Thursday, November 15, 2012

KALAU BERANI, SAMANLAH MAJLIS PEGUAM, NURUL!!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Tak lama dulu, berdegar-degar Nurul Izzah bertempik nak menyaman Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana kononnya memutarbelitkan kenyataan murtad beliau.

Tapi yang hairannya, Malaysiakini yang mencetuskan isu ini dengan membuat laporan pertama tentang kenyataan Nurul langsung tak berani disentuhnya.

Dan kini, ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam yang bertanyakan soalan mengenai murtad kepada Nurul pula telah mencabar Nurul untuk menyaman beliau jika yakin bahawa kenyataannya diputarbelitkan.

Nurul usah nafi kenyataan

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Dia (Nurul Izzah Anwar) tidak boleh menafikannya, sesiapa pun tidak boleh buat cerita, kita ada rakaman, every word (setiap perkataan) kita rakam."

Demikian reaksi ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim berhubung kenyataan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata, termasuk orang Melayu seperti yang disebut oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah dalam sebuah forum baru-baru ini.

Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.

Penegasan terbaru Siti Zabedah itu ekoran pendirian Nurul Izzah mahu menyaman media arus perdana dan media alternatif yang didakwa memutar belit kenyataannya serta mengelak mengulas berhubung kenyataannya berhubung isu tersebut sebelum ini.

Berhubung cabaran banyak pihak kepada Nurul Izzah untuk menyamannya, Siti Zabedah berkata, beliau sama sekali tidak gentar kerana berpegang kepada kebenaran.

Saya tidak percaya beliau akan (saman saya), saya hanya seorang peguam yang bertanyakan soalan dan beliau sendiri yang menjawab soalan itu. Sudah tentu, apa yang saya tanya itu bukannya di luar konteks kerana forum itu membincangkan tentang kebebasan beragama di Malaysia. Saya tiada masalah, saya tidak takut apa-apa, berani kerana benar, saya sokong apa yang benar, apa yang betul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam forum yang bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?, Siti Zabedah merupakan individu yang bertanyakan soalan kepada Nurul Izzah sama ada kebebasan beragama patut diperluaskan kepada orang Melayu memandangkan isu itu disebut pemimpin PKR tersebut dalam forum berkenaan.

Menjawab soalan itu, Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata: Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Menurut Siti Zabedah, beliau bertanyakan soalan berkenaan kepada Nurul Izzah kerana berpandangan seorang ahli politik sepatutnya mempunyai pendirian jelas berhubung mana-mana isu.

Sekiranya beliau benar-benar percaya hak kebebasan beragama terpakai sama rata kepada orang Melayu dan memetik surah al-Baqarah, beliau sepatutnya lagi bijak menjawab dan bukannya melompat. Kalau tidak setuju, boleh buat forum. Kalau beliau takut sama ada karier politiknya hancur, saya tidak peduli siapa pun, beliau yang bagi peluang untuk orang menjatuhkannya," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam.

Amacam Nurul? Berani ke nak saman Majlis Peguam? Sanggup ke nak saman Malaysiakini?

Kalau betul kenyataan Nurul telah diputarbelit Malaysiakini dan Majlis Peguam, saman je lah!! Jangan auta je lebih, tapi nak buat tak berani!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

1 comment:

  1. Alaa nurul izah ni kan budak lagi..betul ke..tapi lalang kat tanah 3 segi tu dah penuh..baik ko tanya mama ko kote bengkok tu betul saperti papa ko punya..woii betina dah lebih 48 jam tempoh yang ko berikan kepada utusan malaysia..kalau berani saman laa jangan jadi cam bapak ko cuma berani menafikan di pentas jalanan jee..tak guna punya naka branak..mak pula asyik dok jual air mata sebagai lakonan..sudah2 laa jijah..orang dah tau dan muak dengan lakonan ko.

    ReplyDelete