Apa
kecoh-kecoh ni Nurul & RPK?
Sebelum ni aku dah bagi
tau, Nurul dah terdesak kerana populariti Dato Raja Nong Chik semakin meningkat
di Lembah Pantai sedangkan imej Nurul sendiri semakin suram. Oleh itu, untuk
memburukkan imej Dato Raja Nong Chik, Nurul pun gunakan RPK sebagai proksi untuk
menyerang Dato Raja Nong Chik.
Apa tuduhan yang dibuat
oleh RPK?
RPK
mempertikaikan bagaimana syarikat yang pemegang saham utamanya adalah anak Dato
Raja Nong Chik boleh mendapat kontrak dari Kementerian Belia dan Sukan.
Dalam
hal ni, nasib baik ada sumber dari Kementerian Belia dan Sukan yang sanggup
membantu untuk menerangkan keadaan sebenar.
Apa
ceritanya ya?
Istijuara
Sdn Bhd telah menerima Surat Niat (Letter of Intent) dari KBS pada 18 Julai
2006 untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut
Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor. Pada masa ini, Dato Raja Nong
Chik tidak memegang sebarang saham dalam syarikat ini. Begitu juga anak beliau.
Pada
tahun 2007, Dato Raja Nong Chik telah membeli saham di dalam syarikat berkenaan
dan meletakkannya di bawah nama anak beliau. Pada masa ini, Dato Raja Nong Chik
masih belum dilantik menjadi Menteri. Pada masa ini beliau juga bukan Ketua
Bahagian UMNO Lembah Pantai.
Dato
Raja Nong Chik dah lebih 30 tahun jadi ahli perniagaan. Jual beli saham dalam
syarikat ni perkara biasalah. Orang biasa pun main jual beli saham, takkan ahli
perniagaan macam Dato Raja Nong Chik tak boleh beli saham kan?
Setakat
ni nampak tak apa-apa urusan yang melanggar undang-undang? Takda kan?
Seterusnya
Dato' Raja Nong Chik dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar pada tahun 2009.
Pada
22 Mei 2010 kompleks IKBN Bandar Penawar telah siap. Selepas kompleks tersebut
siap, barulah surat tawaran (Letter of Award) untuk membekal, memasang dan
menyelenggara peralatan dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd.
Haaaa,
inilah yang cuba dijadikan isu oleh RPK. Dia cuba membayangkan kononnya tawaran
ini diberikan kerana Dato Raja Nong Chik menyalahgunakan kuasanya sebagai
Menteri, sedangkan surat niat dah dikeluarkan pada tahun 2006 sebelum Dato Raja
Nong Chik menjadi Menteri lagi!!
Mungkin
ada yang akan tanya, kalau surat niat dikeluarkan pada tahun 2006, mengapa
surat tawaran hanya dikeluarkan pada tahun 2010 selepas kompleks IKBN siap?
Inilah
yang RPK tak faham, atau mungkin sengaja buat-buat tak faham. Kalau spesifikasi
dan kontrak dimuktamadkan pada tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap
pada tahun 2010, sudah tentu spesifikasi peralatan yang ditetapkan akan
ketinggalan zaman! Cuba bayangkan, dalam tahun 2006, komputer mungkin pakai
teknologi Pentium 1, tapi sekarang dah pakai teknologi Pentium 5! Logik ke
kalau kompleks serba moden, tapi pakai peralatan kuno! Mesti pembangkang macam
Nurul lah orang yang pertama akan bising pertikaikan mengapa Kerajaan buat
kontrak untuk bekal peralatan guna spesifikasi out of date!
Jadi,
kena tunggu sampai kompleks dah nak siap, baru boleh dimuktamadkan spesifikasi
peralatan yang perlu dibekalkan. Bila dah muktamadkan spesifikasi, baru boleh
tetapkan harga untuk tawaran. Nak muktamadkan spesifikasi dan harga pun bukan senang. Mesti kena runding banyak kali untuk memastikan harga yang ditawarkan berpatutan. Kalau tak, kena jawab dengan Audit Negara lah. Bila dah tetapkan harga, baru boleh keluar Surat
Tawaran (Letter of Award). Tak tahu spesifikasi, macam mana nak tetapkan harga
kan? Inilah SOP atau Standard Operating Procedure perolehan Kerajaan. Kalau tak
ikut SOP, pembangkang juga yang akan bising. Tapi sekarang, bila ikut SOP pun
dia cuba nak buat isu! Terdesak sangat ke Nurul? Benda macam ni pun nak buat
kecoh?
Setakat
ni, apa yang melanggar undang-undang? Takda apa-apa pun.
Nampak
sangat pembangkang dah takda modal.
Apa
kecoh-kecoh ni Nurul dan RPK?
mantap bro.terbaek.nanti aku share bagi kredit
ReplyDeleteSalam bro, terima kasih kerana mengeluarkan cerita ini. Kami di Berita Lembah Pantai juga telah menggunakan cerita ini, salam bro.
ReplyDeletehttp://beritalembahpantai.blogspot.com/2012/05/hangat-menyengat-raja-nong-chik-dan.html
Betul tu bro, kalau Istijuara quote komputer tahun 2006, spesifikasi yang terbaik mungkin Pentium 4 processor bawah 2.0 GHz, pakai Windows XP lagi masa tu. Tapi kalau nak beli komputer pakai spesifikasi tahun 2006 untuk tahun 2010, spesifikasi akan berubah pakai Pentium 4 Dual-core, tapi processor pun kurang-kurang dah 2.0 GHz pakai OS Windows 7. Masa tu pulak Windows 7 masih lagi mahal kerana baru keluar....
ReplyDeleteSebab ape tak pakai je spesifikasi lama?? Sebab distributor komputer kat Malaysia ni pun akan gelak je jika ko mintak spec lama, orang nak berubah ke teknologi baru, tapi orang otak yang tak betul nak pakai spesifikasi lama. Lebih-lebih nak digunakan dalam bidang pendidikan.
Lagi satu, memang dah jadi kebiaasan LOI (Letter of Intent) akan keluar dulu sebelum nak keluar LOA (Letter of award) itupun memang mengambil masa 3- 4 tahun, bila infrastruktur dah siap dan harga kontrak antara kerajaan dan syarikat yang ditauliahkan dipersetujui.
Korang ingat meeting untuk harga hanya sekali tunjuk, pihak kerajaan akan setuju terus ke??? Silap-silap perkara pasal harga ni pun ambik masa 6 bulan ke setahun, bergantung kepada tauke syarikat. Kalau nak letak harga tinggi boleh je, tapi tauke tu tunggu la sampai kontrak tu akan ditenderkan secara terbuka pada orang lain. Jadi nak tak nak, untuk mendapatkan bisnes, kene letak harga yang munasabah. Bukan main letak je harga, sebab semua tu akan terbongkar juga bila di audit nanti......
Tapi puak-puak PR badigol memang suka teknologi lama bro, teknologi fitnah dsb.. hehehe
Deletenak spin ceritapun pakai teknologi lama...hahahaha, nurul..nurul. awak ni ketinggalan keretapi la.
ReplyDeleteTerbaik bro...Gua copy n hantar readers kt blog tuan
ReplyDeleteBETUL BETUL DAH RNC TU MEMANG AHLI PERNIAGAAN MELAYU TULEN SEBELUM BERGELAR MENTERI
ReplyDelete