Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts
Thursday, May 28, 2015
RAFIZI - TOKOH BERINTEGRITI TAK MAKAN SAMAN
Apa kecoh-kecoh ni Rafizi?
Ada siapa sini tak kenal Rafizi? Mustahil... Rafizi ini adalah idola semua orang. Musuh kejahatan, kekasih kebenaran - macam Papa Zola dalam Boboi Boy.
Kalau kau buat salah, sampai ke lubang cacing Rafizi akan cari kau... Inilah manusia paling amanah kat Malaysia.
Betul ke?
Hmmm... Sebelum ini Rafizi langgar Akta BAFIA bila beliau membocorkan maklumat sulit perbankan.
Lepas tu Rafizi kutip derma secara haram dan membelanjakannya tanpa diaudit.
Sekarang ni tak nak bayar saman pula?
Boleh tengok sendiri, Rafizi ada saman tertunggak berjumlah RM2,400 sejak tahun 2012. Dah tiga tahun, sampai sekarang tak berbayar lagi?
Haiii... Mana pergi integriti kau Rafizi? Orang lain buat salah cepat je kau hukum tapi bila diri sendiri buat salah, kau diam macam syaitan bisu je?
Duit derma haram yang kau kumpul tu dah berapa ratus ribu? Takkanlah nak pakai buat joli je kot, pakailah sikit untuk bayar saman juga. Bukannya orang tahu pun berapa banyak kau songlap sebab derma haram yang kau kutip tu kan masuk akaun syarikat sendiri, tak ada siapa boleh audit!
Apa kecoh-kecoh ni Rafizi?
Wednesday, May 27, 2015
RAFIZI SELEWENG DUIT RAKYAT LAGI?
PETALING JAYA: Tindakan Rafizi Ramli mengutip derma daripada orang ramai sebanyak RM10 seorang bagi menjayakan kempen “Tutup 1MDB” merupakan satu kesalahan.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa, perbuatan itu juga satu penipuan.
Katanya, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) yang dikatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diamanahkan untuk mengutip dana tersebut didaftarkan sebagai syarikat SDN BHD.
“Selepas membuat semakan saya mendapati NOW ini bukan sebuah pertubuhan tetapi ianya merupakan sebuah syarikat SDN BHD yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bernama NOW SDN BHD,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Rabu.
Menurut Ramesh, tindakan syarikat tersebut beroperasi menggunakan nama NGO untuk mengutip wang daripada orang awam sebenarnya menyalahi undang-undang.
Sebagai syarikat SDN BHD, NOW tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tindakan itu.
Bekas ahli DAP itu berkata, semakan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati NOW tidak mendapat kelulusan untuk menerima atau mengutip wang daripada orang awam.
Sehubungan itu, tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutip derma daripada orang awam menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001).
“Saya minta polis siasat penipuan Rafizi ini. Kalau permulaan dia sudah menipu, saya boleh katakan pembongkaran Rafizi sebelum ini berkaitan 1MDB adalah tipu dan tidak boleh dipercayai.
“Kalau betul nak berjuang untuk rakyat dia (Rafizi) tak boleh tipu macam ni, kamu dah menipu rakyat kamu masih nak bodohkan rakyat,” katanya.
Dia turut menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan permainan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan itu untuk memberi sokongan kepada kempen tersebut.
Monday, May 25, 2015
CERITA PENGUNDI HANTU LAGI PAKATAN? CERMIN DIRI SENDIRI DULU LAH...
Ape kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?
Siapa P. Ramasamy ni? P. Ramasamy adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP.
Dalam kesungguhan negara nak bantu pelarian Rohingya baru-baru ini, dia membantah tak mahu Malaysia tolong Rohingya, kononnya mereka semua akan dijadikan pengundi hantu!
Apa ni Pakatan? Dulu kau beria-ia suruh Malaysia bantu pelarian, bila nak bantu kau larang pula!!
Yang asyik nak cerita pasal pengundi hantu ni mengapa? Dah lupa ke dulu bila tuduh pengundi hantu, satu bukti pun takda. Yang adanya kena minta maaf pasal silap tuduh pengundi hantu.
Lepas tu, pemilihan parti dalam Pakatan Rakyat sendiri kelam-kabut dan huru-hara!
BUKTI 1:
Ahli Parlimen DAP dari Serdang, Ong Kian Ming terpaksa meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Chua Lai Fatt sebagai pengundi hantu Bangladesh. Chua adalah warga Malaysia keturunan India yang dijadikan anak angkat oleh keluarga Cina.
BUKTI 2:
Lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, terpaksa meminta maaf secara terbuka apabila membuat kesilapan menuduh Ali Mydin sebagai pengundi hantu Bangladesh sedangkan beliau sebenarnya AHLI PKR DAN PENYOKONG KUAT PAKATAN RAKYAT!!
Kalau ahli sendiri pun PKR boleh tuduh sebagai pengundi hantu, memang tak hairanlah kalau orang lain pun dia tuduh sebagai pengundi hantu!
BUKTI 3:
Pemilihan PKR 2014 ditangguhkan kerana tuduhan pengundi hantu, penipuan, rasuah, politik wang, blackout dan salah guna kuasa oleh jawatankuasa pemilihan dan pucuk pimpinan parti.
