Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Friday, June 5, 2015

MANA HILANGNYA DARAH PAHLAWAN BUGIS , NAJIB?


Apa kecoh-kecoh ni Datuk Seri Najib?

Aku sebenarnya ternanti-nanti acara Nothing To Hide yang sepatutnya menjadi medan PM, Najib Tun Razak menjelaskan tentang isu 1MDB. Malangnya pada saat akhir, Najib tak jadi turun, kononnya atas nasihat PDRM yang risau tentang ancaman keselamatan. Tapi Tun M turun dan bila PM tiada, maka acara ini menjadi medan untuk Tun M menghentam PM mengenai isu 1MDB.
Tapi Tun M pun tak dapat berucap lama, selepas 5 minit dia dihalang oleh PDRM dari meneruskan ucapan.

Soalan aku:

1. Apakah ancaman keselamatan yang memaksa PDRM membatalkan majlis tersebut? Adakah ia ancaman terhadap PM? Mengapa dalam majlis ini tiba-tiba timbul ancaman sedangkan sebelum ini PDRM dah meluluskan acara tersebut, jadi sudah pastinya PDRM telahpun membuat persediaan untuk melindungi PM?

2. Sekiranya ada ancaman terhadap PM, mengapa PDRM halang majlis diteruskan sedangkan PM tiada di situ? Kalau tiada PM, sepatutnya tiadalah ancaman keselamatan kan? Mengapa Tun M dihalang berucap?  Sepatutnya penganjur sahaja yang berhak menghalang Tun M berucap, bukannya PDRM.

3. Adakah acara itu sendiri dianggap sebagai ancaman keselamatan? Jika ya, mengapa PDRM luluskan penganjurannya sebelum ini? Lebih baik tolak sahaja permohonan penganjur!

Sekarang ini bermacam spekulasi dibuat terhadap pembatalan acara ini. Salah satu spekulasi tersebut ialah kononnya PM takut bila Tun M muncul sedangkan dia tidak sepatutnya hadir di acara tersebut. Kononnya PM takut nak bersemuka dengan Tun M atau dalam istilah lebih professional, kecut teloq!!

Betul ke PM?

Satu-satunya cara untuk PM menangkis spekulasi ini ialah dengan mengadakan majlis bersama Tun M. Biar masing-masing bentangkan hujah dan kita sebagai rakyat menjadi hakim, hujah siapa yang lebih meyakinkan.

Macam mana? Ada berani ke PM?

Apa kecoh-kecoh ni Datuk Seri Najib?

Thursday, June 20, 2013

JENAYAH MENINGKAT KERANA PAKATAN RAKYAT!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Kalau dulu Nurul Izzah dan kuncu-kuncu Pakatan yang lain sibuk menghentam Kerajaan kerana tidak mahu menghapuskan semua undang-undang darurat, walaupun pada masa itu Kerajaan dah batalkan 3 proklamasi darurat termasuk membatalkan ISA dan Ordinan Darurat.

Pada masa itu, Nurul Izzah tuduh undang-undang ni kuno, jumud dan bersikap kuku besi. 

Nurul Izzah tidak tahu, atau mungkin sengaja buat tidak tahu bahawa undang-undang inilah yang digunakan untuk mengurangkan kadar jenayah pada masa itu.

Macam mana ek?

Contohnya, si A adalah ketua kongsi gelap di KL. Semua orang tahu dia ketua kongsi gelap tapi sebab dia pandai cover line, takda bukti untuk kaitkan dia dengan jenayah yang dilakukan pengikutnya. 

Kalau ikut Ordinan Darurat dulu, polis dah boleh cekup si A masukkan dalam tahanan atas alasan mengancam keselamatan negara. Jadi bila kepala-kepala kongsi gelap dan gangster semua dah kena tahan, maka jenayah terancang pun jauh berkurangan.

Bila undang-undang darurat itu dibatalkan, maka semua ketua kongsi gelap dan gangster ni dibebaskan dari tahanan dan kembali merancang pelbagai jenayah untuk mengukuhkan kongsi gelap masing-masing.

