Wednesday, October 3, 2012

SEDEKAH SEJADAH PUN NURUL IZZAH MARAH?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Biar betul Nurul? Orang sedekah sejadah pun kau marah?

Apa ceritanya ni?

Begini, UMNO Lembah Pantai ada sedekah sejadah kepada masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Lembah Pantai. Di penjuru kanan sejadah, ada sticker kecil dengan logo UMNO dan BN.

Jadi bila geng-geng Pakatan nampak sejadah ni, terus lah diorang melompat!!

Nurul bila nak solat terus jadi tak khusyuk!

Dugaan, utk pastikan solat ku khusyuk. Wallahualam

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof  pun sama melatah kononnya jemaah tak dapat solat dengan khusyuk sebab terpandang sticker tu.

Agaknya dia merujuk pada bos dia, si Nurul Izzah lah kot.

Jom kita tengok gambar sejadah dan sticker tu.


Ada besar sampai penuh sejadah ke sticker tu? Sepanjang sejadah tampal beratus-ratus sticker ke?

Takdak pun!! Halus je sticker tu… Dok jauh nuuun kat bucu belah kanan. Kalau betul-betul tengok tempat sujud, tak perasan pun sticker tu.

Kalau ada orang yang tak khusyuk solat sebab sticker halus macam tu, nampak sangatlah takda penumpuan semasa solat. 

Tengok sticker halus macam ni pun sampai hilang khusyuk? Isy isy isy…

Bila sampai bab ni, cepat je Pakatan kutuk kononnya salahguna surau dan masjid untuk kepentingan politik, tapi bila dia salahguna surau dan masjid secara terang-terangan di Selangor, Kelantan dan negeri-negeri lain bawah Pakatan, takda pun dia mengaku.

Aku pergi solat tarawih kat Selangor, lepas 4 rakaat ada rehat, tazkirah sebelum sambung 4 rakaat lagi. Namanya je tazkirah, tapi isinya tu macam ceramah politik, dum dam dum dam kutuk Kerajaan. Ni salah, ni tak betul. Yang betul cuma Pakatan jer.

Ini bukan menggunakan surau dan masjid untuk kepentingan politik ke?

Cuba dengar pulak khutbah Jumaat ni yang dibacakan di Masjid Jamek An Najah, Kulim, Kedah (negeri bawah Pakatan).


Khatib siap cakap bahawa Rasulullah SAW telah memberitahu Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan Tok Guru dari ulama Ikhwanul Muslimin melalui mimpi bahawa Anwar Ibrahim merupakan orang yang paling layak menjadi Perdana Menteri.

Khatib juga menegaskan bahawa zaman kegemilangan islam di Asean adalah di zaman Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia.

Anwar Ibrahim kaki liwat dan China Doll bakal bawa kegemilangan Islam? Uwekkk.. nak muntah aku.

Ni bukan terang-terangan salahguna masjid demi kepentingan politik ke?

Tengok pula gambar papan kenyataan masjid ni.


Mak aih… Penuh dengan kenyataan dan artikel kutuk UMNO dan puji Pakatan!! Biasanya kat papan kenyataan masjid kita tengok jadual kuliah, program keagamaan, tapi kat sini penuh dengan artikel caci-maki orang lain.

Ni bukan terang-terangan salahguna masjid demi kepentingan politik ke?

Jadi sebelum Nurul Izzah dan geng Pakatan nak kecoh-kecoh kononnya UMNO dan BN salahguna surau dan masjid untuk kepentingan politik, cerminlah diri sendiri dulu.

Apa yang kau tuduh tu, sebenarnya korang buat 1000x ganda lebih teruk!!

Bak kata pepatah, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata langsung tak nampak!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

2 comments:

  1. Gamaknya mengikut ajaran anak imam Mahdi Anwar Berahi ni kalau sembahyang atas bendera PAS atau PKR atau DAP boleh khusyuk kot?

    ReplyDelete
  2. Biasalah Pakatan Tipu Rakyat ni...bila org lain buat semua tak betul tapi bila dia sendiri yg buat benda yg sama semua betul, yg haram pun blh jadi halal. Tak kuasa aku ada perdana menteri yg tak bermoral dan kuat seks luar tabii ni.

    ReplyDelete