Showing posts with label KHALID SAMAD. Show all posts
Showing posts with label KHALID SAMAD. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

KHALID SAMAD KENA BAYAR RM320,000 SEBAB FITNAH HASAN ALI


Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Siapa tak kenal Khalid Samad? Pemimpin kuat golongan Anwarinas dalam PAS. Terkenal dengan gelaran Khalid Gereja sebab pendiriannya yang amat liberal sampaikan bila Nurul Izzah menuntut hak Melayu untuk murtad pun Khalid Samad sokong!

Bila idolanya ialah Anwar Ibrahim, maka tak hairanlah bila perangainya pun sebijik macam Anwar Ibrahim, suka tabur fitnah di sana-sini.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Setelah puas menghambur fitnah dan tohmah di sana sini, akhirnya Khalid Samad tersungkur menyembah bumi.

Semalam Mahkamah memerintahkan Khalid Samad membayar Hasan Ali RM320,000 kerana didapati bersalah memfitnah Hasan Ali.

Khalid Samad diperintah bayar Hasan Ali ganti rugi RM320,000

SHAH ALAM 27 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Dr. Hasan Ali setelah didapati memfitnah Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) itu.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam turut menetapkan kos sebanyak RM20,000 perlu dibayar oleh Khalid kepada Hasan pada prosiding bagi menetapkan jumlah ganti rugi dan kos dalam kes saman fitnah membabitkan kedua-dua individu terbabit.

Hasan memfailkan saman tersebut pada 12 April tahun lalu selepas Khalid mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Selain menetapkan ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM100,000, Hakim Yaacob turut menetapkan kadar faedah sebanyak lima peratus dikenakan ke atas jumlah ganti rugi bermula dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh.

Tahniah Hasan Ali!! Selama ni pemimpin kerajaan terlalu lembut hati. Walaupun difitnah dan ditohmah oleh pemimpin Pakatan dan media-media pembangkang seperti Malaysiakini & Malaysian Insider, mereka sanggup berdiam diri. Akibatnya, makin galaklah pemimpin Pakatan dan media pembangkang menabur fitnah!

Kini kemenangan Hasan Ali harus dijadikan iktibar Setiap kali keluar fitnah dari mulut pembangkang, terus saman!! Jangan kasi peluang mereka pesong pemikiran rakyat!
Kalau setiap kali keluar fitnah kena saman, kena bayar RM320,000, lama-lama senyaplah golongan munafik ni.

Satu soalan aku untuk penyokong PAS. PAS kononnya parti yang memperjuangkan Islam. Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, maka para pemimpinnya juga perlu mencerminkan akhlak dan imej yang terpuji sebagai contoh tauladan untuk para ahli PAS yang lain. Tapi kalau pemimpin kanan PAS sendiri kaki fitnah, kaki caci, kaki temberang, macam mana kita nak percaya dengan perjuangan Islam PAS?

Bak kata pepatah, kalau bapa kencing berdiri, anak pula kencing berlari!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Sunday, November 10, 2013

ANTARA ANWARINAS & ULAMA: MANA HALATUJU PAS?



Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Sudah sekian lama PAS berada di bawah telunjuk golongan liberalis proksi Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahlinya sendiri. Bila sahaja ada isu berhubung kesucian Islam, suara golongan Anwarinas lebih lantang berbanding suara ulama sehingga timbul tanda tanya, adakah PAS memperjuangkan Islam atau memperjuangkan fahaman pluralisme yang ditunjangi Anwar Ibrahim?

Buktinya? Bila timbul isu kalimah Allah, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan mudah membenarkan ianya digunakan oleh bukan Islam sedangkan pendirian ini jelas bercanggah dengan pendirian Dewan Ulama PAS. Mat Sabu jugalah orang yang mengagung-agungkan perjuangan komunis Mat Indera sedangkan Mat Indera adalah antara pengganas yang bertanggungjawab membunuh anggota polis Melayu Islam di Bukit Kepong.

Begitu juga, bila Nurul Izzah dengan lancang mempersoalkan larangan untuk umat Islam murtad, maka Khalid Samad tampil mempertahankan Nurul Izzah dan menyokong pendirian songsang puteri kesayangan Anwar Ibrahim itu.

Agak hairan juga melihat perkembangan golongan Anwarinas di dalam PAS ini. Mat Sabu yang dahulunya adalah antara mereka yang paling anti dengan Anwar Ibrahim sehinggakan memberi jolokan Anwar al-Juburi kepada Anwar Ibrahim kini sudah boleh tidur sekatil dengan orang yang dituduhnya sebagai homoseksual itu.