Itulah sebabnya jenayah pun makin meningkat.

Dan sekarang ini bila jenayah meningkat, Nurul Izzah dan kuncu-kuncu Pakatan kembali salahkan polis dan Kerajaan.

Helloooooo... Dulu korang yang beria-ia nak batalkan undang-undang darurat, sekarang ni bila jenayah meningkat sebab semua kepala kongsi gelap dah dibebaskan, kau nak salahkan Kerajaan pula?

Sebenarnya Kerajaan pun patut bertanggungjawab juga, kerana terlalu mengikut rentak Pakatan. Tapi itulah nasib bila sokongan untuk Kerajaan rendah, maka terpaksalah berkompromi kononnya untuk raih kembali sokongan rakyat. Kalau sokongan untuk Kerajaan kukuh macam masa zaman Tun M dulu, takkan dilayannya permintaan yang hanya akan merosakkan negara macam ni!!

Kesimpulannya, sokongan untuk BN perlu kukuh bagi memastikan negara terus berada di landasan yang kukuh. 

Kalau tak, sampai bila-bila akan menjadi mangsa ugutan Nurul Izzah dan macai-macai Pakatan Rakyat!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Monday, March 25, 2013

NURUL IZZAH GAGAL ARAH YOUTUBE DELETE VIDEO HINA POLIS

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Tak lama dulu, Nurul Izzah mengundang kemarahan rakyat kerana mengeluarkan kenyataan memperlekehkan pihak polis. Nurul Izzah kata Pasukan Gerakan Am kerjanya cuma goyang kaki sejak ancaman komunis dihapuskan. Special Branch pun takda fungsi, kata Nurul Izzah. Semua mereka patut dimansuhkan sahaja.

Dia lupa, 2 orang anggota PGA & 4 orang anggota SB telah mengorbankan nyawa mereka di Lahad Datu menentang pencerobohan pengganas. Nah, inilah bukti paling kukuh betapa PGA & SB masih relevan hingga kini!

Bila video ringkas kenyataannya itu dikeluarkan, kuncu-kuncu Nurul Izzah meroyan kononnya video itu telah diedit.

Bila full video kenyataannya itu dikeluarkan, kuncu-kuncu Nurul Izzah sekali lagi meroyan, mengancam untuk melaporkan kepada pihak Youtube untuk delete video tersebut.

Ini video sila tutup, I akan contact youtube sbg cetak rompak, ini amaran krn video ini kau ambik dari pantaitube.

Babi punya keturunan kau orang.

Khai, I bagi u 36 jam utk remove video ini, kalau kau enggan akhirnya video ini akan lenyap juga, kau hanya ada 3 video punya amatur, tak malu ke keturunan kau ni suka buat kerja murahan mcm ni krn sendiri tak mampu? Patutlah jenis mcm cow org ni perlukan UMNO.., OK brader., 36 jam pls.

Haiiii… Macam ni ke perangai orang yang kononnya jaguh kebebasan bersuara?

Mula-mula cabar suruh tunjuk full video, bila dah tunjuk, kelam-kabut suruh padamkan pulak?

Patutnya, Nurul Izzah suka orang tunjukkan full video dia berucap, bukannya marah!!

Kini dah lebih seminggu sejak ancaman untuk melaporkan kepada Youtube dibuat. Hingga kini video tersebut masih ada di Youtube. Nampak sangat Nurul Izzah cuma tahu buat gertak kosong!

Bagi yang belum tengok, boleh tengok sendiri Nurul Izzah perlekeh polis dalam video pendek dan full videonya di sini…


Wednesday, March 20, 2013

NURUL IZZAH MASIH TAK SERIK HINA POLIS


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Isy.. Isy.. Isyy… Hari tu Nurul dah dikecam pelbagai pihak kerana menganggap Pasukan Gerakan Am tiada fungsi sejak pengunduran komunis dan mahu PGA dimansuhkan sedangkan DUA anggota PGA telahpun menggadaikan nyawa mereka di Lahad Datu menentang pencerobohan pengganas Sulu. Kemudian Nurul tuduh Special Branch pun takda kerja dan patut dimansuhkan sedangkan EMPAT anggota Special Branch telah syahid di Sabah.

