Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Wednesday, June 10, 2015

BURUKNYA PUAK LIBERAL PAS MERAJUK


Apa kecoh-kecoh ni Mazlan Aliman?

Biasanya lepas pemilihan parti, ahli-ahli akan kembali bersatu dan bersama demi perjuangan parti. Lebih-lebih lagi PAS, yang kononnya parti Islam berasaskan ukhwah dan silaturrahim. Tapi lain pula jadinya selepas Muktamar PAS kali ini.

Puak liberal PAS yang kalah teruk dalam pemilihan kali ini semuanya merajuk tak nak pegang sebarang jawatan dalam parti. Yang paling teruk sekali ialah Mazlan Aliman, satu-satunya calon puak liberal yang berjaya menang kerusi Majlis Tertinggi PAS.

Apa kata Mazlan Aliman?

“Saya akan menolak kedudukan ini kerana tidak berminat dalam politik parti dan hanya akan bergiat sebagai aktivis.”

Laaaaa…. Kalau dah tak berminat dengan politik parti, pasal apa sebelum ni kau terima pencalonan lepas tu siap berkempen lagi? Tak ke buang masa je? Baik kau tolak awal-awal pencalonan, tak payah buang masa, tenaga, wang untuk berkempen. Boleh terus tumpukan untuk jadi aktivis.

 Lagipun kau sekarang kena kerja kuat kumpul duit untuk bayar Felda. 

Pasal apa ya? Sebab baru-baru ini mahkamah dapati dia bersalah memfitnah Felda dan diarahkan untuk membayar pampasan RM0.5 juta kepada Felda sebagai pampasan.

Setengah juta woooo… Bukan sikit tuuu…

Jadi eloklah juga kau tolak jawatan dalam parti dan kerja keras kumpul duit bayar hutang. Kalau tak nanti jatuh bankrap pula.


Apa kecoh-kecoh ni Mazlan Aliman?

SIAPA PILIHAN HATI AZMIN?


Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali?

Sekarang ni Azmin Ali dalam dilema, tak boleh nak tidur lena. Bila mata terpejam asyik terbayang wajah dua rupawan – seorang manis bertudung litup, seorang seksi berpakaian cheongsam. Mana satu pilihan hati?

Mahfuz Omar dari PAS telah beri kata dua kepada Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dari PKR – pilih PAS atau DAP sebagai rakan pentadbir di Selangor. Ugutan yang sama turut dibuat oleh Tony Pua dari DAP.

Jadi sekarang Azmin Ali dalam dilema. Dia terhutang budi kepada PAS dan Haji Hadi kerana dia hanya berjaya menjadi Menteri Besar berkat sokongan PAS. Kalau tak, Wan Azizah yang jadi Menteri Besar.

Pada masa yang sama, perjuang PKR sebagai parti liberal dan sekular lebih mirip dengan perjuangan DAP berbanding PAS yang memperjuangkan negara Islam.

Mimpi indah Azmin Ali kini bakal bertukar jadi mimpi ngeri!


Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali?

PAS VS DAP – SIAPA MEMBELIT, SIAPA TERBELIT?



Apa kecoh-kecoh ni PAS dan DAP?

Susulan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, maka Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Tony Pua di Selangor pula telah memberikan kata dua kepada PAS – letakkan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor!!

Maka kelam-kabutlah PAS cuba mempertahankan kedudukannya di Selangor dan Pulau Pinang.

Ini komen Lim Guan Eng:

Menurut Guan Eng. apa yang membuatkan beliau tidak faham ialah kenapa pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah tidak berani membuat tindakan susulan yang logik iaitu mengeluarkan arahan peletakan jawatan kepada wakilnya dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Katanya, ini adalah kerana usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP diterima secara muktamad pada Muktamar Pas ke-61 minggu lalu.

Beliau turut bertanyakan kepada kepimpinan Pas: “Adakah pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip?”

“Kalau pemimpin-pemimpin Pas ada amalan yang jelas, pasti serta konsisten, berpeganglah kepada prinsip. Cakaplah serupa bikin. Sebelum ini mereka menerima usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP, kini mereka kata perlu rujuk (Majlis Syura Ulama) pula. Mereka sepatutnya guna perkataan rujuk bukan terima.

“Mungkin sekarang mereka terpaksa membuat keputusan melepaskan jawatan, oh.. sekarang mereka cuba pusing balik. Adakah ini perkara pertama yang dilakukan oleh kepimpinan baharu Pas? Ini saya rasa akan dipersoalkan,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Pas tidak perlu memutar belit kenyataannya sendiri dengan memberi alasan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP itu perlu dirujuk kepada pihak lain pula kerana sudah jelas parti berlabel Islam itu telah menerima usul berkenaan.

“Kalau begitu, kenapa mereka menggunakan perkataan usul itu diterima? Sebagai parti yang berpengalaman dan matang, takkan awak guna perkataan diterima? Kalau cakap rujuk, kena guna perkataan dirujuk bukan diterima? Apa maksud diterima? Saya rasa kita tidak perlu berbelit-belit dalam hal ini. Kalau hendak putus, kita terima keputusan tetapi ambil tindakan susulannya,” katanya.

