Showing posts with label HADI AWANG. Show all posts
Showing posts with label HADI AWANG. Show all posts

Wednesday, June 10, 2015

PAS VS DAP – SIAPA MEMBELIT, SIAPA TERBELIT?



Apa kecoh-kecoh ni PAS dan DAP?

Susulan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, maka Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Tony Pua di Selangor pula telah memberikan kata dua kepada PAS – letakkan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor!!

Maka kelam-kabutlah PAS cuba mempertahankan kedudukannya di Selangor dan Pulau Pinang.

Ini komen Lim Guan Eng:

Menurut Guan Eng. apa yang membuatkan beliau tidak faham ialah kenapa pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah tidak berani membuat tindakan susulan yang logik iaitu mengeluarkan arahan peletakan jawatan kepada wakilnya dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Katanya, ini adalah kerana usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP diterima secara muktamad pada Muktamar Pas ke-61 minggu lalu.

Beliau turut bertanyakan kepada kepimpinan Pas: “Adakah pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip?”

“Kalau pemimpin-pemimpin Pas ada amalan yang jelas, pasti serta konsisten, berpeganglah kepada prinsip. Cakaplah serupa bikin. Sebelum ini mereka menerima usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP, kini mereka kata perlu rujuk (Majlis Syura Ulama) pula. Mereka sepatutnya guna perkataan rujuk bukan terima.

“Mungkin sekarang mereka terpaksa membuat keputusan melepaskan jawatan, oh.. sekarang mereka cuba pusing balik. Adakah ini perkara pertama yang dilakukan oleh kepimpinan baharu Pas? Ini saya rasa akan dipersoalkan,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Pas tidak perlu memutar belit kenyataannya sendiri dengan memberi alasan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP itu perlu dirujuk kepada pihak lain pula kerana sudah jelas parti berlabel Islam itu telah menerima usul berkenaan.

“Kalau begitu, kenapa mereka menggunakan perkataan usul itu diterima? Sebagai parti yang berpengalaman dan matang, takkan awak guna perkataan diterima? Kalau cakap rujuk, kena guna perkataan dirujuk bukan diterima? Apa maksud diterima? Saya rasa kita tidak perlu berbelit-belit dalam hal ini. Kalau hendak putus, kita terima keputusan tetapi ambil tindakan susulannya,” katanya.

Ada penyokong PAS yang cuba beri justifikasi, kononnya yang memutuskan hubungan ialah DAP dahulu di mana DAP Sabah dan Sarawak telah menendang PAS Sabah dan Sarawak keluar dari Pakatan Rakyat manakala DAP Pusat sendiri telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Haji Hadi. Maka tidak salah untuk PAS pula memutuskan hubungan dengan DAP.

Tapi PAS tidak sedar jarum halus DAP yang cuba untuk mencucuk PAS agar melatah.

JIka kita lihat, di Sabah dan Sarawak pengaruh PAS memang hampir tiada, jadi DAP tidak memerlukan bantuan PAS untuk menang kerusi di negeri-negeri tersebut. Maka tiada masalah jika DAP putuskan hubungan dengan PAS. Cuba lihat negeri-negeri di Semenanjung, ada DAP negeri yang berani putuskan hubungan? TAKDA!!! Kerana mereka sedar, tanpa bantuan PAS, susah nak menang.

Begitu juga tindakan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS. DAP dah nyatakan mereka masih boleh bekerjasama dengan pemimpin PAS lain, jadi urusan pentadbiran seharian masih boleh dijalankan. Tiada impak langsung bila putus hubungan dengan Presiden. Selepas putus hubungan pun, PAS masih bantu DAP & PKR semasa PRK Permatang Pauh.

Tapi bila PAS melatah dan putuskan hubungan secara keseluruhan dengan DAP, jelaslah PAS sudah terperangkap dengan mainan politik DAP.

Bila PAS putuskan hubungan,  DAP cepat-cepat mencanangkan kononnya pimpinan PAS tiada pendirian tetap dan hanya gilakan jawatan dan kuasa kerana tidak sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Dan boneka DAP dalam PAS seperti Mat Sabu dan Mujahid yUSOF cepat-cepat letak jawatan dan cabar pemimpin PAS lain buat perkara yang sama. Kalau tak buat memang gila jawatan dan kuasa.

Jadi PAS pun dah terbelit. Nak tarik balik keputusan putuskan hubungan, Muktamar PAS dah setuju. Kalau nak teruskan tapi tak nak letak jawatan, nampak macam PAS gila kuasa.

