Showing posts with label TUAN IBRAHIM TUAN MAN. Show all posts
Showing posts with label TUAN IBRAHIM TUAN MAN. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

ANTARA ANWARINAS & ULAMA: MANA HALATUJU PAS?



Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Sudah sekian lama PAS berada di bawah telunjuk golongan liberalis proksi Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahlinya sendiri. Bila sahaja ada isu berhubung kesucian Islam, suara golongan Anwarinas lebih lantang berbanding suara ulama sehingga timbul tanda tanya, adakah PAS memperjuangkan Islam atau memperjuangkan fahaman pluralisme yang ditunjangi Anwar Ibrahim?

Buktinya? Bila timbul isu kalimah Allah, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan mudah membenarkan ianya digunakan oleh bukan Islam sedangkan pendirian ini jelas bercanggah dengan pendirian Dewan Ulama PAS. Mat Sabu jugalah orang yang mengagung-agungkan perjuangan komunis Mat Indera sedangkan Mat Indera adalah antara pengganas yang bertanggungjawab membunuh anggota polis Melayu Islam di Bukit Kepong.

Begitu juga, bila Nurul Izzah dengan lancang mempersoalkan larangan untuk umat Islam murtad, maka Khalid Samad tampil mempertahankan Nurul Izzah dan menyokong pendirian songsang puteri kesayangan Anwar Ibrahim itu.

Agak hairan juga melihat perkembangan golongan Anwarinas di dalam PAS ini. Mat Sabu yang dahulunya adalah antara mereka yang paling anti dengan Anwar Ibrahim sehinggakan memberi jolokan Anwar al-Juburi kepada Anwar Ibrahim kini sudah boleh tidur sekatil dengan orang yang dituduhnya sebagai homoseksual itu.

Inilah bukti bahawa perjuangan Anwarinas seperti Mat Sabu dan Khalid Samad sebenarnya lebih berpaksikan kuasa dan bukannya untuk mengakkan kesucian Islam. Kerana wujudnya orang-orang seperti Mat Sabu dan Khalid Samad lah maka orang Islam sendiri memandang sinis perjuangan PAS.

Kini dalam Muktamar PAS ke 59 sudah jelas bahawa kem Anwarinas & kem ulama akan berlaga. Siapa yang bakal menang?

Untuk Timbalan Presiden, Mat Sabu dari kem Anwarinas akan menentang Nik Amar dari kem ulama.

Untuk Naib Presiden, Husam Musa dari kem Anwarinas adalah antara calon yang bertanding dan antara pencabar beliau ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dari kem ulama.

Keputusan Muktamar PAS ke 59 akan menentukan halatuju PAS. Adakah mereka akan terus menjadi kerbau dicucuk hidung dan menurut sahaja telunjuk Anwar dan sekutunya dalam DAP atau adakah mereka akan kembali ke perjuangan asal dan memperjuangkan Islam tanpa kompromi.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Monday, January 14, 2013

ISU KALIMAH ALLAH: PAS MACAM LALANG! KEJAP BOLEH, KEJAP TAK BOLEH!


Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Aku hairan betul tengok telatah PAS ni dalam isu kalimah Allah. Kejap kata bukan Islam tak boleh pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan, lepas tu kata boleh, sekarang balik kata tak boleh.

Apasal PAS ni macam lalang ditiup angin? Bila angin tiup ke utara, PAS pun ke utara. Bila angin tiup ke selatan, PAS pun ke selatan.

Dalam isu kalimah Allah ni, dalam masa 3 minggu je, dah berkali-kali PAS tukar pendirian. Bila Guan Eng tuntut supaya Bible Bahasa Melayu dibenarkan menggunakan perkataan Allah, disebabkan orang Islam marah, PAS keluar kenyataan kata bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam upacara keagamaan.


Lepas tu bila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tekan Haji Hadi, PAS keluar kenyataan baru kononnya tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah. Kenyataan Haji Hadi turut disokong Nik Aziz.

Bila PAS keluar kenyataan ni, orang Islam yang dah sejuk sekejap jadi marah balik. Maka Majlis Syura PAS yang dipengerusikan Nik Aziz keluar pulak kenyataan baru- bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu.

