Showing posts with label MUJAHID YUSOF. Show all posts
Showing posts with label MUJAHID YUSOF. Show all posts

Wednesday, June 10, 2015

PAS VS DAP – SIAPA MEMBELIT, SIAPA TERBELIT?



Apa kecoh-kecoh ni PAS dan DAP?

Susulan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, maka Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Tony Pua di Selangor pula telah memberikan kata dua kepada PAS – letakkan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor!!

Maka kelam-kabutlah PAS cuba mempertahankan kedudukannya di Selangor dan Pulau Pinang.

Ini komen Lim Guan Eng:

Menurut Guan Eng. apa yang membuatkan beliau tidak faham ialah kenapa pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah tidak berani membuat tindakan susulan yang logik iaitu mengeluarkan arahan peletakan jawatan kepada wakilnya dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Katanya, ini adalah kerana usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP diterima secara muktamad pada Muktamar Pas ke-61 minggu lalu.

Beliau turut bertanyakan kepada kepimpinan Pas: “Adakah pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip?”

“Kalau pemimpin-pemimpin Pas ada amalan yang jelas, pasti serta konsisten, berpeganglah kepada prinsip. Cakaplah serupa bikin. Sebelum ini mereka menerima usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP, kini mereka kata perlu rujuk (Majlis Syura Ulama) pula. Mereka sepatutnya guna perkataan rujuk bukan terima.

“Mungkin sekarang mereka terpaksa membuat keputusan melepaskan jawatan, oh.. sekarang mereka cuba pusing balik. Adakah ini perkara pertama yang dilakukan oleh kepimpinan baharu Pas? Ini saya rasa akan dipersoalkan,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Pas tidak perlu memutar belit kenyataannya sendiri dengan memberi alasan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP itu perlu dirujuk kepada pihak lain pula kerana sudah jelas parti berlabel Islam itu telah menerima usul berkenaan.

“Kalau begitu, kenapa mereka menggunakan perkataan usul itu diterima? Sebagai parti yang berpengalaman dan matang, takkan awak guna perkataan diterima? Kalau cakap rujuk, kena guna perkataan dirujuk bukan diterima? Apa maksud diterima? Saya rasa kita tidak perlu berbelit-belit dalam hal ini. Kalau hendak putus, kita terima keputusan tetapi ambil tindakan susulannya,” katanya.

Ada penyokong PAS yang cuba beri justifikasi, kononnya yang memutuskan hubungan ialah DAP dahulu di mana DAP Sabah dan Sarawak telah menendang PAS Sabah dan Sarawak keluar dari Pakatan Rakyat manakala DAP Pusat sendiri telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Haji Hadi. Maka tidak salah untuk PAS pula memutuskan hubungan dengan DAP.

Tapi PAS tidak sedar jarum halus DAP yang cuba untuk mencucuk PAS agar melatah.

JIka kita lihat, di Sabah dan Sarawak pengaruh PAS memang hampir tiada, jadi DAP tidak memerlukan bantuan PAS untuk menang kerusi di negeri-negeri tersebut. Maka tiada masalah jika DAP putuskan hubungan dengan PAS. Cuba lihat negeri-negeri di Semenanjung, ada DAP negeri yang berani putuskan hubungan? TAKDA!!! Kerana mereka sedar, tanpa bantuan PAS, susah nak menang.

Begitu juga tindakan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS. DAP dah nyatakan mereka masih boleh bekerjasama dengan pemimpin PAS lain, jadi urusan pentadbiran seharian masih boleh dijalankan. Tiada impak langsung bila putus hubungan dengan Presiden. Selepas putus hubungan pun, PAS masih bantu DAP & PKR semasa PRK Permatang Pauh.

Tapi bila PAS melatah dan putuskan hubungan secara keseluruhan dengan DAP, jelaslah PAS sudah terperangkap dengan mainan politik DAP.

