Wednesday, May 16, 2012

INILAH KEBEBASAN BERSUARA GAYA NURUL IZZAH

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sebelum ini, Nurul Izzah memang cukup lantang memperjuangkan kebebasan bersuara...


Merusuh di UPSI sampai rosak harta-benda universiti? Itu hak kebebasan bersuara!



Merusuh di KL sampai rosak harta-benda awam dan orang ramai cedera? Itu hak kebebasan bersuara!

Dengan ajaran seperti itu, maka tak hairanlah kuncu-kuncu Nurul di London pun turut menganggap membuat kekacauan di dalam majlis orang lain adalah sebahagian dari hak kebebasan bersuara.

Lihatlah bagaimana kurang ajarnya mereka ini bila berada di hadapan Perdana Menteri di London. Kalau ada orang buat macam ni di ceramah Anwar, aku rasa mau kena debik dua, tiga biji. Tapi PM kita cool. Tak mudah melatah. Akhirnya mereka terdiam sendiri selepas aksi kurang ajar mereka tidak mendapat sambutan yang diharapkan. 


Apa yang mereka harapkan? Sudah tentunya mereka mengharapkan ada orang yang akan menyambut provokasi murahan mereka dengan bertindak tegas terhadap mereka. Lepas tu mereka akan terus laungkan bahawa Kerajaan Malaysia kejam dan menindas rakyatnya...

Itu taktik murahan beb. Kat Bersih taktik tu menjadi. Takkan kat London pun nak pakai taktik sama beb? 

Kesian aku tengok diorang ni. Kononnya belajar tinggi, tapi budi-bahasa fakir miskin di ceruk kampung pun jauh lebih mulia dari mereka! Tak guna belajar jauh-jauh, tinggi-tinggi, tapi perangai biadap dan kurang ajar!!

Macam ni kebebasan bersuara yang kau perjuangkan, Nurul?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

No comments:

Post a Comment