Friday, November 9, 2012

DAP NAIK TOCANG, HINA ISLAM KERANA NURUL IZZAH!!


Apa kecoh-kecoh ni Ngeh Koo Ham?

Ada siapa di sini yang tak kenal Ngeh Koo Ham? Kalau tak kenal, mari aku perkenalkan.

Ngeh Koo Ham ni ialah pemimpin DAP Perak. Dia juga mubaligh Kristian yang bergerak aktif di Perak.

Sebelum ni dia pernah memperlekehkan umat Islam dalam isu pengeluaran filem “Innocence of Muslims”. Apabila umat Islam menyuarakan kemarahan di atas pengeluaran filem yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad, Ngeh kata umat Islam ni banyak sangat buang masa untuk benda-benda yang remeh macam filem yang menghina Rasulullah ni.

Pada masa itu, umat Islam di Malaysia telah bangkit menghentam Ngeh hingga akhirnya Ngeh terpaksa minta maaf di atas keceluparannya.

Tapi Ngeh tak serik-serik, sekarang ni dia kembali menghina Islam apabila menyokong kenyataan Nurul Izzah yang mahukan orang Melayu diberi hak untuk murtad.

Ikuti perbualan Ngeh dalam Twitter untuk melihat sendiri kebiadapan barua DAP ini.

Nurul as MP is defending the Fed Const. Art 11(1) EVERY PERSON has the right to profess & practise his religion @n_izzah@anwaribrahim

@ngehkooham YB, will this mean that the people in 4 Pakatan States can hv such freedom including Malays? @n_izzah @anwaribrahim

@manifestogwl @n_izzah @anwaribrahim This freedom is guaranteed by Fed Const thruout the country

@ngehkooham interesting. New born Malays r not Muslims in ur view. is this view a united stand by Pakatan? @n_izzah @anwaribrahim

@manifestogwl @n_izzah @anwaribrahim Fed Const says up to age 18 foll religion of parents. Thereafter, he has freedom to choose.

Ini adalah terjemahan perbualan Ngeh menerusi Twitter.

Ngeh: Nurul sebagai Ahli Parlimen sedang mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Artikel 11(1). SEMUA ORANG mempunyai hak mengamalkan agamanya.

Goh: YB, adakah ini bermakna rakyat di 4 negeri Pakatan mempunyai kebebasan yang sama termasuklah orang Melayu?

Ngeh: Kebebasan ini dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan di seluruh negara.

Goh: Menarik. Menurut pandangan anda, Melayu yang baru lahir bukanlah penganut Islam. Adakah pandangan ini dikongsi oleh Pakatan?

Ngeh: Menurut Perlembagaan Persekutuan sehingga umur 18 tahun, ikut agama ibubapa. Selepas itu, bebas untuk memilih agama.

Nah, jelas bahawa DAP dan rakan-rakan Pakatan sebenarnya bersependapat dengan Nurul Izzah dalam hal ini. Tiada masalah kalau Melayu nak murtad dan keluar Islam. 

Mereka sengaja buat-buat lupa, menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam. Jadi tafsiran kebebasan beragama seperti yang diperjuangkan Nurul Izzah dan kuncu-kuncunya dalam DAP sebenarnya TIDAK TEPAT!

Aku rasa Ngeh bila mendengar kenyataan Nurul Izzah, dia pun terus bersorak dan bertepuk tangan. Mana taknya, sebagai mubaligh Kristian, aku yakin dia dah mula berangan-angan untuk menyebarkan dakyah di kalangan orang Melayu dan membina gereja bagi penganut Kristian berbangsa Melayu sebaik sahaja Pakatan memegang tampuk pemerintahan.

Sebelum ni geng-geng bukan Islam ni memang tak puas hati kerana Melayu tak boleh murtad. Jadi, bila Nurul Izzah pula yang celupar minta Melayu diberi hak untuk murtad dan kenyataannya pun disokong oleh PAS, memang seronoklah geng-geng bukan Islam ni, macam orang mengantuk disorongkan bantal!

Kalau tengok sejarah Melaka dulu, Kerajaan Melayu Melaka tumbang di tangan Portugis kerana musuh dalam selimut yang terdiri dari orang tempatan sendiri seperti Si Kitul.

Sekarang dah muncul kembali Si Kitul moden bernama Nurul Izzah yang menjadi agen merosakkan orang Melayu dan mencemar kemurnian agama Islam.


2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE? 


1 comment:

  1. Terima kasih AKK di atas pendedahan di atas. Ia mengingatkan umat Melayu bahawa selain dari matlamat menghapuskan HAK ISTIMEWA MELAYU, sebahagian dari pemimpin DAP juga bercita-cita untuk mengKRISTIANkan umat Melayu.

    Perlu kita ambil perhatian bahawa nama-nama pemimpin DAP yang bermula dengan nama-nama ala Mat Salleh seperti Elizabeth(sebagaimana Elizabeth Wong) dan Teresa(sebagaimana Teresa Kok) merupakan penganut tegar Kristian.

    Kita jangan sekali-kali membiarkan apa yang berlaku di negara jiran kita Indonesia berlaku di sini. Di Indonesia, di dalam satu rumah pun boleh ada ahli-ahli keluarga menganut berbagai agama. Dan, agama Kristian boleh berkembang pesat di Indonesia kerana tidak ada undang-undang yang menghalang gerakan Kristian di kalangan umat Islam....apatah lagi Kristian mission menggunakan kekuatan ekonomi mereka untuk membantu umat Islam yang miskin...dan mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama mereka ke dalam masyarakat Islam.

    ReplyDelete