Wednesday, May 30, 2012

HOT! BUKTI NURUL IZZAH SENGAJA CETUS KEKACAUAN DI PANTAI PERMAI!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Beberapa hari lepas, aku terbaca dalam Star laporan mengenai kekecohan semasa ceramah UMNO dan PKR di Pantai Permai.
Part yang paling menarik pada aku, ialah kenyataan ini.

Lembah Pantai Umno division committee member Mazlan Maulud said Umno had long planned its ceramah and that PKR refused to budge from holding it on the same date.
“So who actually is responsible for the provocation?” Mazlan asked.

AJK UMNO Bahagian Lembah Pantai, Mazlan Maulud, memaklumkan bahawa UMNO telah lama merancang ceramah tersebut tetapi PKR sengaja memilih tarikh dan lokasi yang sama untuk menganjurkan ceramah mereka, serta enggan menukar tarikh tersebut.
“Jadi siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi”, soal Mazlan.

Ini sebenarnya soalan yang menarik.

UMNO dah lama merancang penganjuran ceramah berkenaan. Aku pasti Nurul pun dah tahu mengenai perancangan ceramah berkenaan kerana penganjuran ceramah tersebut sudah pastinya telah diwar-warkan kepada orang ramai.

Jadi, soalan pertama aku: Mengapa Nurul sengaja memilih TARIKH yang sama untuk menganjurkan ceramah PKR?

Soalan kedua aku: Mengapa Nurul sengaja memilih WAKTU yang sama untuk menganjurkan ceramah PKR?


Soalan ketiga aku: Mengapa Nurul sengaja memilih LOKASI yang sama untuk menganjurkan ceramah PKR?

Tidakkah dia tahu, dengan keadaan ceramah yang hangat, dan penyokong kedua-dua belah pihak hanya diasingkan dengan jarak beberapa meter sahaja, kemungkinan untuk berlakunya kekecohan amat tinggi?

Takkanlah Nurul bodoh sangat sampai benda macam tu pun dia tak boleh nak faham?

Maka kesimpulannya mudah sahaja.

Nurul memang sengaja memilih tarikh, waktu dan lokasi yang sama dengan ceramah UMNO untuk menganjurkan ceramah PKR kerana dia memang mahu menyaksikan kekecohan di Lembah Pantai!!

Bila orang UMNO tak layan provokasinya, dia pun kerah kuncu-kuncunya untuk mengganas dan baling botol serta batu.

Peduli apa kalau orang PKR sendiri kena. Peduli apa kalau orang tua, perempuan dan kanak-kanak cedera. Peduli apa kalau keadaan jadi kacau-bilau.

Yang penting, agendanya untuk cetuskan kekacauan tercapai!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

4 comments:

  1. YB HAPRAK LP DAH KENA CHECKMATE, KIRI-KANAN-ATAS-BWH..... DOK TGH MEROYAN LA TU!!... MY LALING TIAN CHUA.... WHERE ARE U? KITA MAU KENA AJAR ORG LP TAU...... PLEASE DON'T LEAVE ME ALONE! I'M LONELY!!

    ReplyDelete
  2. tertib sungguh umno lembah pantai. ikut buku sokmo, betui ke!!! hehehe. politik bandar mula menular spt street fight. jangan sampai hilang tamadun cukup lah nanti bila ramai orang give up-fed up susah pulak nanti!!!

    ReplyDelete
  3. izzah dh meroyan bro sebab tue makin garang nak tumbangkan UMNO/bn kita tunggu video izzah kuar lepas nie lari malam izzah....

    ReplyDelete
  4. ... Jawapannya ialah kalau bapaknya berkepala batu, anaknya tentulah berkepala batu juga. Jahanamlah untuk mereka sekeluarga ...

    ReplyDelete