Ada penyokong PAS yang cuba beri justifikasi, kononnya yang memutuskan hubungan ialah DAP dahulu di mana DAP Sabah dan Sarawak telah menendang PAS Sabah dan Sarawak keluar dari Pakatan Rakyat manakala DAP Pusat sendiri telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Haji Hadi. Maka tidak salah untuk PAS pula memutuskan hubungan dengan DAP.

Tapi PAS tidak sedar jarum halus DAP yang cuba untuk mencucuk PAS agar melatah.

JIka kita lihat, di Sabah dan Sarawak pengaruh PAS memang hampir tiada, jadi DAP tidak memerlukan bantuan PAS untuk menang kerusi di negeri-negeri tersebut. Maka tiada masalah jika DAP putuskan hubungan dengan PAS. Cuba lihat negeri-negeri di Semenanjung, ada DAP negeri yang berani putuskan hubungan? TAKDA!!! Kerana mereka sedar, tanpa bantuan PAS, susah nak menang.

Begitu juga tindakan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS. DAP dah nyatakan mereka masih boleh bekerjasama dengan pemimpin PAS lain, jadi urusan pentadbiran seharian masih boleh dijalankan. Tiada impak langsung bila putus hubungan dengan Presiden. Selepas putus hubungan pun, PAS masih bantu DAP & PKR semasa PRK Permatang Pauh.

Tapi bila PAS melatah dan putuskan hubungan secara keseluruhan dengan DAP, jelaslah PAS sudah terperangkap dengan mainan politik DAP.

Bila PAS putuskan hubungan,  DAP cepat-cepat mencanangkan kononnya pimpinan PAS tiada pendirian tetap dan hanya gilakan jawatan dan kuasa kerana tidak sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Dan boneka DAP dalam PAS seperti Mat Sabu dan Mujahid yUSOF cepat-cepat letak jawatan dan cabar pemimpin PAS lain buat perkara yang sama. Kalau tak buat memang gila jawatan dan kuasa.

Jadi PAS pun dah terbelit. Nak tarik balik keputusan putuskan hubungan, Muktamar PAS dah setuju. Kalau nak teruskan tapi tak nak letak jawatan, nampak macam PAS gila kuasa.

Jadi macam mana?

DAP membelit, PAS terus terbelit!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS & DAP?

Monday, June 8, 2015

CERAI DENGAN DAP CUMA SANDIWARA PAS – MAT SABU


Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

Selepas tumpas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS, Mat Sab terus menyerang kepimpinan PAS.

Aku petik dari portal pro pembangkang, Malaysiakini:

Mat Sabu: Perceraian Dengan DAP Hanya Helah Untuk Merebut Kuasa

Kelantangan untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar PAS minggu lepas
hanya sandiwara yang digunakan untuk memenangi kerusi kepimpinan tertinggi parti, dakwa bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

"Sekarang saya boleh lihat - label (negatif) pada orang lain, Anwarinas, ejen DAP - ini semua hanya satu cara untuk mendapatkan jawatan (dalam parti)," kata pemimpin yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Sekarang mereka telah mendapat kedudukan mereka, mereka cuba untuk berbaik-baik semula dengan DAP. Malangnya, pemimpin PAS yang membina Pakatan Rakyat dari awal telah dihalau keluar," katanya.

"Adakah hanya jawatan yang mereka kejar? Semoga tuhan menunjukkan kepada kita kebenaran," sambung beliau.

Nadanya macam kecewa je Mat Sabu. Bila dah kalah macam-macam alasan lah yang diberikan. 

Hakikatnya kau memang keldai DAP dari awal lagi. Tapi bila PAS dah tak rela jadi kuda tunggangan DAP, kau kena tendang keluar dan mulalah kau meroyan.

Kalau dah kalah tu buatlah macam orang kalah, kembali masuk saf, ikut kata pemimpin. Tapi kau terus buat kacau.

Betul ke kau pengikut PAS, atau memang agen DAP yang nak memecah-belahkan PAS?

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

Sunday, June 7, 2015

DAP DAH LAMA RANCANG JADIKAN PASMA PARTI POLITIK – RONNIE LIU

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu & Phahrolrazi?

Selama ini  Presiden PASMA, Phahrolrazi Zawawi sering menekankan bahawa PASMA hanya sekadar NGO yang akan kekal dalam PAS  dan tiada rancangan untuk menjadikannya parti politik. 

Tapi sekarang tembelang Phahrolrazi dah pecah.

Boleh baca sendiri Facebook pemimpin DAP Ronnie Liu:


Mudah-mudahan Mat Sabu dan rakan2 akan keluar en block (beramai-ramai) dan jadikan PASMA parti politik SEPERTI DIRANCANG.

PKR + DAP + PASMA = Satu Pakatan Rakyat yang baru

Tu diaaaa!!!

Mat Sabu dan geng-geng PASMA rupa-rupanya selama ni BERBOHONG pada semua ahli PAS!! Kononnya akan kekal setia dengan PAS, rupanya dah lama RANCANG nak tubuhkan parti politik dan menjadi sekutu DAP!!

Ini bukan fitnah, kerana yang pecahkan tembelang mereka ialah sekutu rapat, teman sekatil mereka sendiri iaitu DAP!!

Dan DAP pula sudah semestinya bertepuk tangan dengan kewujudan parti PASMA kerana setelah gagal memperkudakan PAS, kini sudah muncul keldai baru PASMA yang sudi malah gembira menjadi haiwan tunggangan DAP!!


Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan Phahrolrazi?

Sunday, May 31, 2015

AHMAD AWANG LEBIH SESUAI JADI PRESIDEN PAS SEBAB DIA BOLEH CAKAP ENGLISH – NIZAR


Apa kecoh-kecoh ni Nizar Jamaluddin?

Siapa tak kenal Nizar Jamaluddin? Bekas Menteri Besar Perak dan boneka DAP yang ditendang keluar oleh PAS Bahagian Kampar.

Sekarang, dalam usaha meningkatkan sokongan untuk calon Presiden tajaan DAP, Ahmad Awang, dia mengatakan Haji Hadi tak layak untuk menjadi Presiden PAS.

AKu petik dari portal pro pembangkang Malaysiakini:

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak menyeru ahli PAS untuk menyokong Ahmad Awang yang menurutnya lebih layak dari Hadi sebagai pemimpin.

“Hadi boleh bercakap bahasa Arab, Ahmad pun boleh. Tapi Ahmad boleh bercakap Bahasa Inggeris, Hadi tak boleh”

Tu diaaaaa….

Kriteria utama untuk jadi Presiden PAS. Mesti boleh cakap Bahasa Inggeris!!

Aku rasa banyak negara dalam dunia ni pemimpinnya tak tahu cakap Bahasa Inggeris tapi maju juga negaranya.

Adakah kegagalan Hadi bercakao Bahasa Inggeris bermakna kepimpinannya lemah?

Bagaimana dengan Nik Aziz dulu? Hebat ke dia bertutur dalam Bahasa Inggeris? Tapi kepimpinannya tetap disanjung oleh ahli PAS.

Nampak sangat geng pro DAP dah takda modal, sampai isu Bahasa pun jadi kriteria penting nak jadi Presiden!!


Apa kecoh-kecoh ni Nizar Jamaluddin?

Sunday, May 24, 2015

AKHIRNYA PAS MENGAKU MEREKA SERING KAFIRKAN UMNO


Apa kecoh-kecoh ni Mujahid?

Setelah menuduh bahawa agenda hudud PAS selama ini sebenarnya agenda UMNO, Mujahid turut mengaku dalam artikel Malaysiakini- Mujahid: Only Pakatan can help PAS' mission bahawa amalan mengkafirkan sesama Islam terutamanya terhadap ahli UMNO memang telah lama berakar-umbi di kalangan ahli PAS.

Apa kata Mujahid?

Beliau juga mengeluh bahawa konflik dalaman dalam PAS sudah semakin parah sehingga ke peringkat menuduh satu sama lain sebagai kafir.

"Sebelum ini kita (ahli PAS) sering mengkafirkan ahli UMNO walaupun perbuatan itu sebenarnya salah. Sekarang, kita tuduh sesama ahli PAS pula sebagai kafir."

Tu diaaaa!!!

Mujahid akhirnya mengaku bahawa ahli PAS sering mengkafirkan ahli UMNO. Mujahid juga mengaku bahawa perbuatan itu adalah perbuatan yang salah.

Ini soalan aku kepada Mujahid. Kau dah berapa lama jadi ahli PAS? Dah berpuluh-puluh tahun kan? Habis tu, mengapa dalam masa berpuluh-puluh tahun tu kau tak pernah sekalipun mengutuk tindakan ahli PAS mengkafirkan UMNO? Bukankah sebagai orang Islam kewajipan kau untuk menegakkan kebenaran walaupun pahit? Amar makruh nahi mungkar!! Mengapa kau diam macam syaitan bisu bila kebatilan berlaku? Mengapa baru sekarang kau ungkit amalan mengkafirkan sesama Islam tu salah?

Tolong jawab Mujahid, aku betul-betul nak dengar penjelasan kau.

Apa kecoh-kecoh ni Mujahid?

Saturday, May 23, 2015

SELAMA INI PAS RUPA-RUPANYA SAYAP UMNO


Apa kecoh-kecoh ni Mujahid Yusof?

Siapa tak kenal Mujahid Yusof? Pemimmpin Pas Pulau Pinang yang liberal dan penyokong kuat Guan Eng dan DAP.

Dek kerana kesetiaannya kepada DAP dan agenda anti Islam mereka, Mujahid tergamak keluarkan kenyataan menghina perjuangan Islam PAS.

Dalam artikel Mujahid: Only Pakatan can help PAS' mission (Mujahid: Hanya Pakatan boleh bantu misi PAS) dari portal pro pembangkang, Malaysiakini, Mujahid telah keluarkan kenyataan ini:

"Agenda hudud adalah agenda UMNO (untuk melemahkan Pakatan Rakyat). Bagaimana ahli PAS boleh kata misi PAS ialah untuk hudud? Mana mungkin begitu!"

Oh, jadi selama ini, sejak penubuhan PAS lagi, dah berpuluh-puluh tahun PAS perjuangkan hudud, rupa-rupanya PAS memperjuangkan agenda UMNO sahaja.

Kesian ahli PAS selama ini, sibuk-sibuk kutuk UMNO tapi rupanya ikut telunjuk UMNO. PAS sekadar sayap UMNO sebenarnya, sama macam Wanita, Puteri dan Pemuda!