Inilah bukti bahawa perjuangan Anwarinas seperti Mat Sabu dan Khalid Samad sebenarnya lebih berpaksikan kuasa dan bukannya untuk mengakkan kesucian Islam. Kerana wujudnya orang-orang seperti Mat Sabu dan Khalid Samad lah maka orang Islam sendiri memandang sinis perjuangan PAS.

Kini dalam Muktamar PAS ke 59 sudah jelas bahawa kem Anwarinas & kem ulama akan berlaga. Siapa yang bakal menang?

Untuk Timbalan Presiden, Mat Sabu dari kem Anwarinas akan menentang Nik Amar dari kem ulama.

Untuk Naib Presiden, Husam Musa dari kem Anwarinas adalah antara calon yang bertanding dan antara pencabar beliau ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dari kem ulama.

Keputusan Muktamar PAS ke 59 akan menentukan halatuju PAS. Adakah mereka akan terus menjadi kerbau dicucuk hidung dan menurut sahaja telunjuk Anwar dan sekutunya dalam DAP atau adakah mereka akan kembali ke perjuangan asal dan memperjuangkan Islam tanpa kompromi.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Thursday, December 27, 2012

KHALID SAMAD CABAR TUAN IBRAHIM KELUAR PAS!!



Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Biar benar Khalid Samad cabar Tuan Ibrahim keluar PAS? Tuan Ibrahim ni kan Ketua Penerangan PAS Pusat, takkan Khalid Samad berani buat macam tu?

Ni semua gara-gara kenyataan Tuan Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan kalimah Allah untuk Bible Bahasa Melayu sangat tidak wajar. 

Aku petik kenyataan Tuan Ibrahim:

"Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal. Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.
Pas melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.
Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.."

Bila mendengar kenyataan ini, maka Khalid Samad terus meroyan. Mana taknya, dulu dialah jaguh nombor wahid dalam memperjuangkan hak golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan upacara keagamaan mereka. 

Ni kenyataan dari Khalid Samad pada tahun 2010.

"Al Quran dan hadis tidak pernah mengharamkan penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam. Sebarang usaha atau peraturan untuk menyekat orang bukan Islam dari memakai perkataan 'Allah' adalah ketinggalan zaman dan bercanggah dengan semangat Islam dalam berdakwah.

Saya ingin menasihatkan supaya orang Islam tidak perlu terlalu khuatir apabila bukan Islam dibenarkan mengguna kalimah ‘Allah’ kerana kegelinciran akidah orang Islam adalah sebenarnya datang dari orang Islam yang lemah iman."

Kemudian apabila kenyataannya disanggah oleh Zulkifli Noordin, yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen PKR, Khalid Samad terus melenting dan mencabar Khalid Samad untuk keluar PKR dan masuk UMNO.

Berikut petikan laporan dari Malaysiakini, portal pro-pembangkang mengenai isu ini pada tahun 2010:


Kontroversi kalimah Allah: Khalid lwn Zulkifli

Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Khalid Samad dari PAS dan Zulkifli Noordin dari PKR - bertelagah berhubung penggunaan kalimah 'Allah'.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Khalid Samad yang merupakan ahli parlimen Shah Alam menuduh Zulkifli - ahli parlimen Kulim Bandar Baru, mempunyai 'mentaliti seperti Umno'.

Katanya, Zulkifli - seorang peguam Syarie - seharusnya menyelaraskan pandangannya mengikut pendirian partinya, yang mengalu-alukan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Khalid berkata, Zulkifli perlu membuat keputusan dia hendak bersama parti mana.

"Jika dia seorang pemimpin Umno, dia harus mengikut pendirian Umno seperti yang diperjelaskan oleh (Presidennya) Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika dia dalam PKR, maka dia harus mengikut pendirian parti itu," tambahnya.

Dalam mempertahankan pendiriannya itu, ahli parlimen Shah Alam itu berkata kalimah "Allah" telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam sewaktu era Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, ia tidak seharusnya menjadi isu sekarang.

Ketika itu Khalid Samad dengan lancangnya telah menghina Zulkifli Noordin dan menyifatkannya sebagai mempunyai mentaliti UMNO semata-mata kerana dia menentang penggunaan kalimah Allah di Bible dan gereja. Malah Khalid Samad mencabar Zulkifli Noordin untuk keluar PKR dan masuk UMNO kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR yang menyokong penggunaan kalimah Allah di Bible dan gereja.

