Saturday, November 10, 2012

SISTERS IN ISLAM: KEBEBASAN BERAGAMA TERMASUK KEBEBASAN MENUKAR AGAMA


Apa kecoh-kecoh ni Sisters In Islam?

Sejak Nurul Izzah keluarkan kenyataan mahukan orang Melayu diberi hak untuk murtad, puak liberal semakin galak mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Nurul Izzah supaya orang Islam diberi kebebasan untuk menukar agama.

Boleh baca sendiri laporan dari portal pro pembangkang, Malaysian Insider.

SIS: Kebebasan beragama termasuk menukar agama
KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.
Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.
“Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit,” menurut SIS dalam kenyataan medianya.
Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya.
“Islam bukanlah agama jalan sehala,” kata Suri.
Kenyataan naib presiden PKR, dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya Sabtu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dengan mengatakan beliau menggalakkan murtad.
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM!!
Kumpulan ni sepatutnya menggelar diri mereka Sisters AGAINST Islam, bukannya Sisters In Islam! Bila bercakap tentang hukum, kena berlandaskan Al Quran, bukan ikut sedap logik akal!
Siapakah yang Maha Bijaksana, Allah SWT atau manusia yang diciptaNya dari tanah?
Jadi, manusia tidak boleh sewenang-wenangnya menentang hukum Allah, kononnya tidak logik atau ketinggalan zaman.
Kawan-kawan tentu masih ingat sejarah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang memerangi golongan murtad di bawah pimpinan Musailamah al-Kazzab.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah bermesyuarat dengan para sahabat dan kaum Muslimin bagi menghadapai gejala murtad. Di dalam kesulitan yang memuncak maka dengan kebesaran dan ketabahan hati Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, beliau bersumpah untuk memerangi golongan ini sehingga mereka kembali pada kebenaran, atau beliau gugur sebagai syahid dalam memperjuangkan kemuliaan agama Islam.
Lihat, inilah contoh ikutan untuk kita semua, tapi hairannya sekarang pemimpin beragama Islam sendiri yang mahukan orang Islam diberi hak untuk murtad!  
Adakah Nurul Izzah mahu menjadi Musailamah al-Kazzab versi moden?
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!

3 comments:

  1. Kalau orang bukan islam mau tukar ugama, tukar le siapa larang, jangan dok kacau orang melayu islam.

    ReplyDelete
  2. Senada pandangan Nurul Izzah a/p Anwar dan SIS...

    Memang aku jangka SIS pasti bersuara untuk memastikan agenda Islam Liberaslime diketengahkan dalam perjuangan PR.

    Moga Allah melindungi Malaysia daripada gerakan ini. AMIN

    ReplyDelete
  3. Sister is Islam diasaskan ustazah sesat Amerika, AMINA WADUD, dia ni jadi mak imam sembahyang jumaat ,makmumnya lelaki dan pompuan boleh campur sekali dalam satu saf....dahlah tu makmum pompuan sembahyang tak tutup aurat...

    Jadi org macam ini kita nak ikut?....sesat dan menyesatkan

    ReplyDelete