Jadi macam mana?

DAP membelit, PAS terus terbelit!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS & DAP?. 

Sunday, May 31, 2015

AHMAD AWANG LEBIH SESUAI JADI PRESIDEN PAS SEBAB DIA BOLEH CAKAP ENGLISH – NIZAR


Apa kecoh-kecoh ni Nizar Jamaluddin?

Siapa tak kenal Nizar Jamaluddin? Bekas Menteri Besar Perak dan boneka DAP yang ditendang keluar oleh PAS Bahagian Kampar.

Sekarang, dalam usaha meningkatkan sokongan untuk calon Presiden tajaan DAP, Ahmad Awang, dia mengatakan Haji Hadi tak layak untuk menjadi Presiden PAS.

AKu petik dari portal pro pembangkang Malaysiakini:

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak menyeru ahli PAS untuk menyokong Ahmad Awang yang menurutnya lebih layak dari Hadi sebagai pemimpin.

“Hadi boleh bercakap bahasa Arab, Ahmad pun boleh. Tapi Ahmad boleh bercakap Bahasa Inggeris, Hadi tak boleh”

Tu diaaaaa….

Kriteria utama untuk jadi Presiden PAS. Mesti boleh cakap Bahasa Inggeris!!

Aku rasa banyak negara dalam dunia ni pemimpinnya tak tahu cakap Bahasa Inggeris tapi maju juga negaranya.

Adakah kegagalan Hadi bercakao Bahasa Inggeris bermakna kepimpinannya lemah?

Bagaimana dengan Nik Aziz dulu? Hebat ke dia bertutur dalam Bahasa Inggeris? Tapi kepimpinannya tetap disanjung oleh ahli PAS.

Nampak sangat geng pro DAP dah takda modal, sampai isu Bahasa pun jadi kriteria penting nak jadi Presiden!!


Apa kecoh-kecoh ni Nizar Jamaluddin?

Sunday, May 24, 2015

AKHIRNYA PAS MENGAKU MEREKA SERING KAFIRKAN UMNO


Apa kecoh-kecoh ni Mujahid?

Setelah menuduh bahawa agenda hudud PAS selama ini sebenarnya agenda UMNO, Mujahid turut mengaku dalam artikel Malaysiakini- Mujahid: Only Pakatan can help PAS' mission bahawa amalan mengkafirkan sesama Islam terutamanya terhadap ahli UMNO memang telah lama berakar-umbi di kalangan ahli PAS.

Apa kata Mujahid?

Beliau juga mengeluh bahawa konflik dalaman dalam PAS sudah semakin parah sehingga ke peringkat menuduh satu sama lain sebagai kafir.

"Sebelum ini kita (ahli PAS) sering mengkafirkan ahli UMNO walaupun perbuatan itu sebenarnya salah. Sekarang, kita tuduh sesama ahli PAS pula sebagai kafir."

Tu diaaaa!!!

Mujahid akhirnya mengaku bahawa ahli PAS sering mengkafirkan ahli UMNO. Mujahid juga mengaku bahawa perbuatan itu adalah perbuatan yang salah.

Ini soalan aku kepada Mujahid. Kau dah berapa lama jadi ahli PAS? Dah berpuluh-puluh tahun kan? Habis tu, mengapa dalam masa berpuluh-puluh tahun tu kau tak pernah sekalipun mengutuk tindakan ahli PAS mengkafirkan UMNO? Bukankah sebagai orang Islam kewajipan kau untuk menegakkan kebenaran walaupun pahit? Amar makruh nahi mungkar!! Mengapa kau diam macam syaitan bisu bila kebatilan berlaku? Mengapa baru sekarang kau ungkit amalan mengkafirkan sesama Islam tu salah?

Tolong jawab Mujahid, aku betul-betul nak dengar penjelasan kau.

Apa kecoh-kecoh ni Mujahid?

Thursday, March 7, 2013

ANWAR SETUJU TERUSKAN OPERASI LYNAS DI KUANTAN



Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Dalam Manifesto Pakatan, jelas dinyatakan:

PAKATAN RAKYAT AKAN MENGHENTIKAN OPERASI LOJI LYNAS DI GEBENG, PAHANG

Ini janji Anwar kepada semua rakyat Malaysia!

Tiba-tiba bila ditemuramah oleh akhbar Sydney Morning Herald, dia dah tukar cerita.

Malaysia's Opposition Leader Anwar Ibrahim has pledged to back Australian miner Lynas operating a controversial rare earths processing plant, if a public inquiry proves it to be safe.

