Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?
Aku rasa kawan-kawan mesti dah lama tahu nama glamer
Khalid Samad ialah Khalid Gereja.
Mengapa Khalid Gereja?
Kerana….
Bila Kristian nak guna kalimah Allah di gereja, Khalid
kata NO PROBLEM!!
Bila Nurul Izzah buat kenyataan di gereja mahukan Melayu
diberi hak untuk murtad, Khalid kata NO PROBLEM!
Tapi bila JAIS buat serbuan ke gereja untuk bendung penyebaran
agama Kristian di kalangan orang Islam, Khalid kata ini PROBLEM! Mana boleh
kacau orang Kristian di gereja!
Jadi, sebab terlalu sangat sayangkan gereja, maka Khalid
Samad pun dapat nama manja KHALID GEREJA.
Tapi kini mungkin sebab dah boring dengan gelaran Khalid Gereja,
maka Khalid Samad nak tukar kepada gelaran baru, KHALID RASIS!
Apa buktinya ya?
Buktinya ialah Khalid Samad telah turun mewakili PAS untuk
menyokong agenda rasis Dong Zong semasa perhimpunan pertubuhan ultra kiasu
tersebut.
Tak percaya?
Baca sendiri laporan Malaysian Insider:
Ribuan
berhimpun di PJ menentang pelan pendidikan nasional
PETALING
JAYA, Nov 25 — Beribu-ribu rakyat berhimpun di padang bola sepak di sini dalam
perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bagi membantah
Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini
dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan.
“Kami menggesa kerajaan
memenuhi kehendak rakyat, melaksanakan dasar sekolah pelbagai bahasa dan
pastikan ia terkandung dalam dasar persekolahan arus perdana, untuk memberi
layanan yang adil dan memelihara ciri-ciri pendidikan vernakular,” kata
presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dalam ucapan kepada orang ramai yang
kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina.
Penunjuk perasaan bersorak
dan bertepuk tangan menyokong, mereka berdiri di bawah panas matahari, sambil
membawa payung dan sepanduk.
Sepanduk kanvas putih
dengan slogan seperti “Membantah KPM mepinggirkan SJKC, SJKT, Sekolah Tamil,
Sekolah Mubaligh, SMJK” yang ditulis dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan
Tamil digantung di dua sisi padang.
Parti-parti politik juga
menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di
padang.
N. Surendran dari PKR, Dr
Tan Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP
turut dilihat hadir memberi sokongan.
Namun begitu, tohmahan Dong Zong disangkal TPM yang juga
Menteri Pelajaran.
·
PPPM
Tiada Niat Jahat, kata Muhyiddin
· Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 tidak mempunyai niat jahat atau tujuan terselindung
bagi meminggirkan pendidikan bahasa Cina dan Tamil.
Beliau berkata kerajaan
sememangnya bertindak adil terhadap semua jenis sekolah dan mahu meningkat
kualiti pendidikan di semua aliran.
Mengulas dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina
Malaysia (Dong Zong) kononnya PPPM boleh menjejaskan pendidikan di sekolah
aliran Cina dan Tamil, beliau berkata ia adalah tidak betul sama sekali dan
merupakan satu tanggapan salah.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata semua sekolah kecuali sekolah
menengah persendirian Cina yang mengelolakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
akan menerima faedah daripada pelan tersebut.
Beliau mengulas demikian ketika ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan Dong
Zong itu pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan
Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di
Serdang hari ini.
Dong Zong pada hari ini menganjurkan perhimpunan membantah pelan itu kerana
khuatir ia akan meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, di samping meminta
kerajaan bersikap adil terhadap semua sekolah.
Mengulas lanjut mengenai tiga usul yang dibangkitkan Dong Zong, Muhyiddin
berkata PPPM langsung tidak menyebut untuk meminggirkan sekolah-sekolah yang
menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil, malah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) dan Tamil (SJKT) terus kekal dan turut disebut dalam laporan tersebut.
Mengenai pertambahan waktu pengajaran Bahasa Melayu pula, Muhyiddin berkata ia
dibuat dalam bentuk kelas tambahan tanpa mengganggu masa pembelajaran bahasa
Cina atau bahasa Tamil supaya mereka dapat memantapkan Bahasa Melayu yang mana
akan diperlukan untuk masuk ke sekolah menengah nanti.
Mengenai kelas peralihan pula, yang penghapusannya tidak dipersetujui Dong
Zong, beliau berkata kelas tersebut adalah tidak perlu sekiranya pembelajaran
Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT adalah setanding dengan sekolah-sekolah biasa.
Justeru, Muhyiddin mahu Dong Zong menghentikan tohmahan terhadap kerajaan
berkenaan perkara itu kerana ia hanya dibuat untuk tujuan politik semata-mata.