Kini, Nurul Izzah terus mengutuk pihak polis tanpa mengambilkira pengorbanan mereka.
Nurul Izzah hits out at police

POINTING FINGERS: Lembah Pantai MP claims all the force does is spy on everybody

KUALA PILAH: PARTI Keadilan Rakyat vice-president Nurul Izzah Anwar has claimed that the main duty of the police is solely to spy on all Malaysians.

In her ceramah at Kampung Jemapoh here on Tuesday night, Nurul Izzah said this was why armed intruders had managed to infiltrate Kampung Tanduo, Lahad Datu, on Feb 12.

"What is the job of the security forces? Their job is to spy on the rakyat. Their job is to spy on the PKR leaders. Their job, on the whole, is to ensure BN (Barisan Nasional) stays successful... until our borders in Lahad Datu, Sabah, were inflitrated.”

Mudahnya Nurul Izzah memperlekehkan peranan yang dimainkan oleh pihak polis! Kononnya kerja polis cuma untuk mengintip rakyat dan mengintip pemimpin PKR.

Ye ke kerja polis cuma untuk mengintip pemimpin PKR?

Nurul, boleh baca sikit tak berita pada 9 Februari lepas ni?

3 disyaki rekrut pengganas

Kuala Lumpur: Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan dua lagi individu ditahan Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Pengganas Bukit Aman dipercayai terbabit merekrut ahli baru selain mempromosikan aktiviti keganasan sejak lebih empat bulan lalu.
Suspek dibebaskan daripada tahanan ISA pada 4 Disember 2008 ditahan semula kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bersama seorang pekerjanya berusia dalam lingkungan 30-an.
Susulan penahanan suspek dan pekerjanya, PDRM menyerbu sebuah rumah di Kajang, di sini, dipercayai disewa suspek bersama seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang dipercayai digunakan sebagai markas menyebarkan fahamannya itu.

Wanita terbabit turut ditahan di rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 petang oleh sekumpulan anggota dan pegawai polis.

Aku nak tanya sikit Nurul, yang kena tahan ni, si Yazid Sufaat ni, pemimpin PKR ke?

Apa kau kata Nurul? Dia ni bukan pemimpin PKR?

Eh, mana boleh!!! Kerja polis kan untuk intip pemimpin PKR je! Kalau dia ni bukan pemimpin PKR, buat apa polis nak intip dia! Buat apa polis nak tahan dia kerana cuba rekrut pengganas!

Nampak tak kawan-kawan, polis bertungkus-lumus buat kerja menjaga keselamatan kita tapi Nurul Izzah cuma tahu hina mereka sahaja kononnya tak tahu buat kerja.

Pesanan terakhir untuk Nurul aku serahkan kepada Tan Sri Zaman Khan, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan juga mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Shamsuri Arshad.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, Nurul Izzah patut mengkaji isu sejarah keselamatan negara bagi memahami skop tugas Polis Diraja Malaysia serta jabatan-jabatannya.

“Saya agak kecewa apabila sesetengah pihak yang tidak memahami skop tugas (PDRM) dan memperalatkannya demi kepentingan politik. Ketika keselamatan negara terancam, kita seharusnya mengenepikan perbezaan pendapat dan berikrar untuk menyokong perjuangan pasukan keselamatan negara.”

“Apa juga bentuk kritikan sentiasa dialu-alukan, namun tidak pada waktu krisis,” kata Zaman Khan.

Zaman Khan menegaskan, pasukan keselamatan ditubuhkan bukan untuk berkhidmat kepada mana-mana parti politik tetapi kepada rakyat Malaysia.

“Jangan memperkecilkan pengorbanan mereka demi memastikan kehidupan kita selamat,” kata beliau.

Mantan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Shamsuri Arshad membidas Nurul Izzah, "Polis menjalankan tugas mereka selaras dengan undang-undang semasa.

