebab remeh ('kereta tak datang ambil' dan 'ramai sangat tunggu giliran').

Tengok tu, alasan remeh macam tu digunakan sebagai sebab tak pergi mengundi. Orang Cina datang dari beribu-ribu batu takda masalah pun nak pergi mengundi, kita yang duduk dekat Lembah Pantai boleh bagi alasan bodoh macam tu?  

Cabaran untuk PRU seterusnya ialah untuk mendekati golongan-golongan yang sebelum ini anti Kerajaan dan memahami isu yang penting untuk mereka. Sesetengah isu ini memang memerlukan penyelesaian di peringkat nasional, contohnya isu korupsi. Raja Nong Chik atau mana-mana calon BN di Lembah Pantai tak boleh selesaikan isu-isu ni. Ianya memerlukan penyelesaian menyeluruh. Sebersih manapun calon di Lembah Pantai, bila BN/UMNO dikaitkan dengan korupsi, maka calon yang bersih itupun akan turut terpalit dengan lumpur yang sama.

Yang paling penting ialah kesedaran untuk mengundi di kalangan orang Melayu. Kalau kita masih tak sedar-sedar lagi, jangan terkejut kalau hak kita terhakis sedikit demi sedikit. Jangan jadi macam pepatah Melayu, dah terantuk baru tengadah. Sementara masih belum terlambat, gunakanlah hak kita dengan bijak. Daftarlah sebagai pengundi. Masa PRU, turun mengundi, jangan bagi alasan bodoh untuk mengelak dari mengundi.

Insya Allah, kalau ada kesedaran untuk berubah di dalam BN/UMNO serta para pengundi Melayu, scenario politik berbeza boleh disaksikan pada PRU akan datang.

Saturday, May 4, 2013

FITNAH TERAKHIR NURUL IZZAH ISU KIARA MAS DITANGKIS RAJA NONG CHIK


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sebelum kempen bermula, beria-ia Nurul Izzah merayu supaya kempen dijalankan secara bersih. Tapi bila start kempen, Nurul Izzah lah orang pertama main kotor dengan menyebar pelbagai fitnah dan menyerang ahli keluarga Raja Nong Chik dan peribadi beliau sendiri.

Yang terkini, petang tadi Nurul Izzah telah lancar fitnah terbaru. Yang hairannya, sidang media beliau hanya menjemput media pro pembangkang. Media-media biasa tak dijemput. Mengapa ya? Biasanya kalau Nurul Izzah nak buat pendedahan sensasi, dia akan jemput semua media untuk dapat liputan paling luas.

Haaaaaa... Tujuan Nurul Izzah tak nak jemput media biasa ialah supaya Dato Raja Nong Chik tak sempat jawab fitnah beliau. Jadi, bila tak dijawab, orang akan ingat fitnah tu betul.

Sorilah Nurul, pihak Raja Nong Chik dah dapat salinan Kenyataan Fitnah kau. Dan kini fitnah tersebut telah dijawab.

Nurul Izzah fitnah kononnya Raja Nong Chik pindahkan tanah Kerajaan kepada syarikat kroni. Tapi telah dijawab oleh Raja Nong Chik bahawa tiada sebarang pindahmilik tanah berlaku. Tanah yang Nurul Izzah rujuk pun salah. Nurul tak buat kajian dulu, dia tak sedar bahawa sebenarnya ada dua lot tanah bukannya satu. Dua lot tanah yang berbeza ni Nurul Izzah ingatkan satu lot yang sama. Maka fitnahnya makan diri kerana menyerlahkan kebodohan Nurul. Nak buat fitnah pun tak reti ke?

Boleh baca sendiri Kenyataan Media di bawah:


Joint Press Statement by Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing
And Yayasan Wilayah Persekutuan on May 4, 2013.

We refer to the statement by Nurul Izzah Anwar, candidate for the Parliament of Lembah Pantai on May 3, 2013 entitled Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s involvement in the transfer of 12 acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur to a nominee company for onward sale to a major property development company for close to RM475 million.

We would like to make the following clarifications:
1.       The statement among others mentioned that 12 acres of land in Bukit Kiara of which DBKL is the beneficial owner was transferred late last year to Yayasan Wilayah Persekutuan of which the FT Minister is the Chairman. It was purportedly given to a private company named Kiaramas Sdn Bhd.