"Semua rakyat Malaysia sokong PPPM kenapa Dong Zong tak sokong. Yang
menyokong Dong Zong pun hanya beberapa pertubuhan. Banyak lagi pertubuhan yang
tak sokong Dong Zong kerana dia tahu Dong Zong ada muslihat politik.
"Saya tidak ada kepentingan politik. Saya melihat dari segi kepentingan
pelajaran. Sebab itu kita bersetuju (dengan pelan ini)," katanya.
Muhyiddin juga berkata Dong Zong seringkali melihat apa yang diusahakan
kerajaan sebagai berniat jahat dan bertujuan merosakkan bahasa Cina dan masa
depan bahasa itu walaupun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Kalau itulah nak dibuat, mungkin dah berpuluh-puluh tahun dulu kita dah
buat. Yang terbukti dalam Barisan Nasional sehingga 55 tahun merdeka, tidak ada
buat begitu. Tidak ada sekolah Cina ditutup, tiada bahasa Cina tak boleh
diajar, tambah guru Cina pun ada, tambah sekolah Cina pun ada," katanya.
Beliau berkata ia membuktikan bahawa pandangan Dong Zong adalah salah dan
berharap agar masyarakat Cina tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh
pertubuhan itu.
Sebenarnya Dong Zong ni
memang alat DAP untuk menaikkan semangat perkauman di kalangan orang Cina
supaya menentang Kerajaan, kononnya Kerajaan zalim terhadap orang Cina di
Malaysia padahal langkah Kerajaan tu baik belaka.
Sekarang ni standard
Bahasa Malaysia di sekolah Cina memang teruk, tu sebab mereka kena masuk Kelas
Peralihan setahun dulu, baru boleh masuk Tingkatan Satu.
Jadi, bagi membantu
pelajar Cina, Kerajaan cadangkan supaya kelas Bahasa Melayu ditambah di sekolah
Cina supaya tak payah masuk Kelas Peralihan dan tak rugi setahun, boleh terus
masuk Tingkatan Satu selepas Darjah Enam.
Benda baik macam ni pun,
Dong Zong boleh bantah?
Lepas tu Dong Zong turut
tuntut supaya sijil UEC sekolah menengah persendirian Cina diiktiraf setaraf
dengan SPM dan universiti bahasa pengantar Cina turut diiktiraf Kerajaan.
Bayangkanlah kawan-kawan,
macam mana keadaannya kalau orang Cina di Malaysia dari sekolah rendah, sekolah
menengah dan universiti belajar dalam Bahasa Cina sesama orang-orang Cina
sahaja. Tak payah ambil SPM pun takpa. Bila keluar universiti, cakap Bahasa
Melayu pun tak boleh! Macam mana nak wujudkan perpaduan kalau mereka tak
bergaul dengan bangsa lain dan tak tahu cakap Bahasa Malaysia, cuma tahu cakap
Bahasa Cina sahaja?
Inilah senario masa
depan yang ingin diwujudkan DAP menerusi proksi mereka, Dong Zong.
DAP nak main sentimen perkauman orang Cina,
aku tak hairan sebab DAP memang parti cauvinis Cina.
Tapi pasal apa PAS pun
turut sama nak cetuskan api kebencian kaum Cina ni?
Tak percaya? Baca balik
laporan dari Malaysian Insider.
Parti-parti politik juga
menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di
padang.
N. Surendran dari PKR, Dr
Tan Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP
turut dilihat hadir memberi sokongan.
PAS parti yang ahlinya orang Melayu. Macam mana orang
Melayu dalam PAS boleh setuju dengan idea-idea rasis Dong Zong yang cuma
mementingkan orang Cina dan mengabaikan perpaduan?
Jawapannya mudah. Mereka cuma mahukan kuasa. Jadi untuk
menawan hati pengundi Cina, mereka sanggup menggadaikan semuanya.
Tak kisahlah kalau satu hari nanti orang Cina di Malaysia
cuma tahu berkomunikasi dalam Bahasa Cina dan langsung tak faham Bahasa Melayu.
Tak kisahlah kalau Bahasa Melayu terus dipinggirkan
bagaikan kera sumbang, hidup segan mati tak mahu, dek kerana statusnya sebagai
bahasa rasmi terus diperlekeh golongan rasis seperti Dong Zong ini.
Tak kisahlah kalau insiden perkauman semakin meningkat
kerana sejak dari awal lagi bangsa-bangsa di Malaysia telah diasingkan dan
langsung tak bercampur antara satu sama lain.
Itu semua tak penting bagi PAS dan PKR. Yang penting,
dapat rampas kuasa!
Pergi jahanam dengan masa depan Malaysia!
Pemimpin macam ni ke yang kita nak?
Maka disebabkan Khalid Samad dan PAS secara terang dan
nyata menyokong agenda rasis Dong Zong, maka dengan rasminya Khalid Samad
mendapat jolokan baru, KHALID RASIS!!
Apa kecoh-kecoh ni PAS dan Khalid Samad?
No comments:
Post a Comment