Sunday, November 25, 2012

UTUSAN MALAYSIA KAU DAH SAMAN NURUL, MALAYSIAKINI BILA LAGI?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ni Nurul Izzah telah saman Utusan Malaysia kerana kononnya fitnah beliau.

Fitnah: Nurul Izzah saman Utusan Melayu

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga anak kepada Ketua Umum parti itu, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman terhadap syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Bhd. di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman tersebut membabitkan empat artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia antara 5 dan 7 November lalu yang didakwa oleh Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Tajuk artikel-artikel tersebut ialah:
  • Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah Anwar diterbitkan di muka hadapan, 5 November.
  • Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu diterbitkan di muka surat lima, 6 November.
  • Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik diterbitkan di muka surat lima, 6 November.
  • Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara pluralisme agama diterbitkan di muka surat lima, 7 November lalu.
Nurul Izzah selaku plaintif menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama dan kedua.

Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut memfailkan saman itu menerusi firma guaman, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Saman tersebut ekoran daripada kenyataan kontroversi Nurul Izzah sewaktu menjawab soalan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?”  di Subang Jaya, baru-baru ini.

Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Plaintif dalam pernyataan tuntutan mendakwa kata-kata tersebut secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatannya disebut secara spesifik.

Tapi yang hairannya Malaysiakini dan portal-portal pro-pembangkang lain yang mula-mula menyiarkan berita tersebut tidak pula disaman oleh Nurul.





Malaysiakini menyiarkan berita ini pada 3 November dan kemudiannya ia dipetik oleh Utusan Malaysia pada 5 November.

Jadi, sepatutnya Malaysiakini lah yang terlebih dahulu disaman kalau benar kenyataan Nurul telah diputarbelitkan.

Tapi sampai sekarang, bukan sahaja Malaysiakini dan portal-portal pro-pembangkang lain tidak disaman, malah Nurul langsung tidak pernah menyelar laporan yang dibuat oleh portal-portal pro–pembangkang ini.

Dan sehingga kini Malaysiakini dan Malaysian Insider masih lagi menyiarkan artikel-artikel yang menjulang Nurul sebagai jaguh kebebasan beragama yang perlu dijadikan idola rakyat Malaysia.

Tak percaya? Sila baca petikan artikel tulisan Steve Oh di  Malaysiakini.

Nurul's Watershed Idea For The Nation

The Malaysiakini report on Nurul Izzah Anwar's statement that there should be no compulsion in religion even for Malays is a watershed idea for the nation.

I am sure Nurul Izzah and her political coalition will win many votes if she makes her suggestion a key policy in their political manifesto.

It will bring Malaysia in line with contemporary values of human rights because the Malays are still a bonded people, controlled by all sorts of rules and regulations that exempt other Malaysians.

The forcing of non-Muslims to convert to Islam when they marry Muslims only creates a class of nominal Muslims.

The same can be said of forcing those who are born into Muslim families to be Muslims. Malays therefore are like 'religious slaves' if I may use the analogy.

They are born into religious and ideological bondage. They are often fed lies about other religions. Reading what some of their books describe of subjects that I know intimately is like reading horror fiction.

So when I hear enlightened Muslims like Nurul Izzah talk sense, I feel there is hope for the truth to be vindicated.

Anyone who is not free to think for himself or herself and has the freedom to adopt the religion of personal conscience and conviction is still a slave in reality. For this reason, religion becomes a farce.

The Malays have to emancipate themselves and it is young leaders like Nurul Izzah who offer hope for them.

Nurul Izzah offers hope for the nation because she thinks like a Malaysian and a Muslim coming to terms with the reality that God is not just the God of the Malays but everyone.

Idea Nurul Titik Perubahan Untuk Negara

Laporan Malaysiakini mengenai kenyataan Nurul Izzah Anwar bahawa tidak harus ada paksaan dalam agama walaupun untuk orang Melayu adalah idea yang bakal menjadi titik perubahan untuk negara.

Saya pasti Nurul Izzah dan pakatan politik beliau akan memenangi undi yang banyak jika dia menjadikan idea ini dasar utama dalam manifesto politik mereka.

Ia akan membawa Malaysia sejajar dengan nilai hak asasi manusia kerana orang Melayu masih lagi merupakan orang-orang yang terikat dan dikawal oleh bermacam-macam undang-undang dan peraturan yang tidak terpakai pada rakyat Malaysia yang lain (yang bukan beragama Islam).

Memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam apabila mereka berkahwin dengan orang Islam hanya mewujudkan orang Islam pada nama sahaja.

Perkara yang sama boleh dikatakan mengenai orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga Islam apabila mereka dipaksa untuk terus kekal menjadi orang Islam. Ini menjadikan orang Melayu itu bagaikan 'hamba agama'.

Mereka dilahirkan ke dalam perhambaan agama dan ideologi. Mereka sering diberi gambaran palsu tentang agama-agama lain. Membaca buku-buku agama mereka adalah seperti membaca fiksyen seram.

Jadi, apabila saya mendengar orang Islam yang terbuka mindanya seperti Nurul Izzah bercakap, saya merasakan masih ada harapan kebenaran akan tertegak.

Sesiapa yang tidak bebas untuk berfikir untuk dirinya dan tidak mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama yang dipercayainya, dalam realitinya masih seorang hamba. Akhirnya, agama menjadi satu sandiwara.

Orang Melayu perlu membebaskan diri mereka dan pemimpin muda seperti Nurul Izzah lah yang menawarkan harapan untuk mereka.

Nurul Izzah menawarkan harapan untuk negara kerana dia tahu bahawa Tuhan bukan sahaja Tuhan untuk orang Melayu tetapi untuk semua orang.

Wah, hebat betul sokongan Malaysiakini untuk Nurul Izzah! Memang sah kau adalah jaguh kebebasan beragama yang menjadi idola semua rakyat Malaysia!!

Eh, hari tu kata kenyataan kau disalahtafsir, habis tu Malaysiakini masih menggunakan kenyataan asal kau, apasal kau tak nak kecam Malaysiakini? Apa pasal kau tak nak saman Malaysiakini? Apa pasal kau langsung tak sentuh Malaysiakini kalau kenyataan kau telah diputarbelit?

Tak lain tak bukan kerana strategi Nurul untuk menawan pengundi bukan Islam yang membaca portal Bahasa Inggeris ialah untuk menonjolkan dirinya sebagai Islam liberal yang menyokong kebebasan beragama untuk semua. Sebab itulah portal pro-pembangkang Bahasa Inggeris seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider sehingga kini masih mengeluarkan artikel-artikel memuja Nurul sebagai wira kebebasan beragama.

Tapi di depan pembaca media Melayu dia cuba berdalih dengan mengatakan kenyataannya telah diputarbelit. Itulah sebabnya Utusan Malaysia disaman supaya berhenti menyiarkan kenyataan Nurul Izzah yang mahukan orang Melayu diberi hak untuk murtad!

Beginikah pemimpin yang kita mahu?

Bermuka-muka dan lidah bercabang? Depan orang bukan Islam cakap lain, depan orang Islam lain pula ceritanya?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

1 comment:

  1. hehehe dia saman pun tak akan menang sebab dah ada pelbagai fakta. Dia hanya saman untuk cari populariti, lepas tu dia minta para peguam pencacainya tangguh dan tangguh kes. Sebijik spesis perangai bapak dia.

    ReplyDelete