Tuesday, May 29, 2012

UNISEL, KUIS DAN KUIN ADALAH KOLEJ MILIK KRONI UMNO?



Apa kecoh-kecoh ni Dzulkefly Ahmad?

Aduiii… Tak habis-habis si Dzulkefly Ahmad ni buat kenyataan-kenyataan bodoh. Sebelum ni dia cakap PAS takda masalah nak lantik bukan Islam jadi Timbalan Presiden PAS. Satu kenyataan bodoh yang kemudiannya dibantai oleh ahli-ahli PAS lain.

Sekarang dia buat satu lagi kenyataan bodoh.

Apa kenyataan bodoh Dzulkefly Ahmad ni?

“PTPTN adalah cara kolej kroni UMNO cari makan.”

Wow… UNISEL dan KUIS kat Selangor tu bawah Kerajaan Pakatan Selangor. Tu pun kroni UMNO juga ke?

KUIN kat Kedah bawah Kerajaan Pakatan Kedah. Tu pun kroni UMNO juga ke?

Kalau betul-betul Pakatan menentang PTPTN dan mahukan pendidikan percuma, berilah pendidikan percuma di semua institusi pengajian tinggi milik Kerajaan negeri.

Tapi aku yakin Pakatan takkan mampu buat tu semua. Janji nak bagi duit kat budak tadika pun tak tertunai, inikan pulak nak bagi pendidikan percuma di peringkat universiti!

Ini bukti lidah bercabang Pakatan – dalam dia kecoh-kecoh nak hapuskan PTPTN, UNISEL milik Kerajaan Selangor suruh pelajarnya mohon pinjaman PTPTN..



Ini memang betul-betul hipokrit!

Apa kecoh-kecoh ni Dzulkefly Ahmad?

No comments:

Post a Comment