Wednesday, October 24, 2012

AGENDA RAHSIA MAHU BUANG 72,000 KAKITANGAN AWAM DALAM BAJET PAKATAN!



Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Sebelum ni kita dah banyak kali dengar DAP dalam kempen mereka lantang menyuarakan hasrat untuk mengurangkan jumlah penjawat awam kononnya jumlah penjawat awam terlalu ramai. Isu ini sebenarnya boleh dianggap isu perkauman, kerana penjawat awam kebanyakannya Melayu, sedangkan DAP ialah parti cauvinis Cina. Bila diasak oleh orang ramai, PKR dan PAS cepat-cepat buat kenyataan bahawa isu ini cuma salah faham, tapi yang hairannya DAP tidak pernah sekalipun membuat penafian. Ini bermakna agenda mengurangkan penjawat awam masih menajdi agenda utama DAP.

Dan kini aku kena tabik kepada Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah, kerana telah berjaya membongkar agenda rahsia dalam bajet pembangkang.

Berdasarkan kajian Perbendaharaan Malaysia, bajet pembangkang tidak menyediakan peruntukan secukupnya iaitu RM6.9 bilion bagi gaji dan pencen penjawat awam.

Kalau kita tengok jumlah perbelanjaan yang dinyatakan dalam bajet pembangkang, jumlah wang yang diperuntukkan terlalu sedikit untuk menampung gaji penjawat awam. Kalau kita tengok bajet pembangkang tu, jika menjadi Kerajaan, Pakatan perlu membuang seramai 72,000 penjawat awam supaya bajet mereka tak terlebih belanja.

72,000 PENJAWAT AWAM KENA BUANG!

Aku ulang sekali lagi.

72,000 PENJAWAT AWAM KENA BUANG!

Dengan bajet pembangkang ditunjangi oleh pakar-pakar ekonomi DAP seperti Tony Pua, tak hairanlah mereka cuba memasukkan secara senyap agenda pengurangan penjawat awam dalam bajet pembangkang.

Sekarang ni ada dua senario:

Senario pertama:

Pakatan mengaku pengurangan jumlah penjawat awam memang agenda utama mereka dan ianya akan dilaksanakan mulai tahun depan dengan PEMBUANGAN 72,000 PENJAWAT AWAM MELAYU sekaligus mendaulatkan agenda cauvinis Cina dalam DAP.

Senario kedua:

Pakatan mengaku bajet yang mereka sediakan memang hancuss dan banyak kesilapan. Dengan kata lain, bajet mereka ni sekadar momokan angka yang langsung tak boleh dipercayai.

Walau apapun pengakuan mereka, kedua-dua senario ini jelas menunjukkan bahawa Pakatan sebenarnya tiada agenda yang telus dan jelas serta langsung tak berkemampuan untuk mentadbir negara.

Kalau betul ada agenda nak buang penjawat awam Melayu, bagi tahu terang-terangan, jangan sorok dalam bajet.

Kalau betul tak reti nak buat bajet yang jadi panduan untuk menguruskan negara, macam mana kita nak percaya Pakatan mampu memerintah negara dengan baik?

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Tuesday, October 23, 2012

JANJI TAK DITEPATI: NURUL IZZAH KHIANATI PENDUDUK LEMBAH PANTAI



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Selama ni yang sering kita dengar pasal janji tak ditepati ialah di Selangor. Masa pilihanraya dulu, macam-macam yang dijanjikan oleh pembangkang, tapi bila dah berkuasa punyalah liat untk menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.

Yang paling lawaknya, MB Selangor, Khalid Ibrahim, boleh keluar kenyataan bahawa manifesto pilihanraya bukanlah janji yang perlu ditepati. Habis tu, kalau manifesto tu bukan janji, apa gunanya ada manifesto?

Dan kini penyakit Khalid Ibrahim dah berjangkit kepada Nurul Izzah pula.

Nurul Izzah semasa berkempen untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai telah berjanji bahawa wanita dan warga emas di Lembah Pantai akan menerima sehingga RM1,500 seorang dan janji ini antara punca penduduk Lembah Pantai memilih Nurul Izzah. Kini setelah lebih 4 tahun menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, janji ini masih belum tertunai.

