Showing posts with label RAFIZI RAMLI. Show all posts
Showing posts with label RAFIZI RAMLI. Show all posts
Thursday, May 28, 2015
RAFIZI - TOKOH BERINTEGRITI TAK MAKAN SAMAN
Apa kecoh-kecoh ni Rafizi?
Ada siapa sini tak kenal Rafizi? Mustahil... Rafizi ini adalah idola semua orang. Musuh kejahatan, kekasih kebenaran - macam Papa Zola dalam Boboi Boy.
Kalau kau buat salah, sampai ke lubang cacing Rafizi akan cari kau... Inilah manusia paling amanah kat Malaysia.
Betul ke?
Hmmm... Sebelum ini Rafizi langgar Akta BAFIA bila beliau membocorkan maklumat sulit perbankan.
Lepas tu Rafizi kutip derma secara haram dan membelanjakannya tanpa diaudit.
Sekarang ni tak nak bayar saman pula?
Boleh tengok sendiri, Rafizi ada saman tertunggak berjumlah RM2,400 sejak tahun 2012. Dah tiga tahun, sampai sekarang tak berbayar lagi?
Haiii... Mana pergi integriti kau Rafizi? Orang lain buat salah cepat je kau hukum tapi bila diri sendiri buat salah, kau diam macam syaitan bisu je?
Duit derma haram yang kau kumpul tu dah berapa ratus ribu? Takkanlah nak pakai buat joli je kot, pakailah sikit untuk bayar saman juga. Bukannya orang tahu pun berapa banyak kau songlap sebab derma haram yang kau kutip tu kan masuk akaun syarikat sendiri, tak ada siapa boleh audit!
Apa kecoh-kecoh ni Rafizi?
Wednesday, May 27, 2015
RAFIZI SELEWENG DUIT RAKYAT LAGI?
PETALING JAYA: Tindakan Rafizi Ramli mengutip derma daripada orang ramai sebanyak RM10 seorang bagi menjayakan kempen “Tutup 1MDB” merupakan satu kesalahan.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa, perbuatan itu juga satu penipuan.
Katanya, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) yang dikatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diamanahkan untuk mengutip dana tersebut didaftarkan sebagai syarikat SDN BHD.
“Selepas membuat semakan saya mendapati NOW ini bukan sebuah pertubuhan tetapi ianya merupakan sebuah syarikat SDN BHD yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bernama NOW SDN BHD,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Rabu.
Menurut Ramesh, tindakan syarikat tersebut beroperasi menggunakan nama NGO untuk mengutip wang daripada orang awam sebenarnya menyalahi undang-undang.
Sebagai syarikat SDN BHD, NOW tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tindakan itu.
Bekas ahli DAP itu berkata, semakan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati NOW tidak mendapat kelulusan untuk menerima atau mengutip wang daripada orang awam.
Sehubungan itu, tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutip derma daripada orang awam menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001).
“Saya minta polis siasat penipuan Rafizi ini. Kalau permulaan dia sudah menipu, saya boleh katakan pembongkaran Rafizi sebelum ini berkaitan 1MDB adalah tipu dan tidak boleh dipercayai.
“Kalau betul nak berjuang untuk rakyat dia (Rafizi) tak boleh tipu macam ni, kamu dah menipu rakyat kamu masih nak bodohkan rakyat,” katanya.
Dia turut menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan permainan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan itu untuk memberi sokongan kepada kempen tersebut.
Monday, December 9, 2013
RAFIZI RAMLI PERSENDA BANTUAN BANJIR DARI BN & PAS
Apa kecoh-kecoh ni Rafizi Ramli?
Dalam keadaan huru-hara di Pantai Timur sekarang, aku
respek pada semua pihak yang bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir. Pelbagai
bantuan diberikan, kalau tak banyak sedikit pun takpa. Tapi yang sedihnya dalam
keadaan musibah seperti ini, ada jugak malaun yang menangguk di air keruh.
Siapa malaun tu?
Tak lain tak bukan Rafizi Ramli.
Apa dia buat? Dia mempersendakan bantuan yang diberi BN
dan PAS kepada mangsa banjir.
Boleh baca sendiri Tweet dan gambar dari Rafizi.
Kami x buat, sbb
sumbangan dr rakyat bkn dr PKR ha3 “@aidi_ezzhar:
harap pihak PKR tak buat macam ni la eh . Haha
Oh, ya ke PKR tak buat macam ni? Betul ke PKR tak letak
logo PKR kat bantuan kepada mangsa banjir?
