Apa kecoh-kecoh ni PAS dan PKR?
Semalam Dong Zong telah membuat perhimpunan membantah
Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang kononnya akan menghapuskan sekolah Cina.
Perkara yang mereka paling bantah ialah penambahan masa
untuk subjek Bahasa Malaysia di SJK(C) dan juga penghapusan Kelas Peralihan
(Remove) di sekolah menengah.
Berikut laporan dari Malaysian Insider.
Ribuan
berhimpun di PJ menentang pelan pendidikan nasional
PETALING
JAYA, Nov 25 — Beribu-ribu rakyat berhimpun di padang bola sepak di sini dalam
perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bagi membantah
Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini
dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan.
“Kami menggesa kerajaan memenuhi kehendak rakyat, melaksanakan
dasar sekolah pelbagai bahasa dan pastikan ia terkandung dalam dasar
persekolahan arus perdana, untuk memberi layanan yang adil dan memelihara
ciri-ciri pendidikan vernakular,” kata presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dalam
ucapan kepada orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina.
Penunjuk perasaan bersorak dan bertepuk tangan menyokong, mereka
berdiri di bawah panas matahari, sambil membawa payung dan sepanduk.
Sepanduk kanvas putih dengan slogan seperti “Membantah KPM
mepinggirkan SJKC, SJKT, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh, SMJK” yang ditulis
dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan Tamil digantung di dua sisi
padang.
Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera
PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang.
N. Surendran dari PKR, Dr Tan Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad
dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP turut dilihat hadir memberi
sokongan.
Namun begitu, tohmahan Dong Zong disangkal TPM yang juga
Menteri Pelajaran.
·
PPPM
tiada niat jahat, kata Muhyiddin
· Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 tidak mempunyai niat jahat atau tujuan terselindung
bagi meminggirkan pendidikan bahasa Cina dan Tamil.
Beliau berkata kerajaan
sememangnya bertindak adil terhadap semua jenis sekolah dan mahu meningkat
kualiti pendidikan di semua aliran.
Mengulas dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina
Malaysia (Dong Zong) kononnya PPPM boleh menjejaskan pendidikan di sekolah
aliran Cina dan Tamil, beliau berkata ia adalah tidak betul sama sekali dan
merupakan satu tanggapan salah.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata semua sekolah kecuali sekolah
menengah persendirian Cina yang mengelolakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
akan menerima faedah daripada pelan tersebut.
Beliau mengulas demikian ketika ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan Dong
Zong itu pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan
Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di
Serdang hari ini.
Dong Zong pada hari ini menganjurkan perhimpunan membantah pelan itu kerana
khuatir ia akan meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, di samping meminta
kerajaan bersikap adil terhadap semua sekolah.
Mengulas lanjut mengenai tiga usul yang dibangkitkan Dong Zong, Muhyiddin
berkata PPPM langsung tidak menyebut untuk meminggirkan sekolah-sekolah yang
menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil, malah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) dan Tamil (SJKT) terus kekal dan turut disebut dalam laporan tersebut.
Mengenai pertambahan waktu pengajaran Bahasa Melayu pula, Muhyiddin berkata ia
dibuat dalam bentuk kelas tambahan tanpa mengganggu masa pembelajaran bahasa
Cina atau bahasa Tamil supaya mereka dapat memantapkan Bahasa Melayu yang mana
akan diperlukan untuk masuk ke sekolah menengah nanti.
Mengenai kelas peralihan pula, yang penghapusannya tidak dipersetujui Dong
Zong, beliau berkata kelas tersebut adalah tidak perlu sekiranya pembelajaran
Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT adalah setanding dengan sekolah-sekolah biasa.
Justeru, Muhyiddin mahu Dong Zong menghentikan tohmahan terhadap kerajaan
berkenaan perkara itu kerana ia hanya dibuat untuk tujuan politik semata-mata.
"Semua rakyat Malaysia sokong PPPM kenapa Dong Zong tak sokong. Yang
menyokong Dong Zong pun hanya beberapa pertubuhan. Banyak lagi pertubuhan yang
tak sokong Dong Zong kerana dia tahu Dong Zong ada muslihat politik.
