Monday, May 14, 2012

MAJLIS PECAH TANAH 4 TINGKAT KERINCHI – NURUL IZZAH GIGIT JARI LAGI..


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Dato' Raja Nong Chik di pelancaran Kerinchi Residensi

Baru-baru ni penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi sekali lagi bersorak kegembiraan pada Majlis Pecah Tanah pembangunan semula kediaman mereka yang disempurnakan oleh Dato’ Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, merangkap Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai. Dari Flat 4 Tingkat Kerinchi, kini kediaman mereka akan bergelar Kerinchi Residensi.

Majlis Pecah Tanah ini adalah petanda bahawa impian mereka selama ini untuk mendiami rumah yang lebih besar dan selesa semakin hampir tercapai.

Tapi dalam ramai orang gembira, ada juga yang gigit jari dan tarik rambut sebab sakit hati tengok kejayaan Dato’ Raja Nong Chik membangunkan semula kawasan Flat 4 Tingkat sekaligus menaikkan taraf hidup orang Melayu yang merupakan 100% penduduk di situ.

Siapa yang sakit hati tu ya? Tak lain tak bukan betina BSF (Bangkang, Spin, Fitnah), si Nurul Izzah.

Keadaan daif Flat 4 Tingkat Kerinchi

Kesian pakcik ni, kena tidur kat pangkin luar rumah sebab rumah terlalu sempit!!

Bayangkanlah, bila pembangunan selesai nanti, penduduk akan dapat apartment 3 bilik bersaiz 900 kaki persegi bernilai antara RM250,00-RM300,000 untuk menggantikan flat tiada bilik/1 bilik bersaiz 380 kaki persegi sekarang. Hampir 3 kali ganda beza keluasannya!

Bayangkanlah, sekarang satu keluarga duduk dalam flat sempit tiada bilik, ruang yang samalah menjadi ruang tamu, bilik tidur, bilik belajar, ruang makan – pendek kata semuanya di situ! 

Tapi selepas ini dapat rumah luas 3 bilik!!! Mana tak melompat kegembiraan penduduk kat Flat 4 Tingkat Kerinchi!!

Tapi Nurul tak senang hati tengok Kerajaan bantu orang Melayu yang miskin. Seboleh-bolehnya dia hasut penduduk untuk gagalkan usaha Kerajaan ni. 432 keluarga dah setuju tapi Nurul berjaya hasut 35 orang untuk bantah dan menuntut pampasan yang bukan-bukan.

Bayangkanlah, untuk rumah sempit macam reban ayam, Nurul hasut mereka untuk tuntut sehingga RM600,000 dan rumah ganti sebanyak dua buah untuk setiap orang. Gila ke apa!!

Lepas tu bila pemaju tak dapat penuhi permintaan mereka, Nurul hasut mereka untuk buat tuntutan mahkamah. Bila sampai ke mahkamah, penilaian dibuat berasaskan nilai semasa pasaran.

Cuba teka berapa nilai rumah sempit tiada bilik tu? Ada sampai satu juta ringgit? Ada sampai setengah juta ringgit?

TAAAK!!

Cuma RM73,000!! Patutnya dapat rumah besar bernilai RM300,000, tapi sekarang cuma dapat RM73,000 sahaja!!

Kini penduduk yang terpengaruh dengan hasutan Nurul dah sesal tak sudah. Rumah baru tak dapat, duit pampasan pun ciput je.

Nasib baik Dato’ Raja Nong Chik prihatin. Mereka yang membantah ditawarkan menyewa rumah PPR walaupun mereka sebenarnya tidak layak menerima sebarang pampasan kecuali RM73,000 sahaja.

Inilah Kerajaan BN, prihatin kepada semua walaupun pada yang menentang langkah murni Kerajaan.

Nurul pula, selepas mempergunakan penduduk, terus meninggalkan mereka begitu sahaja. Bak kata pepatah, habis madu, sepah dibuang.

Semasa mereka berpindah ke rumah PPR, siapa yang bantu? Nurul ke?

TAAK!!

Pemuda BN & UMNO bantu penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi berpindah

Dato' Raja Nong Chik meninjau proses pemindahan Haji Hashim Selim, bekas Pengerusi JK Bertindak yang menentang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi

Sumbangan tikar getah untuk semua penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi yang berpindah


BN dan UMNO yang bantu. Lori disediakan, Tenaga kerja disediakan.

Dato’ Raja Nong Chik sendiri turun padang untuk bantu dan menyerahkan sumbangan tikar getah kepada semua yang berpindah.

Apa Nurul buat masa penduduk tengah sibuk berpindah?

Nurul Izzah seronok main futsal semasa penduduk Flat 4 Tingkat sibuk berpindah

Dia tengah main futsal!! Eh, main futsal lagi penting dari bantu penduduk?

Inilah mentaliti Ahli Parlimen Lembah Pantai!!

Pemimpin macam ni ke yang kita nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

2 comments:

  1. nak tahu jugak apa perasaan melayu melayu bahlol & tolol selepas kena tipu ngan minah spin ni...
    ada sesapa boleh interview mereka ni???

    ReplyDelete