"Ya, kita lakukan risikan dan intipan, seperti yang dilakukan oleh agensi-agensi keselamatan lain di dunia, seperti FBI dan pasukan polis lain di dunia.

"Tetapi perisikan yang kita lakukan adalah untuk melindungi negara. Rekod menunjukkan kejayaan kami dalam menjaga keselamatan negara semasa pemberontakan komunis dan banyak masa yang lain.

"Oleh itu, risikan kami dilakukan selaras dengan undang-undang, bukan untuk keuntungan politik. Maklumat yang dikumpulkan digunakan dalam tindakan terhadap penjenayah dan pengganas."

 Shamsuri berkata adalah mudah untuk menjadi seorang pengkritik tetapi apabila seseorang itu merasai sendiri pengalaman sebagai polis, barulah mereka sedar ia bukannya suatu tugas yang mudah.

Shamsuri memetik bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln apabila beliau mengulas tuduhan Nurul Izzah.

"Anda boleh menipu sesetengah orang pada setiap masa  tetapi anda tidak boleh menipu semua orang pada setiap masa."

Penganalisis politik, Profesor Datin Paduka Ramlah Adam berkata Nurul Izzah telah cuba untuk memenangi hati rakyat dengan melemparkan tuduhan terhadap pasukan polis.

"Pihak pembangkang menyedari bahawa suara mereka tidak didengar oleh orang ramai berhubung dengan pencerobohan Lahad Datu. Jadi, mereka terpaksa membuat tuduhan liar dengan harapan bahawa rakyat akan mempercayai mereka," kata Ramlah Pusat Penyelidikan yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Institusi Raja-Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?



Tuesday, March 19, 2013

FULL VIDEO NURUL IZZAH HINA POLIS – PART 2



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sejak keluar video Nurul Izzah buat kenyataan memperlekeh polis dan mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, pencacai Pakatan cuba mempertahankan Nurul Izzah kononnya video tersebut telah diedit & mendesak mahu melihat video penuh ceramah tersebut.

Bagi memenuhi permintaan istimewa para pencacai Pakatan, aku telah siarkan episod pertama full video Nurul Izzah perlekeh polis beserta ulasan fitnah-fitnah & janji-janji palsu yang dihamburkan oleh Nurul Izzah.

Bila keluar je full video Nurul Izzah hina polis, terus meroyan kuncu-kuncu Nurul Izzah dan terus mengancam untuk membuat aduan kepada YouTube untuk delete video kononnya langgar copyright.

Hek eleh, sejak bila video ceramah ada copy right, Nurul? Semua ceramah kau orang lain tak boleh siarkan ke? Patutnya kau gembira orang sebarkan video kau, tapi kali ni kau marah pulak & mahu sekat kebebasan bersuara orang lain?

Berani kerana benar, Nurul. Takut kerana salah.

Nampak sangat kau tak mahu video kau disebarkan kerana memang betul kau memperlekeh polis walaupun mereka dah mengorbankan nyawa di Sabah demi keselamatan tanah air kita.

Hari ni aku siarkan pula full video episod 2 Nurul Izzah hina polis.

Boleh tengok sendiri macam mana Nurul Izzah memperlekehkan polis kita.

Antara Rumusan Fitnah Nurul Dalam Episod 2

Nurul Kata Anwar Tak Pernah Salahguna Kuasa Untuk Beri Dana Kepada Kroni

Ye ke Anwar tak pernah buat macam tu, Nurul? Habis tu, macam mana Faiz Abdullah, (penulis ucapan Anwar semasa dia jadi Menteri Kewangan & Timbalan Perdana Menteri) boleh dapat pinjaman RM445 JUTA TANPA SEBARANG CAGARAN dari Hong Leong Bank? Tanpa cagaran tu beb. Mamat ni bukan bisnesman pun. Macam mana boleh layak dapat pinjaman besar tu tanpa cagaran? Aku nak buat pinjaman beli rumah murah RM25,000 pun kena bagi cagaran, ni kan pulak pinjaman RM445 juta beb! Untuk makluman kawan-kawan juga, Hong Leong Bank ni dapat lesen perbankan dari Anwar Ibrahim. 

