Showing posts with label LIM KIT SIANG. Show all posts
Showing posts with label LIM KIT SIANG. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

TAHNIAH MAT SABU, BERJAYA LANTIK LIM KIT SIANG JADI MURSYIDUL AM


KUALA LUMPUR – Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Mohamd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS pada hari ini sudah begitu teruk musnahnya sehingga ada di kalangan pemimpin parti itu sanggup membawa pemimpin kafir seperti Lim Kit Siang untuk berucap di Kota Bharu bagi menolak hukum Allah (hudud). Tindakan itu katanya dibuat oleh pihak-pihak yang selama ini seolah-oleh tidak sabar menanti ayahanda beliau meninggal dunia.

Beliau yakin, sekiranya ayahanda beliau (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) masih hidup, tidak akan ada mana-mana pemimpin PAS yang akan berani bertindak demikian.

“Mereka kata, sejak PAS kehilangan TGNA rahimahuLlah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu. 
“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah,” katanya hari ini.

Beliau meluahkan kekecewaan yang mendalam itu melalui akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Semalam, Lim Kit Siang secara berani dan terbuka berucap menolak Hudud di hadapan ribuan penyokong dan ahli PAS dalam program Ceramah Perdana Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana.
   
Apa kecoh-kecoh ni Nik Abduh?

Mat Sabu kan Timbalan Presiden PAS. Kau tu siapa? Sukahati dialah kalau nak bawa Lim Kit Siang ke, Lim Guan Eng ke, Ambiga ke untuk ceramah tolak hudud di Kelantan.

Mat Sabu dan geng-geng PASMA kan dah angkat Lim Kit Siang jadi Mursyidul Am PAS yang baru. Kenalah ikut cakap Mursyidul Am baru.

Hudud tak penting. Yang penting dapat kuasa. Walaupun PAS namanya pun Parti Islam SeMalaysia, tujuan penubuhan pun untuk wujudkan Negara Islam, apa salahnya kita tolak tepi dulu Islam. Nanti pengundi marah tak nak undi Pakatan kalau asyik cerita pasal Islam.

Okey? Okey? Ada faham Nik Abduh?

Apa kecoh-kecoh ni Nik Abduh?

Thursday, December 12, 2013

KESIAN CINA, TERUK DITINDAS DI MALAYSIA


Apa kecoh-kecoh ni Nanyang Siang Pau?

Nanyang Siang Pau pada 10 Disember yang lepas telah menerbitkan artikel bertajuk “Masyarakat Cina Tertunggu-tunggu Penyelamat”.

Antara isi kandungannya, penulis merintih kononnya peniaga Cina kini mengalami tekanan apa bila kerajaan secara berterusan mengukuhkan dasar ekonomi Bumiputera. Kononnya penguasaan ekonomi oleh Bumiputera semakin meluas sehinggakan ramai peniaga Cina yang merudum perniagaannya.

“Peniaga Cina menghadapi tekanan yang semakin ketara. Keluhan mereka tidak habis-habis dan kisah sedih yang diluahkan mereka ini memang benar dan nyata. Di saat kita mengalami keadaan yang amat pahit ini, diharapkan masyarakat Cina dapat berteriak sekuat-kuatnya sehingga orang pekak dapat mendengarnya.”

Sekali baca, memang boleh menitis air mata mendengar tentang kisah menyayat hati para peniaga Cina ni. Kalau orang yang tak tahu pasal suasana di Malaysia baca, mesti dia ingat orang Cina di Malaysia ni kena tindas macam orang Afrika di bawah rejim apartheid. Semuanya miskin, duduk dekat rumah setinggan, makan tak cukup, kerja tak ada.

Tapi, bila kita buka mata dan lihat keadaan sekeliling, nampak jelas artikel Nanyang Siang Pau tu memang mengarut!!