Earlier he had demanded the plant's closure.


Pemimpin Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, berikrar akan menyokong operasi loji nadir bumi syarikat perlombongan Australia, Lynas, jika kajian membuktikan ianya selamat.


Sebelum ini, dia mendesak supaya loji tersebut ditutup.

Hairan betul aku tengok si Anwar ni. Sebelum ni dia yang beria-ia nak suruh Kerajaan tutup Lynas sampai dijadikan janji dalam Manifesto Pakatan!

Sekarang ni dia pulak kata, “Takda masalah untuk Lynas beroperasi sekiranya ia tidak membahayakan penduduk di kawasan berdekatan.”

Yang pertamanya, Manifesto Pakatan takda cakap pun pasal kajian semula, cuma cakap pasal nak tutup Lynas.

Yang keduanya, bukankah Lynas dah dikaji dan disahkan selamat, bukan sahaja oleh Kerajaan Malaysia malah agensi antarabangsa seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa?


Haji Hadi, Presiden PAS, suruh ahli PAS rujuk kepada Dr. Che Rosli Che Mat, saintis nuklear yang juga Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, untuk tahu lebih lanjut tentang Lynas. Dr Rosli sendiri turut mengesahkan bahawa Lynas ni selamat. Jadi, maksudnya Lynas diakui selamat oleh pakar nuklear antarabangsa dan juga pakar nuklear PAS!

Habis tu, kalau mengikut janji terkini Anwar, maka takda masalah untuk Lynas beroperasi.

Ini sudah bercanggah dengan Manifesto Pakatan!

Mengapa Anwar tiba-tiba berubah hala, menyokong Lynas?

Kerana dia ditemuramah di Australia, iaitu negara asal syarikat Lynas. Masyarakat Australia marah kerana Anwar dilihat cuba menjahanamkan syarikat negara mereka. Anwar sedang cuba meraih sokongan masyarakat Australia jadi dia pun tukar nada, kononnya tiada masalah kalau Lynas beroperasi.

Macam ni calon Perdana Menteri Pakatan? Depan rakyat Malaysia cakap lain, belakang rakyat Malaysia cakap benda lain pulak?

Haiiiii Anwar, tolong jangan main depan belakang. Cakap biar straight, jangan bengkok-bengkok.

Sampai bila kau nak cuba memperbodohkan rakyat Malaysia?

Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Monday, January 14, 2013

ISU KALIMAH ALLAH: PAS MACAM LALANG! KEJAP BOLEH, KEJAP TAK BOLEH!


Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Aku hairan betul tengok telatah PAS ni dalam isu kalimah Allah. Kejap kata bukan Islam tak boleh pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan, lepas tu kata boleh, sekarang balik kata tak boleh.

Apasal PAS ni macam lalang ditiup angin? Bila angin tiup ke utara, PAS pun ke utara. Bila angin tiup ke selatan, PAS pun ke selatan.

Dalam isu kalimah Allah ni, dalam masa 3 minggu je, dah berkali-kali PAS tukar pendirian. Bila Guan Eng tuntut supaya Bible Bahasa Melayu dibenarkan menggunakan perkataan Allah, disebabkan orang Islam marah, PAS keluar kenyataan kata bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam upacara keagamaan.


Lepas tu bila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tekan Haji Hadi, PAS keluar kenyataan baru kononnya tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah. Kenyataan Haji Hadi turut disokong Nik Aziz.

Bila PAS keluar kenyataan ni, orang Islam yang dah sejuk sekejap jadi marah balik. Maka Majlis Syura PAS yang dipengerusikan Nik Aziz keluar pulak kenyataan baru- bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu.

Boleh baca sendiri kenyataan Majlis Syura PAS yang dipetik dari Harakah.

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. 

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.


Nik Aziz sendiri baru dua, tiga hari lepas kata tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah, tiba-tiba dia pula yang keluarkan kenyataan rasmi kata tak boleh!

Adoii, pening kepala betul tengok telatah PAS ni. Inilah apa yang terjadi bila agama Islam disalahguna untuk meraih undi, bukan untuk keagungan agama. Maka, fatwa-fatwa yang dikeluarkan pun semuanya berunsur politik dan boleh berubah mengikut kepentingan diri.

Apa kecoh-kecoh ni PAS? 