Pada tahun 2012, Faiz disaman oleh Hong Leong Bank sebab tak bayar balik pinjaman. Di Mahkamah, dia mengaku wang tersebut diterima bagi pihak Anwar Ibrahim. Jeng jeng jeng!!

Rekod PTPTN Tak Lengkap, Jadi Tak Dapat Nak Cari Peminjam, Akibatnya PTPTN Rugi Besar

Malas nak cerita panjang, baca je penjelasan PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan isu kehilangan wang dalam akaun peminjam berjumlah RM 24.42 bilion yang ditimbulkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menerusi persidangan parlimen, kelmarin.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, isu berkenaan tidak wujud kerana wang terbabit sudah dapat dikesan pada tahun lalu apabila sistem diperbaiki pihaknya.

“Wang bayaran diterima menerusi rekod lejar am dan bukan rekod lejar individu disebabkan kelemahan sistem pada rekod kewangan berakhir 31 Disember 2010.

“Perkara itu sudah diselesaikan dengan pembaikan sistem yang mana rekod setiap pembayar dikemaskini pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011,” katanya dalam sidang media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Majlis Jasamu dikenang, di sini, semalam.

Rekod ada, cuma sistem belum update je. Isu ni PTPTN dah jelaskan, mengapa Nurul masih lagi bangkitkan walaupun dia dah tahu jawapannya? Nampak sangat Nurul suka tabur fitnah!

Nurul Izzah Perlekeh Polis, Kononnya Pasukan Gerakan Am Sejak Komunis Dibubarkan dah Takda Kerja, Cuma Goyang Kaki Saja

Ini kata-kata Nurul “General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces. 

Habis tu, DUA orang wira kita dari Pasukan Gerakan Am yang terkorban menentang pengganas Sulu di Sabah tu mati kena tembak sambil sedang goyang kaki ke Nurul?

Wira kita berkorban nyawa di Sabah, di Semenanjung Malaysia selamba je Nurul kutuk diorang!

Nurul Izzah Perlekeh Polis Lagi,  Desak Special Branch Dimansuhkan

Ini kata-kata Nurul: “Polis dah cukup. You hanya perlu mansuhkan Special Branch.”

Sekali lagi Nurul bayangkan kononnya Special Branch takda kerja dan perlu dihapuskan sahaja.

Habis tu, jasa EMPAT orang wira kita dari Special Branch yang terkorban di Sabah pun kau nak suruh hapuskan jugak ke? Hapuskan unit mereka, hapuskan rekod mereka, hapuskan jasa mereka?

Inilah dasar orang tak tahu diuntung. Dia bersenang-lenang hasil pengorbanan polis dari Pasukan Gerakan Am & Special Branch, lepas tu jasa mereka dengan mudah diperkecil-kecilkan.

Tan Sri Zaman Khan, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah turut menganggap Nurul 'buta sejarah' kerana memperlekehkan  polis di saat mereka sedang bertaruh nyawa mempertahankan tanah air kita di Sabah.

Banyak lagi sebenarnya fitnah Nurul Izzah dalam ceramahnya. Nak tahu lebih lanjut, tonton je video tu.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

p/s: Kalau belum tengok lagi episode 1, boleh tengok kat sini..

Monday, March 18, 2013

SELEPAS NURUL IZZAH & TIAN CHUA, KINI DAP PULA PERLEKEH PASUKAN KESELAMATAN DI LAHAD DATU





Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Selepas Tian Chua menggelar wira kita sebagai ‘mati katak’ & Nurul Izzah pula menyifatkan wira kita yang gugur di Lahad Datu dari Pasukan Gerakan Am & Special Branch sebagai tidak relevan dan patut dimansuhkan sahaja, kini tiba pula giliran DAP memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan kita.

Berikut adalah petikan artikel dari lidah rasmi DAP, The Rocket. Artikel sama turut disiarkan di portal pro pembangkang, Malaysian Insider.

Ops Daulat is taking too long!

