Tuesday, May 29, 2012

ANWAR & NURUL IZZAH GUNA SKRIP BASI DI LEMBAH PANTAI


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Aku respek betul sama Dato’ Raja Nong Chik. Dalam suasana tegang apabila Nurul Izzah mendakwa UMNO mencetuskan keganasan semasa ceramah di Pantai Permai, Dato’ Raja Nong Chik dengan tenang menjawab semua persoalan.

Apa kenyataan dari Dato’ Raja Nong Chik?

“Biar polis siasat kejadian ini. Jika ahli PKR yang cetuskan kekacauan, biar polis ambil tindakan. Jika ahli UMNO yang cetuskan kekacauan, biar polis ambil tindakan.”

Inilah jawapan orang yang matang. Bandingkan kenyataan beliau dengan kenyataan Nurul Izzah yang berbuih mulut menuduh kononnya ahli UMNO yang cetuskan kekacauan, tapi satu bukti sahih pun takda. Memang betul ada penyokong PKR yang cedera, tapi penyokong UMNO pun ada yang cedera.


Adik Saiful Bukhari yang menjadi mangsa keganasan kuncu-kuncu Nurul. TUJUH jahitan menghiasi kepala adik Saiful Bukhari.

Dia kata ada bukti video, tapi bila dikemukakan, video tu cuma menunjukkan ada orang cedera tapi tak pula ditunjukkan siapa yang membaling batu tersebut. Habis tu, kalau tak nampak orang yang baling, macam mana kau boleh tuduh ahli UMNO yang buat? Enath-entah, orang PKR yang baling sendiri untuk cetuskan provokasi!

Aku tak hairan kalau ni semua skrip lakonan Anwar dan Nurul untuk tagih simpati. Mereka cetus provokasi, lepas tu mereka tuduh orang lain yang cetuskan kekacauan.

Pelbagai keganasan semasa Bersih

Semasa Bersih 3.0 baru-baru ni, orang mereka yang rempuh halangan, maki polis, baling botol air dan memukul polis serta orang ramai. Lepas tu mereka dakwa polis ganas.

Tian Chua merempuh polis sebelum sebarang tindakan diambil.

Semasa Bersih 2.0, Tian Chua yang rempuh polis dulu sebelum sebarang gas pemedih mata dilepaskan. Lepas tu dia dakwa polis ganas.

Samseng India yang dibawa Nurul ke Kg Kerinchi

Samseng Cina yang dibawa Nurul ke Kg Kerinchi

Semasa pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi yang penduduknya 100% Melayu, Nurul bawa samseng Cina, samseng India dan orang luar seperti Adam Adli untuk cetuskan kekacauan. Lepas tu dia tuduh penduduk ganas.

Dan terkini, skrip sama diulang di Pantai Permai.

Malangnya Nurul, ada saksi yang nampak kekacauan dicetuskan oleh kuncu-kuncu Nurul.

Boleh baca sendiri Tweet dari saksi-saksi di tempat kejadian. 

Kuncu-kuncu Nurul baling batu, baling botol sehingga ramai cedera. Perempuan pun mereka jadikan sasaran!





Kantoi lagi Nurul!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

No comments:

Post a Comment