Bidang perniagaan semuanya dikuasai orang Cina. Dari tahun 1970an kerajaan wujudkan Dasar Ekonomi Baru untuk bantu Bumiputera capai sasaran ekuiti 30% sahaja, sampai sekarang tak tercapai. Bayangkan, Bumiputera lebih 60% dari penduduk Malaysia, tapi nak kuasai ekonomi 30% pun tak dapat!! Tapi Cina yang cuma  30% dari penduduk, boleh kuasai 70% ekonomi Malaysia!!

Macam tu punya hebat pun boleh Nanyang Siang Pau boleh kata peniaga Cina tertindas? Kalau kuasai 70% pun tertindas, macam mana yang tak tertindas? Bila semua 100% ekonomi negara dibolot Cina baru adil ke?

Kita tengok pula senarai orang terkaya di Malaysia. Dari top ten, Bumiputera cuma ada seorang, itupun no 8 je - Syed Mokhtar AlBukhary. Itupun geng Cina yang diketuai DAP sedang kempen gila-gila nak jatuhkan Syed Mokhtar – kempen boikot Gardenia lah, macam-macam artikel kutuk Syed Mokhtar dalam media pembangkang lah. Hoi DAP, seorang Melayu kaya pun kau dengki khianat, Cina ramai-ramai kaya tak pernah pun Melayu buat kempen jatuhkan individu tertentu.

Kalau dulu, politik dikuasai Melayu, perniagaan dikuasai Cina. Sekarang ni dalam politik pun DAP dah pegang Pakatan Rakyat, perniagaan pun Cina masih pegang lagi. Mana nak letak Melayu? Logik ke kalau penduduk majoriti tak pegang kuasa politik dan tak pegang kuasa ekonomi langsung?

Mengapa Cina ramai sokong Pakatan? Sebab DAP dianggap mereka sebagai “penyelamat” sebagaimana yang disebut dalam artikel Nanyang Siang Pau tu. Kalau nak tahu betapa kuatnya pengaruh DAP dalam Pakatan, boleh tengok sendiri janji-janji Pakatan: janji nak mansuhkan dasar ekonomi Bumiputera, biar semua adil kononnya; janji nak iktiraf kelulusan sekolah Cina untuk masuk universiti dan kerja Kerajaan, tak payah masuk sekolah kebangsaan langsung.

Ini semua memang agenda cauvinis Cina dan jelas dizahirkan oleh Pakatan.

Pada Mei 1998, berlaku rusuhan besar-besaran di Indonesia mensasarkan perniagaan orang Cina. Beratus-ratus kedai dibakar dan beribu-ribu orang terbunuh. Puncanya, rakyat pribumi yang sekian lama menderita kemiskinan hilang sabar terhadap masyarakat Cina yang dianggap sebagai parasit yang mengaut semua kekayaan negara dan menindas masyarakat pribumi.

Tujuan dasar ekonomi Bumiputera adalah untuk mengelakkan perkara sebegini dari berlaku. Bila pembahagian kekayaan dibuat sama rata, maka tidak akan timbul rasa irihati atau terpinggir. Bukannya Bumiputera minta banyak pun, 30% sahaja. Minta sedikit macam tu pun dianggap oleh Cina sebagai menindas mereka?

Jangan sampai Mei 1998 tercetus di Malaysia.

Apa kecoh-kecoh ni Nanyang Siang Pau & DAP?

Monday, June 10, 2013

LIM KIT SIANG MAHU PENDAFTARAN PENGUNDI SEHARI SEBELUM PRU?



Apa kecoh-kecoh ni Lim Kit Siang?

Sebelum ni Lim Kit Siang dan geng-geng Pakatan sering mengutuk SPR kononnya proses pendaftaran pengundi terlalu mudah dan boleh disalahgunakan untuk mewujudkan pengundi hantu.

Sekarang Lim Kit Siang kata proses pendaftaran pengundi terlalu rumit pula dan menyusahkan pengundi.

Apa ke jadahnya flip flop macam ni Lim Kit Siang?