Eh, macam biasa dengar je tuduhan ni... Selalu tuduh SPR, rupanya dia lagi teruk!!!
Sorilah Pakatan, bila kau buka cerita pasal pengundi hantu ni orang dah malas nak dengar, sebab kau dah takda kredibiliti! Bak kata pepatah, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!!
Apa kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?
Labels:
BN,
DAP,
P. RAMASAMY,
PAKATAN HAPRAK,
PENANG,
PKR,
ROHINGYA,
SPR
Monday, December 16, 2013
INILAH PADAHNYA APABILA APARTEID DIAMALKAN DI MALAYSIA
Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
Sempena pengebumian wira menentang aparteid di Afrika
Selatan, Nelson Mandela, maka ramailah macai-macai dari Pakatan mengambil
kesempatan melolong kononnya aparteid masih belum tamat dan masih diamalkan di
Malaysia.
Mereka merintih dan meracau kononnya Bumiputera asyik
menindas kaum minoriti Cina sehinggakan mereka rasa tertekan dan terhimpit
dibelenggu oleh ketidakadilan di Malaysia.
Betul ke aparteid masih hidup dan subur di Malaysia?
Pertamanya, aparteid merujuk kepada ketidakadilan bila
kaum minoriti menindas kaum majoriti dan membolot semua hasil kekayaan negara berkenaan.
Jadi di Afrika Selatan, kita boleh lihat betapa orang kulit putih memegang
semua kekayaan negara dan kaum majoriti kulit hitam terperosok di dalam kawasan
setinggan, tinggal dalam rumah yang hampir tumbang menyembah bumi, tanpa sebarang
kemudahan asas.
Bagaimana pula di Malaysia? Adakah kaum minoriti Cina tertindas
begitu?
Mari kita lihat.
Tu diaaaaa!!! Tertindasnya Cina di Malaysia!!
![]() |
| Masyarakat Cina yang tetindas di Malaysia |
![]() |
| Masyarakat kulit hitam yang tertindas diAfrika Selatan |
Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
Monday, December 9, 2013
RAFIZI RAMLI PERSENDA BANTUAN BANJIR DARI BN & PAS
Apa kecoh-kecoh ni Rafizi Ramli?
Dalam keadaan huru-hara di Pantai Timur sekarang, aku
respek pada semua pihak yang bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir. Pelbagai
bantuan diberikan, kalau tak banyak sedikit pun takpa. Tapi yang sedihnya dalam
keadaan musibah seperti ini, ada jugak malaun yang menangguk di air keruh.
Siapa malaun tu?
Tak lain tak bukan Rafizi Ramli.
Apa dia buat? Dia mempersendakan bantuan yang diberi BN
dan PAS kepada mangsa banjir.
Boleh baca sendiri Tweet dan gambar dari Rafizi.
Kami x buat, sbb
sumbangan dr rakyat bkn dr PKR ha3 “@aidi_ezzhar:
harap pihak PKR tak buat macam ni la eh . Haha
Oh, ya ke PKR tak buat macam ni? Betul ke PKR tak letak
logo PKR kat bantuan kepada mangsa banjir?
Jom tengok gambar ni pulak. Ini adalah gambar Ahli
Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh @ FOOLziah, sedang bagi bantuan kepada mangsa
banjir. Eh, logo apa yang ada kat beg bantuan tu ya? Logo Bulan Sabit Merah ke?
Piiigiiirah Rafizi!!! Kau memang hipokrit!! Orang lain
letak logo kau kutuk, tapi bila geng kau sendiri letak logo, kau dok diam je.
Rafizi ni memang
samaaaa je dengan Fuziah. Si Fuziah, bila dah teruk banjir baru nak jenguk muka
ke Kuantan. Sebelum tu dia lebih rela lepak di KL. Samalah dengan si Rafizi.
DIa anak Kemaman, tapi bila banjir di Kemaman dah teruk, baru dia nak turun
Kemaman tunjuk hero.
Korang tahu bila dia pergi Kemaman? Baru semalam beb,
padahal orang Kemaman dah lama menderita banjir. Lepas tu dia persoalkan
kononnya pasukan keselamatan lambat bagi bantuan padahal dia sendiri pun tak
tunjuk muka kat situ!!
Malaun macam ni cuma tahu nak cari salah kerajaan sahaja
padahal dia sendiri pun bukannya kisah sangat penderitaan rakyat.
Apa kecoh-kecoh ni Rafizi & Fuziah?
Labels:
BN,
FUZIAH SALLEH,
PAKATAN HAPRAK,
PAS,
PKR,
RAFIZI RAMLI
Thursday, November 28, 2013
AZMIN BERSEKONGKOL GAJI NAIK MELAMPAU, TIBA2 NAK JADI HERO BANTAI KHALID
Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali & Khalid Ibrahim?
Baru-baru ni Khalid Ibrahim umumkan kenaikan gaji untuk kroni-kroninya
dalam Kerajaan Negeri Selangor sehingga mencecah 400%.
Lepas tu bila rakyat merintih kerana pemimpin Pakatan
lebih pentingkan tembolok sendiri berbanding penderitaan rakyat, Azmin pun cuba
jadi hero.
Apa kata Azmin?
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC)
Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan
pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker
dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu agar penilaian semula dengan
kadar berpatutan dapat dilakukan.