Jom tengok gambar ni pulak. Ini adalah gambar Ahli
Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh @ FOOLziah, sedang bagi bantuan kepada mangsa
banjir. Eh, logo apa yang ada kat beg bantuan tu ya? Logo Bulan Sabit Merah ke?
Piiigiiirah Rafizi!!! Kau memang hipokrit!! Orang lain
letak logo kau kutuk, tapi bila geng kau sendiri letak logo, kau dok diam je.
Rafizi ni memang
samaaaa je dengan Fuziah. Si Fuziah, bila dah teruk banjir baru nak jenguk muka
ke Kuantan. Sebelum tu dia lebih rela lepak di KL. Samalah dengan si Rafizi.
DIa anak Kemaman, tapi bila banjir di Kemaman dah teruk, baru dia nak turun
Kemaman tunjuk hero.
Korang tahu bila dia pergi Kemaman? Baru semalam beb,
padahal orang Kemaman dah lama menderita banjir. Lepas tu dia persoalkan
kononnya pasukan keselamatan lambat bagi bantuan padahal dia sendiri pun tak
tunjuk muka kat situ!!
Malaun macam ni cuma tahu nak cari salah kerajaan sahaja
padahal dia sendiri pun bukannya kisah sangat penderitaan rakyat.
Apa kecoh-kecoh ni Rafizi & Fuziah?
Labels:
BN,
FUZIAH SALLEH,
PAKATAN HAPRAK,
PAS,
PKR,
RAFIZI RAMLI
Tuesday, June 4, 2013
RAFIZI & NURUL SALAHKAN KERAJAAN BANGLADESH & SPR BILA PEKERJA ASING DISERANG
Apa kecoh-kecoh ni Nurul & Rafizi?
Aku cukup hairan tengok telatah Nurul Izzah dan Rafizi
ni. Sebelum PRU, Anwar buat tuduhan kononnya lebih 40,000 warga Bangladesh
diterbangkan masuk ke Malaysia untuk jadi pengundi hantu. Isu ini terus
diapi-apikan oleh Pakatan untuk membangkitkan perasaan benci terhadap warga
asing sehingga timbul insiden-insiden serangan perkauman terhadap warga Bangladesh.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia mengecam
serangan-serangan ini dan menafikan bahawa wujud pengundi hantu yang
diterbangkan masuk dari Bangladesh.
Apa respon Nurul & Rafizi?
Boleh baca sendiri laporan dari portal pembangkang
Malaysian Insider:
PKR Pertahankan Dakwaan Terdapat Pengundi Hantu Bangladesh
PKR melalui Pengarah
Strateginya Rafizi Ramli mempertahankan dakwaan warga asing dari Bangladesh
telah mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013 walaupun penafian telah
dibuat oleh Kedutaan Besar negara itu semalam di sini, menegaskan bahawa PKR mempunyai
bukti untuk menyokong dakwaan mereka.
Kedutaan Bangladesh turut
melahirkan kejutan pada insiden-insiden yang menggambarkan rakyat Malaysia
menyerang orang-orang yang didakwa kononnya pengundi hantu Bangladesh.
Naib
Presiden PKR Nuruk Izzah Anwar mengatakan walaupun parti itu mengakui adalah
salah untuk mensasarkan pekerja asing Bangladesh, SPR seharusnya melakukan
sesuatu untuk mencegah tindak balas xenofobia terhadap warga asing jika ia
bertindak terhadap aduan itu.
"Sudah tentu serangan dan permusuhan tidak
harus dilakukan terhadap orang asing, SPR sepatutnya menghalang ini.”
Ini pula laporan dari portal pembangkang Malaysian
Chronicle.
Bukan
Kami Tapi Najib & SPR Yang Merosakkan Nama Baik Warga Bangladesh
PETALING JAYA - Pemimpin-pemimpin PKR enggan mengulas komen
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh bahawa dakwaan warga Bangladesh diterbangkan
untuk mengundi dalam PRU 13 tidak masuk akal, sebaliknya PKR mendesak supaya
Kedutaan Bangladesh mengambil bahagian dalam siasatan awam mengenai perkara
tersebut.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah meminta Bangladesh
menyertai siasatan awam yang sedang berlangsung di Pulau Pinang dan Selangor
bagi mendapatkan kebenaran perkara itu.
"Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor telah
mengumumkan mereka akan menjalankan penyiasatan, jadi biarlah siasatan
diteruskan. Sertailah pertanyaan di Sabah, Pulau Pinang dan
Selangor," katanya, mendakwa bahawa ia adalah sia-sia untuk Pesuruhjaya
Tinggi untuk menyangkal tanpa menawarkan bukti untuk menyokong penafian beliau.
Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru, menggesa kerajaan
Najib dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk "memulihkan nama baik warga Bangladesh
".
Isy..isyy..isyy…
Berbelit betul ulasan geng PKR ni.
Sejak sebelum PRU lagi Pakatan dah berbuih tuduh kononnya
ada warga Bangladesh diterbangkan masuk untuk jadi pengundi hantu. La ni dah
SEBULAN lepas PRU tapi sampai sekarang satu bukti pun tak dikemukakan.
Yang banyak ada ialah permohonan maaf dari Pakatan sebab
salah tuduh warga Malaysia sebagai warga asing.
Ni contoh permohonan maaf sebab salah buat tuduhan:
Ahli
Parlimen DAP Mohon Maaf Kepada Pengundi
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dituduh sebagai pendatang asing oleh ahli
parlimen pembangkang merupakan seorang pengundi berdaftar di Malaysia.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kini
mahu bertemu dengan Chua Lai Fatt secara peribadi dan memohon maaf kepada Chua
dan keluarganya berhubung dakwaan yang dilemparkan itu.
Chua, berketurunan India namun diambil menjadi
anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang serta memberikan nama kepadanya.
Dr Ong telah menggunakan nama Chua yang
merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan bahawa Suruhanjaya
Pilihan Raya telah mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4, Mei,
sehari sebelum pilihan raya umum berlangsung.
Beliau telah membuat permohonan maaf dalam
akhbar Cina berhubung dakwaan tersebut.
"Saya akhirnya dapat mengenalpasti
mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat.
"Saya juga mohon maaf kepada Chua dan
ahli keluarganya," kata wakil DAP itu sambil menambah dia mahu
memanjangkan permohonan maafnya itu kepada pengundi dan keluarganya.
Ni pulak lagi satu permohonan maaf dari Suara Keadilan:
Dalam keadaan jelas bahawa semua tuduhan pengundi hantu
oleh Pakatan sebenarnya fitnah, mengapa Pakatan masih cuba menegakkan benang
basah?
Yang lawaknya Nurul pula tuduh SPR sebagai punca
diskriminasi terhadap warga Bangladesh.
Eh Nurul, kau yang mengapi-apikan
kebencian kepada warga asing, mengapa SPR pula yang dipersalahkan? Yang dok
tahan pengundi, dok pecahkan cermin bas, halang kenderaan dari masuk untuk
mengundi tu siapa? SPR ke?
TAAAK!!
Yang buat kerja-kerja tak berjadah ni orang Pakatan lah
Nurul!! Bukan SPR!! Patutnya Pakatan lah yang bertanggungjawab, bukan dok lepas
tangan dan salahkan SPR je!!
Dan yang paling lawak bila Nurul minta Kedutaan
Bangladesh kemukakan bukti bahawa tiada warganya terlibat. Eh, kau yang tuduh,
patutnya kau lah yang buktikan tuduhan. Pasal apa orang kena tuduh pulak kena
bagi bukti?
Kalau kau tak faham lagi Nurul, aku boleh bagi contoh. Kalau
aku tuduh kau, Nurul, terlibat dalam video seks, aku kena bagi bukti. Kena bagi
rakaman video, kena bagi lokasi, tarikh dan waktu kejadian. Kena bagi nama
orang-orang yang terlibat. Kalau aku tak bagi, maka tuduhan tu tak dapat disahkan.
Bukan tanggungjawab kau nak buktikan kau tak terlibat dalam video tu.
Samalah dengan kes ni, kau yang tuduh warga Bangladesh
terlibat, maka kaulah yang kena buktikan tuduhan tu. Bukan tanggungjawab kerajaan
Bangladesh untuk buktikan warga dia tak terlibat.
Itu pun susah nak faham ke?
Kau yang buruk-burukkan nama warga Bangladesh, lepas tu
kau kata ini semua salah Kerajaan. Kau kata Kerajaan yang patut
bertanggungjawab bersihkan nama warga Bangladesh.
Telatah korang ni sebenarnya macam orang yang berak
merata, lepas tu suruh orang lain bersihkan.
JIJIKKK!!
Macam ni je kualiti pemimpin Pakatan?
Boleh percaya ke pemimpin macam ni nak tadbir negara?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul & Rafizi?
Labels:
DAP,
NURUL IZZAH,
PAKATAN HAPRAK,
PAS,
PKR,
PRU 13,
RAFIZI RAMLI,
SPR
Subscribe to:
Posts (Atom)