Terima kasih Mujahid kerana berani menjelaskan bahawa PAS sebenarnya agen UMNO!

Apa kecoh-kecoh ni Mujahid?

Sunday, May 17, 2015

PERGI BALIK KELANTAN LAH, PAS!!!



DAP LARANG PAS ADAKAN MUKTAMAR DI SELANGOR
Teng Chang Khim berkata, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.
 SHAH ALAM – Berang dengan PAS Kelantan yang mengecam tindakan Lim Kit Siang berceramah mengenai hudud di Kota Bharu baru-baru ini, DAP Selangor hari ini tampil mempertahankan ‘bosnya’ itu.
Seolah-olah mahu membalas dendam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, PAS tidak perlu mengadakan sebarang program utama di negeri ini jika sudah mengetahui kerajaan negeri Selangor menolak sebarang usaha untuk melaksanakan hudud.
Tegasnya, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.
“Kenapa pula kamu (PAS) datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud, untuk memperjuangkan hudud?
“Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?” katanya dalam laman Facebook hari ini.
Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menempelak Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat negeri itu berhubung hukum berkenaan dalam ceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.
Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dalam nada sinis berkata, Kit Siang bukanlah individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.
Dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PAS.
Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sedar Kit Siang sememangnya merupakan individu yang menolak hudud, namun beliau sepatutnya menghormati Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan enakmen berkaitan hudud secara sebulat suara oleh wakil rakyat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula memberitahu, PAS Kelantan telah bermesyuarat kelmarin dan bersetuju memanggil pemimpin PAS Kawasan Kota Bharu untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu.
Sementara itu, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 dijadualkan berlangsung dari 4 sehingga 6 Jun ini di Kuala Selangor.

Apa kecoh-kecoh ni Teng Chang Khim?

Wah, garangnya DAP Selangor sampai tak bagi PAS buat muktamar! Kena halau balik pergi Kelantan!

Eh, Kerajaan Negeri Selangor ni wakil rakyat semua dari DAP dan PKR ke? Takda langsung wakil rakyat PAS? Ada kan? Habis tu apa hak DAP nak tolak PAS dari Selangor sedangkan dalam Kerajaan Negeri sendiri ada wakil rakyat PAS yang jelas menyokong hudud. Tapi yang sokong ni tak termasuk puak liberal PAS lah, macam Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Saari Sungib.

Mungkin kerana adanya sokongan dari dalam PAS sendiri maka makin berani DAP membuli kepimpinan PAS. Ya lah, kalau Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, sendiri sokong pendirian anti Islam Lim Kit Siang, maknanya lampu hijaulah untuk kutu-kutu DAP turut bantai PAS. Macam orang mengantuk disorongkan bantal lah.

Jadi kita tak boleh salahkan Teng Chang Khim dan DAP Selangor dalam hal ini.  Yang patut disalahkan puak liberal PAS diketuai Mat Sabu yang jadi musuh dalam selimut menghancurkan PAS dari dalam!

Apa kecoh-kecoh ni Teng Chang Khim?

Tuesday, May 12, 2015

TAHNIAH MAT SABU, BERJAYA LANTIK LIM KIT SIANG JADI MURSYIDUL AM


KUALA LUMPUR – Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Mohamd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS pada hari ini sudah begitu teruk musnahnya sehingga ada di kalangan pemimpin parti itu sanggup membawa pemimpin kafir seperti Lim Kit Siang untuk berucap di Kota Bharu bagi menolak hukum Allah (hudud). Tindakan itu katanya dibuat oleh pihak-pihak yang selama ini seolah-oleh tidak sabar menanti ayahanda beliau meninggal dunia.

Beliau yakin, sekiranya ayahanda beliau (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) masih hidup, tidak akan ada mana-mana pemimpin PAS yang akan berani bertindak demikian.

“Mereka kata, sejak PAS kehilangan TGNA rahimahuLlah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu. 
“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah,” katanya hari ini.

Beliau meluahkan kekecewaan yang mendalam itu melalui akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Semalam, Lim Kit Siang secara berani dan terbuka berucap menolak Hudud di hadapan ribuan penyokong dan ahli PAS dalam program Ceramah Perdana Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana.
   
Apa kecoh-kecoh ni Nik Abduh?

Mat Sabu kan Timbalan Presiden PAS. Kau tu siapa? Sukahati dialah kalau nak bawa Lim Kit Siang ke, Lim Guan Eng ke, Ambiga ke untuk ceramah tolak hudud di Kelantan.

Mat Sabu dan geng-geng PASMA kan dah angkat Lim Kit Siang jadi Mursyidul Am PAS yang baru. Kenalah ikut cakap Mursyidul Am baru.

Hudud tak penting. Yang penting dapat kuasa. Walaupun PAS namanya pun Parti Islam SeMalaysia, tujuan penubuhan pun untuk wujudkan Negara Islam, apa salahnya kita tolak tepi dulu Islam. Nanti pengundi marah tak nak undi Pakatan kalau asyik cerita pasal Islam.

Okey? Okey? Ada faham Nik Abduh?

Apa kecoh-kecoh ni Nik Abduh?