Azmin berkata biarpun BBC
tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar
Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.
Menurut Adun Bukit Antarabangsa
itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak
pernah berbincang dengan BBC.
"Kita tidak tahu
bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada
perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga
merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau pada masa turut
menyatakan perasaan terkilan dengan Abdul Khalid yang telah membelakangkan
kepentingan pendapat parti dalam pentadbiran kerajaan.
"Kita tidak pernah
diberitahu dan kita mengharapkan bahawa berbincang dengan kita namun tidak ada.
Yang kita persoalkan kenapa usul yang dibentangkan pada 19 November lalu dengan
begitu cepat dilaksanakan.”
Apa pula kata Khalid?
“Usul ni kita dah
bentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan usul ini juga telah
diluluskan oleh Dewan. Kenaikan gaji ni tetap akan dilaksanakan. Kalau ada ADUN
yang tak setuju dengan kenaikan gaji ni, mereka boleh dermakan lebihan gaji tu.”
Keras betul bunyi si
Khalid.
Soalan mudah aku kepada
Azmin. Kau cakap BBC dan pucuk pimpinan parti tak tahu menahu tentang kenaikan
gaji ni. Tapi kau sendiri mengaku yang usul ni dah DIBENTANGKAN & DILULUSKAN
dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
BBC dan pucuk pimpinan
Pakatan Rakyat Selangor semuanya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.
Jadi mengapa semasa usul ini dibentangkan di DUN Selangor, tak seorang pun ahli
BBC atau pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang membantah kenaikan gaji gila ni?
Sebelum satu-satu usul
diluluskan, ada perbahasan dahulu. Dalam usul tu dinyatakan dengan jelas berapa
kadar kenaikan gaji yang akan dilaksanakan, Jadi, semua ADUN dah tahu lebih
awal berapa banyak peningkatan gaji yang akan diterima. Kau kan ADUN, Azmin,
jadi semasa perbahasan, mengapa kau tak bangkitkan tentang kenaikan melampau
ni? Lepas tu, semasa undian, mengapa tiada seorang pun yang mengundi menentang
kenaikan melampau ni?
SEMUA ADUN PAKATAN
MENYOKONG USUL KENAIKAN GAJI MELAMPAU SEMASA IA DIBENTANGKAN DI DUN SELANGOR!
Tapi bila rakyat dah
marah, baru kau nak berdalih kononnya kau tak tahu pun pasal isu ni. Bila
rakyat dah melenting, baru kau nak berlagak jaguh, konon nak membela
kepentingan rakyat.
Pigiraaah Azmin, sandiwara
basi macam ni dah tak laku.
Semua orang dah tahu,
pemimpin Pakatan hanya pentingkan tembolok masing-masing sahaja, pergi
mampuslah dengan rakyat!
Apa kecoh-kecoh ni Azmin
Ali & Khalid Ibrahim?
Wednesday, November 13, 2013
NAK MINTA MAAF PUN BANYAK DALIH SI NURUL IZZAH NI!!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Adoiii... Banyak songeh betul lah si NO ROLE ni...
Jumaat lepas dia dah setuju nak mohon maaf dan bersetuju agar kenyataan permohonan maafnya disediakan oleh Raja Nong Chik. Hari ini bila dah terima deraf kenyataan permohonan maaf dari mahkamah, NO ROLE minta tangguh pulak!
Kenapa?
Kononnya kerana nak kaji dulu deraf kenyataan permohonan maaf tu. Sepatutnya sekejap je nak kaji teks tu, sebab yang pastinya kau memang dah salah NO ROLE. Tapi bila tarikh penangguhan sampai 10 DISEMBER 2013, yang itu aku tak faham betul. NO ROLE ni baru belajar membaca ke sampai teks tak sampai satu muka surat pun nak ambil masa sampai SATU BULAN nak kaji?
Adakah ini sekadar taktik melengah-lengah agar isu ini tenggelam dan dilupakan oleh orang ramai?
Aku sebenarnya kurang setuju dengan tindakan Raja Nong Chik menerima permohonan maaf NO ROLE ni. NO ROLE senang-senang tabur fitnah sehingga menyebabkan kekalahan Raja Nong Chik di Lembah Pantai, takkan nak kasi lepas macam tu je? Memang betul memaafkan tu sikap terpuji, tapi kalau tak diajar, betina ni akan terus besar kepala dan akan terus menabur fitnah di sana sini.
Jadi, aku harap kenyataan maaf yang akan dipersetujui tu biar betul-betul keras agar semua orang tahu NO ROLE ni kaki fitnah. Buatlah ayat macam:
"SAYA, NURUL IZZAH, MENGAKU TELAH MENYEBARKAN FITNAH TERHADAP RAJA NONG CHIK PADA 4 MEI 2013 DENGAN NIAT JAHAT UNTUK MENJATUHKAN NAMA BAIK BELIAU DAN MENGURANGKAN SOKONGAN PENGUNDI KEPADA BELIAU SEMASA PRU 2013. SAYA MEMANG ORANG YANG KEJI. SEKIAN, TERIMA KASIH."
Lepas tu letak lah syarat supaya permohonan maaf ni diletakkan di muka depan semua akhbar utama dan portal-portal pembangkang. Biar semua orang tahu perangai sebenar NO ROLE!
