Thursday, May 31, 2012

KEBEBASAN MEDIA KEPALA HOTAK KAU!! DAP PENANG HALAU WARTAWAN KELUAR SIDANG MEDIA!



Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Selama ni dah berbuih mulut pemimpin Pakatan dari PKR dan DAP melaungkan kononnya mereka memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan media, tapi bila tiba masa untuk melaksanakan apa yang mereka janjikan, habuk pun tarak!!

Semalam di Pulau Pinang, wartawan NST dan Utusan Malaysia dihalau keluar dari sidang media oleh Ong Ah Teong, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari DAP.

Adakah sidang media yang diadakan itu sulit, dengan maklumat rahsia yang hanya boleh didedahkan kepada media tertentu?

TAK!!! Sidang media itu hanya untuk memaklumkan tentang pemeriksaan kebersihan yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Pejabat Kesihatan di Batu Ferringhi.

Isy, benda biasa macam tu pun media tak boleh nak lapor?

Akhirnya, setelah didesak, Ong Ah Teong memberitahu bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengeluarkan pekeliling mengharamkan kehadiran wartawan dari NST, Utusan Malaysia dan Berita Harian dari semua sidang media.

Macam nilah rupanya kebebasan bersuara dan kebebasan media gaya Pakatan dan DAP.

Sesiapa yang berani mengkritik mereka, tak layak untuk bersuara!! Kalau puji baru boleh dapat kebebasan bersuara, baru boleh dianggap media yang bebas!!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan dan DAP?

2 comments:

  1. Buku Airmata di Bumi Memali

    012 621 3431-Azran

    Harga: RM 26.00 sebiji termasuk kos penghantaran bagi kawasan KL, PJ dan Shah Alam.

    RM 30.00 untuk kawasan-kawasan dan negeri-negeri lain.

    ReplyDelete
  2. Tak masuk syurga pun org Memali pun. TG dah bersubahat dgn kafir...

    ReplyDelete