2.       We would like to categorically say that the above statement is totally not true. There are two aspects relating to the 12 acre land in Bukit Kiara. The 1st aspect involves an ongoing discussion between Berjaya Corp & DBKL for 12 acres of land to be retained as part of the greater green lung subject to the terms and conditions to be agreed upon between the 2 parties. Hence, the claim that DBKL has transferred 12 acres of land belonging to DBKL to Yayasan Wilayah Persekutuan does not arise at all. 

3.       In November last year, following cabinet approval, Wilayah Persekutuan Land Exco has approved a 12 acre land also in Bukit Kiara to Yayasan Wilayah Persekutuan for 2 primary purposes:
i.            To provide housing to 100 families involved in the relocation exercise following the development of the Kiara Estate. These families were the estate workers in Kiara who have been staying in the long house for the last 30 years.
ii.                   Part of the land will be developed for affordable homes in accordance with the policy for the Ministry to develop 30,000 affordable homes in Wilayah Persekutuan.

4.       The said land has not been transferred to Yayasan Wilayah Persekutuan. Yayasan Wilayah Persekutuan has not signed any agreement with any parties to develop said land. Yayasan Wilayah Persekutuan is in the process of finalising the Request For Proposal (RFP), inviting competitive bids to develop the said land hence the issue of Yayasan Wilayah Persekutuan giving the land to another company does not arise at all.

5.       In conclusion, we view this as dirty political tactics by Nurul Izzah to undermine Raja Nong Chik’s campaign
.
6.       In the first place, there are two separate plots of land which she has mistaken to be the same piece of land.

7.       Secondly, the land has yet to be transferred to Yayasan Wilayah Persekutuan and Yayasan Wilayah Persekutuan has not signed any agreement with any company, so how can Kiara Mas sell off the piece of land?

8.       Nurul Izzah has often said that she wants a clean campaign but she is the one who has been engaging in sabotage tactics during this election.

Friday, May 3, 2013

NURUL IZZAH TUDUH PENDUDUK ELIT BANGSAR PENGUNDI HANTU


Pengundi Bangsar Cina, India & Melayu bangkit menyelar Nurul Izzah yang menuduh mereka pengundi hantu.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Mula-mula dulu aku ingat Nurul Izzah hanya tuduh bekas setinggan sahaja sebagai pengundi hantu. Rupa-rupanya penghuni kawasan elit Bangsar pun jadi mangsa tuduhan pengundi hantu!

Yang paling lawaknya, yang dituduh tu bukan orang sebarangan, tetapi Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Prem Kumar!! Bila ditanya kepada Nurul Izzah, Nurul kata semua pengundi hantu ni dia tak jumpa sebab alamat tak lengkap.

Nurul, Prem Kumar dilahirkan di Bangsar, dibesarkan di Bangsar dan dah laaaaamaaaa jadi Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru. Macam mana kau tak kenal dia ya?

Hek eleh… Nurul, kau tu dah jadi wakil rakyat 5 tahun, orang yang aktif macam Prem Kumar pun tak boleh cari? Nampak sangat kau jarang turun padang, kalau tak, mustahil kau tak kenal Prem Kumar!!

Boleh baca sendiri Kenyataan Media dari NGO GEMPUR tentang isu ni.

KENYATAAN MEDIA NGO GEMPUR ‘GERAKAN MENCARI PENGUNDI ASAL LEMBAH PANTAI’

ISU PENGUNDI HANTU DI BANGSAR

2 MEI 2013


Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada 22 Mac 2013 Nurul Izzah telah memfailkan semakan kehakiman menuntut SPR untuk membatalkan pendaftaran 4,637 pengundi Lembah Pantai yang disifatkan oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu kononnya kerana alamat kediaman mereka tidak lengkap atau tidak wujud.

Walaupun semakan kehakiman asal Nurul Izzah telah ditolak, kami terkejut apabila mengetahui Nurul Izzah akan memfailkan semula rayuan terhadap keputusan asal mahkamah. Kami amat bimbang dengan perkembangan terbaru ini dan khuatir ianya akan menjejaskan hak pengundi Lembah Pantai untuk mengundi.