The issue that I would like to highlight this time is the slowness of the operations that is going on on the ground.
It’s been over a month. The government’s Ops Daulat has deployed seven battalions to flush out the armed criminals.
One battalion can consist anywhere between several hundred to a thousand troops or individuals. So you can imagine seven battalions.
I wonder how difficult is it for our security forces to clear out 200 people from a village?

DAP dengan sinis memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan kita. DAP tanya, dengan 7 batalion ditempatkan di Sabah, mengapa susah sangat nak keluarkan 200 orang dari satu kampung?

DAP ingat pengganas Sulu tu semua dok setempat macam batang lidi dalam penyapu ke? Kalau dok berkumpul setempat, memanglah dah lama kena gempur. Tapi mereka sekarang dah berpecah-pecah dalam kumpulan kecil, 2 hingga 3 orang, dan dah menyelinap dalam hutan.

DAP ingat senang ke nak cari pengganas yang dah biasa perang gerila dan sedang bersembunyi dalam hutan? DAP ingat hutan kat Sabah tu kecik macam padang sekolah ke, 10 minit dah boleh jumpa semua pengganas Sulu tu?

Heiiiii DAP. Kalau tak tahu apa-apa, tolong duduk diam. Jangan suka sangat memperlekehkan pasukan keselamatan yang sedang berjuang demi agama, bangsa dan negara!

Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Friday, March 15, 2013

NURUL IZZAH MARAH FULL VIDEO DIA HINA POLIS DISEBAR. TONTON SEGERA SEBELUM DIDELETE OLEH YOUTUBE!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Hek eleh, sebelum ni seluruh pelusuk kampung kau laungkan kononnya kau pejuang tulin kebebasan bersuara, sekarang ni kau pulak nak sekat kebebasan bersuara orang lain?

Apa ceritanya ya?

Begini...

Sejak keluar video Nurul Izzah buat kenyataan memperlekeh polis dan mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, pencacai Pakatan cuba mempertahankan Nurul Izzah kononnya video tersebut telah diedit & mendesak mahu melihat video penuh ceramah tersebut.

Bagi memenuhi permintaan istimewa para pencacai Pakatan, aku telah siarkan episod pertama full video Nurul Izzah perlekeh polis beserta ulasan fitnah-fitnah & janji-janji palsu yang dihamburkan oleh Nurul Izzah.

Bila keluar je full video Nurul Izzah hina polis, terus meroyan kuncu-kuncu Nurul Izzah dan terus mengancam untuk membuat aduan kepada YouTube untuk delete video kononnya langgar copyright.

Hek eleh, sejak bila video ceramah ada copy right, Nurul? Semua ceramah kau orang lain tak boleh siarkan ke? Patutnya kau gembira orang sebarkan video kau, tapi kali ni kau marah pulak & mahu sekat kebebasan bersuara orang lain?

Sebelum ni pencacai Pakatan cabar suruh letak full video, bila dah letak full video, kelam-kabut suruh delete pulak?


Nampak sangat cakap tak serupa bikin. Mengaku pejuang kebebasan bersuara, tapi mahu sekat kebebasan bersuara orang lain.

Boleh baca sendiri ayat meroyan kuncu-kuncu Nurul di video YouTube berkenaan.

Ini video sila tutup, I akan contact youtube sbg cetak rompak, ini amaran krn video ini kau ambik dari pantaitube.

Babi punya keturunan kau orang.

Ada berani jumpa tak? I orang jalan Kelang Lama.

Khai, I bagi u 36 jam utk remove video ini, kalau kau enggan akhirnya video ini akan lenyap juga, kau hanya ada 3 video punya amatur, tak malu ke keturunan kau ni suka buat kerja murahan mcm ni krn sendiri tak mampu? Patutlah jenis mcm cow org ni perlukan UMNO.., OK brader., 36 jam pls.

