Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Setelah kantoi kerana mengeluarkan kenyataan mahukan Melayu diberi hak untuk murtad, Nurul terus kelam-kabut cuba menafikan dia pernah
mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Namun begitu, tindakan Nurul itu mendapat reaksi negatif
dari Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam.
Siti Zabedah Kasim, peguam yang bertanyakan soalan itu
kepada Nurul, memberitahu portal pro pembangkang, Free Malaysia Today, bahawa
dia kecewa dengan sikap berdolak-dalih Nurul.
Berikut artikel dari portal pro pembangkang Free Malaysia Today dan
terjemahannya.
‘I Am Disappointed With Nurul’
The lawyer who posed the sensitive question on religious
freedom is disappointed that the PKR leader has changed her stand.
PETALING JAYA: A lawyer who posed
the question on religious freedom to PKR vice-president Nurul Izzah Anwar
during a forum last Saturday is disappointed with the politicians 180 degree
turn.
Siti Kasim, a member of the Bar Council
human rights committee, said she was disappointed that Nurul had “retracted”
her remark.
“I believe Nurul was just trying to
impress the people, she didn’t think of the consequences,” she told FMT.
Siti said Nurul should have stood
firm on her remark that freedom of religion was a right for all including the
Malay-Muslim.
“There’s nothing wrong about it, she
is saying the truth. I expected a hoo-ha after that. But as a politician, you
just need to stick to the truth,” she added.
She wondered if Nurul was merely
adjusting herself to the largely non-Muslim audience on that day and making a
political remark.
At the forum titled “Islamic state:
Which Version? Whose Responsibility?”, Siti asked Nurul whether freedom of
religion should be extended to the Malays since the PKR leader talked about the
issue in her speech.
Siti said while Nurul did not
mention about apostasy in her response, the latter however was a clear
supporter of freedom of religion for the Malays.
“In the following days she
‘retracted’ her remark, and said she did not support apostasy. But indirectly
when you say you support freedom of religion, and if Malay wants to get out
from Islam, that’s apostasy,” she pointed out.
The Orang Asli rights advocate said
she once posed the same question to Nurul’s father, Opposition Leader Anwar
Ibrahim, but failed to get a direct response.
“He was going around the bush and
didn’t answer directly. We want politicians to be straight forward,” she said.
'Saya Kecewa Dengan Nurul'
Peguam yang bertanyakan soalan sensitif mengenai
kebebasan beragama kecewa dengan perubahan pendirian Nurul Izzah.
PETALING JAYA: Seorang peguam yang menimbulkan persoalan
mengenai kebebasan beragama kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semasa
forum Sabtu lepas kecewa dengan pusingan balik 180 darjah ahli politik itu.
Siti Kasim, ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis
Peguam, berkata beliau kecewa kerana Nurul telah "menarik balik"
kata-kata beliau.
"Saya percaya Nurul hanya cuba untuk menarik
perhatian orang ramai, dia langsung tidak memikirkan akibat kenyataannya itu,"
katanya kepada FMT.
Siti berkata Nurul sepatutnya berdiri teguh pada kata-kata
beliau bahawa kebebasan beragama adalah hak untuk semua termasuk orang Melayu
beragama Islam.
"Tidak apa yang salah mengenai kenyataan Nurul Izzah,
dia hanya menyatakan kebenaran. Saya memang menjangka akan timbul kekecohan
selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, dia sepatutnya berpegang teguh
kepada kebenaran," tambah beliau.
Dia tertanya-tanya jika Nurul cuma membuat kenyataan
tersebut untuk menawan sokongan daripada penonton yang sebahagian besarnya
bukan Islam pada hari itu.
Pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab
Siapa? ", Siti bertanya kepada Nurul sama ada kebebasan beragama perlu
diperluaskan kepada orang Melayu.
Siti berkata walaupun Nurul tidak menyebut secara khusus tentang
murtad, Nurul jelas menyatakan bahawa dia menyokong hak kebebasan beragama
untuk orang Melayu.
"Pada hari-hari berikutnya dia 'menarik balik'
kata-kata beliau, dan berkata dia tidak menyokong murtad. Tetapi secara tidak
langsung apabila anda mengatakan anda menyokong kebebasan beragama untuk orang
Melayu, dan jika Melayu mahu keluar dari Islam, itu adalah murtad," tambah
Siti lagi.
Peguam itu berkata beliau pernah mengajukan soalan yang
sama kepada bapa Nurul, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi
gagal untuk mendapatkan jawapan yang jelas.
"Beliau hanya cakap berbelit-belit dan tidak
menjawab secara terus. Kita mahu ahli-ahli politik untuk bercakap secara
terus-terang, "katanya.
Apa kesimpulan yang kita boleh buat dari artikel ini?
1. Nurul
MEMANG SAH mengeluarkan kenyataan mahukan kebebasan beragama untuk Melayu,
sekaligus menyokong hak Melayu untuk murtad.
2. Majlis
Peguam dari dahulu sehingga sekarang memang mendokong agenda murtad. Kalau
kawan-kawan dah lupa, Ambiga yang merupakan bekas Presiden Majlis Peguam adalah
peguam yang membela Lina Joy semasa kes murtad beliau. Ambiga ini jugalah yang
menjadi teman mesra Mat Sabu dan PAS semasa perhimpunan BERSIH.
Memang betullah kenyataan Presiden PAS bahawa pilihanraya lebih penting dari isu murtad. Nampak sangat PAS sanggup
bersekongkol dengan pejuang hak murtad semata-mata nak meraih undi.
3. Anwar
dan Nurul 2 x 5 sahaja. Dua-dua kaki temberang dan putar belit. Depan cakap
lain, belakang cakap lain.
Depan orang bukan Islam, lantang Nurul
nyatakan bahawa Melayu perlu diberi hak untuk murtad, sekaligus menjamin dia
mendapat sokongan dari golongan mubaligh Kristian dan penyebar agama-agama
lain.
Depan orang Islam, cepat-cepat Nurul
nafikan dia pernah membuat kenyataan tersebut, padahal video kenyataan dia dah
luas tersebar dan laporan berita mengenainya pun dah dikeluarkan oleh portal
pro pembangkang.
Orang kaki belit dan putar alam macam ni ke kita nak
jadikan pemimpin? Orang yang sanggup menggadai kesucian Islam demi undi macam
ni ke patut kita agung-agungkan?
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
2
juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama
di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan
Pakatan Rakyat!!
Komen saya yalah kenapa kita mesti percaya cerita Arab ni yang bawa masuk sini oleh pedagang India Muslim.Kita takde pendirian sendiri ke?Apa yan kita dapat dengan menganuti apa2 agama sekali pun.Tuhan bagi pertolongan ke?Beribu tahun dah sembah takde apa2 pun kebaikan.Dah mati hidup balik,jangan merapu lah.Mati habis cerita.Takdenya syurga neraka ni,hanya cerita2 untuk menakutkan orang supaya tunduk kepada manusia yang manupulasi aje.Bebaskan semua kepada kepercayaan masing2.Nak percaya ke tak agaama terpulang pada hak masing2.Mana dianya Tuhan????Tak nampak2,tak dengar2 PUN.
ReplyDelete