Janganlah pulak nanti terima pindaan dari NO ROLE kalau pindaan tu terlalu lembut. Kalau setakat ayat:
"SAYA DENGAN INI MENARIK BALIK TUDUHAN SAYA TERHADAP RAJA NONG CHIK PADA 4 MEI 2013 DAN BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI TUDUHAN TERSEBUT"
baik tak payah terima permohonan maaf NO ROLE.
Kalau macam tu je permohonan maaf NO ROLE, nampak sangat dia tak ikhlas nak minta maaf, setakat nak melepaskan tengkuk dari jerat je.
Kalau setakat tu je permohonan maaf dia, baik terus saman!!
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
Labels:
BN,
DATO' RAJA NONG CHIK,
LEMBAH PANTAI,
NURUL IZZAH,
PKR,
PRU 13,
UMNO
Monday, November 11, 2013
KERANA TAKUT DISAMAN, NURUL IZZAH MINTA AMPUN DENGAN RAJA NONG CHIK
![]() |
Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?
Ingat tak kes Mukhriz,
yang difitnah Malaysian Insider di pagi Pemilihan Perwakilan baru-baru ini? Akhirnya
Malaysian Insider tarik balik artikelnya dan mohon maaf pada Datuk Mukhriz.
Tapi bak kata orang putih, 'damage was done'.
Berapa ramai agaknya
yang nak undi Mukhriz, tapi tak jadi undi sebab laporan Malaysian Insider?
Nampaknya perkara yang
sama berlaku dengan Raja Nong Chik dan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Sehari
sebelum PRU-13, pada 4 Mei 2013, Malaysiakini telah menyiarkan kenyataan akhbar
Nurul Izzah yang kononnya Raja Nong Chik (RNC) terlibat dengan penyelewengan tanah di Bukit Kiara melibatkan ratusan juta ringgit. Punyalah ramai pengundi
Lembah Pantai yang baca Malaysiakini, maklumlah penduduk Bangsar memang kebanyakannya
membaca Malaysiakini. Jadi bila mereka baca fitnah Nurul Izzah yang disiarkan
Malaysiakini tu, mereka pun percaya bulat-bulat.
Akibatnya, RNC tewas
1,847 undi.
Selepas PRU-13, RNC
saman Nurul, Malaysiakini dan wartawannya kerana memfitnah sehari sebelum
PRU13. Dan akhirnya terbukti siapa yang benar. Pada Jumaat 8 Mei 2013, Nurul dan
peguamnya bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan maaf pada RNC.
Tapi apa kesahnya
mintak maaf ye tak? Pilihanraya dah menang.
Macam kes Mukhriz dan
Malaysian Insider, Berapa ramai agaknya yang nak undi Raja Nong Chik, tapi tak
jadi undi sebab kenyataan fitnah Nurul Izzah?
NURUL IZZAH SETUJU MOHON MAAF KEPADA RAJA NONG
CHIK
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai,
dilaporkan bersetuju memohon maaf kepada Dato’ Raja NongChik Raja Zainal
Abidin, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kes
saman yang difailkan oleh Raja Nong Chik terhadap Nurul Izzah di Kompleks
Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, hari ini.
Menurut sumber, sesi perbicaraan secara
mediasi (perundingan sebelum perbicaraan penuh), yang berlangsung selama hampir
satu jam itu dipercayai atas saman yang difailkan oleh Raja Nong Chik
berkaitan fitnah Nurul Izzah terhadap dirinya, yang dibuat pada 4 Mei 2013,
iaitu sehari sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13.
Dalam PilihanrayaUmum ke-13 tersebut, Nurul
Izzah mewakili Parti Keadilan Rakyat, yang menentang Raja Nong Chik mewakili
Barisan Nasional, menang kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1847
undi.
Nurul Izzah dilaporkan bersetuju supaya satu
permohonan maaf akan dikeluarkan olehnya dan disiarkan dalam media utama dan
media sosial, yang isi kandungan permohonan maaf tersebut perlu mendapat
persetujuan bersama dengan Raja Nong Chik.
Raja Nong Chik dilihat hadir ke Kompleks
Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, bersama pegawai dan peguamnya, pada jam 3.00
petang. Sementara itu, turut kelihatan ialah Steven Gan, Ketua Pengarang
Malaysiakini, juga bersama peguamnya yang turut terlibat dalam kes ini yang
dipercayai menjadi media penyebar kepada kes fitnah tersebut. Menurut sumber
juga, sesi mediasi itu sedikit tertangguh kerana kelewatan kehadiran peguam
Nurul Izzah.
Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?
(Sumber: Aboudiabydoo)
Sunday, November 10, 2013
LOMPAT SI KATAK LOMPAT: RAJA KATAK LAJIM UKIM TERUS MELOMPAT
![]() |
Apa kecoh-kecoh ni Lajim Ukim & PKR?
Lajim Ukim melompat lagi? Jangan terkejut, Lajim Ukim bukannya melompat parti lagi, keluar dari PKR masuk UMNO, tapi Lajim Ukim melompat marah dan jadi tak tentu arah sebab wakil rakyat pembangkang satu demi satu keluar parti!