Boleh baca laporan dari portal luar Negara ABNxcess:

DAP Menyeru SPR Untuk Melakukan Hanya Satu Fungsi - Menjalankan Pilihan Raya Yang Bersih Dan Adil

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata: "Di negara-negara lain, pendaftaran pengundi adalah satu proses yang sangat mudah - tetapi di Malaysia, ia adalah satu perkara yang sangat rumit. Mengapa ini boleh terjadi?

"Di New Zealand, pengundi boleh mendaftar pada malam sebelum hari mengundi bagi membolehkan mereka mengundi pada hari berikutnya, tetapi di Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil masa tiga hingga enam bulan sebelum pengundi baru boleh mendaftar dalam daftar pemilih."

Hek eleh… Pemimpin jenis apa yang boleh lontar soalan bodoh macam ni?

Mari sini aku tolong jawabkan soalan teramat bernas kau ni, Lim Kit Siang.

Mengapa lepas pendaftaran ada tempoh 3 hingga 6 bulan sebelum pengundi tersebut boleh mengundi?

Kerana semua nama-nama yang baru didaftarkan akan dipamerkan terlebih dahulu. Sekiranya ada sebarang pihak yang ingin membantah, mereka boleh membuat bantahan semasa nama-nama pengundi baru dipamerkan. Sekiranya tiada bantahan, barulah nama-nama itu dimasukkan dalam daftar pengundi.

Sekarang ni pun, dengan proses check & balance sebegitu, pihak pembangkang masih lagi riuh berkokok kononnya ramai pengundi hantu dalam daftar pengundi.

Bayangkanlah pula, kalau dibenarkan mendaftar sebagai pengundi pada malam sebelum hari mengundi, sudah pastinya pembangkang akan terus berkokok bahawa semua pengundi-pengundi baru ini adalah pengundi hantu!!

Benda mudah macam ni pun Lim Kit Siang tak boleh fikir ke?

Macam ni je ke mentaliti pemimpin pembangkang?

Benda mudah macam ni pun tak boleh fikir, ada hati nak tadbir negara?

Apa kecoh-kecoh ni Lim Kit Siang?

Monday, January 14, 2013

ISU KALIMAH ALLAH: PAS MACAM LALANG! KEJAP BOLEH, KEJAP TAK BOLEH!


Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Aku hairan betul tengok telatah PAS ni dalam isu kalimah Allah. Kejap kata bukan Islam tak boleh pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan, lepas tu kata boleh, sekarang balik kata tak boleh.

Apasal PAS ni macam lalang ditiup angin? Bila angin tiup ke utara, PAS pun ke utara. Bila angin tiup ke selatan, PAS pun ke selatan.

Dalam isu kalimah Allah ni, dalam masa 3 minggu je, dah berkali-kali PAS tukar pendirian. Bila Guan Eng tuntut supaya Bible Bahasa Melayu dibenarkan menggunakan perkataan Allah, disebabkan orang Islam marah, PAS keluar kenyataan kata bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam upacara keagamaan.


Lepas tu bila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tekan Haji Hadi, PAS keluar kenyataan baru kononnya tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah. Kenyataan Haji Hadi turut disokong Nik Aziz.

Bila PAS keluar kenyataan ni, orang Islam yang dah sejuk sekejap jadi marah balik. Maka Majlis Syura PAS yang dipengerusikan Nik Aziz keluar pulak kenyataan baru- bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu.

Boleh baca sendiri kenyataan Majlis Syura PAS yang dipetik dari Harakah.

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. 

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.


Nik Aziz sendiri baru dua, tiga hari lepas kata tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah, tiba-tiba dia pula yang keluarkan kenyataan rasmi kata tak boleh!

Adoii, pening kepala betul tengok telatah PAS ni. Inilah apa yang terjadi bila agama Islam disalahguna untuk meraih undi, bukan untuk keagungan agama. Maka, fatwa-fatwa yang dikeluarkan pun semuanya berunsur politik dan boleh berubah mengikut kepentingan diri.

Apa kecoh-kecoh ni PAS?