Showing posts with label LIM GUAN ENG. Show all posts
Showing posts with label LIM GUAN ENG. Show all posts

Wednesday, June 10, 2015

PAS VS DAP – SIAPA MEMBELIT, SIAPA TERBELIT?



Apa kecoh-kecoh ni PAS dan DAP?

Susulan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, maka Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Tony Pua di Selangor pula telah memberikan kata dua kepada PAS – letakkan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor!!

Maka kelam-kabutlah PAS cuba mempertahankan kedudukannya di Selangor dan Pulau Pinang.

Ini komen Lim Guan Eng:

Menurut Guan Eng. apa yang membuatkan beliau tidak faham ialah kenapa pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah tidak berani membuat tindakan susulan yang logik iaitu mengeluarkan arahan peletakan jawatan kepada wakilnya dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Katanya, ini adalah kerana usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP diterima secara muktamad pada Muktamar Pas ke-61 minggu lalu.

Beliau turut bertanyakan kepada kepimpinan Pas: “Adakah pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip?”

“Kalau pemimpin-pemimpin Pas ada amalan yang jelas, pasti serta konsisten, berpeganglah kepada prinsip. Cakaplah serupa bikin. Sebelum ini mereka menerima usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP, kini mereka kata perlu rujuk (Majlis Syura Ulama) pula. Mereka sepatutnya guna perkataan rujuk bukan terima.

“Mungkin sekarang mereka terpaksa membuat keputusan melepaskan jawatan, oh.. sekarang mereka cuba pusing balik. Adakah ini perkara pertama yang dilakukan oleh kepimpinan baharu Pas? Ini saya rasa akan dipersoalkan,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Pas tidak perlu memutar belit kenyataannya sendiri dengan memberi alasan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP itu perlu dirujuk kepada pihak lain pula kerana sudah jelas parti berlabel Islam itu telah menerima usul berkenaan.

“Kalau begitu, kenapa mereka menggunakan perkataan usul itu diterima? Sebagai parti yang berpengalaman dan matang, takkan awak guna perkataan diterima? Kalau cakap rujuk, kena guna perkataan dirujuk bukan diterima? Apa maksud diterima? Saya rasa kita tidak perlu berbelit-belit dalam hal ini. Kalau hendak putus, kita terima keputusan tetapi ambil tindakan susulannya,” katanya.

Ada penyokong PAS yang cuba beri justifikasi, kononnya yang memutuskan hubungan ialah DAP dahulu di mana DAP Sabah dan Sarawak telah menendang PAS Sabah dan Sarawak keluar dari Pakatan Rakyat manakala DAP Pusat sendiri telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Haji Hadi. Maka tidak salah untuk PAS pula memutuskan hubungan dengan DAP.

Tapi PAS tidak sedar jarum halus DAP yang cuba untuk mencucuk PAS agar melatah.

JIka kita lihat, di Sabah dan Sarawak pengaruh PAS memang hampir tiada, jadi DAP tidak memerlukan bantuan PAS untuk menang kerusi di negeri-negeri tersebut. Maka tiada masalah jika DAP putuskan hubungan dengan PAS. Cuba lihat negeri-negeri di Semenanjung, ada DAP negeri yang berani putuskan hubungan? TAKDA!!! Kerana mereka sedar, tanpa bantuan PAS, susah nak menang.

Begitu juga tindakan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS. DAP dah nyatakan mereka masih boleh bekerjasama dengan pemimpin PAS lain, jadi urusan pentadbiran seharian masih boleh dijalankan. Tiada impak langsung bila putus hubungan dengan Presiden. Selepas putus hubungan pun, PAS masih bantu DAP & PKR semasa PRK Permatang Pauh.

Tapi bila PAS melatah dan putuskan hubungan secara keseluruhan dengan DAP, jelaslah PAS sudah terperangkap dengan mainan politik DAP.

Bila PAS putuskan hubungan,  DAP cepat-cepat mencanangkan kononnya pimpinan PAS tiada pendirian tetap dan hanya gilakan jawatan dan kuasa kerana tidak sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Dan boneka DAP dalam PAS seperti Mat Sabu dan Mujahid yUSOF cepat-cepat letak jawatan dan cabar pemimpin PAS lain buat perkara yang sama. Kalau tak buat memang gila jawatan dan kuasa.

