Apa kecoh-kecoh ni
Nurul?
Setelah kecoh seluruh
umat Islam ekoran kenyataan Nurul Izzah yang mahu orang Melayu diberi hak untuk murtad, Nurul Izzah tampil dengan kenyataan berkenaan semasa diasak
oleh wartawan:
Saya
telah mengarahkan peguam-peguam saya, Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman
Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita
Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan
berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan kenyataan saya tempoh hari.
Saya
tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.
Nurul Izzah Anwar
Ahli
Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Wahhh, hebat Nurul...
Nak saman akhbar dan blogger, secara khususnya Utusan Malaysia dan Berita
Harian.
Mengapa ya? Utusan
Malaysia dan Berita Harian ke yang memulakan isu ini?
Mari kita lihat
kronologi isu ini.
Media pertama yang
melaporkan isu ini adalah portal pro-pembangkang Malaysiakini dan dituruti oleh
portal-portal pro-pembangkang lain seperti Free Malaysia Today dan 1Christians.
Laporan dari media
pro-pembangkang keluar pada 3 November 2012.
Bila pula laporan dari Utusan Malaysia dikeluarkan?
5 November beb, 2 hari
selepas isu ini dilaporkan oleh portal pro-pembangkang.
Cuba baca laporan Utusan
ni, isinya cuma memetik semula laporan yang dibuat portal pro-pembangkang.
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak
seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu
terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal pro-pembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." - UTUSAN MALAYSIA
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal pro-pembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." - UTUSAN MALAYSIA
Soalnya sekarang, isu ni
mula dimainkan oleh portal pro-pembangkang, takkanlah mereka nak sabotaj
pemimpin mereka sendiri kan? Apa yang Nurul cakap, itulah yang mereka laporkan. Jadi, tiada keraguan langsung bahawa Nurul memang
mengeluarkan kenyataan mahu orang Melayu diberi hak untuk murtad.
Tapi sekarang, mengapa
Nurul mahu mempersalahkan Utusan pula tapi langsung tak menyentuh Malaysiakini,
Free Malaysia Today, 1Christians dan portal-portal pro-pembangkang yang lain,
sedangkan mereka yang mencetuskan isu ini?
Jawab Nurul, jangan tak
jawab!!
Aku yakin Nurul takkan
berani jawab...
p/s: Boleh jua baca blog
sahabat, Gelombang Wangsa Maju untuk laporan lanjut.
Tgk je la video kenyataan nurul di gereja tu http://www.youtube.com/watch?v=44y13XR-bWI&feature=plcp
ReplyDelete