Tuntut Nurul Izzah tunai janji PRU12 beri elaun saraan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dituntut menunaikan janji memberi elaun saraan kepada warga emas dan suri rumah Lembah Pantai, yang dibuat pada kempen Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.
Janji tersebut dikatakan menjadi punca pengundi ‘terpaksa’ beralih arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak mampu untuk menjanjikan perkara sama.
Perkara itu didedahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga pesaing Nurul Izzah bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008.
Shahrizat berkata, perkara itu antara perkara utama yang dijanjikan ketika kempen dibuat.
Menurutnya, beliau masih ingat ia antara yang ditanya pengundi adakah BN juga dapat menjanjikan hal sama.
“Ketika saya melawat rumah ke rumah, wanita dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu yang mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan, dan mereka tanya adakah saya boleh janjikan hal sama. Saja kata saya tidak mampu untuk berjanji kerana ia mustahil.
Sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan.”

Apakah NO ROLE IZZAH akan menggunakan helah sama yang dipakai oleh Khalid Ibrahim, kononnya manifesto bukan janji?

Mari kita tunggu dan lihat…

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Monday, October 22, 2012

NURUL IZZAH GAGAL PECAHKAN PERPADUAN UMNO LEMBAH PANTAI: SHAHRIZAT SOKONG RAJA NONG CHIK!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Nurul sokong Shahrizat bertanding di Lembah Pantai? Apa ceritanya ni?

Nurul bila diminta mengulas tentang kemungkinan menghadapi Dato’ Raja Nong Chik di Lembah Pantai menyifatkan Datuk Seri Shahrizat sebagai calon yang lebih sesuai.

“Pada saya, Datuk Seri Shahrizat calon yang lebih baik. Sekiranya Dato’ Raja Nong Chik menjadi calon, ianya adalah satu penganiayaan dan penghinaan kepada Wanita UMNO kerana Ketua mereka kehilangan kerusi.

Beliau juga telah berkhidmat dengan baik untuk Lembah Pantai sebelum ini.”

Hairan bin ajaib.

 Apa pasal tiba-tiba Nurul Izzah berkempen untuk Datuk Seri Shahrizat?

Bukankah Nurul Izzah sendiri dan rakan-rakan pembangkangnya yang lain yang sebenarnya berusaha mati-matian untuk menjatuhkan Datuk Seri Shahrizat?

Mengapa Nurul tiba-tiba sokong Shahrizat?

Tidak lain dan tidak bukan kerana Nurul Izzah sudah kecut dan gentar melihat kerja kuat Dato’ Raja Nong Chik di Lembah Pantai. Oleh itu, dia pun cuba untuk memecah-belahkan perpaduan UMNO Lembah Pantai kononnya Datuk Seri Shahrizat calon yang paling layak.

Harapan Nurul ialah agar Wanita UMNO dan penyokong Shahrizat yang lain tidak akan menyokong Dato’ Raja Nong Chik jika ditakdirkan Dato’ Raja Nong Chik menjadi calon Lembah Pantai.

Minta maaf Nurul, harapan kau tinggal angan-angan belaka.

Shahrizat  sokong  Nong  Chik  calon  BN  Lembah  Pantai

KUALA LUMPUR 22 Okt. — Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan sokongan terhadap Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana kerja kerasnya di kawasan Parlimen Lembah Pantai selama ini.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu juga berkata: "Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan. Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut hadir pada sidang akhbar itu.

Shahrizat yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai sejak pilihan raya umum 1995 setelah mengalahkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas dari parti Semangat 46 dengan majoriti 13,361 undi gagal untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal keempat pada pilihan raya umum lepas.

Shahrizat telah dikalahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah mendapat kelebihan sebanyak 2,895 undi.

Raja Nong Chik pula berkata, hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.

"Semasa dalam Kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan Datuk Seri.

"Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu UMNO berpecah supaya mereka menang dengan mudah. Kalau parti UMNO ini bersatu padu, mustahil mereka akan dapat menang," katanya.