Pigirahhh!!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

p/s Bagi yang tak sempat tengok video full boleh baca sebahagian ulasan isi ceramah fitnah Nurul di sini: 

FULL VIDEO NURUL IZZAH HINA POLIS – PART 1


Thursday, March 14, 2013

NURUL IZZAH MAHU MANSUH PASUKAN GERAKAN AM & SPECIAL BRANCH UTK TAMBAH POLIS DI LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sekarang ni memang ramai betul orang marah kat Nurul sebab nak mansuhkan PGA & SB di kala anggota PGA & SB telahpun mengorbankan nyawa mereka di Sabah menentang pengganas Sulu.

Bagi yang belum tengok lagi, boleh tengok di sini video kenyataan Nurul Izzah.



“General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces. Polis dah cukup. You hanya perlu mansuhkan Special Branch (Cawangan Khas)."

Jadi bila ramai dah marah, Nurul Izzah pun jadi kelam-kabut nak pertahankan kenyataan bodohnya itu.


Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah terus keluarkan tuduhan kononnya ucapan Nurul Izzah telah diedit dan tidak menggambarkan kenyataan sebenar Nurul Izzah.

Tapi Nurul Izzah KANTOI lagi sebab ada orang dah tengok ucapan penuh Nurul Izzah dan memang CONFIRM dia desak supaya dimansuhkan PGA & SB serta mahukan Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia.

Boleh baca tweet yang ditujukan kepada Nurul Izzah:

@fahmi_fadzil @n_izzah @PDRMsia dah tgk video penuh. Nurul kata PGA kena mansuhkan sbb komunis dah takda. dia nak chin peng balik msia ke?

KANTOI lagi! Nak berdalih macam mana pulak ni Nurul?

Dalam keadaan kelam-kabut, terus Fahmi Fadzil kata ucapan tu untuk orang Lembah Pantai je, bukan untuk orang lain.

Ooooo itu macam kaaaaa?

Memang confirm Nurul Izzah ni anak didik Anwar Ibrahim, depan orang Lembah Pantai cakap lain, depan orang Sabah cakap lain, depan Melayu cakap lain, depan Cina cakap lain.

Mentang-mentang la ucapan ni depan orang Cina Lembah Pantai, jadi Nurul Izzah anggap takda masalah kalau nak kutuk dan hina polis yang kebanyakannya orang Melayu?

Lepas tu semata-mata nak tambah pegawai penyiasat kat Lembah Pantai, maka Nurul nak mansuhkan PGA & SB? Memang le seronok orang Lembah Pantai dengar nak tambah jumlah polis di kawasan mereka, tapi Nurul Izzah sedar tak, bila PGA dimansuhkan, maka tiada lagi rondaan di sempadan? Bila tiada rondaan, pendatang haram boleh masuk dengan senang lenang! Lepas tu bila tiada Special Branch, maka tiadalah risikan anti pengganas dan anasir subversif lain. Makin selamat ke makin tak selamat, penduduk Lembah Pantai?

Nurul ni memang sebiji macam Papa Hebat, Anwar Ibrahim. Demi kepentingan politik, kepentingan negara ditolak tepi! Demi nak raih undi Cina di Lembah Pantai, Nurul Izzah sanggup mansuhkan Pasukan Gerakan Am dan Special Branch!

Pelbagai janji manis ditabur, tanpa mengambilkira kesannya kepada negara!

Janji manis Anwar Ibrahim boleh sebabkan negara bankrap. Janji manis Nurul Izzah boleh sebabkan keselamatan negara terjejas!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Wednesday, March 13, 2013

ZAMAN KHAN BANTAI NURUL IZZAH “BUTA SEJARAH” KERANA MAHU MANSUHKAN PASUKAN GERAKAN AM & CAWANGAN KHAS



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Makin ramai nampaknya yang marah pada Nurul Izzah kerana mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am dan Cawangan Khas sedangkan mereka telahpun mengorbankan nyawa menentang pengganas Sulu di Sabah.

Dan terkini, Tan Sri Zaman Khan, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah turut menghentam politik sempit Nurul di kala wira-wira kita sedang menggadaikan nyawa Sabah.

Ni laporan yang aku petik dari portal the Mole.

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, Nurul Izzah patut mengkaji isu sejarah keselamatan negara bagi memahami skop tugas Polis Diraja Malaysia serta jabatan-jabatannya.