Nah, sekarang Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat, orang kuat PAS sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang senada dengan pendirian Zulkifli Noordin pada 2010 dahulu.

Aku tengah tunggu, bila agaknya Khalid Samad akan mengutuk Tuan Ibrahim sebagai mempunyai mentaliti UMNO? Bila agaknya Khalid Samad akan mencabar Tuan Ibrahim untuk keluar PAS kerana tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam?

Cepatlah Khalid! Dulu dengan Zulkifli Noordin bukan main celupar lagi. Kalau kau betul-betul percaya dengan kenyataan asal kau dulu, tunggu apa lagi? Pergilah belasah Tuan Ibrahim Tuan Man!

PAS pun sama. UMNO dari dulu dah kata penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tu tak berapa sesuai, tapi PAS kerana terlalu sangat nak mengikut telunjuk DAP dan PKR, terus tunduk muka, tak berani nak bersuara menyokong pendirian UMNO. Yang kuat bersuara ialah golongan Anwarinas dalam PAS seperti Khalid Samad.

Sekarang, bila gejala murtad dah berleluasa, bila orang Islam dah bimbang melihat kesucian Islam terus terhakis, barulah PAS nak buat hero menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. 

Dah terlambat PAS, dah terlambat. Kalau PAS betul-betul jujur memperjuangkan Islam dan bukan mengejar kuasa semata-mata, sudah tentu dari awal lagi PAS dah membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Bantahan PAS sekarang cuma melepas batuk di tangga, nak meraih balik undi orang Islam yang dah kecewa melihat perjuangan PAS yang semakin lari dari matlamat negara Islam, bukannya bantahan yang ikhlas demi menegakkan kesucian agama Islam.

Maaflah PAS, tembelang korang dah pecah!

Apa kecoh-kecoh Khalid Samad dan PAS?

Sunday, December 2, 2012

KHALID GEREJA DAH TUKAR JADI KHALID RASIS?



Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Aku rasa kawan-kawan mesti dah lama tahu nama glamer Khalid Samad ialah Khalid Gereja.

Mengapa Khalid Gereja?

Kerana….

Bila Kristian nak guna kalimah Allah di gereja, Khalid kata NO PROBLEM!!

Bila Nurul Izzah buat kenyataan di gereja mahukan Melayu diberi hak untuk murtad, Khalid kata NO PROBLEM!

Tapi bila JAIS buat serbuan ke gereja untuk bendung penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam, Khalid kata ini PROBLEM! Mana boleh kacau orang Kristian di gereja!

Jadi, sebab terlalu sangat sayangkan gereja, maka Khalid Samad pun dapat nama manja KHALID GEREJA.

Tapi kini mungkin sebab dah boring dengan gelaran Khalid Gereja, maka Khalid Samad nak tukar kepada gelaran baru, KHALID RASIS!

Apa buktinya ya?

Buktinya ialah Khalid Samad telah turun mewakili PAS untuk menyokong agenda rasis Dong Zong semasa perhimpunan pertubuhan ultra kiasu tersebut.

Tak percaya?

Baca sendiri laporan Malaysian Insider:

Ribuan berhimpun di PJ menentang pelan pendidikan nasional
PETALING JAYA, Nov 25 — Beribu-ribu rakyat berhimpun di padang bola sepak di sini dalam perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bagi membantah Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan. 
“Kami menggesa kerajaan memenuhi kehendak rakyat, melaksanakan dasar sekolah pelbagai bahasa dan pastikan ia terkandung dalam dasar persekolahan arus perdana, untuk memberi layanan yang adil dan memelihara ciri-ciri pendidikan vernakular,” kata presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dalam ucapan kepada orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. 
Penunjuk perasaan bersorak dan bertepuk tangan menyokong, mereka berdiri di bawah panas matahari, sambil membawa payung dan sepanduk. 
Sepanduk kanvas putih dengan slogan seperti “Membantah KPM mepinggirkan SJKC, SJKT, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh, SMJK” yang ditulis dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan Tamil digantung di dua sisi padang. 
Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang. 
N. Surendran dari PKR, Dr Tan Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP turut dilihat hadir memberi sokongan.

Namun begitu, tohmahan Dong Zong disangkal TPM yang juga Menteri Pelajaran.