Mengapa mereka keluar parti? Puncanya tak lain tak bukan Anwar Ibrahim.
Lajim Ukim yang baru sahaja menyertai pembangkang di Sabah terus di lantik menjadi Ketua PKR Sabah oleh Anwar Ibrahim walaupun tiada sumbangan kepada PKR sebelum itu. Pemimpin-pemimpin PKR yang telah lama berjuang diketepikan dan kroni-kroni Lajim diberi keutamaan dalam parti. Ketidak puasan pemimpin-pemimpin akar umbi PKR yang disuarakan kepada Anwar Ibrahim langsung tidak dipedulikannya. Lajim dah dipilih, kalau tak puas hati, boleh berambus, begitulah kata dua Anwar.
Siapa yang tak marah kalau diperlakukan demikian. Maka akhirnya mereka pun meninggalkan parti satu demi satu.
Tapi yang paling lawak sudah tentunya respon dari Lajim Ukim mengenai tindakan wakil rakyat PKR keluar parti.
Apa kata Lajim?
"Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Lajim Ukin berkata tindakan Ketua Penerangan Jeremmy Malajad untuk keluar parti adalah satu pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan kepadanya oleh orang-orang di Kadamaian dalam pilihan raya baru-baru ini.
Lajim juga mendesak agar wakil rakyat PKR yang keluar parti untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat."
Pengkhianatan ya Lajim? Letak jawatan ya Lajim?
Habis tu kau dulu keluar UMNO masuk PKR bukan pengkhianatan kepada mandat rakyat ke? Kau dipilih sebagai calon UMNO, tapi kau keluar UMNO dan masuk PKR, itu dah masuk definisi pengkhianatan!
Lepas tu, ada tak kau letak jawatan sebagai wakil rakyat bila masuk PKR?
TAKDA!!!
Tapi sekarang kau pulak yang beria-ia desak supaya wakil rakyat PKR yang keluar parti untuk meletak jawatan.
Lawak, lawak...
Macam ni ke perangai pemimpin nombor satu PKR Sabah?
Sebiji macam perangai pemimpin nombor satu PKR Malaysia.
Bak kata pepatah, bapak borek, anak rintik. Pemimpin agung dah macam tu, pemimpin negeri pun ikut je lah.
Apa kecoh-kecoh ni Lajim Ukim & PKR?
Saturday, June 22, 2013
RUSUHAN JALANAN SATU-SATUNYA CARA PAKATAN DAPAT RAMPAS KUASA – HISHAMUDDIN RAIS
Apa kecoh-kecoh ni Hishamuddin Rais?
Akhirnya geng-geng Pakatan mengaku juga, mereka berkumpul
di jalan raya kerana mereka tahu mustahil untuk rampas kuasa secara sah melalui
pilihan raya!
Berikut kenyataan Hishamuddin Rais semasa perhimpunan
haram Black 505 di Padang Merbok seperti
dilaporkan portal pembangkang, Malaysiakini:
4:50 petang: Padang Merbok - aktivis veteran Hishamuddin
Rais mengambil pentas.
Beliau menegaskan bahawa beliau sentiasa berpendapat adalah
mustahil untuk menukar
kerajaan melalui pilihan raya.
"Saya selalu berkata, mustahil.
"Jalanraya, jalanraya," katanya berulang kali.
TUUU DIAAA!!!
Turun jalan buat kacau sahaja caranya untuk rampas kuasa.
Ikut model Arab Spring dan cetuskan kekacauan besar-besaran. Lepas tu baru
boleh gulingkan Kerajaan.
Tapi malangnya orang dah tak makan helah lapuk
pembangkang. Boleh baca sendiri sambutan terhadap Black 505 seperti yang
dilaporkan portal pembangkang, Malaysiakini:
Walaupun PKR menjangkakan kehadiran kira-kira 300,000
orang tetapi hanya kira-kira 30,000 orang sahaja yang hadir di Padang Merbok.
10% sahaja yang hadir dari jumlah yang disasarkan?
Nampak sangat takda sambutan!!
Nampaknya mimpi Anwar dan Hishamuddin Rais untuk merampas
kuasa menerusi rusuhan jalan raya takkan tercapai!!
Apa kecoh-kecoh ni Hishamuddin Rais?
Labels:
ANWAR IBRAHIM,
DAP,
HISHAM RAIS,
PAKATAN HAPRAK,
PAS,
PKR,
PRU 13
Thursday, June 20, 2013
JENAYAH MENINGKAT KERANA PAKATAN RAKYAT!!!
![]() |
Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?
Kalau dulu Nurul Izzah dan kuncu-kuncu Pakatan yang lain sibuk menghentam Kerajaan kerana tidak mahu menghapuskan semua undang-undang darurat, walaupun pada masa itu Kerajaan dah batalkan 3 proklamasi darurat termasuk membatalkan ISA dan Ordinan Darurat.
Pada masa itu, Nurul Izzah tuduh undang-undang ni kuno, jumud dan bersikap kuku besi.
Nurul Izzah tidak tahu, atau mungkin sengaja buat tidak tahu bahawa undang-undang inilah yang digunakan untuk mengurangkan kadar jenayah pada masa itu.
Macam mana ek?