“Saya agak kecewa apabila sesetengah pihak yang tidak memahami skop tugas (PDRM) dan memperalatkannya demi kepentingan politik. Ketika keselamatan negara terancam, kita seharusnya mengenepikan perbezaan pendapat dan berikrar untuk menyokong perjuangan pasukan keselamatan negara.”

“Apa juga bentuk kritikan sentiasa dialu-alukan, namun tidak pada waktu krisis,” kata Zaman Khan.

Zaman Khan memberitahu The Mole bahawa Pasukan Gerakan Am merupakan barisan pertama pertahanan yang melindungi negara daripada ancaman bahaya luar. Fungsi pasukan bukanlah semata-mata sebagai ‘polis hutan’ seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai.

“Pasukan Gerakan Am kita diperlukan dalam pelbagai aspek keselamatan negara. Khidmat mereka diperlukan untuk mengawal sempadan negara, kawasan-kawasan di mana rakyat tempatan sendiri tidak berani jejakkan kaki,” kata bekas Pesuruhjaya Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam itu lagi.

Menurut beliau, Pasukan Gerakan Am memainkan peranan dalam hal-hal seperti pencerobohan warga asing dan kawalan awam.

“Mereka telah memainkan peranan yang besar sewaktu Konfrontasi (antara Malaysia dan Indonesia pada era 1960-an).

“Kita tidak boleh menyangkal sumbangan mereka semata-mata kerana kita tidak faham sejarah,” tambah beliau lagi.

Zaman Khan menganggap cadangan untuk memansuhkan bahagian Cawangan Khas sebagai satu pendekatan yang dangkal.

“Jelas sekali cadangan tersebut datang daripada seorang individu yang tidak mengetahui fungsi setiap jabatan dalam angkatan polis.”

“Pegawai-pegawai Cawangan Khas adalah unit perisikan yang bertanggungjawab bagi mengumpul maklumat. Amerika Syarikat mempunyai badan perisikan mereka seperti FBI dan CIA. Malah hampir semua negara di dunia memiliki unit seumpamanya. Saya tidak faham bagaimana seseorang boleh mengeluarkan cadangan seperti ini.”

Zaman Khan menegaskan, pasukan keselamatan ditubuhkan bukan untuk berkhidmat kepada mana-mana parti politik tetapi kepada rakyat Malaysia.

“Jangan memperkecilkan pengorbanan mereka demi memastikan kehidupan kita selamat,” kata beliau.

Isnin lalu, dilaporkan terdapat sebuah video dengan durasi tiga minit memaparkan Nurul Izzah mempersoalkan keperluan wujudnya Pasukan Gerakan Am polis. Video tersebut telah dihujani kritikan di internet.

The Mole turut menyiarkan surat daripada pembaca yang dikenali sebagai Harry Kwok. Beliau mengaku telah menghadiri majlis tersebut di mana Nurul Izzah telah berucap dan melahirkan rasa terkejut apabila Nurul Izzah membuat kenyataan yang beliau rasakan tidak wajar.

Antara lain, Kwok menyebut: “Ketika Nurul Izzah menyampaikan ucapan, saya amat terkejut dan kecewa apabila beliau mengkritik pasukan polis kita dan berkempen untuk penstrukturan semula angkatan (PDRM).

“Saya terkejut kerana beliau tidak wajar sama sekali berucap demikian memandangkan pasukan polis kita sedang menghadapi situasi berbahaya di Lahad Datu pada ketika itu. Tiada kata-kata berunsur sokongan mahupun doa, hanya sindiran dan kritikan.

“Nurul Izzah berkata, ‘KITA TIDAK PERLUKAN PASUKAN GERAKAN AM’ (petikan sebenar ungkapan yang diulangi oleh Nurul Izzah beberapa kali). Hujah utama beliau adalah kerana ‘tiada lagi ancaman komunis di negara ini’, dan kemudiannya beliau terus membuat kenyataan bernada sinis tentang pihak kerajaan yang telah mengharamkan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?