·         PPPM Tiada Niat Jahat, kata Muhyiddin

·  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 tidak mempunyai niat jahat atau tujuan terselindung bagi meminggirkan pendidikan bahasa Cina dan Tamil.
Beliau berkata kerajaan sememangnya bertindak adil terhadap semua jenis sekolah dan mahu meningkat kualiti pendidikan di semua aliran.


Mengulas dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kononnya PPPM boleh menjejaskan pendidikan di sekolah aliran Cina dan Tamil, beliau berkata ia adalah tidak betul sama sekali dan merupakan satu tanggapan salah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata semua sekolah kecuali sekolah menengah persendirian Cina yang mengelolakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akan menerima faedah daripada pelan tersebut.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan Dong Zong itu pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang hari ini.

Dong Zong pada hari ini menganjurkan perhimpunan membantah pelan itu kerana khuatir ia akan meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, di samping meminta kerajaan bersikap adil terhadap semua sekolah.

Mengulas lanjut mengenai tiga usul yang dibangkitkan Dong Zong, Muhyiddin berkata PPPM langsung tidak menyebut untuk meminggirkan sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil, malah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) terus kekal dan turut disebut dalam laporan tersebut.

Mengenai pertambahan waktu pengajaran Bahasa Melayu pula, Muhyiddin berkata ia dibuat dalam bentuk kelas tambahan tanpa mengganggu masa pembelajaran bahasa Cina atau bahasa Tamil supaya mereka dapat memantapkan Bahasa Melayu yang mana akan diperlukan untuk masuk ke sekolah menengah nanti.

Mengenai kelas peralihan pula, yang penghapusannya tidak dipersetujui Dong Zong, beliau berkata kelas tersebut adalah tidak perlu sekiranya pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT adalah setanding dengan sekolah-sekolah biasa.

Justeru, Muhyiddin mahu Dong Zong menghentikan tohmahan terhadap kerajaan berkenaan perkara itu kerana ia hanya dibuat untuk tujuan politik semata-mata.

"Semua rakyat Malaysia sokong PPPM kenapa Dong Zong tak sokong. Yang menyokong Dong Zong pun hanya beberapa pertubuhan. Banyak lagi pertubuhan yang tak sokong Dong Zong kerana dia tahu Dong Zong ada muslihat politik.

"Saya tidak ada kepentingan politik. Saya melihat dari segi kepentingan pelajaran. Sebab itu kita bersetuju (dengan pelan ini)," katanya.

Muhyiddin juga berkata Dong Zong seringkali melihat apa yang diusahakan kerajaan sebagai berniat jahat dan bertujuan merosakkan bahasa Cina dan masa depan bahasa itu walaupun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Kalau itulah nak dibuat, mungkin dah berpuluh-puluh tahun dulu kita dah buat. Yang terbukti dalam Barisan Nasional sehingga 55 tahun merdeka, tidak ada buat begitu. Tidak ada sekolah Cina ditutup, tiada bahasa Cina tak boleh diajar, tambah guru Cina pun ada, tambah sekolah Cina pun ada," katanya.

Beliau berkata ia membuktikan bahawa pandangan Dong Zong adalah salah dan berharap agar masyarakat Cina tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pertubuhan itu.


Sebenarnya Dong Zong ni memang alat DAP untuk menaikkan semangat perkauman di kalangan orang Cina supaya menentang Kerajaan, kononnya Kerajaan zalim terhadap orang Cina di Malaysia padahal langkah Kerajaan tu baik belaka.

Sekarang ni standard Bahasa Malaysia di sekolah Cina memang teruk, tu sebab mereka kena masuk Kelas Peralihan setahun dulu, baru boleh masuk Tingkatan Satu.

Jadi, bagi membantu pelajar Cina, Kerajaan cadangkan supaya kelas Bahasa Melayu ditambah di sekolah Cina supaya tak payah masuk Kelas Peralihan dan tak rugi setahun, boleh terus masuk Tingkatan Satu selepas Darjah Enam.

Benda baik macam ni pun, Dong Zong boleh bantah?

Lepas tu Dong Zong turut tuntut supaya sijil UEC sekolah menengah persendirian Cina diiktiraf setaraf dengan SPM dan universiti bahasa pengantar Cina turut diiktiraf Kerajaan.