Sementara itu, Shahrizat juga menuntut Nurul Izzah menunaikan janji untuk memberikan elaun saraan dari RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah jika menang pilihan raya umum 2008.

"Semasa kempen 2008, beliau menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat tahun, mana dia janji-janji mereka?

"Ternyata ini adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka tidak lagi mempedulikan rakyat," katanya.

Inilah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Shahrizat MENYOKONG PENUH kepimpinan Dato’ Raja Nong Chik di Lembah Pantai. Tiada lagi rasa was-was tentang perpaduan UMNO Lembah Pantai.


Kini NO ROLE IZZAH terus menggigit jari kerana percaturannya untuk memecahkan perpaduan UMNO Lembah Pantai tidak menjadi.

Awas NO ROLE! PRU 13 bakal jadi penamat karier kau di Lembah Pantai!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Thursday, October 18, 2012

NURUL IZZAH KANTOI LAGI CUBA FITNAH PTPTN!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kelmarin Nurul Izzah buat kecoh lagi di Parlimen. Dia menuduh PTPTN melesapkan RM24.42 bilion yang dibayar oleh peminjam.

Isyyy, ni isu sensasi ni. Apa jawapan PTPTN?

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan isu kehilangan wang dalam akaun peminjam berjumlah RM 24.42 bilion yang ditimbulkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menerusi persidangan parlimen, kelmarin.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, isu berkenaan tidak wujud kerana wang terbabit sudah dapat dikesan pada tahun lalu apabila sistem diperbaiki pihaknya.

“Wang bayaran diterima menerusi rekod lejar am dan bukan rekod lejar individu disebabkan kelemahan sistem pada rekod kewangan berakhir 31 Disember 2010.

“Perkara itu sudah diselesaikan dengan pembaikan sistem yang mana rekod setiap pembayar dikemaskini pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011,” katanya dalam sidang media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Majlis Jasamu dikenang, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan dan Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff. Beliau berkata, bayaran yang dijelaskan sudah dimasukkan dalam rekod setiap individu dan tidak berlaku penyelewengan terhadap mana-mana akaun.

Ismail berkata, ia sekadar isu lapuk yang digunakan pihak pembangkang bagi mengaburi mata orang ramai terutama golongan penuntut.

“Ini taktik yang diguna pakai bagi menarik golongan muda terpengaruh dengan mereka,” katanya.

Oooooh, begituuuu…

Duit tu memang ada, cuma rekod je lambat dikemaskini. Tapi sekarang sistem tersebut telah diperbaiki.

Biasalah tu, pembangkang memang suka sangat cari isu sensasi.

Duit PTPTN RM24.42 bilion hilang!! Bunyi dahsyat je kan? Padahal penjelasannya dah ada, cuma Nurul Izzah je sengaja buat-buat pekak tak nak dengar penerangan dan buat-buat buta tak nak baca penjelasan.

Lepas tu kecoh satu dunia kononnya duit tu dilesapkan oleh Kerajaan.

Ini je lah peranan si NO ROLE IZZAH. Buat kecoh, tabur fitnah sana sini, umpat pemimpin, maki orang. Memang sesuai pun digelar NO ROLE IZZAH!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE

Wednesday, October 17, 2012

NURUL IZZAH KANTOI LAGI ISU BEKAS PENYEWA GERAI FLAT 4 TINGKAT KG KERINCHI!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kelmarin Nurul telah buat sidang media kononnya untuk membela nasib bekas penyewa gerai PKNS Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Dalam sidang media berkenaan, Nurul Izzah mendakwa Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dan pemaju bertindak zalim kerana tidak menyediakan gerai baru bagi bekas penyewa tersebut meneruskan perniagaan.

Berikut laporan yang dipetik dari Sinar Harian:

Status Penyewa Masih Samar

Sembilan bekas penyewa rumah kedai Flat 4 Tingkat Kerinchi masih keliru dengan status mereka walaupun sudah 6 bulan berpindah ke PPR.

Mereka berharap dapat memperoleh kedai baru untuk menyambung perniagaan.