Jadi PAS pun dah terbelit. Nak tarik balik keputusan putuskan hubungan, Muktamar PAS dah setuju. Kalau nak teruskan tapi tak nak letak jawatan, nampak macam PAS gila kuasa.

Jadi macam mana?

DAP membelit, PAS terus terbelit!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS & DAP?. 

Monday, May 25, 2015

GUAN ENG CAKAP BERAPI, TAPI NAK TOLONG ROHINGYA TAK BERANI


Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng?

Semasa Kerajaan sedang menimbangkan tindakan yang perlu diambil untuk menangani isu pelarian Rohingya, Lim Guan Eng cuba jadi hero dengan menggesa Kerajaan terima dan bantu semua pelarian Rohingya tersebut. Kononnya beliau wira hak asasi manusia sejagat.

Tapi bila dicadangkan supaya Pulau Pinang menjadi tuan rumah penempatan pelarian tersebut, cepat-cepat Guan Eng menolak.

Berikut petikan laporan The Star:

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini telah mencadangkan Pulau Pinang sebagai lokasi yang sesuai bagi 7,000 pelarian yang telah diselamatkan kerana ia yang terletak di utara, membolehkan penghantaran balik  mereka selepas setahun lebih mudah.

Walau bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak bersetuju, dengan mengatakan bahawa Rohingya dan pelarian Bangladesh harus ditempatkan di tanah persekutuan dan bukannya tanah kerajaan negeri, menegaskan bahawa Pulau Pinang mempunyai "ruang terhad".

Tu diaaa….

Bila nak suruh Kerajaan bertindak, cakap berapi tapi bila minta tolong sama dia tak berani!!

Perumpamaan Guan Eng ni adalah macam orang yang cakap berapi suruh orang ramai derma banyak-banyak kat tabung kebajikan tapi bila kita sua tabung kat dia, satu sen pun tak bagi, kononnya takda duit!

Setakat kem sementara untuk 7,000 orang, besar mana lah sangat Guan Eng? Lepas satu tahun tutup baliklah kem tu, sebab semua pelarian akan dihantar balik. Bukannya nak suruh letak kat tengah-tengah Georgetown pun.  Seberang Perai kan banyak lagi tanah. Pulau Jerjak pun ada.

Nampak sangat Guan Eng sengaja bagi alasan tak nak bantu Rohingya.

Pigi dah Guan Eng, cakap tak serupa bikin! Hipokrit!

Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng?

Sunday, December 15, 2013

LIM GUAN ENG KANTOI BAGI PROJEK JUTA-JUTA PADA KRONI SP MEGA


 Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng?

Semasa DAP mula-mula dipilih menerajui Kerajaan Penang, janji PERTAMA Lim Guan Eng ialah untuk melaksanakan SEMUA perolehan secara tender terbuka dan MENGHAPUSKAN rundingan terus kerana menurut LGE, rundingan terus hanya menguntungkan kroni & merugikan Kerajaan.

Hari ini kita dapat tahu LGE MENGARAHKAN Majlis Perbandaran Seberang Perai memberikan kontrak secara TERUS kepada syarikat yang DIPILIH beliau iaitu SP Mega bagi menjalankan projek tebatan banjir di Seberang Perai.  

Berapa jumlah kontrak tu? RM100 ribu? RM500 ribu? RM1 juta?

Takdalah tinggi mana, RM7 JUTA je!

Tak percaya? Boleh baca sendiri minit Mesyuarat Lembaga Perolehan 3/2013 ni.







Aku petik perenggan 5.15 (c) dari minit berkenaan:

“YAB Ketua Menteri & YB Lim Hock Seng, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) mencadangkan supaya RUNDINGAN TERUS dibuat dengan Syarikat SP Mega Sdn Bhd. Cadangan ini telah dimaklumkan kepada YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri & beliau bersetuju supaya Majlis membuat RUNDINGAN TERUS dengan Syarikat SP Mega Sdn Bhd.”