Bayangkanlah kawan-kawan, macam mana keadaannya kalau orang Cina di Malaysia dari sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti belajar dalam Bahasa Cina sesama orang-orang Cina sahaja. Tak payah ambil SPM pun takpa. Bila keluar universiti, cakap Bahasa Melayu pun tak boleh! Macam mana nak wujudkan perpaduan kalau mereka tak bergaul dengan bangsa lain dan tak tahu cakap Bahasa Malaysia, cuma tahu cakap Bahasa Cina sahaja?

Inilah senario masa depan yang ingin diwujudkan DAP menerusi proksi mereka, Dong Zong.  

DAP nak main sentimen perkauman orang Cina, aku tak hairan sebab DAP memang parti cauvinis Cina.

Tapi pasal apa PAS pun turut sama nak cetuskan api kebencian kaum Cina ni?

Tak percaya? Baca balik laporan dari Malaysian Insider.

Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang. 
N. Surendran dari PKR, Dr Tan Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP turut dilihat hadir memberi sokongan.

PAS parti yang ahlinya orang Melayu. Macam mana orang Melayu dalam PAS boleh setuju dengan idea-idea rasis Dong Zong yang cuma mementingkan orang Cina dan mengabaikan perpaduan?

Jawapannya mudah. Mereka cuma mahukan kuasa. Jadi untuk menawan hati pengundi Cina, mereka sanggup menggadaikan semuanya.

Tak kisahlah kalau satu hari nanti orang Cina di Malaysia cuma tahu berkomunikasi dalam Bahasa Cina dan langsung tak faham Bahasa Melayu.

Tak kisahlah kalau Bahasa Melayu terus dipinggirkan bagaikan kera sumbang, hidup segan mati tak mahu, dek kerana statusnya sebagai bahasa rasmi terus diperlekeh golongan rasis seperti Dong Zong ini.

Tak kisahlah kalau insiden perkauman semakin meningkat kerana sejak dari awal lagi bangsa-bangsa di Malaysia telah diasingkan dan langsung tak bercampur antara satu sama lain.

Itu semua tak penting bagi PAS dan PKR. Yang penting, dapat rampas kuasa!

Pergi jahanam dengan masa depan Malaysia!

Pemimpin macam ni ke yang kita nak?

Maka disebabkan Khalid Samad dan PAS secara terang dan nyata menyokong agenda rasis Dong Zong, maka dengan rasminya Khalid Samad mendapat jolokan baru, KHALID RASIS!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS dan Khalid Samad?


Monday, November 26, 2012

MENGAPA PAS DAN PKR MENYOKONG AGENDA PERKAUMAN DONG ZONG?



Apa kecoh-kecoh ni PAS dan PKR?

Semalam Dong Zong telah membuat perhimpunan membantah Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang kononnya akan menghapuskan sekolah Cina.

Perkara yang mereka paling bantah ialah penambahan masa untuk subjek Bahasa Malaysia di SJK(C) dan juga penghapusan Kelas Peralihan (Remove) di sekolah menengah.

Berikut laporan dari Malaysian Insider.

Ribuan berhimpun di PJ menentang pelan pendidikan nasional

PETALING JAYA, Nov 25 — Beribu-ribu rakyat berhimpun di padang bola sepak di sini dalam perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bagi membantah Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan. 

“Kami menggesa kerajaan memenuhi kehendak rakyat, melaksanakan dasar sekolah pelbagai bahasa dan pastikan ia terkandung dalam dasar persekolahan arus perdana, untuk memberi layanan yang adil dan memelihara ciri-ciri pendidikan vernakular,” kata presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dalam ucapan kepada orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. 

Penunjuk perasaan bersorak dan bertepuk tangan menyokong, mereka berdiri di bawah panas matahari, sambil membawa payung dan sepanduk. 

Sepanduk kanvas putih dengan slogan seperti “Membantah KPM mepinggirkan SJKC, SJKT, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh, SMJK” yang ditulis dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan Tamil digantung di dua sisi padang. 

Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang. 

N. Surendran dari PKR, Dr Tan Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP turut dilihat hadir memberi sokongan.

Namun begitu, tohmahan Dong Zong disangkal TPM yang juga Menteri Pelajaran.

·         PPPM tiada niat jahat, kata Muhyiddin

·  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 tidak mempunyai niat jahat atau tujuan terselindung bagi meminggirkan pendidikan bahasa Cina dan Tamil.

Beliau berkata kerajaan sememangnya bertindak adil terhadap semua jenis sekolah dan mahu meningkat kualiti pendidikan di semua aliran.