Rosli Ahmad, 55, berkata pihaknya pernah merujuk perkara tersebut kepada pemaju dan DBKL namun jawapan diterima masih buntu.

“Nasib kami ibarat tergantung kerana apabila dirujuk, kami ditolak ke pihak satu lagi, begitulah sebaliknya,” katanya.

Sekali baca, nampak macam pemaju dan DBKL memang zalim. Tapi bila kita singkap kisah sebenar, barulah kita tahu siapa yang sebenarnya kaki penipu dan buat kacau.

Untuk makluman, kesemua peniaga ni menyewa gerai milik PKNS di Flat 4 Tingkat, Kg Kerinchi. PKNS yang berada di bawah kawalan Kerajaan Pakatan Selangor sebenarnya telah bekerjasama dengan pemaju untuk membangunkan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Benda ni Nurul tak pernah cerita. Dia kata Kementerian Wilayah Persekutuan zalim, DBKL zalim, pemaju zalim tapi apa pasal dia tak pernah kata PKNS zalim padahal PKNS pun turut sama bekerjasama dalam pembangunan kawasan ni malah PKNS memang menjadi tuan punya gerai yang disewa mereka!!

Untuk makluman kawan-kawan, PKNS akan mendapat lot-lot kedai sebagai ganti apabila Flat 4 Tingkat Kerinchi dibangunkan kelak. Jadi, mereka memang menyokong pembangunan ini kerana ianya menguntungkan mereka.

Sekarang ni, penyewa ni semuanya menyewa dengan PKNS, habis tu apasal PKNS tak bantu tempatkan mereka di gerai-gerai di lokasi lain? PKNS kan banyak gerai di pelbagai lokasi. Tempatkanlah penyewa gerai PKNS di situ! Mengapa DBKL pula yang dipersalahkan Nurul Izzah?

Tapi sebab Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL prihatin, mereka tetap bantu para penyewa. Penyewa diberi pilihan sama ada mereka mahu ditempatkan di rumah PPR atau menyewa gerai.

Semua penyewa perlu membuat pilihan sama ada mahukan rumah PPR atau gerai. KESEMUA mereka telah memilih rumah PPR. Lihat sendiri Surat Akujanji ini. Ini bukti kukuh penyewa telah buat pilihan.


Baca pula surat ini. PKNS sendiri telah tulis surat kepada Nurul Izzah mengesahkan bahawa SEMUA penyewa gerai PKNS setuju untuk menyewa rumah PPR.

Jadi, bila penyewa kedai dah setuju menyewa rumah PPR, memang lah mereka takkan dapat gerai dari DBKL! Kalau nak sewa gerai, pilihlah nak sewa gerai! Ni dah pilih sewa rumah PPR, tiba-tiba kecoh pulak pasal tak dapat sewa gerai! Banyak lemak muka korang!!

Nurul Izzah lagi lah nampak hipokritnya! Terang-terang dia dah tahu penyewa kedai PKNS ni memang tak layak diberi tapak meniaga baru sebab dah pilih untuk menyewa rumah PPR. Surat tu pun datang dari PKNS sendiri dan jelas ditujukan untuk Nurul Izzah, tapi dia masih lagi nak berlagak macam heroin kononnya nak membela para peniaga.

Baca pula surat ini yang dihantar oleh pemaju kepada PKNS. Dalam surat ni jelas pemaju MERAYU kepada PKNS agar menangguhkan notis pengosongan kepada penyewa sehingga rumah PPR untuk mereka selesai disediakan. Kalau PKNS terus menghalau penyewa mereka keluar, duduk merempatlah mereka tanpa ada tempat berteduh.
Sekarang ni, siapa yang beria-ia nak halau keluar orang Melayu, siapa yang nak jaga kebajikan mereka?

Jawapannya: PKNS di bawah Kerajaan Pakatan Selangor yang nak halau Melayu keluar, pemaju yang bersungguh-sungguh nak bantu mereka!

Lepas tu ada hati pulak si Nurul Izzah nak sediakan sepanduk minta penyewa bergambar dengan dia!
Apa kata sepanduk tu?

