Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Wah!! Hebat betul si Nurul ni memperjuangkan pilihanraya
yang bersih dan adil!! Aku tengok bermacam-macam yang di Tweet nya pasal
pilihanraya ni. Antara isu utama yang dibangkitkan ialah pengundi hantu.
Nurul cukup pantang dengan pengundi hantu ni. Kalau boleh
nak dicekik-cekik pengundi hantu ni agaknya. Apa pengundi hantu ni, kalau
menurut tafsiran Nurul? Antaranya ialah orang yang mengundi di tempat yang
bukan kediaman mereka. Tengok Tweet Nurul ni:
@bersih2 Ada 3.1 juta pemilih yg mengundi di luar
kawasan tempat tinggal mrk (non resident voters) . SPR tidak kisah. Bgm ya?
Bodoh la kau Nurul… Isu ni pun kau tak faham.
Aku nak tanya kawan-kawan, berapa ramai di antara kita
yang tukar IC setiap kali kita berpindah? Sebagai contoh, kakitangan awam yang
selalu berpindah jabatan mengikut arahan. Tiap-tiap kali pindah ke negeri lain,
mereka ni tukar IC tak?
Jawapannya TAK!!
Mereka akan kekalkan IC di kediaman asal mereka ataupun
di kampung walaupun dah tak tinggal di situ lagi. Leceh lah kalau tiap kali
pindah nak tukar IC dan kemaskini daftar pengundi. Tak percaya? Pergilah ke
Putrajaya dan tanya kakitangan awam yang duduk kat kuarters Kerajaan, di mana
mereka mengundi. Aku yakin tak sampai 10% yang mengundi di Putrajaya. Tapi
kalau ikut tafsiran Nurul Izzah, mereka ni pengundi hantu sebab tak mengundi di
tempat mereka tinggal!!
Lagi satu senario, orang yang datang dari kampung untuk
bekerja di kota besar macam KL. Biasanya mereka akan balik kampung untuk
mengundi walaupun mereka tidak lagi tinggal di situ. Jadi, mereka ni masuk
dalam golongan yang mengundi di luar kawasan tempat tinggal. Kalau ikut tafsiran
Nurul, mereka ni pengundi hantu!!
Tapi, kalau Pakatan Haprak tak setuju wujudnya pengundi
hantu, mengapa Pakatan Haprak sendiri bagi mereka ni duit untuk balik kampung
dan mengundi?
Tak percaya Pakatan Haprak buat begitu? Baca laporan dari
portal pro-pembangkang Malaysian Insider:
PAS anggap saguhati
pengundi luar bukan sogokan
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
GUA MUSANG, 1 Nov — Sambil mengulangi langkah
menawarkan saguhati perjalanan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar Galas
bukan satu sogokan, PAS memberi jaminan tidak akan melanggar Akta Kesalahan
Pilihan Raya jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ia satu kesalahan.
Kelmarin,
Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman berkata parti itu
akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di
DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang
mengundi.
Halim berkata,
pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah, sebaliknya insentif bagi
menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
Selain Halim,
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
berkata, ia sudah menjadi amalan biasa dalam parti itu untuk menarik minat
pengundi supaya pulang untuk menjalankan kewajiban.
Pengundi yang
berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala
di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.
“Kita berjanji
lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka,” kata Wan Rahim.
Jadi, kalau mereka ni pengundi hantu, maknanya selama ini
yang menyokong pengundi hantu ialah Pakatan Haprak!! Maknanya selama ni, pihak
yang suap duit kepada pengundi hantu ialah Pakatan Haprak! Maknanya selama ini, pihak yang menggalakkan
kewujudan pengundi hantu ialah Pakatan Haprak!
Itulah kau Nurul. Kononnya nak jadi heroin dan buat isu
tergempar, tapi terkena batang hidung sendiri!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Bila dah kena ke puting tetek sendiri,mula la nak meroyan tak tentu hala.
ReplyDeleteAku pun dah naik jijik keluarga 69 ni.Semua orang salah.Deme je betul.
Perangai zionis,kaum lain semua bodoh,semua layak dibunuh,ha,diorang ni pun sama la.Ikut sangat perangai yahudi.Deme je betul.
1 vote for BN dari aku.
Betul saudara,saya seorang warga emas ,daftar asal dikawasan bandar Kuala Trengganu,sekarang menetap di luar daerah K Terengganu sejak 40th,tapi saya tak pindah pusat mengundi,sebab saya nak mengundi dikawasan asal saya mengundi.Setiap piliharaya,saya mengundi di bandar KT.Adakah saya pengundi hantu?
ReplyDeleteSetuju! Saya dah 2 kali pindah atas sebab kerja. Di kl dan skrg di johor bahru. alamat ic di padang rengas, perak tak pernah tukar. sbb tak tukar sbb alamat tu adalah alamat tempat lahir sy. sayang oooo...jadi hantu kah sy??? Izzah...jawab....
ReplyDeleteEh. Izzah ni, bapak dia bukan ke Permatang Pauh ke? Anwar tu duduk Permatang Pauh ke Kolumpo sebenarnya? Celaru sekali. Bukan setakat pengundi hantu, dah boleh jadi calon hantu gamaknya.
ReplyDeleteSiswa Warisan
setuju dengan alif.bapak dia bukan duk kuala lumpur ke?mengundi kat p.p jugak.dasar pompuan bodoh.hahaha
ReplyDeletedone follow ur blog btw.
follow me back
Bodohnya blog ini maklumat chelah gigi... Spam jamban satu!
ReplyDeleteAda ramai yang dah lama mati atau meninggal tapi nama dalam senarai pengundi yang masih tak di keluarkan lagi. Agaknya si Nurul nampak "The Living Dead" datang mengundi ke.....
ReplyDeleteaku tinggal cheras mengundi ampang....hahahaaa HANTUKAH aku??? Nak jadi drakula...hensem dan macho...
ReplyDelete