Mengulas dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kononnya PPPM boleh menjejaskan pendidikan di sekolah aliran Cina dan Tamil, beliau berkata ia adalah tidak betul sama sekali dan merupakan satu tanggapan salah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata semua sekolah kecuali sekolah menengah persendirian Cina yang mengelolakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akan menerima faedah daripada pelan tersebut.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan Dong Zong itu pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang hari ini.

Dong Zong pada hari ini menganjurkan perhimpunan membantah pelan itu kerana khuatir ia akan meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, di samping meminta kerajaan bersikap adil terhadap semua sekolah.

Mengulas lanjut mengenai tiga usul yang dibangkitkan Dong Zong, Muhyiddin berkata PPPM langsung tidak menyebut untuk meminggirkan sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil, malah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) terus kekal dan turut disebut dalam laporan tersebut.

Mengenai pertambahan waktu pengajaran Bahasa Melayu pula, Muhyiddin berkata ia dibuat dalam bentuk kelas tambahan tanpa mengganggu masa pembelajaran bahasa Cina atau bahasa Tamil supaya mereka dapat memantapkan Bahasa Melayu yang mana akan diperlukan untuk masuk ke sekolah menengah nanti.

Mengenai kelas peralihan pula, yang penghapusannya tidak dipersetujui Dong Zong, beliau berkata kelas tersebut adalah tidak perlu sekiranya pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT adalah setanding dengan sekolah-sekolah biasa.

Justeru, Muhyiddin mahu Dong Zong menghentikan tohmahan terhadap kerajaan berkenaan perkara itu kerana ia hanya dibuat untuk tujuan politik semata-mata.

"Semua rakyat Malaysia sokong PPPM kenapa Dong Zong tak sokong. Yang menyokong Dong Zong pun hanya beberapa pertubuhan. Banyak lagi pertubuhan yang tak sokong Dong Zong kerana dia tahu Dong Zong ada muslihat politik.

"Saya tidak ada kepentingan politik. Saya melihat dari segi kepentingan pelajaran. Sebab itu kita bersetuju (dengan pelan ini)," katanya.

Muhyiddin juga berkata Dong Zong seringkali melihat apa yang diusahakan kerajaan sebagai berniat jahat dan bertujuan merosakkan bahasa Cina dan masa depan bahasa itu walaupun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Kalau itulah nak dibuat, mungkin dah berpuluh-puluh tahun dulu kita dah buat. Yang terbukti dalam Barisan Nasional sehingga 55 tahun merdeka, tidak ada buat begitu. Tidak ada sekolah Cina ditutup, tiada bahasa Cina tak boleh diajar, tambah guru Cina pun ada, tambah sekolah Cina pun ada," katanya.

Beliau berkata ia membuktikan bahawa pandangan Dong Zong adalah salah dan berharap agar masyarakat Cina tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pertubuhan itu.


Sebenarnya Dong Zong ni memang alat DAP untuk menaikkan semangat perkauman di kalangan orang Cina supaya menentang Kerajaan, kononnya Kerajaan zalim terhadap orang Cina di Malaysia padahal langkah Kerajaan tu baik belaka.

Sekarang ni standard Bahasa Malaysia di sekolah Cina memang teruk, tu sebab mereka kena masuk Kelas Peralihan setahun dulu, baru boleh masuk Tingkatan Satu.

Jadi, bagi membantu pelajar Cina, Kerajaan cadangkan supaya kelas Bahasa Melayu ditambah di sekolah Cina supaya tak payah masuk Kelas Peralihan dan tak rugi setahun, boleh terus masuk Tingkatan Satu selepas Darjah Enam.

Benda baik macam ni pun, Dong Zong boleh bantah?

Lepas tu Dong Zong turut tuntut supaya sijil UEC sekolah menengah persendirian Cina diiktiraf setaraf dengan SPM dan universiti bahasa pengantar Cina turut diiktiraf Kerajaan.

Bayangkanlah kawan-kawan, macam mana keadaannya kalau orang Cina di Malaysia dari sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti belajar dalam Bahasa Cina sesama orang-orang Cina sahaja. Tak payah ambil SPM pun takpa. Bila keluar universiti, cakap Bahasa Malaysia pun tak boleh! Macam mana nak wujudkan perpaduan kalau mereka tak bergaul dengan bangsa lain dan tak tahu cakap Bahasa Malaysia, cuma tahu cakap Bahasa Cina sahaja?