Jutaan Terima Kasih kepada Nurul Izzah & Terima Kasih kepada PKNS.

Sendiri buat sepanduk, lepas tu puji diri sendiri. Memang muka tak malu betul Nurul Izzah! Bak kata pepatah, masuk bakul angkat sendiri! Padahal yang selama ni nak menggagalkan pembangunan Flat 4 Tingkat ialah Nurul Izzah sendiri, dan PKNS juga jelas beria-ia nak halau penyewa tu keluar cepat-cepat!

Pigirahh Nurul Izzah!! Benda jelas macam ni pun kau nak kelentong?

Sekarang kan dah pecah tembelang!!

Malulah ada Ahli Parlimen kaki penipu macam ni. Kau memang betul takda peranan di Lembah Pantai selain dari cetuskan perpecahan dan kekacauan, sesuai dengan gelaran NO ROLE IZZAH.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Monday, October 15, 2012

PENIAGA PASAR MALAM KERINCHI BERI AMARAN PADA NURUL IZZAH!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Beberapa hari lepas, para peniaga pasar malam Kerinchi diketuai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga Pasar Malam Kerinchi, Mohd Sani Sabran telah mengadakan sidang media untuk mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Raja Nong Chik kerana membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi peniaga dengan mendapatkan tapak baru untuk mereka berniaga.

Soalan yang aku nak tanya Nurul Izzah: kau mendabik dada kononnya kau pejuang isu Pasar Malam Kerinchi ni, tetapi mengapa sejak pengeluaran notis penamatan pada bulan Mac, LAPAN BULAN LEPAS, kau tak berusaha untuk mencari tapak baru untuk mereka?

Sebenarnya tanggungjawab mencari tapak baru adalah di tangan penganjur, dan dalam hal ini, penganjur adalah orang kuat kau sendiri, Nurul. Jadi mengapa kau sengaja tak nak mohon tapak baru walaupun tapak alternatif telah dicadangkan kepada penganjur oleh DBKL?

Jawapannya ialah, kau sengaja tak nak mohon tapak baru supaya isu ini dapat dipolitikkan selama mungkin.  Lagi lama isu ni berlanjutan, lagi lama lah kau boleh berlakon sebagai pejuang rakyat. Peduli apa kalau peniaga tak dapat berniaga, peduli apa kalau peniaga tak dapat mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga mereka, yang penting kepentingan politik kau tercapai!

Akhirnya Dato’ Raja Nong Chik sendiri terpaksa campur tangan, mencarikan tapak baru untuk para peniaga. Walaupun ianya tidak sebesar tapak asal, tetapi sekurang-kurangnya Dato’ Raja Nong Chik berusaha mencari jalan penyelesaian.

Kau, apa yang kau buat Nurul? Cuma tahu komplen, buat demonstrasi, hantar memorandum dan menyalahkan semua pihak.

Ada kau beri cadangan tapak baru? TAKDA!!

Tapi bila Dato’ Raja Nong Chik berusaha mencari tapak baru, terus kau ungkit kononnya tapak tak sesuai lah, kecil lah.

Haiii, Nuruuuul… Komplen memang senang, tapi nak menyelesaikan masalah memang susah.

Kalau kau tu sempurna sangat, carikanlah tapak baru yang serba selesa dan paling sesuai untuk peniaga tu!! Dah dapat notis LAPAN BULAN lepas, apa pasal tak buat kerja sampai sekarang?

Kerja tak nak buat, lepas tu komplen itu tak betul, ini tak betul. Memang sesuailah kau digelar NO ROLE Izzah, sebab kau memang langsung tak mainkan apa-apa peranan untuk bantu para peniaga!

Kata muktamad, aku serahkan balik pada para peniaga.

Tengok gambar ni, dan bacalah sendiri luahan hati para peniaga Pasar Malam Kerinchi.


TERIMA KASIH YB DATO’ RAJA NONG CHIK KERANA MENYELESAIKAN MASALAH KAMI.

YB NURUL IZZAH… JANGAN CUBA PECAH-BELAHKAN KAMI!!

