Apa kecoh-kecoh ni PAS?
Sebelum ni Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim, dah
keluarkan arahan kepada jentera parti PAS untuk tangguhkan haji bagi memastikan
perjalanan kempen pilihanraya tidak tergendala, sekarang ni Pesuruhjaya PAS
Selangor, Dr. Rani, pun mengulangi kenyataan yang sama terhadap semua pengundi
beragama Islam.
Apa kata Dr. Rani?
“Menunaikan haji sememangnya penting tapi hak untuk
mengundi adalah lebih penting.”
Uishhhh… Makin hebat fatwa-fatwa yang keluar dari ulama-ulama
PAS.
Menunaikan haji tu kan Rukun Islam yang ke 5. Mengundi tu
Rukun Islam yang ke berapa? Rukun yang pertama ke? Kedua? Ketiga? Keempat?
Kalau mengundi tu bukan Rukun Islam, macam mana ianya
lebih utama dari Rukun Islam yang ke 5, iaitu menunaikan haji?
Mengikut Tabung Haji, jemaah yang terpilih untuk
menunaikan haji tahun ini tetapi menolak giliran mereka terpaksa menunggu
giliran mereka seterusnya iaitu sama seperti orang yang baru mendaftar pada
tahun ini.
Bila giliran seterusnya tu? Tahun depan ke?
TAK!!!
Tahun 2030!!
Mak aihhh… Kena tunggu lagi 18 tahun!!
PAS boleh jamin ke mereka yang menolak haji tahun ni
boleh hidup sampai 2030?
PAS boleh jamin ke mereka yang menolak haji tahun ni akan
sihat walafiat dan mampu menunaikan haji pada tahun 2030?
PAS boleh jamin ke mereka yang menolak haji tahun ni akan
mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menunaikan haji pada tahun 2030?
Pada akulah, sementara kita tengah sihat, ada kelapangan masa, kemampuan kewangan, lebih baik pergi tunaikan haji dulu.
Kalau ajal kita sampai sebelum tahun 2030 sedangkan kita sepatutnya dah tunaikan haji tahun ni tapi sengaja tak nak pergi, macam mana kedudukan kita di sisi Allah?
Nampak sangat PAS lebih mementingkan politik dari agama
sehingga sanggup menafikan kewajiban umat Islam menunaikan Rukun Islam.
Dan demi tujuan politik, pelbagai fatwa dikeluarkan untuk
menghalalkan apa sahaja pandangan mereka.
Begini ke perangai orang yang kononnya memperjuangkan
Islam? Islam dijadikan alat, bukannya matlamat!!
Apa kecoh-kecoh ni PAS?
Tahniah kepada Rani Mukerji. Dia tahu umur Calon PAS semuanya panjang. Tangguh Haji pun xapa. Nabi PAS kan ada.
ReplyDeleteMari lihat janji manis pakatan rakyat.
http://assassincyber.blogspot.com/2012/06/apa-lagi-janji-pakatan-rakyat.html
Hukumnya apabila mampu dari segi kewangan dan kesihatan ialah WAJIB!
ReplyDeleteSiapa hak kita untuk menentukan kedudukan kita di sisi Allah?? Rasanya anda belum banyak mengkaji tentang sirah2 dahulu... mohon kaji sebelum berkata...
ReplyDeletesila baca tentang orang soleh ini yang bernama muwaffaq si tukang kasut...
then... baca sirah2 yang berkaitan...