Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Aku sebenarnya agak keliru dengan pendirian Pakatan dalam
isu murtad ini. Di media pro pembangkang berbahasa Melayu, PAS asyik membela
Nurul kononnya kenyataannya disalahtafsir dan dia tidak bermaksud menggalakkan
murtad.
Tapi di media pro pembangkang berbahasa Inggeris, DAP dan golongan
bukan Islam terus-menerus menjulang Nurul sebagai pejuang kebebasan beragama.
Macam mana boleh Pakatan menggunakan dua pendekatan
berbeza untuk membela Nurul?
Dia mahu Melayu diberi hak untuk murtad ke atau dia
disalahtafsir?
Ooooh, aku tahu… Dalam media pro pembangkang Bahasa
Melayu, Pakatan cuba nak menawan hati pengundi Islam, jadi mana dia boleh
mengaku Nurul Izzah mahukan Melayu diberi hak untuk murtad.
Tapi di media pro pembangkang Bahasa Inggeris, Pakatan
cuba menarik undi bukan Islam, jadi kenyataan Nurul mahukan Melayu diberi hak
untuk murtad mesti diberi liputan meluas, sekaligus mengangkat Nurul sebagai
pejuang kebebasan beragama.
Agaknya Pakatan ingat orang yang baca media Bahasa
Inggeris tak baca media Bahasa Melayu kot?
Minta maaflah Pakatan, aku baca dua-dua sekali.
Di sini aku akan terus telanjangkan sikap hipokrit Pakatan.
Sila baca petikan artikel portal pro-pembangkang Malaysiakini
yang jelas menjulang Nurul sebagai pejuang kebebasan beragama.
Nurul's Watershed Idea For The Nation
(Steve Oh)
(Steve Oh)
The Malaysiakini report on Nurul Izzah Anwar's statement
that there should be no compulsion in religion even for Malays is a watershed
idea for the nation.
I am sure Nurul Izzah and her political coalition will win
many votes if she makes her suggestion a key policy in their political
manifesto.
It will bring Malaysia in line with contemporary values
of human rights because the Malays are still a bonded people, controlled by all
sorts of rules and regulations that exempt other Malaysians.
The forcing of non-Muslims to convert to Islam when they
marry Muslims only creates a class of nominal Muslims.
The same can be said of forcing those who are born into
Muslim families to be Muslims. Malays therefore are like 'religious slaves' if
I may use the analogy.
They are born into religious and ideological bondage.
They are often fed lies about other religions. Reading what some of their books
describe of subjects that I know intimately is like reading horror fiction.
So when I hear enlightened Muslims like Nurul Izzah talk
sense, I feel there is hope for the truth to be vindicated.
Anyone who is not free to think for himself or herself
and has the freedom to adopt the religion of personal conscience and conviction
is still a slave in reality. For this reason, religion becomes a farce.
The Malays have to emancipate themselves and it is young
leaders like Nurul Izzah who offer hope for them.
Nurul Izzah offers hope for the nation because she thinks
like a Malaysian and a Muslim coming to terms with the reality that God is not
just the God of the Malays but everyone.
Idea Nurul Titik Perubahan
Untuk Negara
(Steve Oh)
(Steve Oh)
Laporan Malaysiakini mengenai kenyataan Nurul Izzah Anwar
bahawa tidak harus ada paksaan dalam agama walaupun untuk orang Melayu adalah
idea yang bakal membawa titik perubahan untuk negara.
Saya pasti Nurul Izzah dan pakatan politik beliau akan
memenangi undi yang banyak jika dia menjadikan idea ini dasar utama dalam
manifesto politik mereka.
Ia akan membawa Malaysia sejajar dengan nilai hak asasi
manusia kerana orang Melayu masih lagi merupakan orang-orang yang terikat dan
dikawal oleh bermacam-macam undang-undang dan peraturan yang tidak terpakai
pada rakyat Malaysia yang lain (yang bukan beragama Islam).
Memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam
apabila mereka berkahwin dengan orang Islam hanya mewujudkan orang Islam pada
nama sahaja.
Perkara yang sama boleh dikatakan mengenai orang-orang
yang dilahirkan dalam keluarga Islam apabila mereka dipaksa untuk terus kekal menjadi
orang Islam. Ini menjadikan orang Melayu itu bagaikan 'hamba agama'.
Mereka dilahirkan ke dalam perhambaan agama dan ideologi.
Mereka sering diberi gambaran palsu tentang agama-agama lain. Membaca buku-buku
agama mereka adalah seperti membaca fiksyen seram.
Jadi, apabila saya mendengar orang Islam yang terbuka
mindanya seperti Nurul Izzah bercakap, saya merasakan masih ada harapan kebenaran
akan tertegak.
Sesiapa yang tidak bebas untuk berfikir untuk dirinya dan
tidak mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama yang dipercayainya, dalam
realitinya masih seorang hamba. Akhirnya, agama menjadi satu sandiwara.
Orang Melayu perlu membebaskan diri mereka dan pemimpin
muda seperti Nurul Izzah lah yang menawarkan harapan untuk mereka.
Nurul Izzah menawarkan harapan untuk negara kerana dia tahu
bahawa Tuhan bukan sahaja Tuhan untuk orang Melayu tetapi untuk semua orang.
Wah, hebat betul sokongan Malaysiakini untuk Nurul Izzah!
Memang sah kau adalah jaguh kebebasan beragama yang menjadi idola semua rakyat
Malaysia!!
Eh, hari tu kata kenyataan kau disalahtafsir, habis tu
Malaysiakini masih menggunakan kenyataan asal kau, apasal kau tak nak kecam
Malaysiakini? Apa pasal kau tak nak saman Malaysiakini? Apa pasal kau langsung
tak sentuh Malaysiakini kalau kenyataan kau telah diputarbelit?
Minta maaf Nurul, strategi bermuka-muka kau dah bocor!
Depan orang bukan Islam, kau lantang memperjuangkan
kebebasan beragama!
Depan orang Islam, kau berdalih kononnya kenyataan kau
diputarbelit!
Macam ni ke pemimpin yang kita nak?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
No comments:
Post a Comment