JANGAN DIMANIPULASIKAN ISU PASAR MALAM INI DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Sunday, October 14, 2012

NURUL IZZAH HARAP MUKA JE CANTIK TAPI SUKA BUAT FITNAH?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Aku baru lepas baca akhbar Star hari ni. Ada artikel menarik pasal perebutan jawatan MB Selangor antara Khalid Ibrahim & Azmin Ali.

Tapi yang agak menariknya, ada juga ulasan mengenai Nurul Izzah.

Aku kongsikan sekali di sini.

There has also been talk about positioning Nurul Izzah as the next MB, and Taman Medan, a state seat in Selangor, has been named as a possible constituency for her. It is not an implausible scenario because Datuk Seri Dr Khir Toyo was only slightly older than her when he was plucked from obscurity for the post.
But her problem is that, intellectually, she has not measured up to her generational peers like Rafizi Ramli or Rembau MP Khairy Jamaluddin. She has not shone in Parliament compared to several other first-time MPs. Without her father’s name, she would be just another pretty and ambitious politician.
Her other problem is that she seems to be modelling herself after the eccentric Batu MP Tian Chua whom not many people take seriously these days. They like to pursue sensational and gimmicky issues without proper research and when proven wrong, they simply move on to a new issue. Over time, such incidents affect one’s credibility.
For instance, Nurul Izzah went to town about the Defence Ministry submarine that could not dive. She got loads of publicity but when the submarine dived in the sea off Sabah with no less than the King on board, she behaved as though she had never talked about it.
Nurul Izzah is a good ceramah speaker but has yet to show that she can think and argue factually in a debate. She has a lot of catching up to do and Azmin will see to it that she stays in Lembah Pantai.
Terdapat juga spekulasi kemungkinan Nurul Izzah dilantik sebagai MB seterusnya, dan Taman Medan, kerusi DUN di Selangor, telah dinamakan sebagai kawasan yang sesuai untuk Nurul. Ia bukan satu senario yang mustahil kerana Datuk Seri Dr Khir Toyo hanya tua sedikit daripada Nurul apabila dilantik sebagai MB.

Tetapi masalahnya ialah secara intelektual, dia tidak standing dengan  ahli politik dari generasinya seperti Rafizi Ramli atau Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Dia tidak menyerlah di Parlimen berbanding dengan beberapa Ahli Parlimen baru yang lain. Tanpa nama bapanya, dia hanya sekadar seorang ahli politik berwajah cantik dan bercita-cita tinggi.

Masalah lain beliau adalah bahawa dia seolah-olah menampilkan dirinya mengikut gaya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang tidak dipandang serius oleh rakyat pada hari ini. Nurul dan Tian Chua hanya suka menggembar-gemburkan isu-isu sensasi untuk menarik perhatian orang ramai tanpa menyelidik sesuatu isu itu dengan mendalam terlebih dahulu. Apabila terbukti salah, mereka akan cuba menimbulkan isu sensasi yang baru pula. Apabila Nurul dan Tian Chua sering terperangkap dengan cerita sensasi palsu yang dibuat, ianya sudah pasti menjejaskan kredibiliti mereka.

Sebagai contoh, Nurul Izzah pernah kecoh tentang kapal selam Kementerian Pertahanan yang kononnya tidak boleh menyelam. Beliau mendapat banyak publisiti tetapi apabila kapal selam tersebut menyelam di perairan Sabah dengan kehadiran Yang diPertuan Agong di atas kapal selam tersebut, dia berlagak seolah-olah dia tidak pernah bercakap mengenai isu berkenaan.

Nurul Izzah adalah seorang penceramah yang baik tetapi dia masih belum mampu berfikir dan berhujah secara rasional dalam perbahasan. Dia masih banyak ketinggalan dan Azmin sudah tentunya akan memastikan bahawa Nurul Izzah kekal di Lembah Pantai dan bukannya berpindah ke Selangor.

Memang betul Tian Chua dan Nurul Izzah suka buat fitnah. Siapa boleh lupa bila Tian Chua kantoi kerana photoshop gambar PM bersama Altantuya? Siapa boleh lupa bila Tian Chua sengaja rempuh polis semasa perhimpunan Bersih yang pertama dan selepas itu buat cerita kononnya polis yang serbu dia?