Monday, December 16, 2013

INILAH PADAHNYA APABILA APARTEID DIAMALKAN DI MALAYSIA

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Sempena pengebumian wira menentang aparteid di Afrika Selatan, Nelson Mandela, maka ramailah macai-macai dari Pakatan mengambil kesempatan melolong kononnya aparteid masih belum tamat dan masih diamalkan di Malaysia.

Mereka merintih dan meracau kononnya Bumiputera asyik menindas kaum minoriti Cina sehinggakan mereka rasa tertekan dan terhimpit dibelenggu oleh ketidakadilan di Malaysia.

Betul ke aparteid masih hidup dan subur di Malaysia?

Pertamanya, aparteid merujuk kepada ketidakadilan bila kaum minoriti menindas kaum majoriti dan membolot semua hasil kekayaan negara berkenaan. Jadi di Afrika Selatan, kita boleh lihat betapa orang kulit putih memegang semua kekayaan negara dan kaum majoriti kulit hitam terperosok di dalam kawasan setinggan, tinggal dalam rumah yang hampir tumbang menyembah bumi, tanpa sebarang kemudahan asas.

Bagaimana pula di Malaysia? Adakah kaum minoriti Cina tertindas begitu?

Mari kita lihat.


Tu diaaaaa!!! Tertindasnya Cina di Malaysia!!

Masyarakat Cina yang tetindas di Malaysia
Masyarakat kulit hitam yang tertindas diAfrika Selatan
Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?


Tuesday, December 10, 2013

KERANA MAT SABU, MALAYSIAN INSIDER FITNAH DR ASRI HALALKAN SYIAH


Apa kecoh-kecoh ni Malaysian Insider?

Selama ni Ahli Sunnah Wal Jamaah memang menetapkan bahawa pegangan Syiah dianggap terpesong dari Islam. PAS pun berpendirian tidak mengiktiraf fahaman Syiah dan menegah ahlinya dari mengikuti fahaman tersebut.

Tetapi bila Zahid Hamidi membuat pengumuman bahawa Mat Sabu ialah penganut Syiah maka golongan pro Mat Sabu terus menukar pendirian mereka sebelum ini dan cuba menghalalkan pula Syiah.

Dan yang terkini, Malaysian Insider cuba memutarbelitkan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Malaysian Insider mengeluarkan tajuk berita sensasi:

PENGANUT SYIAH ADA HAK AMAL KEPERCAYAAN MEREKA, KATA BEKAS MUFTI.

Uish, dahsyat tu!! Sekali baca macam Syiah ni perkara yang tak salah. Dan ini bukan kali pertama Malaysian Insider cuba menghalalkan Syiah. Sebelum ini mereka pernah keluarkan berita:

SETIAUSAHA ULAMA: PAS IKTIRAF SYIAH MAZHAB DALAM ISLAM

Lagi dahsyat kan? Tapi selepas tu PAS sendiri keluarkan kenyataan bahawa ulasan Setiausaha Dewan Ulamanya telah diputarbelit oleh Malaysian Insider.

Nampak sangat kan agenda pro Syiah Malaysian Insider ni? Semuanya kerana nak menyokong Mat Sabu!!!

Sekarang mari kita baca penjelasan dari Dr Asri sendiri tentang kenyataannya itu.

Dr Asri kesal Malaysian Insider sensasikan pendapatnya pasal Syiah
10 DIS: “Penganut Syiah ada hak amal kepercayaan mereka, kata bekas mufti”. Kalau baca tajuk ini sekilas lalu, seolah-olah bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong penganut Syiah di negara ini.
Tetapi hakikatnya, kenyataan asal Dr. Asri itu telah disalah ertikan oleh wartawan portal The Malaysian Insider (TMI) untuk menjadikan artikel tersebut lebih sensasi.
Perkara ini nyata tidak disenangi oleh Dr. Asri.
drasri
DR ASRI…Nampak macam saya sokong Syiah
Menerusi Facebooknya, beliau menjelaskan kenyataan disiarkan oleh TMI telah disalahtafsir dan nampak seperti beliau menyokong penganut Syiah yang boleh bebas bebas amal kepercayaan mereka.
“Laporan MI (Malaysian Insider) seakan saya pertahankan Syiah di Malaysia. Ini tidak tepat. Saya bercakap bahawa semua pihak yang dituduh hendaklah dibuktikan kesalahannya di sudut undang – undang.
“Tanggungjawab pemerintah menjelaskan kesalahan itu agar rakyat faham. Nada berita itu semacam bunyinya,” tegasnya di laman sosial itu.



Sekarang dah jelas lagi bersuluh bahawa Dr Asri tidak pernah menghalalkan Syiah. Ianya cuma putarbelit Malaysian Insider sahaja, agenda pembangkang pro Syiah!!

Apa kecoh-kecoh ni Malaysian Insider?

Monday, December 9, 2013

RAFIZI RAMLI PERSENDA BANTUAN BANJIR DARI BN & PAS



Apa kecoh-kecoh ni Rafizi Ramli?

Dalam keadaan huru-hara di Pantai Timur sekarang, aku respek pada semua pihak yang bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir. Pelbagai bantuan diberikan, kalau tak banyak sedikit pun takpa. Tapi yang sedihnya dalam keadaan musibah seperti ini, ada jugak malaun yang menangguk di air keruh.

Siapa malaun tu?

