Wednesday, October 17, 2012

NURUL IZZAH KANTOI LAGI ISU BEKAS PENYEWA GERAI FLAT 4 TINGKAT KG KERINCHI!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kelmarin Nurul telah buat sidang media kononnya untuk membela nasib bekas penyewa gerai PKNS Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Dalam sidang media berkenaan, Nurul Izzah mendakwa Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dan pemaju bertindak zalim kerana tidak menyediakan gerai baru bagi bekas penyewa tersebut meneruskan perniagaan.

Berikut laporan yang dipetik dari Sinar Harian:

Status Penyewa Masih Samar

Sembilan bekas penyewa rumah kedai Flat 4 Tingkat Kerinchi masih keliru dengan status mereka walaupun sudah 6 bulan berpindah ke PPR.

Mereka berharap dapat memperoleh kedai baru untuk menyambung perniagaan.

Rosli Ahmad, 55, berkata pihaknya pernah merujuk perkara tersebut kepada pemaju dan DBKL namun jawapan diterima masih buntu.

“Nasib kami ibarat tergantung kerana apabila dirujuk, kami ditolak ke pihak satu lagi, begitulah sebaliknya,” katanya.

Sekali baca, nampak macam pemaju dan DBKL memang zalim. Tapi bila kita singkap kisah sebenar, barulah kita tahu siapa yang sebenarnya kaki penipu dan buat kacau.

Untuk makluman, kesemua peniaga ni menyewa gerai milik PKNS di Flat 4 Tingkat, Kg Kerinchi. PKNS yang berada di bawah kawalan Kerajaan Pakatan Selangor sebenarnya telah bekerjasama dengan pemaju untuk membangunkan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Benda ni Nurul tak pernah cerita. Dia kata Kementerian Wilayah Persekutuan zalim, DBKL zalim, pemaju zalim tapi apa pasal dia tak pernah kata PKNS zalim padahal PKNS pun turut sama bekerjasama dalam pembangunan kawasan ni malah PKNS memang menjadi tuan punya gerai yang disewa mereka!!

Untuk makluman kawan-kawan, PKNS akan mendapat lot-lot kedai sebagai ganti apabila Flat 4 Tingkat Kerinchi dibangunkan kelak. Jadi, mereka memang menyokong pembangunan ini kerana ianya menguntungkan mereka.

Sekarang ni, penyewa ni semuanya menyewa dengan PKNS, habis tu apasal PKNS tak bantu tempatkan mereka di gerai-gerai di lokasi lain? PKNS kan banyak gerai di pelbagai lokasi. Tempatkanlah penyewa gerai PKNS di situ! Mengapa DBKL pula yang dipersalahkan Nurul Izzah?

Tapi sebab Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL prihatin, mereka tetap bantu para penyewa. Penyewa diberi pilihan sama ada mereka mahu ditempatkan di rumah PPR atau menyewa gerai.

Semua penyewa perlu membuat pilihan sama ada mahukan rumah PPR atau gerai. KESEMUA mereka telah memilih rumah PPR. Lihat sendiri Surat Akujanji ini. Ini bukti kukuh penyewa telah buat pilihan.


Baca pula surat ini. PKNS sendiri telah tulis surat kepada Nurul Izzah mengesahkan bahawa SEMUA penyewa gerai PKNS setuju untuk menyewa rumah PPR.

Jadi, bila penyewa kedai dah setuju menyewa rumah PPR, memang lah mereka takkan dapat gerai dari DBKL! Kalau nak sewa gerai, pilihlah nak sewa gerai! Ni dah pilih sewa rumah PPR, tiba-tiba kecoh pulak pasal tak dapat sewa gerai! Banyak lemak muka korang!!

Nurul Izzah lagi lah nampak hipokritnya! Terang-terang dia dah tahu penyewa kedai PKNS ni memang tak layak diberi tapak meniaga baru sebab dah pilih untuk menyewa rumah PPR. Surat tu pun datang dari PKNS sendiri dan jelas ditujukan untuk Nurul Izzah, tapi dia masih lagi nak berlagak macam heroin kononnya nak membela para peniaga.