Friday, November 9, 2012

MAJLIS PEGUAM KECEWA NURUL IZZAH NAFI SOKONG HAK MELAYU UNTUK MURTAD


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Setelah kantoi kerana mengeluarkan kenyataan mahukan Melayu diberi hak untuk murtad, Nurul terus kelam-kabut cuba menafikan dia pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Namun begitu, tindakan Nurul itu mendapat reaksi negatif dari Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam.

Siti Zabedah Kasim, peguam yang bertanyakan soalan itu kepada Nurul, memberitahu portal pro pembangkang, Free Malaysia Today, bahawa dia kecewa dengan sikap berdolak-dalih Nurul.

Berikut artikel dari portal pro pembangkang Free Malaysia Today dan terjemahannya.

‘I Am Disappointed With Nurul’
The lawyer who posed the sensitive question on religious freedom is disappointed that the PKR leader has changed her stand.
PETALING JAYA: A lawyer who posed the question on religious freedom to PKR vice-president Nurul Izzah Anwar during a forum last Saturday is disappointed with the politicians 180 degree turn.
Siti Kasim, a member of the Bar Council human rights committee, said she was disappointed that Nurul had “retracted” her remark.
“I believe Nurul was just trying to impress the people, she didn’t think of the consequences,” she told FMT.
Siti said Nurul should have stood firm on her remark that freedom of religion was a right for all including the Malay-Muslim.
“There’s nothing wrong about it, she is saying the truth. I expected a hoo-ha after that. But as a politician, you just need to stick to the truth,” she added.
She wondered if Nurul was merely adjusting herself to the largely non-Muslim audience on that day and making a political remark.
At the forum titled “Islamic state: Which Version? Whose Responsibility?”, Siti asked Nurul whether freedom of religion should be extended to the Malays since the PKR leader talked about the issue in her speech.
Siti said while Nurul did not mention about apostasy in her response, the latter however was a clear supporter of freedom of religion for the Malays.
“In the following days she ‘retracted’ her remark, and said she did not support apostasy. But indirectly when you say you support freedom of religion, and if Malay wants to get out from Islam, that’s apostasy,” she pointed out.
The Orang Asli rights advocate said she once posed the same question to Nurul’s father, Opposition Leader Anwar Ibrahim, but failed to get a direct response.
“He was going around the bush and didn’t answer directly. We want politicians to be straight forward,” she said.

'Saya Kecewa Dengan Nurul'

Peguam yang bertanyakan soalan sensitif mengenai kebebasan beragama kecewa dengan perubahan pendirian Nurul Izzah.

PETALING JAYA: Seorang peguam yang menimbulkan persoalan mengenai kebebasan beragama kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semasa forum Sabtu lepas kecewa dengan pusingan balik 180 darjah ahli politik itu.

Siti Kasim, ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, berkata beliau kecewa kerana Nurul telah "menarik balik" kata-kata beliau.

"Saya percaya Nurul hanya cuba untuk menarik perhatian orang ramai, dia langsung tidak memikirkan akibat kenyataannya itu," katanya kepada FMT.

Siti berkata Nurul sepatutnya berdiri teguh pada kata-kata beliau bahawa kebebasan beragama adalah hak untuk semua termasuk orang Melayu beragama Islam.

"Tidak apa yang salah mengenai kenyataan Nurul Izzah, dia hanya menyatakan kebenaran. Saya memang menjangka akan timbul kekecohan selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, dia sepatutnya berpegang teguh kepada kebenaran," tambah beliau.

Dia tertanya-tanya jika Nurul cuma membuat kenyataan tersebut untuk menawan sokongan daripada penonton yang sebahagian besarnya bukan Islam pada hari itu.

Pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa? ", Siti bertanya kepada Nurul sama ada kebebasan beragama perlu diperluaskan kepada orang Melayu.

Siti berkata walaupun Nurul tidak menyebut secara khusus tentang murtad, Nurul jelas menyatakan bahawa dia menyokong hak kebebasan beragama untuk orang Melayu.

"Pada hari-hari berikutnya dia 'menarik balik' kata-kata beliau, dan berkata dia tidak menyokong murtad. Tetapi secara tidak langsung apabila anda mengatakan anda menyokong kebebasan beragama untuk orang Melayu, dan jika Melayu mahu keluar dari Islam, itu adalah murtad," tambah Siti lagi.

Peguam itu berkata beliau pernah mengajukan soalan yang sama kepada bapa Nurul, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi gagal untuk mendapatkan jawapan yang jelas.

"Beliau hanya cakap berbelit-belit dan tidak menjawab secara terus. Kita mahu ahli-ahli politik untuk bercakap secara terus-terang, "katanya.