Tak lain tak bukan Rafizi Ramli.

Apa dia buat? Dia mempersendakan bantuan yang diberi BN dan PAS kepada mangsa banjir.
Boleh baca sendiri Tweet dan gambar dari Rafizi.


Kami x buat, sbb sumbangan dr rakyat bkn dr PKR ha3 “@aidi_ezzhar: harap pihak PKR tak buat macam ni la eh . Haha

Oh, ya ke PKR tak buat macam ni? Betul ke PKR tak letak logo PKR kat bantuan kepada mangsa banjir?

Jom tengok gambar ni pulak. Ini adalah gambar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh @ FOOLziah, sedang bagi bantuan kepada mangsa banjir. Eh, logo apa yang ada kat beg bantuan tu ya? Logo Bulan Sabit Merah ke?


Piiigiiirah Rafizi!!! Kau memang hipokrit!! Orang lain letak logo kau kutuk, tapi bila geng kau sendiri letak logo, kau dok diam je.

 Rafizi ni memang samaaaa je dengan Fuziah. Si Fuziah, bila dah teruk banjir baru nak jenguk muka ke Kuantan. Sebelum tu dia lebih rela lepak di KL. Samalah dengan si Rafizi. DIa anak Kemaman, tapi bila banjir di Kemaman dah teruk, baru dia nak turun Kemaman tunjuk hero. 

Korang tahu bila dia pergi Kemaman? Baru semalam beb, padahal orang Kemaman dah lama menderita banjir. Lepas tu dia persoalkan kononnya pasukan keselamatan lambat bagi bantuan padahal dia sendiri pun tak tunjuk muka kat situ!!

Malaun macam ni cuma tahu nak cari salah kerajaan sahaja padahal dia sendiri pun bukannya kisah sangat penderitaan rakyat.

Apa kecoh-kecoh ni Rafizi & Fuziah?

Wednesday, November 27, 2013

KHALID SAMAD KENA BAYAR RM320,000 SEBAB FITNAH HASAN ALI


Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Siapa tak kenal Khalid Samad? Pemimpin kuat golongan Anwarinas dalam PAS. Terkenal dengan gelaran Khalid Gereja sebab pendiriannya yang amat liberal sampaikan bila Nurul Izzah menuntut hak Melayu untuk murtad pun Khalid Samad sokong!

Bila idolanya ialah Anwar Ibrahim, maka tak hairanlah bila perangainya pun sebijik macam Anwar Ibrahim, suka tabur fitnah di sana-sini.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Setelah puas menghambur fitnah dan tohmah di sana sini, akhirnya Khalid Samad tersungkur menyembah bumi.

Semalam Mahkamah memerintahkan Khalid Samad membayar Hasan Ali RM320,000 kerana didapati bersalah memfitnah Hasan Ali.

Khalid Samad diperintah bayar Hasan Ali ganti rugi RM320,000

SHAH ALAM 27 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Dr. Hasan Ali setelah didapati memfitnah Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) itu.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam turut menetapkan kos sebanyak RM20,000 perlu dibayar oleh Khalid kepada Hasan pada prosiding bagi menetapkan jumlah ganti rugi dan kos dalam kes saman fitnah membabitkan kedua-dua individu terbabit.

Hasan memfailkan saman tersebut pada 12 April tahun lalu selepas Khalid mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Selain menetapkan ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM100,000, Hakim Yaacob turut menetapkan kadar faedah sebanyak lima peratus dikenakan ke atas jumlah ganti rugi bermula dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh.

Tahniah Hasan Ali!! Selama ni pemimpin kerajaan terlalu lembut hati. Walaupun difitnah dan ditohmah oleh pemimpin Pakatan dan media-media pembangkang seperti Malaysiakini & Malaysian Insider, mereka sanggup berdiam diri. Akibatnya, makin galaklah pemimpin Pakatan dan media pembangkang menabur fitnah!

Kini kemenangan Hasan Ali harus dijadikan iktibar Setiap kali keluar fitnah dari mulut pembangkang, terus saman!! Jangan kasi peluang mereka pesong pemikiran rakyat!
Kalau setiap kali keluar fitnah kena saman, kena bayar RM320,000, lama-lama senyaplah golongan munafik ni.

Satu soalan aku untuk penyokong PAS. PAS kononnya parti yang memperjuangkan Islam. Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, maka para pemimpinnya juga perlu mencerminkan akhlak dan imej yang terpuji sebagai contoh tauladan untuk para ahli PAS yang lain. Tapi kalau pemimpin kanan PAS sendiri kaki fitnah, kaki caci, kaki temberang, macam mana kita nak percaya dengan perjuangan Islam PAS?

Bak kata pepatah, kalau bapa kencing berdiri, anak pula kencing berlari!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Sunday, November 10, 2013

ANTARA ANWARINAS & ULAMA: MANA HALATUJU PAS?



Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Sudah sekian lama PAS berada di bawah telunjuk golongan liberalis proksi Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahlinya sendiri. Bila sahaja ada isu berhubung kesucian Islam, suara golongan Anwarinas lebih lantang berbanding suara ulama sehingga timbul tanda tanya, adakah PAS memperjuangkan Islam atau memperjuangkan fahaman pluralisme yang ditunjangi Anwar Ibrahim?