Contohnya, si A adalah ketua kongsi gelap di KL. Semua orang tahu dia ketua kongsi gelap tapi sebab dia pandai cover line, takda bukti untuk kaitkan dia dengan jenayah yang dilakukan pengikutnya.
Kalau ikut Ordinan Darurat dulu, polis dah boleh cekup si A masukkan dalam tahanan atas alasan mengancam keselamatan negara. Jadi bila kepala-kepala kongsi gelap dan gangster semua dah kena tahan, maka jenayah terancang pun jauh berkurangan.
Bila undang-undang darurat itu dibatalkan, maka semua ketua kongsi gelap dan gangster ni dibebaskan dari tahanan dan kembali merancang pelbagai jenayah untuk mengukuhkan kongsi gelap masing-masing.
Itulah sebabnya jenayah pun makin meningkat.
Dan sekarang ini bila jenayah meningkat, Nurul Izzah dan kuncu-kuncu Pakatan kembali salahkan polis dan Kerajaan.
Helloooooo... Dulu korang yang beria-ia nak batalkan undang-undang darurat, sekarang ni bila jenayah meningkat sebab semua kepala kongsi gelap dah dibebaskan, kau nak salahkan Kerajaan pula?
Sebenarnya Kerajaan pun patut bertanggungjawab juga, kerana terlalu mengikut rentak Pakatan. Tapi itulah nasib bila sokongan untuk Kerajaan rendah, maka terpaksalah berkompromi kononnya untuk raih kembali sokongan rakyat. Kalau sokongan untuk Kerajaan kukuh macam masa zaman Tun M dulu, takkan dilayannya permintaan yang hanya akan merosakkan negara macam ni!!
Kesimpulannya, sokongan untuk BN perlu kukuh bagi memastikan negara terus berada di landasan yang kukuh.
Kalau tak, sampai bila-bila akan menjadi mangsa ugutan Nurul Izzah dan macai-macai Pakatan Rakyat!!
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
Labels:
BN,
DAP,
NURUL IZZAH,
PAKATAN HAPRAK,
PAS,
PDRM,
PKR,
UMNO
Tuesday, June 11, 2013
TEMBELANG NURUL IZZAH MENANG TAKTIK KOTOR TERSERLAH!
![]() |
Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar
Ibrahim?
Nurul Izzah menang Parlimen Lembah Pantai guna taktik
kotor?
TAK HERAN!!
Memang dari dulu lagi aku dah cakap, anak didik
kesayangan Anwar Ibrahim ni perangainya memang sebijik macam Papa Hebatnya.
Depan cakap lain, belakang cakap lain.
Depan kata nak PRU yang bersih tanpa serangan peribadi,
kat belakang dialah nombor wahid dalam kategori umpat-mengumpat dan
fitnah-memfitnah.
Nah, sekarang petisyen dah dikemukakan, kita biar
Mahkamah tentukan.
BN ada bukti
kukuh menang Batu & Lembah Pantai
SHAH ALAM: Kes salah
laku melibatkan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar merupakan
antara isu 'heavyweight' yang difailkan di dalam petisyen Barisan Nasional
(BN), demikian menurut Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam
Harun.
"Di Parlimen Batu
melibatkan YB Tian Chua dikatakan hilang kelayakan untuk bertanding. Manakala
di Parlimen Lembah Pantai lebih kepada taktik berkempen melampau YB Nurul Izzah
menentang Datuk Raja Nong Chik," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Tian Chua sebelum ini
dikatakan hilang kelayakan sebagai calon apabila terlibat dalam satu dakwaan
kes jenayah berikutan suatu perhimpunan awam dan telah dikenakan denda sebanyak
RM 2,000.
Manakala Nurul Izzah
pula didakwa menggunakan taktik kotor serangan peribadi terhadap pesaingnya di
Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkaitan isu pembelian tanah dan harta,
selain menuduh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai rasis.
Mengulas lanjut,
Hafarizam berkata, kesemua petisyen yang difailkan BN berasaskan kepada fakta
dan bukti kukuh dan tidak menjadikan jumlah petisyen difailkan Pakatan Rakyat
yang sebagai satu isu besar.
"BN pada mulanya
nak failkan 50, tapi selepas kita adakan mesyuarat bersama peguam-peguam BN
seluruh Malaysia, kita lihat secara fakta dan aduan serta bukti yang ada, kita
telah kurangkan kepada 21. Atas alasan kita mahukan kes yang ada asas untuk
dibicarakan dan bukan atas tujuan politik.
"Kedua ialah dalam
21 petisyen, ada satu petisyen tidak melibatkan fakta, rasuah atau perjalanan
PRU. Tetapi melibatkan intepretasi undang-undang sama ada (seseorang) layak
menjadi Ahli Parlimen atau tidak.
"Maknanya petisyen
ini bukan nak tunjuk kita tak puas hati sebab kalah, tetapi mahu undang-undang
tidak dipandang remeh, sebaliknya kelayakan menjadi calon parlimen atau DUN
adalah paling utama sebelum seseorang dilantik," katanya lagi.
Jelas Hafarizam lagi, BN
mempunyai lima alasan kukuh mengapa petisyen difailkan iaitu mahu membuktikan
pembangkang terlibat dalam kegiatan rasuah dan taktik menakut-nakutkan pengundi
dengan cara tidak wajar.