Apa kesimpulan yang kita boleh buat dari artikel ini?

1. Nurul MEMANG SAH mengeluarkan kenyataan mahukan kebebasan beragama untuk Melayu, sekaligus menyokong hak Melayu untuk murtad.

2. Majlis Peguam dari dahulu sehingga sekarang memang mendokong agenda murtad. Kalau kawan-kawan dah lupa, Ambiga yang merupakan bekas Presiden Majlis Peguam adalah peguam yang membela Lina Joy semasa kes murtad beliau. Ambiga ini jugalah yang menjadi teman mesra Mat Sabu dan PAS semasa perhimpunan BERSIH.


Memang betullah kenyataan Presiden PAS bahawa pilihanraya lebih penting dari isu murtad. Nampak sangat PAS sanggup bersekongkol dengan pejuang hak murtad semata-mata nak meraih undi.

3. Anwar dan Nurul 2 x 5 sahaja. Dua-dua kaki temberang dan putar belit. Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Depan orang bukan Islam, lantang Nurul nyatakan bahawa Melayu perlu diberi hak untuk murtad, sekaligus menjamin dia mendapat sokongan dari golongan mubaligh Kristian dan penyebar agama-agama lain.

Depan orang Islam, cepat-cepat Nurul nafikan dia pernah membuat kenyataan tersebut, padahal video kenyataan dia dah luas tersebar dan laporan berita mengenainya pun dah dikeluarkan oleh portal pro pembangkang.

Orang kaki belit dan putar alam macam ni ke kita nak jadikan pemimpin? Orang yang sanggup menggadai kesucian Islam demi undi macam ni ke patut kita agung-agungkan?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?


2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!

Wednesday, November 7, 2012

SAH!!! HAJI HADI KATA ISU MURTAD TAK PENTING UNTUK PAS


Apa kecoh-kecoh ni Haji Hadi?

Sebelum ni aku pernah cabar PAS untuk menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan Nurul Izzah yang mahukan orang Melayu diberi hak untuk murtad.

Tokoh PAS pertama yang bersuara ialah Khalid Samad yang menyokong Nurul Izzah. Khalid Samad sokong Nurul aku tak hairan, sebab bila JAIS di bawah Dr Hassan Ali buat serbuan di gereja untuk mencegah penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam, Khalid Samad lah orang pertama mengutuk tindakan JAIS. Punyalah hebat Khalid Samad bela mubaligh Kristian sampai dapat gelaran "Khalid Gereja". 

Tapi bila Tok Guru besar dalam PAS, Haji Hadi Awang yang juga Presiden PAS turut mengulas bahawa tuntutan Nurul Izzah agar Melayu diberi hak untuk murtad bukan isu penting, maka jelaslah PAS sudah jauh terpesong dari pegangan asal mereka untuk menegakkan Islam.

Apa kata Haji Hadi?

Kenyataan Nurul Izzah Bukan Satu Keutamaan Sekarang - Hadi Awang


PAS tidak bercadang untuk membuat pertemuan dengan Nurul Izzah Anwar bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menyatakan kebebasan beragama di negara ini sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk ke atas orang Melayu.



Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu tersebut bukan menjadi perkara utama memandangkan tumpuan parti ketika ini ialah menghadapi pilihan raya umum.



"Kita banyak lagi hal lain nak selesaikan dalam suasana menghadapi pilihan raya umum, jadi kita tidak tumpu isu itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, di sini, Selasa.


ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM!!!

ISU MELAYU MURTAD BUKAN KEUTAMAAN BAGI PAS?

PILIHANRAYA LEBIH PENTING DARI MASALAH AKIDAH UMAT ISLAM?

Tengoklah kawan-kawan, inilah bukti paling jelas bahawa perjuangan PAS sekarang semata-mata mahu mengejar kuasa. Mereka mendabik dada kononnya mereka pejuang Islam tapi bila timbul isu besar tentang murtad, PAS kata isu akidah umat Islam tak penting, pilihanraya lebih penting.

Dan ini kata-kata dari Presiden PAS sendiri, bukannya tokoh cikai macam Khalid Gereja!

2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!
Dah terang lagi bersuluh, menegakkan syiar Islam bukan matlamat perjuangan PAS. Islam cuma dijadikan alat untuk memancing undi orang Islam.

Sampai bila orang Islam nak terpedaya dengan sandiwara PAS?

Apa kecoh-kecoh ni Haji Hadi?