Buktinya? Bila timbul isu kalimah Allah, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan mudah membenarkan ianya digunakan oleh bukan Islam sedangkan pendirian ini jelas bercanggah dengan pendirian Dewan Ulama PAS. Mat Sabu jugalah orang yang mengagung-agungkan perjuangan komunis Mat Indera sedangkan Mat Indera adalah antara pengganas yang bertanggungjawab membunuh anggota polis Melayu Islam di Bukit Kepong.

Begitu juga, bila Nurul Izzah dengan lancang mempersoalkan larangan untuk umat Islam murtad, maka Khalid Samad tampil mempertahankan Nurul Izzah dan menyokong pendirian songsang puteri kesayangan Anwar Ibrahim itu.

Agak hairan juga melihat perkembangan golongan Anwarinas di dalam PAS ini. Mat Sabu yang dahulunya adalah antara mereka yang paling anti dengan Anwar Ibrahim sehinggakan memberi jolokan Anwar al-Juburi kepada Anwar Ibrahim kini sudah boleh tidur sekatil dengan orang yang dituduhnya sebagai homoseksual itu.

Inilah bukti bahawa perjuangan Anwarinas seperti Mat Sabu dan Khalid Samad sebenarnya lebih berpaksikan kuasa dan bukannya untuk mengakkan kesucian Islam. Kerana wujudnya orang-orang seperti Mat Sabu dan Khalid Samad lah maka orang Islam sendiri memandang sinis perjuangan PAS.

Kini dalam Muktamar PAS ke 59 sudah jelas bahawa kem Anwarinas & kem ulama akan berlaga. Siapa yang bakal menang?

Untuk Timbalan Presiden, Mat Sabu dari kem Anwarinas akan menentang Nik Amar dari kem ulama.

Untuk Naib Presiden, Husam Musa dari kem Anwarinas adalah antara calon yang bertanding dan antara pencabar beliau ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dari kem ulama.

Keputusan Muktamar PAS ke 59 akan menentukan halatuju PAS. Adakah mereka akan terus menjadi kerbau dicucuk hidung dan menurut sahaja telunjuk Anwar dan sekutunya dalam DAP atau adakah mereka akan kembali ke perjuangan asal dan memperjuangkan Islam tanpa kompromi.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Saturday, June 22, 2013

RUSUHAN JALANAN SATU-SATUNYA CARA PAKATAN DAPAT RAMPAS KUASA – HISHAMUDDIN RAIS


Apa kecoh-kecoh ni Hishamuddin Rais?

Akhirnya geng-geng Pakatan mengaku juga, mereka berkumpul di jalan raya kerana mereka tahu mustahil untuk rampas kuasa secara sah melalui pilihan raya!

Berikut kenyataan Hishamuddin Rais semasa perhimpunan haram Black 505  di Padang Merbok seperti dilaporkan portal pembangkang, Malaysiakini:

4:50 petang: Padang Merbok - aktivis veteran Hishamuddin Rais mengambil pentas.

Beliau menegaskan bahawa beliau sentiasa berpendapat adalah mustahil untuk menukar
kerajaan melalui pilihan raya.

"Saya selalu berkata, mustahil.

"Jalanraya, jalanraya," katanya berulang kali.

TUUU DIAAA!!!

Turun jalan buat kacau sahaja caranya untuk rampas kuasa. Ikut model Arab Spring dan cetuskan kekacauan besar-besaran. Lepas tu baru boleh gulingkan Kerajaan.

Tapi malangnya orang dah tak makan helah lapuk pembangkang. Boleh baca sendiri sambutan terhadap Black 505 seperti yang dilaporkan portal pembangkang, Malaysiakini:

Walaupun PKR menjangkakan kehadiran kira-kira 300,000 orang tetapi hanya kira-kira 30,000 orang sahaja yang hadir di Padang Merbok.

10% sahaja yang hadir dari jumlah yang disasarkan?

Nampak sangat takda sambutan!!

Nampaknya mimpi Anwar dan Hishamuddin Rais untuk merampas kuasa menerusi rusuhan jalan raya takkan tercapai!!

Apa kecoh-kecoh ni Hishamuddin Rais?


Thursday, June 20, 2013

JENAYAH MENINGKAT KERANA PAKATAN RAKYAT!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Kalau dulu Nurul Izzah dan kuncu-kuncu Pakatan yang lain sibuk menghentam Kerajaan kerana tidak mahu menghapuskan semua undang-undang darurat, walaupun pada masa itu Kerajaan dah batalkan 3 proklamasi darurat termasuk membatalkan ISA dan Ordinan Darurat.

Pada masa itu, Nurul Izzah tuduh undang-undang ni kuno, jumud dan bersikap kuku besi. 

Nurul Izzah tidak tahu, atau mungkin sengaja buat tidak tahu bahawa undang-undang inilah yang digunakan untuk mengurangkan kadar jenayah pada masa itu.

Macam mana ek?

Contohnya, si A adalah ketua kongsi gelap di KL. Semua orang tahu dia ketua kongsi gelap tapi sebab dia pandai cover line, takda bukti untuk kaitkan dia dengan jenayah yang dilakukan pengikutnya. 