Pihak GEMPUR telah dibekalkan oleh sumber dari PKR sendiri senarai pengundi hantu yang telah dikemukakan ke Mahkamah oleh Nurul Izzah untuk dibatalkan hak mereka untuk mengundi. Walau bagaimanapun, senarai yang dikemukakan tidak lengkap. Hanya 1,700 nama sahaja berada dalam senarai tersebut. Sehubungan dengan itu, kami mencabar Nurul Izzah untuk mengemukakan senarai penuh kesemua 4,637 pengundi hantu Lembah Pantai agar semua pengundi Lembah Pantai boleh menyemak senarai berkenaan bagi memastikan mereka tidak tersenarai sebagai pengundi hantu.

Bagi membantu pengundi Lembah Pantai menyemak sama ada nama mereka tersenarai sebagai pengundi hantu, kami telah mewujudkan laman Facebook di alamat https://www.facebook.com/WeAreLembahPantai yang menyenaraikan kesemua 1,700 nama yang ada pada kami. Para pengundi Lembah Pantai digesa menyemak status mereka di situ.

Sebelum ini pihak kami lebih banyak membuat semakan di kawasan-kawasan bekas setinggan bagi mencari pengundi Lembah Pantai yang dituduh sebagai pengundi hantu. Adalah dimaklumkan sehingga kini, dalam masa 2 minggu sahaja, kami telah berjaya menemui 500 penduduk Lembah Pantai yang dituduh sebagai pengundi hantu.

Walau bagaimanapun, setelah meneliti senarai pengundi hantu Nurul Izzah, kami dapati Nurul Izzah turut menyenaraikan pengundi-pengundi di kawasan elit seperti Bangsar sebagai pengundi hantu.

Mulai 2 hari yang lepas kami telah membuat semakan bagi pengundi di lokaliti di Bangsar Baru sahaja dan daripada 52 nama  yang tersenarai di Bangsar Baru kami telah berjaya mengesan lebih 25 pengundi yang disenaraikan sebagai pengundi hantu oleh Nurul Izzah.

Nurul Izzah sebelum ini telah mencabar Dato’ Raja Nong Chik untuk menjelaskan bagaimana GEMPUR boleh mencari pengundi-pengundi hantu ini sedangkan PKR telah berusaha selama 4 tahun untuk mencari mereka tetapi gagal.

Saya petik cabaran Nurul Izzah melalui Setiausaha Politik beliau yang disiarkan menerusi artikel bertajuk “PKR Says 5,000 ‘Dubious’ Lembah Pantai Voters Unverifiable, Not Squatters”, yang disiarkan di Malaysian Insider bertarikh 30 April 2013.

"In four years, we have tried to meet the voters but the addresses are incomplete. We ask Umno in the spirit of democracy to please share their tactic, how can they find out where these voters are staying?"

Kami bukan UMNO tapi kami akan jawab cabaran Nurul Izzah.

Bagaimana cara kami menemui pengundi-pengundi Lembah Pantai yang dituduh sebagai pengundi hantu? Mudah sahaja Nurul. Buat kerja, jangan hanya kuat cakap sahaja. Jalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Turun padang. Bergaullah dengan rakyat jelata. Apabila kita kenal rakyat, mudah sahaja untuk mencari mereka bila nama mereka tersenarai sebagai pengundi hantu.

Contoh paling mudah ialah Encik Prem Kumar. Nurul Izzah telah menyenaraikan nama Encik Prem Kumar sebagai pengundi hantu. Prem Kumar dilahirkan dan dibesarkan di Bangsar selama 37 tahun. Beliau bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan di Bangsar dan telah menjadi Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru selama beberapa tahun. Sehingga kini beliau masih lagi Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru. Nurul Izzah telah menjadi wakil rakyat selama 5 tahun. Selepas 5 tahun menjadi wakil rakyat, kalau orang yang begitu aktif dan tersohor di kawasan Bangsar seperti Prem Kumar pun Nurul Izzah tidak kenal, maka tidak hairanlah jika rakyat marhaen seperti penduduk bekas kawasan setinggan pun Nurul Izzah tidak kenal!

Insiden ini jelas menunjukkan Nurul Izzah jarang turun padang dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat malah dengan sewenang-wenangnya telah menganiaya penduduk Lembah Pantai dengan cuba membatalkan hak mereka untuk mengundi di dalam pilihan raya.


IZWAN MEGAT
NITESH MALANI
CHRIS DANIEL

(Sekretariat GEMPUR)