Dan manusia kaki fitnah dan penipu inilah yang menjadi idola Nurul Izzah. Hubungan mereka begitu intim sehingga timbul tanda tanya sama ada Nurul Izzah kah anak pemimpin pembangkang Melayu yang dimaksudkan apabila Raja Petra mengesahkan bahawa Tian Chua mempunyai hubungan sulit dengan anak seorang pemimpin pembangkang Melayu.  

Dengan idola seperti Tian Chua dan Papa Hebat, maka tidak hairanlah Nurul Izzah pun jadi kaki fitnah dan kaki penipu juga.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Thursday, October 11, 2012

“RATU CURI KREDIT“ NURUL IZZAH MUNCUL DI PASAR MALAM KERINCHI



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Seperti yang dijangka, sebaik sahaja Dato’ Raja Nong Chik berjaya menyelesaikan kemelut yang dihadapi penduduk Flat 17 Tingkat dan penjaja Pasar Malam Kerinchi, maka ada sajalah suara sumbang yang cuba mencuri kredit atas usaha orang lain.

Spt yg saya maklum sebelum ini, penjaja pasar malam Kg Kerinchi akan diberi tapak niaga alternatif. Cuma ada ahli politik sebelah sana yg mau jd heroin & politikkan isu, sdg Kerajaan BN sntiasa fikir kepentingn penduduk sekitar, juga penjaja. Bila kita bentang penyelesaian, mahu ambil kredit pula. Mainan politik.

Siapa yang muka tak malu cuba curi kredit tu?

Tak lain tak bukan, NO ROLE IZZAH!!

Yaaa, itu nama timangan baru Nurul Izzah kerana terbukti selama menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, dia langsung tak pernah mainkan peranan bantu penduduk, sebaliknya lebih suka makan angin untuk memburukkan Malaysia di mata dunia luar.

Mari kita baca twit si NO ROLE:

Alhamdulillah kemenangan rakyat untuk selesaikan tapak baru pasar malam Kg Kerinchi. Terima kasih DBKL

Aikkk? Sebut DBKL je? Apasal tak sebut sekali nama Menteri yang telah berjaya selesaikan isu ni?

NO ROLE juga turut diperli oleh Khairy Jamaluddin kerana tabiat buruknya yang suka curi kredit.

Ada juga MP tunggu depan gol nak claim credit. Tsk2 “@RajaNongChik: Bila kita bentang penyelesaian, mahu ambil kredit pula. Mainan politik.”

Tapi ni bukan kali pertama si NO ROLE cuba curi kredit dari usaha Kerajaan BN. Dah banyak kali daaaah!

Tak percaya? Silalah baca artikel-artikel ni.



NURUL IZZAH SAH DITABAL SEBAGAI RATU CURI KREDIT!!!




NURUL IZZAH ‘RATU CURI KREDIT’ KEMBALI DI BALAI POLIS BRICKFIELDS!!



Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Wednesday, October 10, 2012

PENIAGA PASAR MALAM KERINCHI TIADA TAPAK BARU: SALAH SIAPA?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sejak kebelakangan ini, Nurul Izzah asyik berlagak hero meminta supaya Pasar Malam Kerinchi dikekalkan di tempat asal. Dia juga menuntut supaya tapak alternatif diberikan oleh DBKL sekiranya mereka perlu berpindah.

Bila penduduk tak puas hati kerana isu ini masih berlarutan dan marah kepada Nurul Izzah kerana mempolitikkan isu ini, cepat sahaja Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil, menuding jari kepada DBKL.

 tak dipolitikkan, masalah timbul krn DBKL enggan beri tapak pasar mlm baru.

Soalnya sekarang, tanggungjawab siapa untuk menyediakan tapak alternatif? 

Minta maaf ya Fahmi Fadzil, BUKAN tanggungjawab DBKL untuk sediakan tapak baru. Permohonan tapak baru perlu dibuat oleh penganjur.