"Saya tidak ada kepentingan politik. Saya melihat dari segi kepentingan
pelajaran. Sebab itu kita bersetuju (dengan pelan ini)," katanya.
Muhyiddin juga berkata Dong Zong seringkali melihat apa yang diusahakan
kerajaan sebagai berniat jahat dan bertujuan merosakkan bahasa Cina dan masa
depan bahasa itu walaupun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Kalau itulah nak dibuat, mungkin dah berpuluh-puluh tahun dulu kita dah
buat. Yang terbukti dalam Barisan Nasional sehingga 55 tahun merdeka, tidak ada
buat begitu. Tidak ada sekolah Cina ditutup, tiada bahasa Cina tak boleh
diajar, tambah guru Cina pun ada, tambah sekolah Cina pun ada," katanya.
Beliau berkata ia membuktikan bahawa pandangan Dong Zong adalah salah dan
berharap agar masyarakat Cina tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh
pertubuhan itu.
Sebenarnya Dong Zong ni
memang alat DAP untuk menaikkan semangat perkauman di kalangan orang Cina
supaya menentang Kerajaan, kononnya Kerajaan zalim terhadap orang Cina di
Malaysia padahal langkah Kerajaan tu baik belaka.
Sekarang ni standard
Bahasa Malaysia di sekolah Cina memang teruk, tu sebab mereka kena masuk Kelas Peralihan
setahun dulu, baru boleh masuk Tingkatan Satu.
Jadi, bagi membantu
pelajar Cina, Kerajaan cadangkan supaya kelas Bahasa Melayu ditambah di sekolah
Cina supaya tak payah masuk Kelas Peralihan dan tak rugi setahun, boleh terus
masuk Tingkatan Satu selepas Darjah Enam.
Benda baik macam ni pun,
Dong Zong boleh bantah?
Lepas tu Dong Zong turut
tuntut supaya sijil UEC sekolah menengah persendirian Cina diiktiraf setaraf
dengan SPM dan universiti bahasa pengantar Cina turut diiktiraf Kerajaan.
Bayangkanlah kawan-kawan,
macam mana keadaannya kalau orang Cina di Malaysia dari sekolah rendah, sekolah
menengah dan universiti belajar dalam Bahasa Cina sesama orang-orang Cina sahaja.
Tak payah ambil SPM pun takpa. Bila keluar universiti, cakap Bahasa Malaysia
pun tak boleh! Macam mana nak wujudkan perpaduan kalau mereka tak bergaul
dengan bangsa lain dan tak tahu cakap Bahasa Malaysia, cuma tahu cakap Bahasa
Cina sahaja?
Inilah senario masa
depan yang ingin diwujudkan DAP menerusi proksi mereka, Dong Zong. DAP nak main sentimen perkauman orang Cina,
akau tak hairan sebab DAP memang parti cauvinis Cina.
Tapi pasal apa PAS dan
PKR pun turut sama nak cetuskan api kebencian kaum Cina ni?
Tak percaya? Baca balik
laporan dari Malaysian Insider.
Parti-parti
politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut
dilihat di padang.
N. Surendran dari PKR, Dr Tan
Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP
turut dilihat hadir memberi sokongan.
PAS adalah parti yang hampir 100% ahlinya orang Melayu. Macam
mana orang Melayu dalam PAS boleh setuju dengan idea-idea rasis Dong Zong yang cuma
mementingkan orang Cina dan mengabaikan perpaduan?
PKR pula majoriti ahlinya orang Melayu dan tampuk
pimpinan mereka pun rata-rata orang Melayu. Bagaimana Anwar Ibrahim boleh
menyokong idea-idea rasis yang akhirnya akan mencetuskan pertelingkahan antara
kaum?
Jawapannya mudah. Mereka cuma mahukan kuasa. Jadi untuk
menawan hati pengundi Cina, mereka sanggup menggadaikan semuanya.
Tak kisahlah kalau satu hari nanti orang Cina di Malaysia
cuma tahu berkomunikasi dalam Bahasa Cina dan langsung tak faham Bahasa
Malaysia.
