Aku rasa Tunku Abdul Aziz telah silap langkah dalam
berpolitik. Dia masuk DAP kerana percaya dengan janji-janji manis kononnya DAP
benar-benar jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan demokrasi dan hak untuk
bersuara. Sebaik sahaja dia masuk DAP, terus dapat bermacam habuan. Dapat jadi
Naib Presiden, dapat jadi Senator.
Tapi bila dia berani untuk menyuarakan pendapat
peribadinya, apa yang dia dapat? Maki hamun dan cercaan bukan sahaja dari
penyokong Pakatan dan parti DAP, malahan pemimpin DAP dan Pakatan pun tumpang
sekaki untuk menyerang Tunku Aziz.
Lim Kit Siang lupa agaknya, dia pernah tulis buku
bertajuk “Right To Differ”/”Hak Untuk Berbeza”. Rupa-rupanya hak untuk berbeza cuma
boleh dipakai untuk menghentam Kerajaan! Tapi kalau ada perbezaan pendapat
dengan parti atau dengan Pakatan, hak untuk berbeza dah tak wujud. Kena duduk
senyap sahaja walaupun apa yang dibuat tu jelas tak betul.
Tunku Aziz kata perhimpunan Bersih patut dibuat mengikut lunas
undang-undang. Kalau dibuat tanpa mengikut lunas undang-undang, perhimpunan tu
boleh bertukar ganas. Tapak alternatif seperti Stadium Merdeka telah diberi, mengapa
perlu berkeras berhimpun di Dataran Merdeka sedangkan untuk Bersih 2.0, mereka
tiada masalah berhimpun di Stadium Merdeka?
Yang sedihnya, ramalan Tunku Aziz benar belaka.
Perhimpunan yang kononnya aman bertukar menjadi ganas kerana provokasi dan hasutan
pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
Kini, Tunku Aziz dihukum kerana dia berpegang kepada
prinsip berani kerana benar. Dia
digugurkan dari senarai Senator oleh DAP dan dengar khabarnya akan turut
dilucutkan jawatan Naib Presiden DAP dan dipecat dari parti DAP. Memang
betullah DAP ni Democratic Action Party – demokrasi tu eksyen je lebih, tapi
sebenarnya lebih kepada autokratik dan kuku besi!
No comments:
Post a Comment