Perkara asas macam ni pun kau tak tahu, macam mana nak jadi Setiausaha Politik?

Untuk makluman kau ya Fahmi Fadzil, kelulusan diberikan DBKL apabila ada permohonan dari Persatuan Penduduk di mana permintaan melebihi bantahan dan tapak yang dipohon sesuai. Jika di kemudian hari, tapak tidak lagi sesuai, maka DBKL berhak menarik balik kelulusan.

Dalam kes Pasar Malam Kerinchi, penganjur ialah Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat dan Persatuan Penduduk Flat 17 Tingkat yang kemudiannya diambil alih oleh JMB Flat 17 Tingkat. 

Bila DBKL memutuskan bahawa tapak Pasar Malam Kerinchi tidak lagi sesuai atas sebab keselamatan, maka pihak penganjur dan peniaga telah dimaklumkan. Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat setuju dengan penutupan manakala JMB Flat 17 Tingkat tidak setuju.

DBKL telah cadangkan supaya tapak Pasar Malam dipindahkan ke dalam kawasan Flat 17 Tingkat tetapi ianya perlu dipohon secara rasmi oleh JMB Flat 17 Tingkat. 

Haaa, nampak tak? DBKL bukan terus suruh tutup, malah beri cadangan tapak alternatif!

Sekarang ni, Pengerusi JMB Flat 17 Tingkat ialah Zamri, penyokong Nurul Izzah. 

Isunya sekarang, notis penutupan telah diberi sejak bulan Mac 2012, sekarang dah bulan Oktober, maknanya dah LAPAN BULAN Zamri tahu tapak alternatif perlu dipohon tetapi mengapa sehingga sekarang Zamri belum mengemukakan permohonan untuk memindahkan tapak pasar malam? Adakah kerana Nurul Izzah sengaja mahu memanjangkan isu ini? Kalau dari dulu Zamri dah mohon perpindahan tapak, sekarang takkan ada isu penutupan pasar malam ni!

Mujurlah Dato' Raja Nong Chik prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk dan peniaga. Beliau berusaha mencari penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Semalam, Dato' Raja Nong Chik telah umumkan perpindahan Pasar Malam Kerinchi ke Vista Angkasa. Maknanya, penganjur Pasar Malam Kerinchi sekarang ialah JMB Vista Angkasa, bukan lagi JMB Flat 17 Tingkat.

Nak harapkan si Zamri, confirm sampai bila-bila lah dia takkan mohon perpindahan tapak pasar malam! Maklumlah, Nurul dah arah supaya isu ni dipanjangkan selama mungkin.

Penduduk Lembah Pantai boleh tengok sendiri, siapa yang ambil inisiatif selesaikan masalah dan siapa yang cuma mahu buat kecoh. 

Nurul buat kecoh dan bising satu kampung kononnya takda tapak pasar malam alternatif. Habis tu, kau carilah tapak baru dan cadangkan! Dok buat memorandum, demonstrasi sana-sini bukannya dapat selesaikan masalah!

Bandingkan pula dengan Dato' Raja Nong Chik. Dalam diam, tanpa demonstrasi sana-sini, beliau buat kerja cari tapak pasar malam baru. 

Sekarang isu dah selesai. Penduduk Flat 4 Tingkat gembira kerana projek pembangunan semula kawasan mereka dapat diteruskan. Penduduk Flat 17 Tingkat gembira kerana masalah kesesakan dan parkir telah selesai. Peniaga pun gembira kerana dapat tapak baru. 

Yang tak gembira seorang sahaja. 

Siapa yaaa? Tak lain tak bukan si Nurul lah!! 

Bukan sahaja rancangan dia nak cetuskan kekacauan gagal, tapi Dato' Raja Nong Chik pula jadi hero kerana berjaya menggembirakan semua pihak.

Nampak sangat Nurul bukan peduli masalah penduduk dan peniaga. Dia cuma nak cetuskan kekacauan dan huru-hara!! 

Dia langsung takda peranan untuk menyelesaikan masalah penduduk. Patut pun sekarang dia dapat gelaran baru - NO ROLE IZZAH!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?