Tak kisahlah kalau insiden perkauman semakin meningkat kerana
sejak dari awal lagi bangsa-bangsa di Malaysia telah diasingkan dan langsung
tak bercampur antara satu sama lain.
Itu semua tak penting bagi PAS dan PKR. Yang penting,
dapat rampas kuasa!
Pergi jahanam dengan masa depan Malaysia!
Pemimpin macam ni ke yang kita nak?
Apa kecoh-kecoh ni PAS dan PKR?
SEMAKIN DEKAT DGN PRU MAKA BERMACAM TUNTUTAN PUAK2 PENDATANG HARAMJADAH SAMBIL DIBANTU PUAK2 KHAWARIJ PAS DAN PENGIKUT AMALAN SONGSANG!
ReplyDeleteJangan layan sangat puak komunis harbi belaan DAP ni, puak-puak bebal keras kepala ni kalau layan pun tak akan beri undi pada UMNO-BN. lebih baik kerajaan penuhi tuntutan majoriti NGO'S pro kerajaan dah tentu undi pun dapat.
ReplyDeletekalau dipenuhi tuntutan puak-puak ni BN kehilangan banyak undi.puak nia tak mengundi BN dan pengundi BN sendiri berpaling tadah undi protes.
DeleteSekolah Cina yang terlama di tanah ini dah dibina sebelum tahun 1815 di pulau Pinang,200 tahun lepas. Earlier than most of the school in this land.
ReplyDeleteDan banyak sekolah2 Cina yang kita masih boleh nampak pada hari ini dibina antara 1815~1900. Ini kerana masyarakat Cina sangat mementingkan pedidikan walaupun dah meninggal tempat asal.
Pada masa itu, Melaysia pun masih bukan satu Negara yang bersatu mcm skrang. So, janganlah pikir mereka akan dapat pendidikan disini mudah sebagai hari ini.
Walaubagaimanapu, pada masa tu, mereka dah berjaya meneruskan sekolah sendiri ditanah ini. Adakah Sultan Sultan atau Raja raja Melayu pada masa tu tidak gembira tentang sekolah2 tersebut? For what I kno, They dont care abt it.
Golongan pertama yg campur tangan dalam sistem skolah Cina ni ialah British yg masih menjajah di tanak Melayu hanya krn idea "anti colonial" dah bersebar begitu cepat dalam sekolah Cina (Mungkin krn pada masa tu, Negara Cina pun facing the same problem). 315++ buah skl Cina ditutup krn British takut kesan ni akan mengganggukan kuasa penjajahan mereka di Tanah ini.
Pada 1945, selepas British dikalah oleh Jepun. Kuasa Jepun juga ingin menghapuskan SKL Cina di tanah ini krn alasan yg sama --"anti colonial" and melawan tenteranya. Ramai Cikgu-cikgu skl Cina and pelajar dibunuh krn melawan kuasanya.
Selepas Jepun kalah oleh US 2 biji bom, balik pula British(malulah mereka dikalah oleh tentera JEPUN begitu senang). Samething happen, Tapi kali ini ramai pekerja sekolah Cina dibuang dan jail oleh British krn alasan yang sama--"anti penjajahan".
Tidak mudah tahan sampai 1950...kita semua di tanah ini finally got the same hope--quit from Kuasa Penjajahan--we want Merdeka!! No more killing and bulibuli from British atau Jepun atau siapa-siapa anymore.
Kebebasan sekolah2 Cina di tanah ni akan kembali sebagai 200 tahun lepas, sebelum dicampur tangan oleh Kuasa2 asing ni. Sebagai masa dahulu yg Nenek moyang kita pernah lakukan begitu Harmony.
Tapi, apa yg laku selepas Kemerdekaan? Siapakah yg meneruskan polisi2 dari British atau Jepun tentang ingin menghapuskan skl2 Cina yg sudah membina lebih daripada 150tahun di tanah ini. Those friend who go with us to fight for Malaysia Independent and freedom now want us shutdown again.
So, my friend just tell me. Siapakah akan puas hati bahawa ni? Just tell me, would you?? We go fight for Merdeka and after that still want u shut down just as British did. ???!!! So why we need freedom? What is those "anti colonial" dream for? Why does those Chinese school in this land must suffered by the idea in past 100years?
