Showing posts with label TENG CHANG KHIM. Show all posts
Showing posts with label TENG CHANG KHIM. Show all posts

Sunday, May 17, 2015

PERGI BALIK KELANTAN LAH, PAS!!!



DAP LARANG PAS ADAKAN MUKTAMAR DI SELANGOR
Teng Chang Khim berkata, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.
 SHAH ALAM – Berang dengan PAS Kelantan yang mengecam tindakan Lim Kit Siang berceramah mengenai hudud di Kota Bharu baru-baru ini, DAP Selangor hari ini tampil mempertahankan ‘bosnya’ itu.
Seolah-olah mahu membalas dendam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, PAS tidak perlu mengadakan sebarang program utama di negeri ini jika sudah mengetahui kerajaan negeri Selangor menolak sebarang usaha untuk melaksanakan hudud.
Tegasnya, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.
“Kenapa pula kamu (PAS) datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud, untuk memperjuangkan hudud?
“Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?” katanya dalam laman Facebook hari ini.
Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menempelak Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat negeri itu berhubung hukum berkenaan dalam ceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.
Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dalam nada sinis berkata, Kit Siang bukanlah individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.
Dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PAS.
Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sedar Kit Siang sememangnya merupakan individu yang menolak hudud, namun beliau sepatutnya menghormati Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan enakmen berkaitan hudud secara sebulat suara oleh wakil rakyat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula memberitahu, PAS Kelantan telah bermesyuarat kelmarin dan bersetuju memanggil pemimpin PAS Kawasan Kota Bharu untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu.
Sementara itu, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 dijadualkan berlangsung dari 4 sehingga 6 Jun ini di Kuala Selangor.

Apa kecoh-kecoh ni Teng Chang Khim?

Wah, garangnya DAP Selangor sampai tak bagi PAS buat muktamar! Kena halau balik pergi Kelantan!

Eh, Kerajaan Negeri Selangor ni wakil rakyat semua dari DAP dan PKR ke? Takda langsung wakil rakyat PAS? Ada kan? Habis tu apa hak DAP nak tolak PAS dari Selangor sedangkan dalam Kerajaan Negeri sendiri ada wakil rakyat PAS yang jelas menyokong hudud. Tapi yang sokong ni tak termasuk puak liberal PAS lah, macam Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Saari Sungib.

Mungkin kerana adanya sokongan dari dalam PAS sendiri maka makin berani DAP membuli kepimpinan PAS. Ya lah, kalau Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, sendiri sokong pendirian anti Islam Lim Kit Siang, maknanya lampu hijaulah untuk kutu-kutu DAP turut bantai PAS. Macam orang mengantuk disorongkan bantal lah.

Jadi kita tak boleh salahkan Teng Chang Khim dan DAP Selangor dalam hal ini.  Yang patut disalahkan puak liberal PAS diketuai Mat Sabu yang jadi musuh dalam selimut menghancurkan PAS dari dalam!

Apa kecoh-kecoh ni Teng Chang Khim?

Tuesday, November 12, 2013

SKANDAL RASUAH PAKATAN DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG MAKIN HANGAT!


Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Sebelum ni beria-ia Pakatan mendabik dada kerana kononnya pentadbiran mereka bersih dan telus, tapi kini satu demi satu skandal Pakatan mula terbongkar.

Yang terkini ialah pergolakan di antara ahli majlis Pakatan di Majlis Perbandaran Kajang dengan Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi.

Pada 23 Ogos 2013, 24 ahli majlis Pakatan mengemukakan undi tidak percaya terhadap pentadbiran MPKj kononnya wujud penyelewengan dan rasuah di dalam pentadbiran MPKj.

Pada 9 Oktober 2013, 24 ahli majlis Pakatan sekali lagi mengemukakan undi tidak percaya dan mendesak Datuk Hasan Nawawi berundur dari jawatannya sebagai Yang Dipertua MPKj.

Bila undi tidak percaya ini tidak diendahkan Hasan, semua ahli majlis mengambil tindakan memboikot semua  mesyuarat lembaga dan jawatankuasa sehinggalah Hasan dilucutkan jawatannya.

Isyyy… Ini isu besar ni… Pakatan kan selama ni mengaku mereka telus. Kalau dah sampai kesemua 24 ahli majlis kata ada penyelewengan dan rasuah, kerajaan Selangor mesti ambil tindakan!!

Apa tindakan Kerajaan Selangor terhadap pemberontakan ahli majlis Pakatan ini? Adakah mereka berpihak kepada ahli majlis Pakatan?

TAKDA!!!

Sehingga kini, peranan kesemua 24 ahli majlis termasuklah kelulusan belanjawan dan perancangan kelulusan dijalankan secara terus oleh Menteri Besar sendiri, Khalid Ibrahim. Secara ringkasnya, dakwaan penyelewengan oleh ahli majlis tak diendahkan langsung oleh Khalid Ibrahim, malah ahli majlis semua ditolak ke tepi.

Sebelum ini, EXCO Kerajaan Tempatan Datuk Teng Chang Khim cukup terkenal dengan kelantangannya membongkar penyelewangan dan rasuah yang kononnya dibuat oleh BN, tapi bila disoal tentang skandal rasuah dan penyelewengan di MPKj, langsung tak berani buka mulut. Tunduk je, bibir kena kunci tak boleh cakap.

Mengapa mereka tidak berani bertindak terhadap MPKj?

Sumber dalaman memaklumkan, Datuk Hasan Nawawi sendiri mempunyai bukti penyelewengan dan salahguna kuasa oleh sekurang-kurangnya 10 ahli majlis Pakatan di MPKj yang menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai ahli majlis untuk mendapatkan pelbagai kontrak dari MPKj.

Sekiranya tindakan diambil terhadap Datuk Hasan, beliau akan membongkar semua penyelewengan yang dilakukan oleh ahli-ahli majlis Pakatan.

Maka terdiamlah Kerajaan Selangor. Nak buat macam mana? Kalau diam tak ambil tindakan terhadap Hasan, nanti mereka dituduh bersubahat dan membenarkan penyelewangan di dalam MPKj. Tapi kalau diambil tindakan, habislah terbuka semua pekung Pakatan. Malu besarlah Kerajaan Selangor bila rakyat dapat tahu ahli majlis Pakatan yang sepatutnya membela rakyat, rupanya cuma berminat nak membolot dan merompak wang hak rakyat!!

Sekarang ni dah hampir 3 bulan kemelut di MPKj berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian.

Aku nak tengok, sampai bila Pakatan dapat selindung skandal penyelewengan dan rasuah ni. Bak kata pepatah, bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

p/s: Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca laporan ni dari FZ.com.