Baca pula surat ini yang dihantar oleh pemaju kepada PKNS. Dalam surat ni jelas pemaju MERAYU kepada PKNS agar menangguhkan notis pengosongan kepada penyewa sehingga rumah PPR untuk mereka selesai disediakan. Kalau PKNS terus menghalau penyewa mereka keluar, duduk merempatlah mereka tanpa ada tempat berteduh.
Sekarang ni, siapa yang beria-ia nak halau keluar orang Melayu, siapa yang nak jaga kebajikan mereka?

Jawapannya: PKNS di bawah Kerajaan Pakatan Selangor yang nak halau Melayu keluar, pemaju yang bersungguh-sungguh nak bantu mereka!

Lepas tu ada hati pulak si Nurul Izzah nak sediakan sepanduk minta penyewa bergambar dengan dia!
Apa kata sepanduk tu?

Jutaan Terima Kasih kepada Nurul Izzah & Terima Kasih kepada PKNS.

Sendiri buat sepanduk, lepas tu puji diri sendiri. Memang muka tak malu betul Nurul Izzah! Bak kata pepatah, masuk bakul angkat sendiri! Padahal yang selama ni nak menggagalkan pembangunan Flat 4 Tingkat ialah Nurul Izzah sendiri, dan PKNS juga jelas beria-ia nak halau penyewa tu keluar cepat-cepat!

Pigirahh Nurul Izzah!! Benda jelas macam ni pun kau nak kelentong?

Sekarang kan dah pecah tembelang!!

Malulah ada Ahli Parlimen kaki penipu macam ni. Kau memang betul takda peranan di Lembah Pantai selain dari cetuskan perpecahan dan kekacauan, sesuai dengan gelaran NO ROLE IZZAH.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

3 comments:

  1. elok kena jubor si izzah ni, baru betul sikit kepala hotaknya....
    ada otak letak kat juborrr....
    tapi x per lar...pasal bab menjubor ni bapak izzah cukup suka....

    ReplyDelete
  2. Macam ni la bila orang bodoh berlagak pandai..asyik dok terlompat-lompat sahaja asalkan mendatangkan keuntungan kepada dia..sudah laa betina ooii..kencing pun belum lurus nak tunjuk pandai..baik ko bagi bontot ko kat bapak ko jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. "asyik dok terlompat-lompat sahaja asalkan mendatangkan keuntungan" ha ah betul saya setuju, mereka ni asyik fikir untung untung untung. Contoh mcm sistem AES speed trap yg baru buat tu. Lokasi 50km/h pun ada speed trap!!??? JALAN GERTAK SANGGOL satu contoh tempat. Tempat saman yg banyak 60 hingga 90 km/h.

      DUit sekarang dah la makin kecik nilai. Nak idup bagi anak bini makan pun cam nyawa2 ikan. Dh nak tambah saman speed trap pulak. Orang kaya leh bawak laju sampai 500km/h pun takpe. Sbb klu setakat saman2 ni celah gigi leh setel. Org miskin bawak kapcai bawak 70km/h (katalah ada hal atau emergency)dah kena buang 3 hari punya gaji untuk saman. 70km/h punya pasal hilang gaji 3 hari? Besar sangat ke JENAYAH 70km/h tu. Dah la bagi kat syarikat swasta RM16 pulak drpd jumlah setiap saman tu satu hal lah. Orang atas semua sama baik pembangkang baik kerajaan!!! Patutnya untuk orang2 susah ni bagi la pilihan lain untuk saman tu!!! denda buat kerja2 kebajikan ke atau apa2 jelah yg tak libat duit tapi boleh jadi sebagai pengajaran!!! asyik asyik duit duit duit!! ingat senang ke nak cari duit hah!!!!

      Delete