Bila PAS putuskan hubungan,  DAP cepat-cepat mencanangkan kononnya pimpinan PAS tiada pendirian tetap dan hanya gilakan jawatan dan kuasa kerana tidak sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Dan boneka DAP dalam PAS seperti Mat Sabu dan Mujahid yUSOF cepat-cepat letak jawatan dan cabar pemimpin PAS lain buat perkara yang sama. Kalau tak buat memang gila jawatan dan kuasa.

Jadi PAS pun dah terbelit. Nak tarik balik keputusan putuskan hubungan, Muktamar PAS dah setuju. Kalau nak teruskan tapi tak nak letak jawatan, nampak macam PAS gila kuasa.

Jadi macam mana?

DAP membelit, PAS terus terbelit!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS & DAP?. 

Sunday, May 24, 2015

AKHIRNYA PAS MENGAKU MEREKA SERING KAFIRKAN UMNO


Apa kecoh-kecoh ni Mujahid?

Setelah menuduh bahawa agenda hudud PAS selama ini sebenarnya agenda UMNO, Mujahid turut mengaku dalam artikel Malaysiakini- Mujahid: Only Pakatan can help PAS' mission bahawa amalan mengkafirkan sesama Islam terutamanya terhadap ahli UMNO memang telah lama berakar-umbi di kalangan ahli PAS.

Apa kata Mujahid?

Beliau juga mengeluh bahawa konflik dalaman dalam PAS sudah semakin parah sehingga ke peringkat menuduh satu sama lain sebagai kafir.

"Sebelum ini kita (ahli PAS) sering mengkafirkan ahli UMNO walaupun perbuatan itu sebenarnya salah. Sekarang, kita tuduh sesama ahli PAS pula sebagai kafir."

Tu diaaaa!!!

Mujahid akhirnya mengaku bahawa ahli PAS sering mengkafirkan ahli UMNO. Mujahid juga mengaku bahawa perbuatan itu adalah perbuatan yang salah.

Ini soalan aku kepada Mujahid. Kau dah berapa lama jadi ahli PAS? Dah berpuluh-puluh tahun kan? Habis tu, mengapa dalam masa berpuluh-puluh tahun tu kau tak pernah sekalipun mengutuk tindakan ahli PAS mengkafirkan UMNO? Bukankah sebagai orang Islam kewajipan kau untuk menegakkan kebenaran walaupun pahit? Amar makruh nahi mungkar!! Mengapa kau diam macam syaitan bisu bila kebatilan berlaku? Mengapa baru sekarang kau ungkit amalan mengkafirkan sesama Islam tu salah?

Tolong jawab Mujahid, aku betul-betul nak dengar penjelasan kau.

Apa kecoh-kecoh ni Mujahid?

Saturday, May 23, 2015

SELAMA INI PAS RUPA-RUPANYA SAYAP UMNO


Apa kecoh-kecoh ni Mujahid Yusof?

Siapa tak kenal Mujahid Yusof? Pemimmpin Pas Pulau Pinang yang liberal dan penyokong kuat Guan Eng dan DAP.

Dek kerana kesetiaannya kepada DAP dan agenda anti Islam mereka, Mujahid tergamak keluarkan kenyataan menghina perjuangan Islam PAS.

Dalam artikel Mujahid: Only Pakatan can help PAS' mission (Mujahid: Hanya Pakatan boleh bantu misi PAS) dari portal pro pembangkang, Malaysiakini, Mujahid telah keluarkan kenyataan ini:

"Agenda hudud adalah agenda UMNO (untuk melemahkan Pakatan Rakyat). Bagaimana ahli PAS boleh kata misi PAS ialah untuk hudud? Mana mungkin begitu!"

Oh, jadi selama ini, sejak penubuhan PAS lagi, dah berpuluh-puluh tahun PAS perjuangkan hudud, rupa-rupanya PAS memperjuangkan agenda UMNO sahaja.

Kesian ahli PAS selama ini, sibuk-sibuk kutuk UMNO tapi rupanya ikut telunjuk UMNO. PAS sekadar sayap UMNO sebenarnya, sama macam Wanita, Puteri dan Pemuda!

Terima kasih Mujahid kerana berani menjelaskan bahawa PAS sebenarnya agen UMNO!

Apa kecoh-kecoh ni Mujahid?