Showing posts with label HISHAM RAIS. Show all posts
Showing posts with label HISHAM RAIS. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

RUSUHAN JALANAN SATU-SATUNYA CARA PAKATAN DAPAT RAMPAS KUASA – HISHAMUDDIN RAIS


Apa kecoh-kecoh ni Hishamuddin Rais?

Akhirnya geng-geng Pakatan mengaku juga, mereka berkumpul di jalan raya kerana mereka tahu mustahil untuk rampas kuasa secara sah melalui pilihan raya!

Berikut kenyataan Hishamuddin Rais semasa perhimpunan haram Black 505  di Padang Merbok seperti dilaporkan portal pembangkang, Malaysiakini:

4:50 petang: Padang Merbok - aktivis veteran Hishamuddin Rais mengambil pentas.

Beliau menegaskan bahawa beliau sentiasa berpendapat adalah mustahil untuk menukar
kerajaan melalui pilihan raya.

"Saya selalu berkata, mustahil.

"Jalanraya, jalanraya," katanya berulang kali.

TUUU DIAAA!!!

Turun jalan buat kacau sahaja caranya untuk rampas kuasa. Ikut model Arab Spring dan cetuskan kekacauan besar-besaran. Lepas tu baru boleh gulingkan Kerajaan.

Tapi malangnya orang dah tak makan helah lapuk pembangkang. Boleh baca sendiri sambutan terhadap Black 505 seperti yang dilaporkan portal pembangkang, Malaysiakini:

Walaupun PKR menjangkakan kehadiran kira-kira 300,000 orang tetapi hanya kira-kira 30,000 orang sahaja yang hadir di Padang Merbok.

10% sahaja yang hadir dari jumlah yang disasarkan?

Nampak sangat takda sambutan!!

Nampaknya mimpi Anwar dan Hishamuddin Rais untuk merampas kuasa menerusi rusuhan jalan raya takkan tercapai!!

Apa kecoh-kecoh ni Hishamuddin Rais?


Saturday, November 10, 2012

HISHAM RAIS @ TUKARTIUB SOKONG NURUL, TAKDA MASALAH KALAU MELAYU MURTAD


Apa kecoh-kecoh ni Hisham Rais?

Sejak Nurul Izzah membuat kenyataan mahu Melayu diberi hak untuk murtad, berbondong-bondong golongan liberal bersorak menyokong pendirian Nurul Izzah.

Yang terkini ialah sokongan dari Hisham Rais @ Tukartiub, salah seorang penggerak BERSIH bersama Ambiga, peguam kes murtad Lina Joy.

Apa kata Hisham Rais?



ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM!!!

Mudahnya dia cakap kata Melayu kat tempat lain ada kebebasan beragama, cuma di Malaysia saja dihalang, kononnya untuk tujuan politik bagi memastikan mereka menyokong UMNO.

Apa punya logik dia pakai aku pun tak tahu lah. Ni budak sekolah rendah pun boleh fikir, hujah Hisham Rais langsung tak masuk akal.

Macam ni je ke mentaliti penganjur perhimpunan BERSIH? Patut pun perhimpunan BERSIH jadi huru-hara, sebab malaun tongong macam Hisham Rais yang jadi penganjur!

Apa kecoh-kecoh ni Hisham Rais?