Bila media menghubungi Dato’ Farizan Idris, Setiausaha Kerajaan Negeri Penang, beliau cuba berdalih dan mendakwa bahawa minit tersebut sebenarnya tersalah catat. Kononnya SP Mega dicadangkan oleh EXCO sahaja dan bukannya oleh Lim Guan Eng.

Oh ye ke silap catat?

Mari kita tengok semula minit mesyuarat berkenaan.

Minit mesyuarat ini disediakan oleh Hjh Noraziah bt Hj Abd Aziz, Setiausaha Lembaga Perolehan merangkap Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Minit mesyuarat ini juga disahkan oleh Maimunah Mohd Shariff, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai. Dan akhir sekali, minit ini turut disemak oleh Sr Haji Razali b Haji Mohamod, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Yang sediakan minit, semak minit dan sahkan minit semuanya pegawai-pegawai atasan, bukannya kakitangan rendah atau kerani biasa. Kalau satu orang buat silap, mungkin kita boleh terima. Tapi kalau sampai tiga orang pegawai kanan berpangkat besar dah sahkan minit tersebut, logik ke kalau Farizan kata minit tu silap?

Nampak sangat Farizan cuba nak tutup jejak kerakusan Lim Guan Eng & DAP membolot kontrak kerajaan negeri Penang.

Nampak sangat slogan CAT (Competency, Accountability, Transparency) Lim Guan Eng sekadar gula-gula untuk mengabui mata rakyat padahal semua hasil Kerajaan masuk dalam poket kroni dia sendiri!

Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng & DAP?


p/s: Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca laporan di The Edge & Malaysia Today.

Thursday, February 14, 2013

TURUNKAN BANNER: NURUL IZZAH TUDUH BN ZALIM MACAM DAP?




Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ni Nurul Izzah asyik merengek kononnya banner dia tak boleh dipasang dan asyik diturunkan.

Aku ada soalan mudah:

Kau pasang banner tu ada minta permit tak?

Aku tanya kawan aku kat DBKL, dia kata sekali pun DBKL tak pernah terima permohonan permit pasang banner dari Nurul.

Haiiii Nurul, kalau takda permit pasang banner, mengapa kau nak marah bila banner diturunkan?


Eh Nurul, kalau takda permit, banner kau sama taraf macam iklan haram Ah Long dengan Tukang Urut tau?

Kau sibuk melalak kononnya Kerajaan BN zalim, tapi sekurang-kurangnya tak pernahlah Kerajaan BN kenakan denda atau kompaun kat kau kerana letak banner haram.

Walaupun kau pasang banner haram, tak pernahlah Kerajaan BN sampai haramkan kau dari pasang banner atau poster semasa PRU.

Tapi di Penang, Kerajaan DAP bukan setakat kenakan denda atau kompaun malahan BN DIHARAMKAN dari memasang poster atau banner semasa PRU akan datang ni!

Tak percaya? Boleh baca sendiri laporan ni:

GEORGE TOWN: The Penang Municipal Council will issue a compound notice to Barisan Nasional, tentatively next week, over the illegal setting up of some 10,000 1Malaysia flags here.
MPPP councillor Ong Ah Teong said the council held the coalition responsible and would finalise the amount and send it to the state Barisan elections operation centre in Datuk Keramat.
“The cost would include labour charge, lorry fees and others,” he said during a press conference at the council’s enforcement office in Jalan Timah yesterday.
“State Gerakan Youth vice-chief Ng Say Kheng had applied for permit to put up 1,000 Barisan party flags at five locations – Jalan Datuk Keramat, Jalan Air Itam, Jalan Masjid Negeri, Jalan Thean Teik and Jalan Tereng-ganu,” he pointed out.
“Only about 200 Barisan flags were put up, while about 10,000 1Malaysia flags were put up illegally instead.”
Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s political secretary Ng Wei Aik, who was also present, said they would advise the local councils not to issue permits to Barisan to put up flags during the general election campaign period if Barisan or Penang Barisan Youth chief Oh Tong Keong refused to pay the compound.
Oh said Barisan could not stop the council from issuing a compound notice to it.
“I would like to stress that we are not behind the setting up of the illegal flags. If they have proof, then they should make a police report.
“The flags could have been put up by supporters of Barisan. It was not even Barisan’s logo on the flags,” he said, adding that they would look into the matter once they had received the compound notice.
As for permits to put up flags for the election campaign, Ong said “we’ll cross the bridge when we come to it”.

