Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Selama ni kita dah lama tunjuk bukti yang Nurul cuma pandai menumpang dari usaha orang-orang lain. Bila ada majlis yang dianjurkan penduduk, dia datang tunjuk muka sekejap, lepas tu dalam Facebook dan Twitter berbuih-buih mulut cerita seolah-olah majlis tu dia yang anjurkan. Bila ada projek Kerajaan dilaksanakan, dia jugalah yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, cuba nak curi kredit, kononnya projek-projek Kerajaan tu semua dibuat atas desakan dia.
Haaaa… Sekarang ni Dato Raja Nong Chik sendiri, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai dah umumkan benda yang kita dah lama tahu – bahawa Nurul Izzah memang sah RATU CURI KREDIT!!!
Apa kata Dato Raja Nong Chik?
“PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakan dia. Bila masa dia desak? Tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini.
Selama ini, dia hanya ikut dan perjuangkan bapanya, bila dekat pilihan raya baru nak jadi pejuang rakyat.
BN, UMNO, MCA dan parti komponen laib dah lama berjuang bertahun-tahun, malahan saya sendiri dah 25 tahun di Lembah Pantai, kita tak guna platform untuk keluarga atau kepentingan sendiri.
Kita ikhlas membantu penduduk Lembah Pantai. Itulah perbezaannya dengan PKR."
Adoiiiiii!!!! Mana lagi ko nak sorok muka Nurul oiiiii? Satu dunia dah tahu perangai buruk ko, dah tak boleh nak cover walaupun ko guna penutup tong sampah!!
Peruntukan mengecat flat-flat yang usang dan kusam di Taman Sri Sentosa diumumkan oleh YAB PM semasa beliau turun padang ke Lembah Pantai, macam mana itu pun ko boleh claim kredit Nurul? Gila publisiti betul budak ni…
Terminal Sejahtera pula memang diilhamkan oleh Dato Raja Nong Chik sendiri. Tujuan Terminal Sejahtera ialah untuk mewujudkan ruang belajar dan tuisyen online kepada para pelajar dari keluarga kurang berkemampuan. Insya Allah, bila anak-anak ni dapat peluang dan ruang belajar yang lebih sempurna, mereka akan dapat tingkatkan pencapaian akademik. Kat part mana ko boleh mengaku Terminal Sejahtera ni usaha ko, Nurul? Secuit pun aku tak nampak peranan ko kat sini.
Itulah dia perangai Yang Berhormat dari Lembah Pantai, si Nurul Izzah… Biarkan orang lain buat kerja, lepas tu CURI KREDIT!! Elok juga Dato Raja Nong Chik singkap sikap dia yang sebenar, biar semua penduduk Lembah Pantai tahu macam mana perangai wakil rakyat mereka yang selama ni berlagak macam wakil KELUARGA ANWAR, bukannya wakil rakyat!!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
No comments:
Post a Comment