Dong Zhong hanya sebuah NGO yg disediakan oleh skl2 tersebut, untuk melawan idea polisi yg teruk ni, which is already pass from British's to our own ppl --"White supremacy" now become "Local supremacy". Walaupun dah Merdeka. Dan NGO Dong Zhong pun dah didakyah sebagai golongan "Rasis" oleh pihak berkuasa...what for?
I think is bc
"Your body is free from them....but your mind still not my friend"
Sebab itu lah, I think why PAS and PKR support Dong Zhong...bc they ar not supporting DZ, they ar supporting Freedom of ppl. DZ only represent few hundred skl2 Cina which is already build on this land more then 150 years...and suffer for the nightmare of shut down or ISA jailing or "kenal buang" in past 5 decades. If the suffering doest exist, maybe DZ even wont exist on this land too.
Terima kasih kerana memberi pendapat secara berhemah & rasional. Diskusi seperti ini amat perlu untuk mewujudkan suasana politik yang sihat.
DeleteDalam kes ini, Dong Zong menentang usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar SRJK(C). Mengapa? Bagaiman kita nak wujudkan perpaduan kalau kita tak faham sesama bangsa? Kawan saya dulu masuk Form 6 bersama pelajar2 dari Sek Men Cina. Pada umur 18 tahun pun mereka masih tak fasih berbahasa Melayu. Akibatnya langsung tiada percampuran antara bangsa berlainan. Bolehkah perpaduan dibentuk dalam suasana begini?
Saya pun telah memikir tentang kesan ni for long time selepas saye pulang dari luar negara. Krn sendiri pun graduate dari SRJK(C),Chong Hwa swasta dan University kat Taiwan, hehehe macam fully produk dari CINA punya sistem pendidikan. Sebab tu BM saya pun tak begitu fasih, tapi saya tidak berputus asa dengan BM saya, I still keep learning it everday walaupun dah umur 30++. Mungkin krn saya asal dari terengganu and sekarang kerja di Kelantan. BM is close to us.
ReplyDeleteDlm Kes DZ ni, Saya hanya boleh kata krn amanah antara skl2 tersebut dan kerajaan dah hampir hilang dalam 50tahun lepas . U can go to check the history of C school in Malaysia, saya tak pasti bolehkah dapat versi BM. Taktahu mana yg silap, Setiap kali skl2 Cina menerima polisi baru dari kerajaan, walaupun dipromis tidak akan mengharamkan mengajar bahasa sendiri, tapi biasa berakhir dengan ingkar. pening kepala. dan again and again, finally konflik macam "Operasi Lalang" dilakukan. ramai pekerja skl ditangkap ISA, Cikgu saya pun pernah dlm list. Mungkin polisi pendidikan dari Indonesia ttang targeting menghapuskan pendidikan bahasa asing pun menjejaskan masyarakat Cina di Malaysia begitu takut bahawanya. Selain dpadi tu, polisi pendidikan yg awal selepas Merdeka pun pernah menyebut tentang "Hanya satu Bahasa Melayu yg boleh mengajar di skl", walaupun dah dibatal selepas dibantah begitu kuat oleh Masyarakat Lain. Sebabtu, Isu ni menjadi suatu kesan yg sensitive oleh supporter of C education. Kali ni pun sama, banyak konsep konspirasi tentang "Polisi hanya 1 Bahasa dan anti Skl Cina" dah come back in mind as ghost. hehe Macam tu lah, DZ guna banyak alasan menentangnya.
Dan Kedua tentang macam mana pelajar Cina sebagai saya boleh meningkatkan BM saya?
Pada pendapat saya selepas melancong ke jenis2 Negara asing dan long stay di Taiwan sepanjang 10tahun, I hav read and see alot abt it. Finally, beberapa idea muncul dlm otak.
First, Cara mengajar yg tepat.
