Tuesday, October 2, 2012

NURUL IZZAH MAHU RAKYAT MISKIN BAYAR LEBIH BANYAK CUKAI!!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Aku cukup terkejut bila baca ulasan Nurul Izzah mengenai Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri. Dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana bersyukur kerana beban cukai ke atas mereka telah dikurangkan dek keprihatinan YAB PM dan Kerajaan BN, Nurul pula membentak-bentak dan marah kerana Kerajaan mengurangkan cukai ke atas rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Apa komen Nurul?

Nurul Izzah menyifatkan Bajet 2013 bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan. Beliau mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara.

Sekarang mari kita kaji siapa sebenarnya golongan sasar yang mendapat rahmat dari pengurangan cukai ni.

Pengurangan cukai ini akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan sederhana dengan pendapatan di bawah RM50,000 setahun.

Aku berani jamin, semua penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Lembah Pantai termasuk dalam golongan yang pendapatannya di bawah RM50,000. Ini belum ambilkira penduduk di kampung-kampung tradisi Melayu di sekitar Lembah Pantai.

Jadi, boleh dikatakan majoriti penduduk Lembah Pantai akan mendapat manfaat dari pengurangan cukai ini.

Sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai yang dipilih untuk melindungi kepentingan penduduk Lembah Pantai, sepatutnya beliau bergembira dan menyokong penuh pengurangan cukai pendapatan ini kerana ianya jelas memanfaatkan penduduk Lembah Pantai.

Tetapi Nurul Izzah ni lain macam sikit, benda yang menguntungkan rakyat dan penduduk Lembah Pantai semuanya dibangkang semata-mata kerana ianya datang dari Kerajaan BN.

Professional lah sikit Nurul. Kalau benda tu menguntungkan rakyat, terutamanya penduduk Lembah Pantai, apa salahnya kau sokong walaupun idea tu datang dari BN.

Janganlah terlalu taksub dengan fahaman politik sempit sehingga kebajikan penduduk Lembah Pantai terjejas. Kalau macam ni lah perangai kau, sia-sia lah harapan penduduk Lembah Pantai yang memilih kau selama ini.

Kepada penduduk Lembah Pantai, ambillah iktibar. Tengoklah sendiri gelagat Nurul yang sanggup melihat penduduk Lembah Pantai menderita demi kepentingan politik sempitnya.

Macam ni orang yang penduduk Lembah Pantai nak jadikan sebagai pemimpin?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

1 comment:

  1. malaun ni juga yang cakap tindakan kerajaan menghapuskan cukai 170,000 rakyat yang berpendapatan RM50k setahun merugikan pendapatan kerajaan. Tetapi fuckatan yang berjanji akan menurunkan duti kenderaan import 20% akan menyebabkan kerajaan Malaysia rugi RM8 billion setahun tak pe pulak. Bodo matematik betui minah gersang nih.

    ReplyDelete