"Ketiga, tentang
perjalanan PRU yang dibuat SPR tak mematuhi piawaian undang-undang. Keempat
berkenaan kertas undi rosak ditolak tanpa mengikut alasan seperti dalam
peraturan perjalanan PRU. Kelima berkaitan kelayakan seseorang menjadi
calon."
Terdahulu, Setiausaha
Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur pada hari ini mengumumkan BN
memutus untuk memfailkan 21 petisyen Plihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Jelasnya BN tidak mahu
membangkitkan isu remeh di mahkamah, selain yakin petisyen yang difailkan itu
mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar untuk dipertimbangkan.
PKR, PAS dan DAP
memfailkan sebanyak 35 petisyen, meliputi 25 petisyen kerusi parlimen dan 10
petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri PRU13.
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
Labels:
BN,
DAP,
DATO' RAJA NONG CHIK,
LEMBAH PANTAI,
NURUL IZZAH,
PAKATAN HAPRAK,
PAS,
PKR,
PRU 13,
TIAN CHUA,
UMNO
Monday, June 10, 2013
LIM KIT SIANG MAHU PENDAFTARAN PENGUNDI SEHARI SEBELUM PRU?
Apa kecoh-kecoh ni Lim Kit Siang?
Sebelum ni Lim Kit Siang dan geng-geng Pakatan sering
mengutuk SPR kononnya proses pendaftaran pengundi terlalu mudah dan boleh
disalahgunakan untuk mewujudkan pengundi hantu.
Sekarang Lim Kit Siang kata proses pendaftaran pengundi
terlalu rumit pula dan menyusahkan pengundi.
Apa ke jadahnya flip flop macam ni Lim Kit Siang?
Boleh baca laporan dari portal luar Negara ABNxcess:
DAP Menyeru SPR Untuk Melakukan Hanya Satu Fungsi -
Menjalankan Pilihan Raya Yang Bersih Dan Adil
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan
hari ini berkata: "Di negara-negara lain, pendaftaran pengundi adalah satu
proses yang sangat mudah - tetapi di Malaysia, ia adalah satu perkara yang
sangat rumit. Mengapa ini boleh terjadi?
"Di New Zealand, pengundi boleh mendaftar pada malam
sebelum hari mengundi bagi membolehkan mereka mengundi pada hari berikutnya,
tetapi di Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil masa tiga hingga enam
bulan sebelum pengundi baru boleh mendaftar dalam daftar pemilih."
Hek eleh… Pemimpin jenis apa yang boleh lontar soalan
bodoh macam ni?
Mari sini aku tolong jawabkan soalan teramat bernas kau
ni, Lim Kit Siang.
Mengapa lepas pendaftaran ada tempoh 3 hingga 6 bulan
sebelum pengundi tersebut boleh mengundi?
Kerana semua nama-nama yang baru didaftarkan akan
dipamerkan terlebih dahulu. Sekiranya ada sebarang pihak yang ingin membantah,
mereka boleh membuat bantahan semasa nama-nama pengundi baru dipamerkan.
Sekiranya tiada bantahan, barulah nama-nama itu dimasukkan dalam daftar
pengundi.
Sekarang ni pun, dengan proses check & balance
sebegitu, pihak pembangkang masih lagi riuh berkokok kononnya ramai pengundi
hantu dalam daftar pengundi.
Bayangkanlah pula, kalau dibenarkan mendaftar sebagai
pengundi pada malam sebelum hari mengundi, sudah pastinya pembangkang akan
terus berkokok bahawa semua pengundi-pengundi baru ini adalah pengundi hantu!!
Benda mudah macam ni pun Lim Kit Siang tak boleh fikir
ke?
Macam ni je ke mentaliti pemimpin pembangkang?
Benda mudah macam ni pun tak boleh fikir, ada hati nak
tadbir negara?
Apa kecoh-kecoh ni Lim Kit Siang?
Sunday, June 9, 2013
SUARAM MINTA UNITED KINGDOM CABUL KEDAULATAN NEGARA
![]() |
Apa kecoh-kecoh ni SUARAM?
Kita semua tahu SUARAM adalah NGO yang dibayangi oleh
Pakatan, maka tidak hairanlah jika SUARAM dengan selambanya meminta pihak
Inggeris campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.
Boleh baca sendiri laporan dari portal pembangkang
Malaysian Insider:
SUARAM Meminta Pertolongan Kerajaan Inggeris Untuk
Menghentikan Tindakan Keras Terhadap Pakatan
KUALA LUMPUR, 7 Jun - Tempatan kumpulan hak asasi Suara
Rakyat Malaysia (SUARAM) hari ini merayu campur tangan dari United Kingdom dan menggesa
Perdana Menteri David Cameron untuk membantu menghentikan tindakan keras
Malaysia terhadap pembangkang.
"Kami menyeru kepada Kerajaan Inggeris untuk
menunjukkan kepimpinan moral dan politik dalam menangani tindakan keras
Malaysia baru-baru ini terhadap ahli-ahli politik pembangkang, " kata
kumpulan itu.
Aku nak tanya SUARAM, apa hak United Kingdom untuk campur
tangan dalam urusan dalaman rakyat Malaysia? Urusan dalaman Malaysia adalah
tanggungjawab Kerajaan Malaysia, bukan Kerajaan UK!! Ada pernah NGO dari UK
atau mana-mana negara asing minta Malaysia campur tangan dalam urusan dalaman negara
mereka?