Sekarang ni siapa yang zalim Nurul? BN atau Pakatan?

Jelas bila dah dapat kuasa, maka terserlah kezaliman dan sikap kuku besi Pakatan yang ditunjangi DAP!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

Wednesday, February 13, 2013

DAP PENANG TERDESAK, LARANG PASANG BENDERA BN SEMASA PRU



Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Haiii…. Terdesak betul nampaknya DAP Penang sampai BN nak pasang bendera semasa PRU pun dia larang.

Selama ni dia melalak sana-sini kononnya dia pejuang demokrasi, jaguh kebebasan bersuara, tapi bila dia pegang kuasa terus nampak kezaliman dan sikap kuku besinya.  

GEORGE TOWN: The Penang Municipal Council will issue a compound notice to Barisan Nasional, tentatively next week, over the illegal setting up of some 10,000 1Malaysia flags here.
MPPP councillor Ong Ah Teong said the council held the coalition responsible and would finalise the amount and send it to the state Barisan elections operation centre in Datuk Keramat.
“The cost would include labour charge, lorry fees and others,” he said during a press conference at the council’s enforcement office in Jalan Timah yesterday.
“State Gerakan Youth vice-chief Ng Say Kheng had applied for permit to put up 1,000 Barisan party flags at five locations – Jalan Datuk Keramat, Jalan Air Itam, Jalan Masjid Negeri, Jalan Thean Teik and Jalan Tereng-ganu,” he pointed out.
“Only about 200 Barisan flags were put up, while about 10,000 1Malaysia flags were put up illegally instead.”
He said the council would seek advice from the State Legal Advisor on what to do with the seized flags.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s political secretary Ng Wei Aik, who was also present, said they would advise the local councils not to issue permits to Barisan to put up flags during the general election campaign period.
Oh said Barisan could not stop the council from issuing a compound notice to it.
“I would like to stress that we are not behind the setting up of the illegal flags. If they have proof, then they should make a police report.
“The flags could have been put up by supporters of Barisan. It was not even Barisan’s logo on the flags,” he said, adding that they would look into the matter once they had received the compound notice.
As for permits to put up flags for the election campaign, Ong said “we’ll cross the bridge when we come to it”.

Kalau time dia jadi pembangkang dulu, Pakatan dan DAP kerap tuduh Kerajaan BN zalim, kononnya tak bagi pembangkang pasang bendera merata-rata.

Aku nak tanya balik penyokong pembangkang, pernah tak BN larang pembangkang pasang bendera masa pilihanraya? Pernah tak?

Tak pernah! Malah dibenarkan letak di merata-rata tempat!

Tapi di Penang sekarang, bukan sahaja nak pasang bendera semasa lawatan PM pun tak boleh, malah masa PRU nanti pun pemasangan bendera BN DIHARAMKAN oleh Kerajaan DAP Penang!

Tapi kalau nak letak bendera DAP, takda masalah! Letaklah kat mana-mana pun. Kerajaan DAP takkan kenakan kompaun. Kompaun hanya untuk orang yang pasang bendera BN atau 1Malaysia sahaja.

Sekarang siapa yang zalim sebenarnya?

 Orang zalim macam ni kita nak bagi perintah negara?

Na’uzubillah!

Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Monday, January 14, 2013

ISU KALIMAH ALLAH: PAS MACAM LALANG! KEJAP BOLEH, KEJAP TAK BOLEH!


Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Aku hairan betul tengok telatah PAS ni dalam isu kalimah Allah. Kejap kata bukan Islam tak boleh pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan, lepas tu kata boleh, sekarang balik kata tak boleh.

Apasal PAS ni macam lalang ditiup angin? Bila angin tiup ke utara, PAS pun ke utara. Bila angin tiup ke selatan, PAS pun ke selatan.

