Thursday, May 10, 2012

PAS BERDALIH TAK NAK LAKSANA HUDUD

Apa kecoh-kecoh ni Haji Hadi dan PAS?

Aku lawak betul bila baca kenyataan terkini Presiden PAS, Haji Hadi, yang kononnya jika Pakatan menang PRU nanti, hudud hanya boleh dilaksana bila tiada pengangguran, tiada kemiskinan dan ada gaji minimum.

“Kita selesai masalah membasmi kemiskinan, pengangguran. Hukum hudud tak boleh dilaksanakan kalau gaji minimum tidak dilaksanakan, itu syarat dia.

Pada aku ini cuma dalih PAS untuk mengelak dari melaksanakan hudud kalau menang nanti. Cuba fikirkan secara logik, di dunia sekarang, negara mana yang langsung tiada orang miskin, tiada pengangguran? Hatta negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Great Britain pun masih ada kemiskinan dan pengangguran.

Aku nak tanya Haji Hadi, apa nas dari Quran dan Sunnah yang menyatakan ketiga-tiga syarat ni perlu dipatuhi sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan?


Cuba fikirkan pula di zaman Rasulullah dan sahabat, adakah semua orang pada zaman itu kaya-raya, tiada langsung kemiskinan dan pengangguran? Kalau betul tiada orang miskin, kenapa wujud zakat untuk membantu golongan fakir miskin? Ada tak gaji minimum pada zaman Rasulullah dan sahabat dulu?

Kalau Pakatan dah memerintah 10 tahun contohnya dan kemiskinan dan pengangguran masih wujud, adakah ini bermakna selama itulah hukum hudud takkan terlaksana? Wah, ini alasan mudah untuk PAS mengelak dari menjalankan hukum hudud!

Mungkin ada yang kata, ada yang mencuri kerana kesempitan wang, jadi dalam keadaan ini tak boleh nak dilaksana hukum hudud dan perlu tunggu syarat sepertimana yang dinyatakan Haji Hadi. Aku nak tanya Haji Hadi, bagaimana dengan orang kaya yang mencuri? Kena tunggu tiada pengangguran, tiada kemiskinan dan ada gaji minimum baru boleh dihukum juga ke?


Aku nak tanya Haji Hadi juga, adakah hukum hudud untuk kes mencuri sahaja? Bagaimana dengan kes minum arak dan berzina? Kena tunggu tiada pengangguran, tiada kemiskinan dan ada gaji minimum baru boleh dihukum juga ke?

Sepanduk PAS di Kelantan

Kalau dahulu PAS cukup gemar mengkafirkan UMNO kerana kononnya tidak menyokong hudud dan konsep negara Islam. Tapi kini PAS pula yang berdolak-dalik mengenai hudud. Sebelum ini perjuangan negara Islam telah digugurkan, sekarang ni, nampak gayanya perjuangan untuk menegakkan hudud akan turut terkubur.


Kalau dahulu PAS cukup anti pada UMNO kerana kononnya tidak menyokong hudud dan konsep negara Islam. Tapi sekarang boleh tidur sekatil pula dengan DAP yang jelas anti Islam. Siapa boleh lupa kelantangan Karpal Singh yang menentang hukum hudud? “LANGKAH MAYAT AKU DULU!!” katanya.

Lim Guan Eng juga lantang bersuara menafikan bahawa hudud akan dilaksanakan jika Pakatan menang. 

“Perlaksanaan hudud tidak termasuk dalam Buku Jingga, maka ianya tidak akan dilaksanakan.”

Jadi kalau negara Islam bukan lagi keutamaan, hukum hudud juga tidak akan dilaksanakan, apa sebenarnya peranan PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam?

Di Selangor dan Pulau Pinang pun EXCO Agama Islam tidak disandang oleh PAS, jadi apa fungsi PAS dalam Pakatan? Sekadar menjadi umpan untuk meraih undi orang Islam, kemudiannya ditolak ke tepi macam anjing kurap?

Apa kecoh-kecoh ni Haji Hadi dan PAS?

No comments:

Post a Comment