Inilah senario masa depan yang ingin diwujudkan DAP menerusi proksi mereka, Dong Zong.  DAP nak main sentimen perkauman orang Cina, akau tak hairan sebab DAP memang parti cauvinis Cina.

Tapi pasal apa PAS dan PKR pun turut sama nak cetuskan api kebencian kaum Cina ni?

Tak percaya? Baca balik laporan dari Malaysian Insider.

Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang. 

N. Surendran dari PKR, Dr Tan Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP turut dilihat hadir memberi sokongan.


PAS adalah parti yang hampir 100% ahlinya orang Melayu. Macam mana orang Melayu dalam PAS boleh setuju dengan idea-idea rasis Dong Zong yang cuma mementingkan orang Cina dan mengabaikan perpaduan?

PKR pula majoriti ahlinya orang Melayu dan tampuk pimpinan mereka pun rata-rata orang Melayu. Bagaimana Anwar Ibrahim boleh menyokong idea-idea rasis yang akhirnya akan mencetuskan pertelingkahan antara kaum?

Jawapannya mudah. Mereka cuma mahukan kuasa. Jadi untuk menawan hati pengundi Cina, mereka sanggup menggadaikan semuanya.

Tak kisahlah kalau satu hari nanti orang Cina di Malaysia cuma tahu berkomunikasi dalam Bahasa Cina dan langsung tak faham Bahasa Malaysia.

Tak kisahlah kalau insiden perkauman semakin meningkat kerana sejak dari awal lagi bangsa-bangsa di Malaysia telah diasingkan dan langsung tak bercampur antara satu sama lain.

Itu semua tak penting bagi PAS dan PKR. Yang penting, dapat rampas kuasa!

Pergi jahanam dengan masa depan Malaysia!

Pemimpin macam ni ke yang kita nak?

Apa kecoh-kecoh ni PAS dan PKR? 

Thursday, November 22, 2012

KALAU SAUDARA KITA SESAT, KITA DOAKAN DIA MUSNAH ATAU DOAKAN DIA DIBERI PETUNJUK?



Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Aku cukup terkejut bila baca berita tentang PAS mengadakan solat hajat dan berdoa untuk Allah menjatuhkan bala dan memusnahkan UMNO.

Apa taknya, ahli-ahli UMNO adalah orang Islam, sama seperti ahli-ahli PAS.

Jadi, kalau PAS anggap orang UMNO dah tersilap jalan, mengapa sampai ke tahap mendoakan saudara sesama Islam musnah dan binasa? Mengapa tidak didoakan mereka diberi petunjuk?

Pada aku, mendoakan kesejahteraan sesama Islam jauh lebih mulia dari mendoakan kemusnahan mereka.

Untuk orang kafir macam Lim Guan Eng, PAS takda masalah mendoakan kesejahteraannya, sedangkan Lim Guan Eng dari DAP yang terang-terang menentang hudud, tapi bila sampai kat UMNO, parti yang selama ni dah banyak membantu mengembangkan syiar Islam, senang-senang je PAS doakan minta saudara sesama Islam dimusnahkan.

Mungkin orang-orang PAS lupa, dalam satu keluarga, ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS. Bagi ahli PAS yang bapanya atau adik beradiknya atau anaknya orang UMNO, tergamak ke nak doakan kemusnahan ahli keluarga sendiri?

Contoh paling mudah, Khalid Samad adalah adik Datuk Shahrir Samad. Selamba je Khalid Samad nak doakan abang dia ditimpa bala ya?

Macam ni ke Islam ala PAS? Menggalakkan perpecahan dan perselisihan sesama ahli keluarga?

Patutpun ada kes orang PAS tak bagi anaknya kahwin anak orang UMNO, sebab orang UMNO ni kan kononnya murtad.

Eh, siapa kata ya? Tok Guru PAS sendiri yang cakap macam tu, jadi anak-anak buah yang tak berapa arif tentang agama pun ikut je lah telunjuk pemimpin!

Islam sepatutnya membawa kepada perpaduan, bukannya perpecahan!

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Thursday, November 8, 2012

DR ASRI MENAFIKAN DIA MENYOKONG KENYATAAN NURUL IZZAH YANG MAHU MELAYU DIBERI HAK UNTUK MURTAD


Apa kecoh-kecoh ni Malaysian Insider dan Sinar Harian?