Boleh baca sendiri kenyataan Majlis Syura PAS yang dipetik dari Harakah.

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. 

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.


Nik Aziz sendiri baru dua, tiga hari lepas kata tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah, tiba-tiba dia pula yang keluarkan kenyataan rasmi kata tak boleh!

Adoii, pening kepala betul tengok telatah PAS ni. Inilah apa yang terjadi bila agama Islam disalahguna untuk meraih undi, bukan untuk keagungan agama. Maka, fatwa-fatwa yang dikeluarkan pun semuanya berunsur politik dan boleh berubah mengikut kepentingan diri.

Apa kecoh-kecoh ni PAS? 

Monday, January 7, 2013

DAP & PKR ARAH MAT SABU HALALKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan PAS?

Baru sekejap lepas PAS melalui Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man keluarkan kenyataan bahawa PAS menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible tiba-tiba Mat Sabu pula keluarkan kenyataan balas bahawa tak salah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Jom kita imbas balik kenyataan penuh Ketua Penerangan PAS Pusat mengenai isu kalimah Allah. Kenyataan ini disiarkan dalam lidah rasmi PAS, Harakah.

"PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.
PAS melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.
Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.."

Cuba lihat, dalam kenyataan ini Tuan Ibrahim menyatakan bahawa “PAS berpendirian” dan “PAS melihat”. Ini bermakna bahawa kenyataan Tuan Ibrahim bukan kenyataan peribadi, sebaliknya kenyataan rasmi sebagai Ketua Penerangan PAS dan sudah pastinya pendirian rasmi PAS sendiri!!

Tetapi bila kenyataan rasmi PAS ini dikeluarkan, PKR dan DAP tersentak, sehingga Anwar membuat pengumuman bahawa isu kalimah Allah akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

Selepas selesai Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat, Mat Sabu terus buat kenyataan bahawa tiada masalah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Haiii Mat Sabu… Senangnya PAS nak tukar pendirian. Mula-mula tak boleh guna kalimah Allah, lepas kena gertak dengan DAP & PKR, serta-merta tukar pendirian, tiada masalah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Yang hairannya, macam mana parti sekular macam PKR dan parti cauvinis Cina macam DAP boleh arah PAS untuk tukar pendirian dalam isu yang melibatkan agama Islam? Siapa yang sebenarnya lebih arif tentang agama Islam? PAS yang kononnya parti Islam atau parti sekular macam PKR dan parti cauvinis Cina macam DAP?

Kalau tengok berdasarkan isu ni, nampak gayanya dalam hal Islam pun PAS menikus ikut arahan tauke DAP dan PKR!

Uskup Katolik Dr Paul Tan Chee Ing lega dengan tindakan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang membatalkan pendirian asal seorang pegawai bawahan (merujuk kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man) bahawa golongan Kristian tidak patut menggunakan kalimah Allah untuk Tuhan.

Dan yang paling gembira sudah tentulah golongan bukan Islam.  Memang confirm PAS akan dapat undi mereka dalam PRU akan datang nanti.

Begitulah murahnya nilai maruah Islam di mata PAS. Hanya demi undi & kuasa, maruah Islam digadai.

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan PAS? 

Thursday, December 27, 2012

KHALID SAMAD CABAR TUAN IBRAHIM KELUAR PAS!!



Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Biar benar Khalid Samad cabar Tuan Ibrahim keluar PAS? Tuan Ibrahim ni kan Ketua Penerangan PAS Pusat, takkan Khalid Samad berani buat macam tu?

Ni semua gara-gara kenyataan Tuan Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan kalimah Allah untuk Bible Bahasa Melayu sangat tidak wajar. 

Aku petik kenyataan Tuan Ibrahim:

"Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal. Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.
Pas melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.
Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.."

Bila mendengar kenyataan ini, maka Khalid Samad terus meroyan. Mana taknya, dulu dialah jaguh nombor wahid dalam memperjuangkan hak golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan upacara keagamaan mereka. 

Ni kenyataan dari Khalid Samad pada tahun 2010.

