Monday, November 5, 2012

KHALID SAMAD SOKONG NURUL IZZAH, TAK SALAH MELAYU MURTAD



Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Semalam, semasa mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah agar orang Melayu turut diberi hak untuk memilih agama mereka, aku telah minta PAS untuk menyatakan pendirian mereka tentang isu ini:

Berikut adalah soalan aku semalam:



Dan hari ini Khalid Samad telah tampil untuk menyuarakan pendirian PAS.

Berikut ulasan Khalid Samad yang disiarkan portal pro-pembangkang Malaysiakini:

PAS’ Shah Alam MP Khalid Abdul Samad today defended fellow MP Nurul Izzah Anwar for her statement that there was no compulsion in religion.

“What is important is people must be Muslims because of faith, people who are Muslims because they are Malay, Allah will not accept; People who are Muslims because they are forced to, Allah will not accept.

"It has to be based on personal choice, the freedom to choose to be with Islam, that is what we want." he said.


PAS Shah Alam MP Khalid Abdul Samad hari ini mempertahankan kenyataan Nurul Izzah Anwar bahawa tidak ada paksaan dalam agama.

"Apa yang penting ialah orang mesti memeluk Islam kerana percaya; orang-orang yang beragama Islam kerana mereka adalah Melayu, Allah tidak akan terima; orang yang beragama Islam kerana mereka terpaksa, Allah tidak akan terima."

"Ia perlu berdasarkan pilihan peribadi, kebebasan untuk memilih Islam, itulah apa yang kita mahu," katanya.

Memang hebat Khalid Samad dan PAS keluar fatwa.

Jadi, kalau berdasarkan pada fatwa Khalid Samad dan PAS, orang yang asalnya Islam tetapi selepas itu dah kurang yakin pada Islam, maka tak salah lah dia keluar Islam sebab itu pilihan peribadi dia.

Kalau ikut fatwa Khalid Samad dan PAS ni, murtad bukan satu masalah kerana ianya bergantung pada pilihan peribadi masing-masing. Tak kisahlah kalau dia lahir sebagai orang Melayu dan dibesarkan sebagai orang Islam, kalau dia dah tak percaya, suka hati dialah kalau nak keluar Islam.

Yang orang lain nak kecoh-kecoh buat apa, ni kan kebebasan beragama.

ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM.

Kalau macam ni lah pandangan PAS yang memandang remeh isu murtad, maka tak hairanlah Dr Hassan Ali terpaksa keluar PAS untuk memperjuangkan isu ini.

Bila JAIS di bawah Dr Hassan Ali buat serbuan di gereja untuk mencegah penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam, Khalid Samad lah orang pertama mengutuk tindakan JAIS. Punyalah hebat Khalid Samad bela mubaligh Kristian sampai dapat gelaran "Khalid Gereja"

Dan tok-tok guru dalam PAS macam Nik Aziz dan Haji Hadi cuma diam macam syaitan bisu sahaja, langsung tak menegur Khalid Samad. Orang Melayu cakap, diam tu tanda setuju. Maka sikap membisu pucuk pimpinan PAS boleh lah ditafsirkan sebagai persetujuan ke atas semua kenyataan yang dikeluarkan Khalid Samad.

Dah terang lagi bersuluh, menegakkan syiar Islam bukan matlamat perjuangan PAS. Islam cuma dijadikan alat untuk memancing undi orang Islam.

Sampai bila orang Islam nak terpedaya dengan sandiwara PAS?

Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad? 

2 comments:

  1. Kenyataan Khalid mmg bahaya sbb kalau dibaca sekali lalu nampak betul, sbb keikhlasan dalam ibadah lah yg diterima Allah. Cuma dia tak sebut, hukum Hudud dalam Al-Quran ttg orang yang murtad ni. Apa hadis nabi ttg murtad. Apa tindakan para sahabat terhadap golongan murtad. Khalid main politik, ambik separuh-separuh hukum agama.

    Patut la JAIS tak bagi dia tauliah utk berceramah. Munafik rupanya.

    ReplyDelete
  2. hairan bin ajaib...mane pergi semua ularmak2 pas? kenapa diam membisu? harun din, taib azamudin? khalid gereja tak payah sebut la sbb mamat ni dah banyak sangat minum holy water!

    ReplyDelete