Sebelum ni Malaysian Insider dan Sinar Harian pernah keluarkan laporan berita kononnya Dr Asri, bekas Mufti Perlis, menyokong kenyataan Nurul Izzah bahawa Melayu mesti diberi hak untuk murtad. 

Penyokong totok Nurul Izzah, bila membaca laporan berita tu terus lah meroyan, kononnya ulama sendiri menyokong kenyataan Nurul Izzah.

Tiba-tiba Dr Asri keluarkan kenyataan dalam Twitter dan Facebook menafikan dia pernah menyokong kenyataan Nurul Izzah.

Boleh baca sendiri kenyataan Dr Asri di sini:


Saya tidak tahu di mana Malaysian Insider ambil kenyataan saya yang menyatakan saya mempertahankan kenyataan YB Lembah Pantai. Apa yang saya sebut, beliau maklumkan kepada saya bahawa kenyataan beliau telah disalahfahami atau disalahtafsirkan. Bila pula Malaysian Insider ini temubual dengan saya? Hairan!!


Jelaslah Dr Asri TIDAK PERNAH menyokong kenyataan Nurul Izzah yang mahukan Melayu diberi hak untuk murtad. Ulama gila atau ulama politik macam Khalid Samad je yang sanggup sokong kenyataan Nurul Izzah ni. Ulama lain yang masih waras sudah pastinya tidak berani mengubah hukum Allah sewenang-wenangnya.

Sehubungan dengan itu, sekiranya Sinar Harian dan Malaysian Insider adalah media yang benar-benar adil, maka mereka WAJIB menyiarkan penafian Dr Asri ini.

Malaysian Insider kalau tak siar aku tak hairan, sebab dia memang portal pro-pembangkang. Tapi kalau Sinar Harian pun sengaja tidak menyiarkan penafian ini, jelaslah mereka berpihak kepada siapa.

Apa kecoh-kecoh ni Sinar Harian dan Malaysian Insider?

2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!

KHALID IBRAHIM TAMPAR ANWAR, ISU MURTAD NURUL IZZAH



Apa kecoh-kecoh ni Khalid, Anwar dan Nurul?

Pada 6/11, Anwar dengan lantangnya telah membuat tuduhan bahawa UMNO adalah dalang yang telah mengarahkan JAIS untuk menyiasat kenyataan murtad Nurul Izzah. Kononnya, ini semua sandiwara politik UMNO.

Tapi, pada 7/11, keesokan harinya, Khalid Ibrahim, MB Selangor, telah tampil dan mengaku bahawa dialah yang telah mengarahkan JAIS untuk menyiasat kenyataan murtad Nurul Izzah.

Mari kita baca kenyataan penuh Khalid Ibrahim.


MB minta Jais siasat Nurul Izzah
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu  melakukan siasatan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan dengan kebebasan beragama, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini
Beliau berkata siasatan itu perlu bagi mengelakkan umat Islam terkeliru, dan memastikan tiada impak negatif terhadap umat Islam berikutan kenyataan itu.
" Saya menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan Jais itu adalah untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki umatnya meninggalkan  agama.
"Kita mahu jati diri umat Islam itu kukuh dan ini adalah tanggungjawab seorang Islam untuk menjaga umat Islam yang lain," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Alamak, Anwar kantoi lagi lah!! Selama ni dia tuduh JAIS jadi alat UMNO, rupanya orang PKR sendiri yang arahkan JAIS untuk menyiasat!

Selama ni berbuih mulut Anwar dan pemimpin-pemimpin lain dalam PKR, PAS dan DAP mempertahankan kenyataan Nurul Izzah. Kononnya kenyataan Nurul Izzah tu tak salah dan tiada sebab untuk JAIS menyiasat Nurul Izzah.

Rupa-rupanya Khalid Ibrahim yang arahkan JAIS untuk siasat Nurul Izzah!

Ini satu tamparan hebat untuk Anwar!! Anak buah sendiri sudah berani lawan bos!!

Bagus juga lah Khalid Ibrahim jadi Exco Agama, sekurang-kurangnya dia sedar isu murtad ni isu penting yang melibatkan akidah umat Islam. Kalau Exco Agama dipegang oleh orang PAS macam Khalid Samad @ Khalid Gereja, jangan haraplah JAIS nak siasat. Entah-entah, JAIS sendiri akan keluar kenyataan sokong Nurul Izzah seperti yang dikeluarkan Khalid Samad sebelum ini!!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid, Anwar dan NO ROLE?