"Al Quran dan hadis tidak pernah mengharamkan penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam. Sebarang usaha atau peraturan untuk menyekat orang bukan Islam dari memakai perkataan 'Allah' adalah ketinggalan zaman dan bercanggah dengan semangat Islam dalam berdakwah.

Saya ingin menasihatkan supaya orang Islam tidak perlu terlalu khuatir apabila bukan Islam dibenarkan mengguna kalimah ‘Allah’ kerana kegelinciran akidah orang Islam adalah sebenarnya datang dari orang Islam yang lemah iman."

Kemudian apabila kenyataannya disanggah oleh Zulkifli Noordin, yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen PKR, Khalid Samad terus melenting dan mencabar Khalid Samad untuk keluar PKR dan masuk UMNO.

Berikut petikan laporan dari Malaysiakini, portal pro-pembangkang mengenai isu ini pada tahun 2010:


Kontroversi kalimah Allah: Khalid lwn Zulkifli

Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Khalid Samad dari PAS dan Zulkifli Noordin dari PKR - bertelagah berhubung penggunaan kalimah 'Allah'.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Khalid Samad yang merupakan ahli parlimen Shah Alam menuduh Zulkifli - ahli parlimen Kulim Bandar Baru, mempunyai 'mentaliti seperti Umno'.

Katanya, Zulkifli - seorang peguam Syarie - seharusnya menyelaraskan pandangannya mengikut pendirian partinya, yang mengalu-alukan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Khalid berkata, Zulkifli perlu membuat keputusan dia hendak bersama parti mana.

"Jika dia seorang pemimpin Umno, dia harus mengikut pendirian Umno seperti yang diperjelaskan oleh (Presidennya) Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika dia dalam PKR, maka dia harus mengikut pendirian parti itu," tambahnya.

Dalam mempertahankan pendiriannya itu, ahli parlimen Shah Alam itu berkata kalimah "Allah" telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam sewaktu era Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, ia tidak seharusnya menjadi isu sekarang.

Ketika itu Khalid Samad dengan lancangnya telah menghina Zulkifli Noordin dan menyifatkannya sebagai mempunyai mentaliti UMNO semata-mata kerana dia menentang penggunaan kalimah Allah di Bible dan gereja. Malah Khalid Samad mencabar Zulkifli Noordin untuk keluar PKR dan masuk UMNO kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR yang menyokong penggunaan kalimah Allah di Bible dan gereja.

Nah, sekarang Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat, orang kuat PAS sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang senada dengan pendirian Zulkifli Noordin pada 2010 dahulu.

Aku tengah tunggu, bila agaknya Khalid Samad akan mengutuk Tuan Ibrahim sebagai mempunyai mentaliti UMNO? Bila agaknya Khalid Samad akan mencabar Tuan Ibrahim untuk keluar PAS kerana tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam?

Cepatlah Khalid! Dulu dengan Zulkifli Noordin bukan main celupar lagi. Kalau kau betul-betul percaya dengan kenyataan asal kau dulu, tunggu apa lagi? Pergilah belasah Tuan Ibrahim Tuan Man!

PAS pun sama. UMNO dari dulu dah kata penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tu tak berapa sesuai, tapi PAS kerana terlalu sangat nak mengikut telunjuk DAP dan PKR, terus tunduk muka, tak berani nak bersuara menyokong pendirian UMNO. Yang kuat bersuara ialah golongan Anwarinas dalam PAS seperti Khalid Samad.

Sekarang, bila gejala murtad dah berleluasa, bila orang Islam dah bimbang melihat kesucian Islam terus terhakis, barulah PAS nak buat hero menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. 

Dah terlambat PAS, dah terlambat. Kalau PAS betul-betul jujur memperjuangkan Islam dan bukan mengejar kuasa semata-mata, sudah tentu dari awal lagi PAS dah membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Bantahan PAS sekarang cuma melepas batuk di tangga, nak meraih balik undi orang Islam yang dah kecewa melihat perjuangan PAS yang semakin lari dari matlamat negara Islam, bukannya bantahan yang ikhlas demi menegakkan kesucian agama Islam.

Maaflah PAS, tembelang korang dah pecah!

Apa kecoh-kecoh Khalid Samad dan PAS?