Kita tak boleh tukar bahasa asal seorang individu, tapi selepas tu, cara yg mengajar bahasa kedua pasti guna cara special kalau nak mengjar dgn effective. Kita pangil "Second language teaching skill" Tapi Cikgu2 pernah special training on it. Macam kalau u nak belajar Mandrin, Saya tak boleh guna cara yg sama dengan mengajar anak saya, it works but not effective. Istri saya pun ada qualification of "Mandrin teaching for Foraigner" kat Taiwan. Jepun pun sangat berjaya atasnya. Cara ni lah baru boleh meyelesaikan penguasaan BM di klngan pelajar CINA. Bukan hanya "force to " tambah masa belajar BM di SRJK(C). Masa pelajar di Malaysia sekarang dah cukup panjang dan berat lar.hehe...Tapi problem is, kita tak ada cikgu2 yang berqualified on it, pihak pendidikan kita tidak make the point right, do some improvement on it. hanya tau "force to do with power", jadi rasa kita pun tak bahagia.
Kedua, make it intersting.
DeleteKita tak boleh memaksa seorang individu belajar satu bahasa sebelum dia berminak denganya. Even memaksa orang cina belajar Bahasa Cina, tengoklah pelajar Cina kat Singapore belajar BCina pun tahu, susah sangat. Walaupun dia ingin belajar rajin, tapi memang tak begitu effective. Tapi, apabila dia pernah gunakan Bahasa itu untuk dpt faedah tersebut, dia akan belajar dengan sukarela. Macam Bahasa Jepun, Saya belajarnya kerana komik dan karton. Ramai remaja kini belajar Korean krn Pop muzik dan TVserialnya yg minat. Inilah cara yg lagi effetive, tapi apakah yg pihak kerajaan tersebut kita buat atas kesan ni? Pergilah tengok dalam kedai buku, berapa peratus buku BM dalam buku english dan buku cina? Sebuah buku English menarik yg baru, pernebitan ver jemahan Jepun dan Germeny akan dpt dikedai mereka begitu cepat selepas original. Following by ver Cina ver bahasa asing2. tapi bila boleh dapat ver terjemahan BM.Sorry,Kebanyakan buku dlm BM ialah buku Rujukan SPM.orz Sebabtu, kalau buku pun tak cukup, bagaimana dpt menarikan pelajar kita "membaca buku".
Lagi, guna subtitle yg kanak2 kaum lain boleh penuh faham isi2 TV program BM (sekarang Astro dah boleh pilih punya ma). Krn biasanya, Local TVProgram menarik, tapi bila kanak2 kita tak fasih dengan bahasa tu, menarik pun jadi bosan. Cara ni boleh meningkatkan listening kanak2 kuam lain semasa umur kecil. Krn selepas tu, kesushan belajar bahasa baru akan meningkat.
Ketiga, guna cara yang lebih “pintar” kepada kaum lain.
Kalau DZ atau siapa2 yang tidak begitu percaya dngan polisi "forcing" krn apaapa alasan yg susah menyelesai mudah. Why not try some others way..
Macam "1 Malaysia Tuition Class for FREE!" selepas sekolah!! haha
Pelajar2 boleh belajar BM atau BC atau BTamil, Kelas melukis atau Muzik atau apa-apa yg menarik. Ini kelas Tuition, bukan sekolah. sbab itu guna apa apa bahasa pun tak kacau skl Cina2 tersebut.
2jam 1 hari, do u think Ibubapa cina tak akan hantar ank mereka ke sana apabila mereka masih sakit kepala dgn kerja yg sibuk? Dan mereka begitu "kia Su(takut kalah)" apabila ramai jiranya dan kaum lain dah hantar anaknya ke sana.hehe Tak payah One School untuk mencapai campuran dan bersatu antara bangsa,One tuition Kelas selepas sekolah pun boleh..
So, My point is.even stupid as I also can find many way to achieve it, Why our government always want to use "Power" to force it happen? Bc they just dont want to. "Power" make them felt better.
Dan macam mana kita dewasa boleh mencapai bersatu yg kukuh lebih daripada hanya macam berlakon saja..Hanya membaca dan ilmu boleh monolong.So, bukan saja Melay, Cina dan semua kaum lain pun pernah membaca banyak.
Only modern and updated knowledge can bring us step forward.