TAKDA!!!
Tapi NGO pembangkang dari Malaysia dengan mudah
mendedahkan perkara dalam kain sendiri untuk tayangan perdana kepada negara-negara
luar, menagih simpati meminta campur tangan asing!!
Rakyat Malaysia berjuang dengan titisan darah, keringat
dan air mata untuk mengusir penjajah Inggeris keluar dari Tanah Melayu. Berjuang
untuk Kemerdekaan supaya negara kita menjadi negara yang berdaulat di mana tanahair
kita ditadbir oleh anak jatinya sendiri.
Tapi sekarang NGO pembangkang dengan mudah membuka pintu
mengundang campur tangan penjajah Inggeris dalam urusan tanah air kita.
Begitulah sikap pihak pembangkang. Demi kuasa, maruah dan
kedaulatan negara sanggup digadai! Inilah badai penjajahan kali kedua didokong
oleh Si Kitul moden!
Apa kecoh-kecoh ni SUARAM?
Friday, June 7, 2013
BLACKOUT 505 PADANG MERBOK – PAKATAN KENA SAPU DENGAN PERBADANAN SISA PEPEJAL?
![]() |
Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
Sekarang ni dah kecoh Pakatan kononnya mereka akan adakan
perhimpunan mega Blackout 505 di Padang Merbok pada 15 Jun.
Perkara ni dah merata-rata Pakatan hebahkan. Surat
makluman pun mereka dah hantar pada polis.
Tapi PDRM buat kenyataan bahawa perhimpunan di Padang
Merbok kemungkinan besar akan ditolak.
Maka meroyanlah pencacai Pakatan kononnya ini satu lagi
bukti sekatan terhadap hak mereka untuk bersuara! Kononnya inilah bukti bahawa
PDRM sengaja menindas Pakatan!
Ye ke Pakatan kena tindas?
Jom baca laporan ni.
Blackout 505 di Padang Merbok Perlu Ditangguhkan
WALAUPUN polis telah menerima notis daripada penganjur perhimpunan
Blackout 505 perhimpunan yang mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan
mereka di Padang Merbok pada 15 Jun, ia mungkin tidak dibenarkan kerana tidak
ada kelulusan diperolehi dari pemilik premis iaitu DBKL.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata
polis menerima notis pada hari Rabu pada pukul 3.30 petang, tetapi ianya tidak
mengikut Akta 2012 Perhimpunan Aman.
"Jika pihak penganjur bercadang untuk mengadakan acara
mereka di Padang Merbok, mereka mesti mendapatkan kelulusan daripada pemilik
premis sebelum menyerahkan notis mereka. Dalam kes ini, pemilik ialah DBKL,
maka mereka perlu mengemukakan kepada polis surat kelulusan dari DBKL. "
Zainuddin berkata penganjur akan melanggar undang-undang
jika mereka meneruskan perhimpunan itu tanpa kelulusan DBKL. "Di bawah
Akta Perhimpunan Aman 2012, ini merupakan suatu kesalahan kerana mereka perlu
mendapatkan kelulusan untuk menggunakan premis.”
"Pihak PDRM dimaklumkan Perbadanan Pengurusan
Pembersihan Awam dan Sisa Pepejal akan mengadakan larian amal di Padang Merbok
pada 15 Jun di mana pihak penganjur telahpun mendapat kelulusan dari DBKL untuk
mengadakan acara di sana," kata Zainuddin.
Sementara itu, Dewan Bandaraya berkata ia tidak menerima
sebarang permohonan daripada Pakatan untuk menganjurkan perhimpunan Blackout
505.
TUUU DIAAAA!!
Lawak antarabangsa minggu ini.
Pakatan nak buat perhimpunan, dah jemput orang ramai tapi
Padang Merbok pun tak booking lagi. Bukan setakat tak booking, nak maklumkan
pada DBKL pun belum! Dah la pada tarikh yang sama, orang lain dah booking
Padang Merbok!
Macam ni je ke profesionalisme geng Pakatan?
Contoh insiden ini ialah macam orang nak buat kenduri
kahwin, dah siap keluar kad jemputan tapi dewan pun belum booking lagi. Bukan
setakat tak booking, nak tanya tuan punya dewan sama ada tarikh tu kosong pun
tak buat! Last-last orang lain dah booking dewan dulu, tapi orang tu masih nak
buat kenduri kahwin di tempat dan tarikh yang sama! Lepas tu bila tak bagi, dia
melolong kononnya kena tindas.
Logik kaaaaa?
Kalau bagi orang biasa mungkin tak logik. Tapi bagi
pencacai Pakatan, memang sangat logik. Bagi mereka, inilah bukti kukuh
penindasan PDRM & DBKL terhadap Pakatan!
Tapi aku rasa bagus juga kalau Blackout 505 dibuat pada masa yang sama dengan larian amal Perbadanan Sisa Pepejal. Sambil berlari, peserta larian boleh terus beramal dengan membersihkan sampah-sampah masyarakat dalam Blackout 505!
Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
Subscribe to:
Posts (Atom)



















.jpg)