Dalam isu kalimah Allah ni, dalam masa 3 minggu je, dah berkali-kali PAS tukar pendirian. Bila Guan Eng tuntut supaya Bible Bahasa Melayu dibenarkan menggunakan perkataan Allah, disebabkan orang Islam marah, PAS keluar kenyataan kata bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam upacara keagamaan.


Lepas tu bila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tekan Haji Hadi, PAS keluar kenyataan baru kononnya tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah. Kenyataan Haji Hadi turut disokong Nik Aziz.

Bila PAS keluar kenyataan ni, orang Islam yang dah sejuk sekejap jadi marah balik. Maka Majlis Syura PAS yang dipengerusikan Nik Aziz keluar pulak kenyataan baru- bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu.

Boleh baca sendiri kenyataan Majlis Syura PAS yang dipetik dari Harakah.

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. 

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.


Nik Aziz sendiri baru dua, tiga hari lepas kata tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah, tiba-tiba dia pula yang keluarkan kenyataan rasmi kata tak boleh!

Adoii, pening kepala betul tengok telatah PAS ni. Inilah apa yang terjadi bila agama Islam disalahguna untuk meraih undi, bukan untuk keagungan agama. Maka, fatwa-fatwa yang dikeluarkan pun semuanya berunsur politik dan boleh berubah mengikut kepentingan diri.

Apa kecoh-kecoh ni PAS? 

Monday, June 18, 2012

NURUL IZZAH BERSELERA JILAT LUDAH SENDIRI, LIM GUAN ENG PUN NAK TUMPANG SEKALI



Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng?

Selama ni LGE & DAP sering merengek & merintih, kononnya Kerajaan Pusat meminggirkan mereka. Peruntukan yang diterima kononnya terlalu kecil sedangkan kutipan cukai dari Pulau Pinang adalah tinggi. LGE juga sering mendabik dada kononnya pentadbiran Pulau Pinang di bawah DAP sangat baik.

Ye ke?

Semalam Dato’ Raja Nong Chik menempelak aksi Guan Eng yang cuba mencari publisiti murah itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membidas pentadbiran Pulau Pinang kerana gagal melaksanakan kerja penyelenggaraan rumah rakyat di negeri itu sehingga terpaksa memohon bantuan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M). 

Beliau berkata sejak TP1M diperluaskan dua minggu lepas, TP1M telah menerima 64 permohonan dari seluruh negara termasuk dari Pulau Pinang. 22 permohonan diterima dari Pulau Pinang, lebih 1/3 dari keseluruhan permohonan. 3 dari 22 permohonan tersebut adalah dari Permatang Pauh, kawasan Anwar Ibrahim. Jumlah peruntukan yang dipohon? Lebih RM11 juta. 

Jadi, kalau sebahagian besar peruntukan TP1M diberi ke Pulau Pinang, macam mana LGE & DAP boleh kata Kerajaan Pusat meminggirkan mereka dari aspek bantuan & peruntukan kewangan?

Raja Nong Chik juga berkata pembangkang sering menuduh negeri di bawah Barisan Nasional mempunyai budaya pentadbiran tidak cekap, namun permohonan bagi sejumlah peruntukan yang besar dari Pulau Pinang itu membuktikan kerajaan pimpinan DAP itu gagal menjaga kawasannya sendiri. 

"Kalau dia (pembangkang) kata kerajaan negeri pimpinan mereka begitu baik, permohonan macam ini tidak akan datang," katanya kepada pemberita.

Dan yang paling lawak, skim ini yang dahulunya dikutuk habis-habisan oleh Nurul Izzah, kini telah ditiru oleh Kerajaan Pakatan Selangor di bawah nama Skim Ceria Kerajaan Negeri. Alamak Nurul, dulu berbuih-buih mulut kau kutuk skim ni, habis tu, kalau skim ni tak bagus, kenapa Kerajaan Selangor yang kau agung-agungkan tu tiru skim ni?

Apa rasanya bila kena jilat balik ludah sendiri, Nurul? Sedap tak? Boleh la kongsi sekali dengan Guan Eng ya?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul & Guan Eng?