Apa kecoh-kecoh ni Harun Taib?
Semalam Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, telah
mengeluarkan kenyataan untuk membersihkan nama Nurul Izzah, ekoran tuntutan
biadap Nurul Izzah yang mahukan Melayu diberi hak untuk murtad.
Kenyataan ni disiarkan oleh Free Malaysia Today, portal
pro pembangkang, jadi pencacai pembangkang tak payahlah nak pakai alasan kenyataan
Harun Taib diputarbelit ya?
‘Maafkan
Nurul, dia masih budak-budak’
PETALING JAYA: Ketua Ulamak PAS, Datuk
Harun Taib menganggap Nurul Izzah tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam
agama.
Umur
Nurul yang masih muda boleh menyebabkan beliau boleh membuat kesilapan jika
bercakap mengenai agama Islam, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.
“Saya
mengingatkan orang poltik yang tidak tahu agama Islam supaya tidak bercakap
mengenai agama Islam.
“Kalau
orang yang tahu agama boleh lah mereka bercakap hal agama,” kata Harun.
Harun
menegaskan beliau tidak mengambil serius bimbang dengan kenyataan Nurul,
sebaliknya lebih risau orang yang pandai agama tetapi banyak membuat salah
dalam agama.
Dan
tokoh PAS itu meminta orang ramai memaafkan Naib Presiden PKR dan ahli Parlimen
Lembah Pantai itu.
“Nurul
masih budak-budak lagi, dan dia juga tidak ada pendidikan tinggi dalam agama,”
katanya.
Harun
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul dalam satu program di
dalam sebuah gereja Sabtu lalu.
Dalam
program tersebut Nurul dilaporkan sebagai berkata, jika kebebasan beragama
boleh digunakan kepada orang bukan Islam ia juga seharusnya melibatkan orang
Islam juga.
Kenyataan
tersebut menimbulkan kontroversi sehingga beberapa pihak membuat laporan polis
terhadap pemimpin muda PKR itu.
Ya ke Nurul ni masih budak-budak? Belum baligh lagi ke si
Nurul ni?
Kalau betul si Nurul ni budak-budak lagi,belum matang,
mengapa Pakatan angkat dia jadi pemimpin?
Nampak sangat ni cuma alasan lemah dari PAS untuk
menghalalkan kenyataan murtad Nurul Izzah.
Nurul, kau tu dah besar panjang, dah boleh tanggung dosa
perbuatan sendiri. Tak payahlah kau nak berselindung di sebalik bayang-bayang
PAS!!
Bak kata pepatah, berani buat, berani tanggung!!
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!
ni apa punya alasan baral harun taib ni...aii tak kan umur mcm nurul izah ni mcm budak2, klu blum matang yg pi angkat amik jdi pemeimpin pkr tu apa cita,.ni harun taib aku ingat masa kecik2 dulu lamabt bersunat tu pasal alasan dia ting tong...
ReplyDelete