Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Nurul sokong Shahrizat bertanding di Lembah Pantai? Apa
ceritanya ni?
Nurul bila diminta mengulas tentang kemungkinan menghadapi
Dato’ Raja Nong Chik di Lembah Pantai menyifatkan Datuk Seri Shahrizat sebagai
calon yang lebih sesuai.
“Pada saya, Datuk Seri Shahrizat calon yang lebih baik.
Sekiranya Dato’ Raja Nong Chik menjadi calon, ianya adalah satu penganiayaan dan
penghinaan kepada Wanita UMNO kerana Ketua mereka kehilangan kerusi.
Beliau juga telah berkhidmat dengan baik untuk Lembah Pantai
sebelum ini.”
Hairan bin ajaib.
Apa pasal
tiba-tiba Nurul Izzah berkempen untuk Datuk Seri Shahrizat?
Bukankah Nurul Izzah sendiri dan rakan-rakan pembangkangnya
yang lain yang sebenarnya berusaha mati-matian untuk menjatuhkan Datuk Seri
Shahrizat?
Mengapa Nurul tiba-tiba sokong Shahrizat?
Tidak lain dan tidak bukan kerana Nurul Izzah sudah kecut
dan gentar melihat kerja kuat Dato’ Raja Nong Chik di Lembah Pantai. Oleh itu,
dia pun cuba untuk memecah-belahkan perpaduan UMNO Lembah Pantai kononnya Datuk
Seri Shahrizat calon yang paling layak.
Harapan Nurul ialah agar Wanita UMNO dan penyokong
Shahrizat yang lain tidak akan menyokong Dato’ Raja Nong Chik jika ditakdirkan
Dato’ Raja Nong Chik menjadi calon Lembah Pantai.
Minta maaf Nurul, harapan kau tinggal angan-angan belaka.
Shahrizat sokong Nong Chik calon BN Lembah Pantai
KUALA LUMPUR 22 Okt. —
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan
sokongan terhadap Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon Barisan
Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum Ke-13
yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bekas Ahli Parlimen
Lembah Pantai itu berkata, tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik
yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana kerja kerasnya di kawasan Parlimen
Lembah Pantai selama ini.
Bekas Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu juga berkata:
"Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun
yang lalu, cuma hari ini saya umumkan. Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah
bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai
selama tiga penggal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Raja Nong Chik yang juga
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut hadir pada sidang
akhbar itu.
Shahrizat yang merupakan
Ahli Parlimen Lembah Pantai sejak pilihan raya umum 1995 setelah mengalahkan
bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas dari parti Semangat 46 dengan
majoriti 13,361 undi gagal untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal
keempat pada pilihan raya umum lepas.
Shahrizat telah
dikalahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar. Nurul
Izzah mendapat kelebihan sebanyak 2,895 undi.
Raja Nong Chik pula
berkata, hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat
dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.
"Semasa dalam
Kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui
kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh
dengan Datuk Seri.
"Sebenarnya yang
nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu UMNO berpecah
supaya mereka menang dengan mudah. Kalau parti UMNO ini bersatu padu, mustahil
mereka akan dapat menang," katanya.
Sementara itu, Shahrizat
juga menuntut Nurul Izzah menunaikan janji untuk memberikan elaun saraan dari
RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah jika menang pilihan raya umum 2008.
"Semasa kempen
2008, beliau menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat
tahun, mana dia janji-janji mereka?
"Ternyata ini
adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka
tidak lagi mempedulikan rakyat," katanya.
Inilah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Shahrizat MENYOKONG PENUH kepimpinan Dato’
Raja Nong Chik di Lembah Pantai. Tiada lagi rasa was-was tentang perpaduan UMNO
Lembah Pantai.
Kini
NO ROLE IZZAH terus menggigit jari kerana percaturannya untuk memecahkan
perpaduan UMNO Lembah Pantai tidak menjadi.
Awas
NO ROLE! PRU 13 bakal jadi penamat karier kau di Lembah Pantai!
Apa
kecoh-kecoh ni NO ROLE?
No comments:
Post a Comment