Kalau ikut Ordinan Darurat dulu, polis dah boleh cekup si A masukkan dalam tahanan atas alasan mengancam keselamatan negara. Jadi bila kepala-kepala kongsi gelap dan gangster semua dah kena tahan, maka jenayah terancang pun jauh berkurangan.

Bila undang-undang darurat itu dibatalkan, maka semua ketua kongsi gelap dan gangster ni dibebaskan dari tahanan dan kembali merancang pelbagai jenayah untuk mengukuhkan kongsi gelap masing-masing.

Itulah sebabnya jenayah pun makin meningkat.

Dan sekarang ini bila jenayah meningkat, Nurul Izzah dan kuncu-kuncu Pakatan kembali salahkan polis dan Kerajaan.

Helloooooo... Dulu korang yang beria-ia nak batalkan undang-undang darurat, sekarang ni bila jenayah meningkat sebab semua kepala kongsi gelap dah dibebaskan, kau nak salahkan Kerajaan pula?

Sebenarnya Kerajaan pun patut bertanggungjawab juga, kerana terlalu mengikut rentak Pakatan. Tapi itulah nasib bila sokongan untuk Kerajaan rendah, maka terpaksalah berkompromi kononnya untuk raih kembali sokongan rakyat. Kalau sokongan untuk Kerajaan kukuh macam masa zaman Tun M dulu, takkan dilayannya permintaan yang hanya akan merosakkan negara macam ni!!

Kesimpulannya, sokongan untuk BN perlu kukuh bagi memastikan negara terus berada di landasan yang kukuh. 

Kalau tak, sampai bila-bila akan menjadi mangsa ugutan Nurul Izzah dan macai-macai Pakatan Rakyat!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Tuesday, June 11, 2013

TEMBELANG NURUL IZZAH MENANG TAKTIK KOTOR TERSERLAH!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Nurul Izzah menang Parlimen Lembah Pantai guna taktik kotor?

TAK HERAN!!

Memang dari dulu lagi aku dah cakap, anak didik kesayangan Anwar Ibrahim ni perangainya memang sebijik macam Papa Hebatnya. Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Depan kata nak PRU yang bersih tanpa serangan peribadi, kat belakang dialah nombor wahid dalam kategori umpat-mengumpat dan fitnah-memfitnah.

Nah, sekarang petisyen dah dikemukakan, kita biar Mahkamah tentukan.

BN ada bukti kukuh menang Batu & Lembah Pantai

SHAH ALAM: Kes salah laku melibatkan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar merupakan antara isu 'heavyweight' yang difailkan di dalam petisyen Barisan Nasional (BN), demikian menurut Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

"Di Parlimen Batu melibatkan YB Tian Chua dikatakan hilang kelayakan untuk bertanding. Manakala di Parlimen Lembah Pantai lebih kepada taktik berkempen melampau YB Nurul Izzah menentang Datuk Raja Nong Chik," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Tian Chua sebelum ini dikatakan hilang kelayakan sebagai calon apabila terlibat dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan suatu perhimpunan awam dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.

Manakala Nurul Izzah pula didakwa menggunakan taktik kotor serangan peribadi terhadap pesaingnya di Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkaitan isu pembelian tanah dan harta, selain menuduh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai rasis.

Mengulas lanjut, Hafarizam berkata, kesemua petisyen yang difailkan BN berasaskan kepada fakta dan bukti kukuh dan tidak menjadikan jumlah petisyen difailkan Pakatan Rakyat yang sebagai satu isu besar.

"BN pada mulanya nak failkan 50, tapi selepas kita adakan mesyuarat bersama peguam-peguam BN seluruh Malaysia, kita lihat secara fakta dan aduan serta bukti yang ada, kita telah kurangkan kepada 21. Atas alasan kita mahukan kes yang ada asas untuk dibicarakan dan bukan atas tujuan politik.

"Kedua ialah dalam 21 petisyen, ada satu petisyen tidak melibatkan fakta, rasuah atau perjalanan PRU. Tetapi melibatkan intepretasi undang-undang sama ada (seseorang) layak menjadi Ahli Parlimen atau tidak.

"Maknanya petisyen ini bukan nak tunjuk kita tak puas hati sebab kalah, tetapi mahu undang-undang tidak dipandang remeh, sebaliknya kelayakan menjadi calon parlimen atau DUN adalah paling utama sebelum seseorang dilantik," katanya lagi.

Jelas Hafarizam lagi, BN mempunyai lima alasan kukuh mengapa petisyen difailkan iaitu mahu membuktikan pembangkang terlibat dalam kegiatan rasuah dan taktik menakut-nakutkan pengundi dengan cara tidak wajar.

"Ketiga, tentang perjalanan PRU yang dibuat SPR tak mematuhi piawaian undang-undang. Keempat berkenaan kertas undi rosak ditolak tanpa mengikut alasan seperti dalam peraturan perjalanan PRU. Kelima berkaitan kelayakan seseorang menjadi calon."

Terdahulu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur pada hari ini mengumumkan BN memutus untuk memfailkan 21 petisyen Plihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jelasnya BN tidak mahu membangkitkan isu remeh di mahkamah, selain yakin petisyen yang difailkan itu mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar untuk dipertimbangkan.

PKR, PAS dan DAP memfailkan sebanyak 35 petisyen, meliputi 25 petisyen kerusi parlimen dan 10 petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri PRU13.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?